JellyPages.com
Photobucket
Sentiasa ingat Allah tika dilanda ujian dan dilimpahkan kegembiraan
Senyum itu sedekah
Tenang itu bahagia
Sabar itu indah
^_^


Hati yang mensyukuri apa yang ada, Itulah hati yang penuh dengan rasa cinta

Pencemaran~

Assalamualaikum dan salam senyuman manissss ^______________&

Alhamdulillah, akhirnya cik silah berkesempatan menconteng blog yang dah usang ni. Agak lama tidak bersua dengan Encik Blog. Terasa rindu di hati bersarang. Akhirnya dapat diubati dengan tajuk yang agak tak berapa nak best. Ahaks~

Semestinya ianya menarik untuk cik silah. Cik silah ada taman. Cantik tau, dan semestinya ia dihias oleh ibu tercinta (pemalasnya cik silah ni o__O ) Tapi memang betul pon. At least cik silah jujurkan. Huahuahua.
Lazimnya, bila kita sebut taman, pasti yang dibayangkan bunga, pokok.. Auw, suka cik silah. Ciptaan Allah kan memang cantik. Subhanallah. Apabila dihias, double n triple la cantiknya. =)


Taman kecik tapi menarik

Besaukan taman cik silah? Ahaks!! (Besarlah sangatkan) Takpe2.. jangan gado2, ianya tetap taman cik silah. Hihihi. Cik silah suka hidup bertaman ni, tapi tu lah, cik silah kene belajar bercucuk tanam dari sifu dulu la. Nantikannn!! (jika cik silah ghajinn) =P
Biasa la kalau dah ada bunga2 ni, mesti la ada baja. Kalau tak dibaja, tak berapa betul la tumbesaran bunga tu kan. Sian taman cik silah nanti. Ianya pasti tidak menarik. Jangan risau, ianya selamat dengan jagaan ibu cik silah. Alhamdulillah.. (ibu lagi!! o__O )

..layu..


Hee~ jangan la marah, nanti cik silah usahakan k. Sejak akhir-akhir ni, cik silah dan ibu menerima baja percuma. Selama ni baja dibeli di kedai berdekatan. Kali ini, ianya dah menjimatkan. Baguskan?
Tapi ianya tidak segembira itu, sebabnya baja cik silah tu panas. jadi bunga-bunga cik silah jadi layu. 



motmot
Kenapa layu? Sebab baja cik silah yang free tu dari Motmot cik silah. Nakal tau motmot ni, merata2 buangnyer. Bajanya panah. Rosak bunga cik silah. Tapikan, dah di bagi baja free pon still di sayang dan di manja, motmot cik silah ni. Aduish!
Geram benornye. Tapi tu la, sebab dah sayangkan. Bunga jadi mangsa, Inilah pencemaran taman cik silah tu. tapi jangan risau, sekarang ni kawalan lebih ketat telah dilaksanakan. Motmot sedang diperhati! Huhuhu.


Bebas pencemaran dengan mengikat motmot kat pokok. Kuang.. kuang.. kuang.. kejamkan cik silah. Kih3x.. Motmot cik silah dah bunting. Nanti lebih meriah la umah cik silah dengan kehadiran cucu2 cik silah ni. (Amboih, kawen dok lagi dah ader cucu ^_* ) Hee~ Umah motmot pon takde lagi ni. Bulan depan motmot dapat umah insyaAllah. Weee~

Pencemaran taman cik silah dah dapat diatasi. Tapi, tulah.. pencemaran dalam diri cik silah ni belum ada cara untuk mengatasinya. Uhuk! Seram je cik silah ni kan. Takpe2, ianya tiada kene mengena dengan yang membaca blog atau yang main scroll ke bawah dan ke atas @_@ hehehe..
Sampai sini dulu la cik silah merepek ye. Cik silah ada janji gayut dengan kawan cik silah ni. Hahaha. 
Bila ada kesempatan, cik silah merepek lagi k.. Salam kasih dan sayang dari taman cik silah.

!Senyum!
^___^

Cit cot Cik Silah

Assalamualaikum keng kawan ^_^
Di harap teman2 cik silah sentiasa dalam keadaan sihat dan sejahtera macam cik silah, InsyaAllah. Tapi, cik silah baru je terima satu mesej yang mengatakan Sahabat cik silah tak sihat. Demam panas dan ujian sempena exam. Semoga cepat sihat ye sahabat =)

Hari ini cik silah kurang pasti dengan keadaan cik silah yang cergas dan cerdas dan ianya agak berbeza daripada sebelum-sebelum ni. Hee~ Sebabnya, jari-jemari cik silah sangat lancar menari di atas keyboard, tanpa pernah lupakan step yang diajari.. Ahaks (poyo je cik silah ni) =P

Sambil cik silah duduk2, cik silah terpikior sesuatu. Apa yang cik silah fikirkan tu dah lama sebenarnya, tapi cik silah macam belum bersedia untuk share pada tawan2. Semakin berlalunya hari2 ceria cik silah, kini tiba masanya keinginan untuk berkongsi pada para blogger. Alah, bukannya serius benor pon. Cik silah ni wat suspen je kan. Hahaha.

Apa yang bermain dalam kepala cik silah tu adalah kata2 rakan cik silah. Ianya agak kasar tapi memang boleh diguna pakai juga. Kita terus pada kata-kata dia jela ye, cik silah tak reti lak nak berkias2 n bunga2 ni. hihihi. Rakan cik silah tu Ajk surau. Dia ditugaskan untuk menguruskan para jenazah. Alhamdulillah, dia lakukan atas kehendak diri. Bukan paksaan. Berbunga gak ayat cik silah ni kan =P
Dan ayat dia yang terngiang2 dalam fikiran cik silah tu (y pastinya bukan ayt cintan la ye) "Jejak kaki ke surau pon tak pernah, tiba-tiba datang merayu-rayu minta tolong uruskan jenazah ayah dia"

Wow~ Gempakkan ayat dia. Anda faham tak apa yang di maksudkannya? Sangat makan dalam, makan hati, makan pasir. (hehe.. tetiba). Erm, tapi jika dipikir2kan dengan lebih jauh, betul gak apa yang rakan cik silah cakap tu kan. Mungkin cik silah terasa sebab cik silah ada saudara lelaki. Kalau semuanya saudari, cik silah pon tak kisah. =P
Dalam dunia ni, kita memang tak boleh hidup sorang-sorangkan. Sebabnya kita perlukan bantuan satu sama lain. Bukannya hidup sendirian di atas muka bumi Allah ni.

Tak salah jika kita bergaul kan. Macam-macam faedah kita dapat. Antaranya :

1) Kenalan bertambah
2) Perkhidmatan bantuan mudah
3) Perkongsian ilmu atau pengalaman
4) Penjagaan sesama insan

... dan macam2 lagi faedahnya. Cuma terpulang pada kita untuk melaksanakannya bagaimana. Semuanya terletak pada diri masing-masing. Diri anda adalah pencetus kepada sesuatu yang akan berlaku. So, sebelum melaksanakannya pastikan anda dan diri cik silah fikirkan dan tanyakan pada diri "Adakah selepas aku melakukan itu @ ini ianya akan memberi kesan yang positif kepada diri aku dan masyarakat?"
Jika jawapannya YA, terus melakukannya. Tapi jika sebaliknya, pastikan diri anda dan cik silah menjauhkannya.

Walaupun penyampaian cik silah hari ini agak kurang menarik, tetapi harapan cik silah agar bakal-bakal jenazah sentiasa menyiapkan diri untuk menghadapi hari yang kekal abadi kelak. InsyaAllah..

..Cik silah juga manusia, so sentiasa mengingatkan sesama kita ye..
::PEACE NO WAR::

Buat Jantung Hati




Salam Maal Hijrah dan salam perubahan. Alhamdulillah Allah masih memberi kesempatan kepada cik silah untuk terus menjalani kehidupan di samping mencari nur keimanan yang sentiasa menunggu cik silah menggapainya. InsyaAllah..

Dalam cik silah sedang sibuk menari mengikut rentak kehidupan seharian (ayat cik silah pon gempak je), cik silah tengah khusyuk sembang sebenarnya. Cik silah berceloteh dengan kawan, tiba-tiba mai seorang pak cik duk menyembang sekali dengan kami. Ahaks!

Kami pun layan je. Sampai la pak cik tu bagi tazkirah baik punya. Cik silah pon suka gak sembang dengan pak cik tu. Mulanya duk sembang pasai kawen. Hahaha.. Al-maklum la, bila sebut je pasai kawen, yang ngantuk pun boleh terbeliaq matanya. hee~ Nak tahu tak, ape yang pak cik tu share ngan kami??!

Begini bunyinya : Kamu nak tahu, benih kamu tu (sambil tunjuk ke arah lelaki) adalah dari diri kamu. Dan isteri kamu, cuma menampung benih kamu je. Kalau jahat kamu waktu muda, maka jahatlah anak2 kamu nanti. Bagaimana anak kamu akan datang adalah dari kamu. Bukannya para isteri. Ingat, Isteri kamu cuma menampung!. Ingat lagi satu, kalau kamu rosakkan anak dara orang, pak cik dengan yakin dan pasti! keturunan kamu pasti akan tempias terkena percikan api jahat dari kamu. Fikirlah...

Cik silah dengar ayat pak cik tu, cik silah senyum je. Nak tahu kenapa?
Sebab kebanyakkan dari kita semua, sentiasa salahkan Emak, Ibu, Mama, Ummi yang tak pandai mengajar dan mendidik anak. Hee~ Yang laki pun terdiam je dengar pak cik tu cakap.

Setelah setengah jam pak cik tu join kami sembang, pak cik tu pun minta undur diri. Alhamdulillah, input baik punyaa. Anda pun boleh take note!
Kawan cik silah yang laki tu, terus insaf tau. InsyaAllah sepenuhnya. 
Beliau berkata : wei, aku tak nak buat jahat dah. Kesian anak aku. Lagi hang nak nasihat apa kat aku?
Ewah-ewah, cik silah pulak yang dikenakannya. Hahaha~

**Buat bakal sang jantung hati cik silah, yang cik silah pun tak pasti siapa orangnya.**
Semoga kamu adalah insan yang baik, yang di hantar kepada cik silah untuk memelihara dan mendidik cik silah agar menemui nur keimanan dan menjalani kehidupan dengan tabah dan sabar.
InsyaAllah



"::Salam senyum dari cik silah::"

Tak semudah seyuman

Alhamdulillah, masih dikurniakan kekuatan untuk menulis blog. Dah lama tak menjenguk, terasa rindu dihati. Semoga rakan blogger dan tawan mukabuku sihat sejahtera. Hari ini, cik silah nak share mengenai senyuman. Nak tahu! Senyuman yang manis boleh merobek hati sang pelihat yang sengaja atau tidak sengaja melihatnya. Kuasa senyum paling dahsyat tau, berbanding kuasa Ultraman dan Power Rangers. Hahaha.. Ke situ pulok cik silah ni kan.




Hidup ini satu perjalanan. Ada yang mampu berjalan sejauh mungkin, tapi ramai juga yang seketika cuma. Perjalanan yang kita tempuh dan bakal tempuhi tak semudah yang disangka. Seperti pepatah yang biasa kita semua dengar "Hidup mesti diteruskan". Cantik pepatah seindah perjalanan. Alhamdulillah. Susunan kehidupan kita di atas muka bumi Allah ini telah rapi disusun-Nya. Juz follow with smile =)



Fakta : Senyum hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 otot muka untuk mengerutkan dahi. 

Bila hati disentuh lembut, kesannya jauh hingga ke lubuk. Ahaks! dont feeling2 naa. ^^
Kelmarin berlalu tanpa berulang kembali. Senyuman itu mudah, tapi tak semua mampu melakar senyuman yang manis ikhlas sentiasa. Kita semua sedia maklum, hidup kita tak selalu indahnya mentari yang menyinari setiap pagi. Hidup tak semanis gula yang menjadi penyedap masakan. Tapi hidup adalah pinjaman sementara yang Allah berikan untuk makhluk-Nya menjalani sebagai seorang hamba yang sentiasa mengabdikan diri untuk Dia. Dan ianya pasti dicampuri dengan pelbagai rencah sebagai untuk mendapat ganjaran diakhirnya. Peace!






Hey awak! Cer senyum sikit  --------->






Alahai, buruknya muka bila marah/masam. Pernah lihat cermin? Haa.. Cik silah pernah tengok muka cik silah marah.. Allah.. Buruk benar tau! Kalah singa dengan harimau. Huhuhuhu. At least cik silah ngaku =D
Jemputlah senyum bertandang ke dalam rumah hati. Gunakan gam uhu agar ianya terlekat kuat atau ikat guna tali yang tarik tali tu (tebai tuu!). Pujuk senyum agar tak pergi bersiar-siar saat hati sedang berfight dengan emosi. Mudahkan resipi cik silah. Cik silah akui, walaupun perjalanan hidup tak semudah senyuman, tapi senyuman itu semudah-mudah perjalan hidup. Try first k!

::salam senyuman daripada cik silah::

Saat Bahagia

Salam keriangan salam senyum sokmo ...
Hari ni cik silah nak post something yang tak berapa nak menarik untuk sesiapa yang tak suka la,
tapi ianya sangat interesting untuk cik silah.. ^^

Tadaa ...

Apakah ini??

Next ...

Hijau pulok
macam mana?
Dah dapat agok apa yang cik silah nak share >__<
Suka la tu.. Sabar2.. Akan tiba turn kalian nanti.. hee~
Ok, kita terjah gambaq yang cik silah nak post seterusnya yarh..


ungu.. auww ^^

Inilah Tuan pengantin dan puan isteri.. Ahaks~
cucuk (cocok) je kan?
Meke ni teman cik silah, sama belajar waktu budak-budak dulu *sangat dulu*kah3*
kawan kolej.. Jodohkan, merata boleh jumpa jodoh ^_^
Alhamdulillah, akhirnya mereka selamat membina masjid.
Suka.. suka.. suka.. 


-tunjuk kamera-

Itulah semuanya yang cik silah nak tunjuk kat kalian..
Sweetkan.. Tahu dah.. huu~
Kepada sesiapa yang nak bina masjid, jangan lupa ajok cik silah ye..
Cik silah suka tengok orang bina masjid.
Lain bahasanya "ambil berkat".. ahaks*


::Wassalam::

Toink..toink..


Semua yang kiti miliki, tak kekal menjadi hak kita. Yang kita genggami, bukan milik terjamin. Di atas muka bumi ini semuanya pinjaman belaka. Kekadang kita menyedarinya, tapi bila ianya terjadi pada diri. Mula meghoyan. Haha.. kuar dah loghat dia..

Assalamualaikum teman seperjuangan. Anyway, silah no point sebenarnye untuk update blog kali ini. Tapi paksaan diri telah berlaku, dan jadilah merepek. Hahaha. Korang tak kisahkan kalau silah merepek. Takpe, kepada yang nak membaca silakan. Yang tak nak tu tak mengapa.. Ahaks.. ^^

"Hok kito pinje, kene beghi balek" Itu orang kelantan dok ghoyak. Ntah betui ke idok, silah pon tak tahu.. yang pastinye hentam. Wink..wink.. Siapa setuju, kalau dah pinjam kene pulang balik? Betul what.. Silah pon marah gak kalau orang dah pinjam, tapi tak mahu pulangkan. Tapi ada pinjaman yang kita sendiri tak sedo. Hihihi.. Nak tahu tak. Setiap kali kita memberi, pasti kita mendapat. Tapi yang kita beri tu, sudah tentu bukan hak kita. Contohnya :

Anak : ayah p kerja penat semalam. Mesti ayah dapat duit banyakkan.
Ayah : Alhamdulillah.. tapi duit tu bukan ayah punya.
Anak : Aik.. Ayah yang kerja, mesti la duit ayah =,=
Ayah : Tak la.. Ayah kerja pastu duit tu jadi hak anak2 ayah.
Anak : Nape pulok rupa itu.. (pening si anak @_@ )
Ayah : Sebab setiap hari ayah akan bagi duit belanja kat anak2 ayah.
Anak : 0o.. Betul gak.. senyum lebor :D

Kisah si anak dengan apoknye ni, silah dapat dari pengakuan seorang pakcik. Tapi bila difikirkan semula. Memang betul. Sangkaan si ayah dah banyak duitnya. Tapi oleh kerana tanggungannye manyak sangat. Jadi baki dari duit kerjanya tinggal..... (Silah pon tak tahu :P )

Itu cerita duit, kita masuk lak citer lain. Hari ni, Allah pinjamkan kita tangan. Esok lusa kita pon tak tahu apa jadi pada pinjaman ni. Bila2 je Dia boleh amik. Am i right? 
Sebenarnya banyak betul loan yang kita dah buat kat atas muka bumi Allah ni. Cuma ada yang menyedari dan ada yang tidak. Tambahan pula, namaya "MANUSIA" insan yang paling mudah terbuai dan leka dengan mainan dunia. Allah~ Silah pon tak terlepas dari mainan ni. Sama ada kuat untuk atasi atau jatuh tergolek je. Doa dari para sahabat sangat dialu-alukan. Tq ^_^

Sebenarnya silah tak share habis lagi dengan korang, tapi entah kenapa tak mahu ditaip lak. Jadi korang redha je la ye, sampai sini. Sebabnya tiada sambungan. Ayat silah mungkin tunggang + terbalik. Tapi harapannya agar korang faham la apa yang silah cuba sampaikan.. Hahaha. Macam apa je silah ni kan.. Tatata tawan-tawan =)

::Subhanallah..Alhamdulillah..Allahuakbar::
Wassalam

Layannnn


Rasa takut kehilanganmu
Kini menjelma menjadi nyata
Ku tak bisa menghindar
Mungkin cintaku tlah usai

Kata maaf tak bisa menebus
Atas satu khilafku padamu
Kau merasa dikhianati
Kau putuskan untuk pergi 


Reff:
Ku coba tersenyum saat kau pergi
Meski lara hati menangis melepasmu
Andaikan kau tahu 
Betapa aku masih mencintamu

Kata maaf tak bisa menebus
Atas satu khilafku padamu
Kau merasa dikhianati
Kau putuskan untuk pergi 


Repeat reff [2x]
Ingin rasanya aku memelukmu
Tuk terakhir kali sebelum engkau pergi
Namun ku takut tak mampu
Menahan air mataku

*Kekadang*

Kelmarin terasa di atas. Semalam terasa di bawah. Esok lusa tak tahu di mana. Dunia ini berputar. Sehingga tak pasti yang mana mula dan yang mana akhirnya. Yang mana pangkal dan yang mana hujungnya. Gembira tak semestinya suka. Sedih tak semestinya duka. Walau di mana kamu berada, terimalah ianya dengan hati terbuka. Sebabnya perjalanan hidup sesama manusia ni tak sama. Mungkin boleh jadi sama, tetapi tidak pada waktu yang sama.

Alhamdulillah, setelah sekian lama membiarkan blog ni bersawang. Saya kembali untuk menyuci dengan keadaan yang tak berapa rajin. Tapi InsyaAllah, akan tampak lebih bergaya dari sebelum ni. Hee~
Hari ini sedih melanda jiwa. Kerana saya membiarkan gembira melanda. Amboii.. Ahaks..
(Hidup tidak selalunya indah, Langit tak selalu cerah ...)

Terjumpa di kala tidak mengenali satu sama lain.
Mempelajari mengenali menyinari ukhwah.
Perantaraan membezakan darjat.
Agama menyatukan persaudaraan.
Gembira tidak ke palang.
Sentiasa melangkah riang bersama.
Duka hilang tawa menjelang.
Menerima dengan hati terbuka.
..Alhamdulillah..

Duduk sama bumbung belum pasti serasi bersama. Duduk lain atap sudah tentu tak sekepala. Kenal atas kenalan baru nak cuba masuk. Kenal kerana Allah CONFIRM melekat sahaja. Sesungguhnya susunan Dia tu sangat cantik dan indah. Andai kita tahu apa yang disusun-Nya, Pasti kita senyum je. Apa yang disusun, kan terbaik untuk kita semua.
Tak de sedih! Uhh, tak mencabar langsung hidup ni.
Ye.. sememangnya tidak mencabar, andai daku yang berada dalam kesedihan.. T_T
Sama je manusia ni. Kekadang ayat yang "tak serupa bikin" tu, cuma penguat diri je. So, dont judge sebelum anda meletakkan diri anda ke dalam diri mereka.

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi SAW bersabda yang bermaksud :
"Sesiapa yang Allah kehendaki kepadanya kebaikan,
nescaya Allah mengujinya."
(Riwayat al-Bukhari)

Kekaguman kepada seorang sahabat menyebabkan diri ini merasakan "Aku tidak mampu menjadi seperti dia". Sungguh tabah dalam menjalani kehidupan yang bergelora dalam mengatasi ombak besar yang melanda. Kerana apa?? Kerana Allah Is Number ONE. Sedih tapi tidak kelihatan. Luka tapi tak sepeti ditusuk. Duka tapi tak seperti dipanah. "Jika kamu meletakkan Aku (Allah) di dalam hati kamu, pasti kamu tidak pernah mengenal kesedihan." Lebih kurang macam tu la. Saya kurang pasti itu Firman Allah @ hadis. (kalau salah tolong betulkan k ^_^)

Gambar hiasan

Pandai menulis, tak semestinya pandai bertutur kata. Pandai memasak, tak semestinya pandai mengemas. Pakar berkenalan, tak semestinya pakar menjaga hati. Pakar bergaya, tak semestinya pembersih. Dan begitu juga di sebaliknya. Kesimpulan yang boleh dibuat. Manusia ni sememangnya tidak sempurna, dan dah terbukti melalui diri ini. Huu~
Tapi jangan jadikan kelemahan itu berkekalan hingga ke akhirnya dan dibiarkan membusuk dengan bangga.. =,= Erk.. Paling koman pun, usaha la untuk menjadikan kelemahan sebagai kekuatan di masa akan datang agar diri anda sentiasa diberkati-Nya. InsyaAllah.
P/s ini khas untuk dak cute lagi comey (tuan punya blog)..
Take note k!! 

::Wassalam::

K.E.H.I.L.A.N.G.A.N

Permulaan yang biasa dihadapi oleh semua generasi adalah dengan tanda tanya. Mengapa begitu? Apa yang berlaku? Kenapa aku? Dan mungkin pelbagai lagi tanda tanya yang sentiasa berada dalam minda. Setiap "tanda tanya" pasti ada jawapan. Cuma jawapan untuk persoalan dalam kehidupan, harus di cari tahu dengan sendiri. Serta mengetahui jawapan dengan belajar. Belajar dari kesilapan, belajar dari masa lalu, belajar dari orang lain atau belajar daripada insan yang bergelar guru, pendidik dan penjaga.

Mungkin agak skema. Ok, stop skema~!!
Mentari yang terang ... bla..bla..bla.. STILL SKEMA??? Erk.. wokeh ^_^

Sejauh mana kalian tahu maksud "K.E.H.I.L.A.N.G.A.N" ??
Jawapan plizz!!

Kita semua sedia maklum, kehilangan tu sudah sebati dengan kesedihan. Kalau korang tak mahu ngaku tak mengapa. Mungkin ianya bagi silah. Hohohoho.. (touching pulakss)
Apabila kita sudah mula menyayangi, pastinya tak mahu kehilangannya. Am I right?? Peace =)

Kat sini, silah bukan nak mengadu kesedihan. Cuma silah nak share pada korang dan memberi AMARAN KERAS pada diri silah ni.. hehehe.. Dalam 2 bulan yang berturut ni, silah rasa sedih tau. Korang nak tahu tak kenapa?? Nak kan.. Tahu dah, pantang bercerita, laju jer bacanya. 

Ceritanya macam ni. Tapi perkara biasa kan. Sedih kan, Allah uji. Ok. Habis cerita. ^_^
Dan yang tebaru, cerita COTAM silah. Ada yang pelik dan berkerut pikior. Amenda la COTAM ni.. Cotam ni kucing kesayangan silah. Nak tengok tak? chumel sangat ^^


..Comelkan..

Suka tak? Hahaha.. korang tak suka, silah yang suka. Nak tahu, Cotam silah ni baru setahun. Tapi mukanya matang sangat. Itu pasai nampak tua. Badan pon besar. Hahaha.. Rindu Cotam.

Kisah si cotam ni bermula dengan kutip di tepi jalan. Adui, sadis betul. Kutip je. Tapi itu la kisah benarnya. Kutip je kat tepi jalan, pastu kami sekeluarga jaga la dia. Baik sangat. Manja, jinak, comey. Ah, semua ada kat cotam ni. Itu pasai silah sayang cotam lebih. Nama diberi COTAM dari ayat coklat dan hitam (warna badan). Ibu silah yang kasi nama tu. Mula-mula agak pelik, tapi dah lama. Bez pulak nama tu. Sayangnya, cotam tak kenal lagi nama dia tu.

Hari kedua bersama cotam, sangat gembira. Usap badan dia, mandikan dia. Mengelupor dia dalam bilik air tu. Kesejukan. Haha. Nak tahu, kasi makan ikan, sapunya 2 ekor. Kasi sekor tak cukup. Duk ngiaw nak lagi. Adoi, kuat makan. Tapi tak kisah. Asalkan cotam kenyang. 

Masuk hari yang ketiga, kami adik beradik semangat beli makanan baru untuk cotam. Sebabnya cotam muntah nasi dengan ikan yang dia makan semalam. Muntah dan cirit. Aiyoo.. risau pula. Bila makanan baru dah sampai, tengok cotam semangat. Nak tahu kenapa? Bukan semangat dengan makanan yang kami bawa. tapi sebab dia nampak anak tikus kat dapur, dan dia terus gigit. Tapi bukan gigit makan, gigit main. Lepas gigit, main campak2. suka betul dia dengar encik tikus tu berbunyi. Sampai mati juga la di korjakannya. Mati je encik tikus tu, adik silah buang tanpa pengetahuan cotam. Cotam tak puas main lagi dengan tikus tu. Mengamuk dia cari tikus tu. Tak lama kemudian, kami tengok cotam p bawa tikus yang lain. Entah mana dia dapat la. Adui.. Seronok tengok cotam main dengan tikus tu. Tapi dalam keseronokan silah, rupanya tikus yang cotam gigit tu dah terkena racun tikus. Cotam juga termakan racun tu, akibat dari gigit tikus tadi. Cotam jadi kurus dan satu hari dia tak makan..

Bila malam tiba, cotam tak tidur. Cotam muntah. Cotam cirit. Cotam masih tak nak makan. Kami tahu cotam kene racun lambat, dan kami juga lambat bawa cotam ke klinik. Kasihan cotam. Dia dah selemah-lemahnya. Terbaring depan bilik air. Hari ni (31 julai) Bawa cotam pergi klinik. Masuk air, doktor cucuk dia. Cotam tak berdaya, dan mampu ngiaw je. Doktor kata cotam dah teruk, sepatutnya kene masuk wad. Tetapi klinik tu tidak menyediakan wad. Doktor suruh buat wad kat rumah je. Caranya setiap 2 jam bagi cotam ubat. Silah tak kisah. Silah rela jadi nurse cotam. Memang setiap 2 jam silah bagi ubat. Tepat je. Bermula jam 3 petang, 5, dan seterusnya .....

First kasi ubat tu, cotam tak nak. Jenuh paksa. Bila dah selesai bagi makan ubat. Tak lama lepas tu, cotam muntah atas kain silah. Semua ubat yang silah bagi tadi, semua dia buang. Alahai, kasihan cotam. Pastu silah kasi cotam rehat. Terbaring je. Cotam dah tak mampu nak bernafas dengan betul. Cara cotam bernafas dengan jelir kan lidah dia. Hidungnya sumbat. Kasihan. Kalau kita pon dah lemas, masih boleh hembus atau sapu bam supaya tak sumbat. Tapi cotam ... tak mampu ='(

Selepas ubat pukul 9 di beri, cotam menuju ke bilik air. Dan baring atas bilik air. Allah, sangat sedih ketika itu. Ibu kata, binatang kalau kene racun, badan dia panas. Kalau mati lepas terkena racun tu, mesti atas air. Maksudnya betul la cotam kene racun. Kemudian, silah mandikan cotam, bagi sejuk sikit. Silah tak pernah tengok kucing kene air, diam je. Tapi itu la yang terjadi. Cotam diam je kene air. Tanpa ada bunyi pon. Dan sememangnya keadaan cotam waktu itu sudah sangat nazak. 2x silah mandikan cotam. tapi cotam duduk diam je. Tak bergerak sikit pon. Menitis air mata silah dengan keadaan cotam.

Tepat jam 11 malam, cotam kene makan ubat lagi. Cotam diam je makan ubat, dia telan perlahan-lahan. Aktif pergerakan kepala dia ketika makan ubat sudah hilang. Seakan-akan cotam makan ubat denga rela dan seperti sangat sedap. Realitinya ubat tu pahit. Bila ubat yang terakhir hampir habis, cotam beguling-guling. Dan cotam menghempaskan diri dia ke atas lantai. Sambil tu cotam muntah. Habis keluar semua ubat. Tepat jam 11.30 malam, cotam pergi tinggalkan silah. Silah sayang cotam silah ='(

Cotam tenat :'(

Perkenalan yang tidak perlu mengambil masa yang lama, boleh membuahkan kasih sayang yang kuat ikatannya. Hebatkan. Kasih sayang adalah memberi tanpa perlu meminta untuk di balas. Tapi kehilangan yang sekelip mata, boleh memberikan impak besar yang memakan masa untuk pulih semangat semula.

Benar dan betul ...
Tapi kita berbalik kepada Yang Esa. Dia sudah menjanjikan hikmah kepada setiap perkara yang berlaku. Walaupun silah terasa sangat sedih, tapi silah kene kuat. Mungkin pada korang cotam itu hanya seekor kucing biasa. Tetapi pada silah, tidak cuma kucing biasa. Andai silah menganggap cotam hanya kucing biasa, masakan silah relakan air mata jatuh berjurai-jurai selama 3 hari. Allah~
"Menangislah wahai wanita, kerana air mata itu adalah kekuatan untuk diri mu, ......................... Tetapi, berpada-pada la dalam menitiskan air mata, kerana air mata itu cuma layak dititiskan hanya kepada Sang Pencipta sekalian makhluk dan alam semesta". Cotam milik Allah.. 

Alhamdulillah, Silah yakin dengan ketentuan Allah. Tapi silah masih fobia dengan "K.E.H.I.L.A.N.G.A.N"..

= Nasihat dan kata-kata semangat daripada rakan-rakan amat diperlukan =
::Wassalam::

Bila Ia Menghampiri

Belum sempat berukhwah, hati ini telah terpaut.
Melihat senyuman yang dilemparkan.
Manis lagi indah wajah yang diciptakn Allah untuk insan yang bergelar muslimah.

Subhanallah, cantik sungguh.
Ingin ku menjalinkan sebuah ikatan murni bersamanya.
Persahabatan yang bakal terbina akan ku bawa ke jalan-Mu.
Pasti cantik tersergam indah.
Hanya kerana Mu.

Baik di luaran kini terserlah dari dalam.
Tali persahabatan terbina dengan keizinan.
Tidak lama terjalin, walau masih tidak puas berukhwah.
Allah cemburu dan tidak mengizinkan.

Kini pasrah dengan takdirnya.
Sujud dilakukan mohon petunjuk.
Alhamdulillah, Allah itu tidak kejam dan tidak jahat.
Dia sentiasa melakukan yang terbaik untuk hamba-hambanya.
Redha dengan ketentuan-Nya.

Indah persahabatan, cantik lagi pernikahan.
Seru telah datang menyapa girang.
Mengambil dengan penuh tata tertib dan sopan.
Ketar di dada, menanggung segala tanggungjawab.
Tabah dan terima dengan hati terbuka.
Ianya sudah menghampiri.

Sesungguhnya rahsia itu hanya Penilai hati yang tahu.
Ianya sudah menghampiri.
Terima kasih Allah.
Indah sungguh jalan hidup yang Kau lakarkan.

Hamba Allah



Bila Ia Menghampiri

Hari istimewa!!

Assalamualaikum dan selamat pagi
Hari ini saya nak cerita hari istimewa saya
kawan-kawan mesti nak tahukan?

"saya dah tua"

dan sebut banyak kali

"saya dah tua"
"saya dah tua"
"saya dah tua"

..Hahahahaha..

Qurat ngaku!!
Thanks Qurat ^_^

Hari ini hari istimewa sahabat saya Quratul Aini Salma

sweet frenz Lillah =)

Wah, istimewanya dia sampai masuk dalam blog saya ye?
Alhamdulillah, dia salah seorang sahabat istimewa saya
tapi kawan-kawan jangan salah faham
ada yang lebih istimewa daripada Qurat ni =P
Cuma saya tak berkesempatan nak update dan wish dalam blog...
Untuk setakat ini,
Si Qurat ni la yang istimewa ^^
(maaf ye opah Qurat, guro2 je ;)

Selamat Hari Lahir Cik debab epal Qurat
Amboi!!
Banyaknye nama dia ( *_* )

Ni kek untuk cik debab (:

" Alhamdulillah, sampai umurnya dan syukur masih diberi kesempatan oleh Engkau kepada sahabatku ini. Berkatilah umur Qurat dan penuhi hati insan ini dengan sentiasa mengingati-Mu.
Ya Allah, peliharalah sahabat ku ini walau di mana dia berada. sahabat ku ini adalah sahabat yang sentiasa berusaha untuk mendapat keredhaan Mu Ya Rabb. Berikan kasih Mu kepada insan ini dengan lemparan ujian yang mudah untuk insan ini pikul. Tabahkan Quratul Aini Salma ini dalam menjalani kehidupan perhambaan kepada Engkau dengan ikhlas. Kuatkan hatinya seperti mana Engkau kuatkan hati Asiah dalam menghadapi kerenah suami laknatullah.
Wahai Allah, terima kasih atas kurniaan Dikau atas ukhwah yang terjalin ini.
kekalkan kami agar sentiasa berada di atas landasan agama Mu"

Mohon ampun atas salah silap silah pada Qurat
sesungguhnya silah ini seorang insan yang biasa.

silah selitkan juga untuk sahabat2 silah yang membaca entry pada hari ini

Maafkan khilaf silah kepada kalian
silah sangat tidak pandai berukhwah
tapi silah sentiasa mendoakan kalian
salam sayang silah buat sahabat-sahabat silah yang lain
mungkin tidak disebutkan nama
tapi percaya la
even silah tak contact korang
silah tidak pernah lupakan korang
Hanya silah dan Allah je yang tahu ^_^

Ops, over pula.. hahaha..
sampai sini dulu ye cik Qurat yang dah tua
"Ingat Silah dalam doamu"

::Wassalam::

coret corak bosan =]

Pemergian diri pasti dengan kerelaan hati
mencari sirna kehidupan yang telah dikaburi diri
melawan arus angin
mengelak sekuat yang mungkin
menggerak qalbu separuh sedar
melambai nur menyapa sanubari

Bunga haruman dek kasturi hilang dipertengahan
layu terkulai tak bermaya
merangkak kelemahan
menatap sang mentari dengan panas
tanpa sedar meraung kemarahan
tanpa kekuatan menanggung kesedihan
tanpa sokongan menahan hiba
tapi ianya berlalu pergi tanpa sebab

Sebab dan punca itu sakit
ianya
bakal mengundang kemesraan
bakal menjemput kesedihan
bakal meraih keindahan
bakal menangkap kedukaan
bakal menyimpan kenangan dan juga dendam

Hidup mesti diteruskan
Cantik itu indah
Lawa itu ayu
Hensem itu menarik
Tampan itu bergaya
sangat sempurna
Alhamdulillah

Dugaan bercampur ujian
bertambah kesabaran keimanan meningkat
InsyaAllah

Allah kan ADA!!

::Tulisan kebosanan & merepek bersama kipas::

Oh danboard ku yang chumel!!

Anak soleh (:

Alhamdulillah
Kakak silah selamat melahirkan seorang encik ensem
Selamat datang ke dunia Adam!

Moga menjadi anak soleh
dan
Tabah memikul tanggungjawab serta amanah
di atas muka bumi Allah ini..

Salam sayang dari makcik ye Adam
InsyaAllah, panjang umur kita bertemu ye


Encik ensem + cumel = Adam ^_^

Sedetik rasa

Masa lalu aku sudah melupakan

Masa sekarang aku tempuhi dengan hati yang redha

Masa hadapan aku serahkan segalanya pada Allah



Jujur itu dihati
Memag sukar untuk dibuktikan
Andai ia tidak di miliki
Entah apalah erti
Hanya membuat pedih hati

Jujur bukan sekadar untuk menjaga hati
Ia umpama azimat penguat iman di hati
Jika jujur dipandang sepi
Hilanglah percaya pengikat hati
Palsulah segala kasih sayang sejati
Bersama meniti titian cinta Ilahi

"Semakin hampir dengan Allah, semakin terjaga hubungan dengan manusia"

Sedekah

Assalam dan selamat sejahtera. Alhamdulillah, pagi yang indah dan sangat ceria. Saya masih diberikan kesempatan untuk hidup, diberi peluang untuk terus mengingati Allah dan diberi masa untuk bertaubat. Allah~ Syukur. Hari ini saya, nak sentuh bab sedekah. Sentuhan lembut yang pertama, sekadar asas untuk difahami. InsyaAllah.

Sedekah adalah zakat, zakat adalah sedekah.
Berbeza nama, tapi satu makna

  • Pengertian zakat dari segi bahasa : "BERSIH", "SUCI", "BERKAT", "SUBUR", "RAHMAT" dan "BERKEMBANG".
  • Membersihkan diri dari sifat dendam dan dengki terhadap orang kaya.

  • Pengertian zakat dari syarak : Mengeluarkan harta tertentu diberikan kepada asnaf-asnaf yang berhak menerimanya setelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarak.

  • Pengertian zakat dari segi sosial : Membantu meringankan beban faqir dan miskin, merapatkan jurang pemisah antara kaya dan miskin, membersihkan hati, menyuburkan harta, menyucikan harta.

  • Pengertian zakat dari segi ekonomi : Pembasmi kemiskinan, pengagihan kekayaan, peningkatan kekayaan, pemangkin guna tenaga.


"Ambilah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya Engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan menyucikan mereka (dari akhlak yang buruk) ; dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui."

At-Taubah : 103

Syarat wajib zakat :

  • Islam : Zakat hanya dikenakan kepada orang-orang islam sahaja.
  • Merdeka : Syarat ini tetap dikekalkan sebagai salah satu syarat wajib.
  • Sempurna milik : Harta yang hendak dizakat hendaklah dimiliki dan dikawal sepenuhnya orang islam yang merdeka. Bagi harta yang berkongsi antara orang islam dengan orang bukan islam, hanya bahagian orang islam sahaja diambil kira di dalam pengiraan zakat.
  • Harta usaha yang baik sebagai sumber zakat.
  • Cukup Nisab : Nisab adalah paras minimum yang menentukan sesuatu harta itu wajib dikeluarkan atau tidak. Nisab menggunakan nilai emas harga semasa iaitu 20 misqal emas bersamaan 85 gram emas atau 196 gram perak.
  • Cukup haul : Bermaksud genap setahun iaitu selama 354 hari mengikut tahun Hijrah atau 365 mengikut tahun Masihi.

Alhamdulillah, mungkin penjelasan yang tidak begitu baik. Jika ada salah or silap, sila komen ye. Teguran kalian amat diperlukan bagi memperbaiki diri ini ^_^

::Wassalam::

"Semakin hampir dengan Allah, semakin terjaga hubungan dengan manusia"

Jatuh Tanpa Simpati

Alhamdulillah.. dalam keadaan yang agak sibuk, saya masih diberi peluang untuk menconteng blog.. YahhOOooo... ^_^

Khabar terbaru tentang saya : sihat walafiat segar dengan tazkirah daripada hamba Allah sebagai penguat diri.. Alhamdulillah.. bagus aturan Allah ni.. sentiasa tepat pada masanya =)

Hari ini saya nak masuk bab keraguan. Hihihi. Mungkin yang ragu tu saya, bukan kalian. Tapi andai ada yang berada dalam keadaan saya ni, boleh la take note. Hari tu.. (bila saya tak pasti) saya p jalan dengan kawan saya. Dialognya berbunyi :

Kawan : Weh, aku nak tanya hang boleh tak?

Saya : tanya laa..

Kawan : Tapi banyak soalan aku.

Saya : Tanya je la..

Kawan : Boleh tak hang terangkan kat aku pasai cinta?

Saya : Awat soalan ang mudah sangat weh.. Tak do susah lagi ka??
(padahai tak tahu nak jawab apa =,= )


POWER of LOVE

Itulah soalan yang menggegarkan, baru satu soalan saya dah nganga. Belum soalan yang lain. Kompem saya terduduk kat situ. Yang tak patutnya, ada ke patut dia tanya kat saya. Saya ni bukan doktor pakar cinta pon. Adoi!! Tak patut.. tak patut.. Ish33..

Hahaha.. tapi yang pastinya dalam entry kali ini, saya nak jawab soalan kawan saya tu. Dan yang paling pasti dia takkan baca blog ni. Just nak share apa yang saya nak share. =D

Jatuh tanpa simpati ialah jatuh cinta. Orang kata, jatuh cinta ni indah. Tak macam jatuh tangga, kan sakit =P
Siapa pernah rasa?? Wink2~ >_<

Maksud cinta dari kamus dewan

1. Perasaan dan berperasaan sayangkan sesuatu
2. Perasaan dan berperasaan berahikan sesuatu
3. Perasaan dan berperasaan risau, bimbang, dukacitakan sesuatu

Jelas terang lagi nyata kuasa of cinta kan? Mana tak nya, segala bentuk perasaan merangkum dalam satu kalimat C.I.N.T.A. 
Subhanallah.. Hebatkan Dia..
Tidak ada sesiapa pun yang boleh lari dari mencintai dan dicintai. Ada benar?
Kemuncak cinta itu ditentukan oleh anda!!! 

Cuba kita renungkan,

Korban pertama dalam sejarah manusia adalah kerana CINTA, dalam kisah putera-putera Nabi Adam a.s, Qabil dan Habil ...

Subhanallah ... Begitulah hebatnya POWER of LOVE!!

Salahkah cinta itu? Jika ya, kenapa ianya wujud? Kalau tidak, apakah yang sepatutnya? Ke manakah saluran yang betul untuk cinta? 

Cinta itu tidak bersalah. Cinta itu bersih lagi suci. Ianya adalah anugerah Allah SWT. Nabi Adam a.s tinggal di syurga dengan segala nikmat pon sunyi tanpa cinta. Lalu Allah menjadikan Hawa, sebagai peneman Nabi Adam bersama perasaan cinta mereka. 

Nah.. Cinta itu dilahirkan di Syurga antara Nabi Adam dan Hawa. Cinta yang penuh dengan KEKUATAN dan KUASA, kenapa tidak kita gunakan 'alat' bernama CINTA itu kembali berakhir ke Syurga..? Gunakanlah 'alat' itu untuk membawa kita dan orang yang kita cintai menuju, Mardhatillah, keredhaan Allah yang akan menempatkan kita ke destinasi akhir, sebuah Syurga ..?

Cinta sesama manusia itu adalah fitrah, sepertimana Nabi Adam itu kesunyian tanpa CINTA, dan kerana itulah Allah anugerahkan perasaan cinta menyintai sesama manusia, boleh tenang dan damai bersama dengan orang yang kita cinta.

Cuma apa yang perlu dipastikan
kita cintakan sesuatu / seseorang itu kerana Allah!!

Jauhi cinta nafsu, dan miliki jatuh tanpa simpati di samping mengejar cinta hakiki, CINTA suci yang abadi dan akan membawa mereka yang saling menyintai menuju ke Syurga Allah.


"Semakin hampir dengan Allah, semakin terjaga hubungan dengan manusia"

* Muka Buku *




Apa kebaikan Facebook??


Banyak...


Tahu


Habis tu tanya buat apa!!


Hee~ jangan la marah. Apa kebaikannya?


Oke, tak marah. Salah satunya boleh menyatukan ukhwah yang lama terputus.


Lagi??


Tazkirah dan muhasabah diri.


???? Contoh???


Andai saat kita terjatuh dan terasa seperti untuk melakukan perkara mazmumah, kita akan muhasabah diri kita dan akhirnya niat buruk yang terlintas akan hapus serta-merta.


Jap, mazmumah tu apa?


Mazmumah tu perkara keji.


Dah tahu. Betul apa yang kamu cakap tu, kita sokong.


Tapi...............


Aish, tapi kenapa pulak ni?


Facebook ni pon ada keburukan.


Kamu buat kita tertanya-tanya. Apa keburukannya?


Memecah belahkan orang.


Yeke, tak pernah tahu pon.


Tu la, lain kali p jabatan agama tanya.


Erk =.=


Hahaha.. gurau jer.. Statement tu kita ambil dari pasangan suami isteri yang bercerai sebab "FACEBOOK"


Boleh pakai ke statement tu?


Entah kita pon tak pasti. Tapi perkara tu berlaku sebab cemburu je. Kalau tak pandai kawal emosi macam tu la jadinya.


Aah kan. Cemburu tu normal. Kawal emosi suda.


Wah, cakap memang mudah. Tak pelah, kita doakan pasangan-pasangan yang ber'FB tu pandai-pandailah menjaga hati masing-masing ye. Bukan apa, kerana perkara temeh macam ni berlarutan sampai ada perkara buruk berlaku pada hubungan kalian.


Alahai, susah-susah tak payah la nak FACEBOOK ni. Tutup akaun Fb bila dah kawin.


Apa yang kamu cakap tu mungkin ada betulnya, tapi pasti ada yang tak settuju. Kesimpulannya, jangan berlebihan je. Bak kata Nabil Raja Lawak "Lu pikirlah sendiri"


Sokong 100%


Kita dah tahu kamu akan sokong. =D  Gunalah Fb sebaik mungkin. Biarlah digunakan untuk muhasabah diri dan memotivasikan diri serta menyampaikan dakwah.
Rasulullah SAW bersabda : "Sesiapa berjuang untuk menjadikan kalimah Allah sebagai kalimah yang tertinggi, maka ia berada di jalan Allah."


Cayalah kamu, jom kita bawak p belanja makan.


Yesss! makan free ^_^


Aip.. say Alhamdulillah laa...


Ops, okay. Alhamdulillah ^_^#



"Semakin hampir dengan Allah, semakin terjaga hubungan dengan manusia"

Seindah sakura~

Sinaran cahaya pagi menerangi seluruh alam. Keindahan ciptaan Dia pasti tiada siapa yang boleh menandingi. Ada betul?? Alhamdulillah, bersyukur saya masih dipanjangkan umur dan masih berkesempatan melayan kehendak jari jemari, yang mahu menari. Dah lama tak dance katanya. 

Kali ini jari dan qalb saya memilih tajuk seindah sakura. 
Jari : Eh, awak terpengaruh dengan cerita "seindah sakura tv3 ye??
Hati : Hahaha.. takdo lah, jangan salah faham. Benornya saya agak buntu jugak nak pilih tajuk untuk post kali ni. Kemudian tetiba teringat 'Fasha Sanda' dan 'Fahrin Ahmad'.
Jari : Haa.. kan betul saya cakap tadi.
Hati : Aish, saya tak habis cakap lagi, awak dah menyampuk. Itu pasai la duk salah tafsir.
Jari : ok2.. sambung balik =P
Hati : Gitu dong. ^^ Memang saya teringat kat cerita tu pon. Tapi yang paling tepat pada bunga sakura tu. Awak tahu tak bunga sakura tu cantik?
Jari : Sama la tu. Ye ke? cantik ke?
Hati : Cantik sangat. Sebab apa cantik, sebab pencipta bunga itu pon cantik.
Jari : Wah, teringin nak tengok....
Hati : ok.. sebentar ye. Awak tengok bawah.


Jari : Aah la.. sangat cantik.. SUBHANALLAH

Hati : "SEINDAH SAKURA"

Kecantikan Bunga Sakura itu mungkin tak dapat ditandingi di bumi korea. Famousnya bunga Sakura. Usually manusia yang mengenali sakura pasti from Korea right? Kepada peminat2 yang belum pernah sampai di bumi Korea. Bersabarlah dan kumpul duit kalian, untuk memijak bumi Korea. Tapi kini, tak sampai Korea pun tak po, dah merata video Korean. Lepas satu, satu episod habis sambil mengalirkan air mata. Ada benar peminat Korea? ^^
Saya tak minat cerita Korea. Tapi Alhamdulillah, Keindahan Korea itu telah saya lihat dengan mata kasar saya sendiri. Rezeki Allah, Syukur. SubhanaAllah, sangat indah dan cantik.

Ops, kalau tak terlajak mesti tak sah. Saya bukan nak cerita pasal 'SAKURA' dan bukan nak share pasal 'KOREA' tapi yang sebenar-benarnya saya nak kongsi pasal Kemanisan dan Keindahan Islam.
Sesungguhnya Agama Islam itu mudah dan tidak pernah menyusahkan. Malah banyak rukhsah yang telah Allah berikan kepada umat Nabi Muhammad. 

Allah.. Terasa diri ini tidak layak untuk menyampaikan tetapi, saya cuba untuk mengongsikan sesuatu yang menjadi peringatan pada diri dan hati saya. InsyaAllah. 

Daripada Abu Darda r.a. Nabi SAW bersabda yang bermaksud :
"Sesungguhnya para ulama adalah pewaris para nabi. Nabi-nabi pula tidak mewariskan dinar dan dirham. Mereka mewariskan ilmu. Siapa yang mengambilnya ia telah mendapat bahagian yang banyak dan sempurna."
(Riwayat Abu Daud, al-Tirmizi, Ibn Majah dan Ibn Hibban)

Hadis di atas menerangkan betapa pentingnya ilmu. Selagi nyawa dikandung badan, ambillah peluang untuk menambah ilmu yang diwariskan oleh para Nabi. InsyaAllah. Continue, keindahan islam itu memang sudah terserlah. Persoalannya bagaimana nak merasai kemanisan islam?

Analogi yang boleh berikan contoh. Apa rasanya jika jus laici susu yang sedap dan lemak manis berkrim (erm.. telan air liur) di campurkan dengan serbuk kopi che nah yang pahit hitam berkilat???

1. Warna berubah
2. Rasa berubah

Adakah kita akan promote kepada kawan-kawan air jus tu??
Bila rasa tak best or tak sedap, nak promote pon segan. Am i right?
Sama seperti kemanisan islam itu sendiri, kemanisan islam itu pasti terganggu apabila kita memasukkan unsur jahiliah ke dalam manisnya islam. Jangan kata islam, jus laici tadi pon berubah warnanya apabila dicampur dengan serbuk kopi. Siapa sokong angkat kening >_<

Para Sahabat sendiri mengambil islam secara total. Dan mereka meninggalkan jahiliah secara total. Islam kini telah dicampurkan dengan bermacam-macam campuran. Disebabkan itu, kemanisan hilang, dan kita pon jadi tak berminat untuk menyebarkan islam.

Firman Allah swt : 
"Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu."
(Surah Al-Baqarah : 208)

Alhamdulillah, sampai sini dahulu perkongsian saya untuk teman-teman. Moga Keindahan sakura seindah Islam itu dapat saya dan rakan seperjuangan merasai kemanisannya secara menyeluruh.. InsyaAllah.


"Semakin hampir dengan Allah, semakin terjaga hubungan dengan manusia"

Jentik-jentik idea

Setelah sekian lama membiarkan blog ini berhabuk dengan sengaja, Alhamdulillah saya masih berkesempatan menconteng blog ini dengan sengaja.. hahaha~ Apakah!!!
Harap kawan-kawan saya sentiasa dalam keadaan sihat ye, kalau sakit tak mengapa, jangan mengeluh ye wahai diri, anda sedang di uji. teng..teng..teng.. Dunia ini adalah dewan peperiksaan. Haa.. cakap pasal periksa. BITTAUFIQ WANNAJAH~ laaa... awainyer wish.. :p Kepada teman2 yang sedang berada dalam debaran peperiksaan, saya dan diri saya =D mengucapkan selamat menjawab peperiksaan dengan tenang ye! Saya mendoakan kalian berjaya dengan maju jaya. Alhamdulillah, InsyaAllah. (Awat ngan aku ni =,=) maaf, iklan sebentaQ.

Fullstop merepek. Ok, kita mula dengan tajuk yang dikira kerepek jugak. Pernah tak tengok lembu? mesti pernahkan. Orang tua2 kata, "jangan jadi macam lembu, sekali pukui sekali jalan". eh, betul ke orang tua cakap macam tu?? Hahaha.. Tak kisah la apa yang orang tua cakap, kita sebagai manusia yang masih mentah hendaklah mendengar nasihat orang tua. Betulkan ;)

Actually, saya dalam keadaan yang kurang betul sekarang ni. Saya sedang usaha bersungguh-sungguh untuk menjentik idea yang tersimpan kemas dalam peti kepala. Wah, ayat jah.. hohohoho.. cikgu saya pernah cakap. Setiap apa yang kita baca atau hafal, semuanya dah masuk dalam kepala. Cuma kita yang selalu cakap -ve, itu pasal la semua perbuatan tak sama dengan apa yang kita nakkan. Ce bagi contoh jah!! ok, contohnya : "Alamak, camne ni.. aku tak boleh la nak hafaz surah Al-Fatihah. Aku dah lama tinggal" Contoh ye kome. Now, kita p kat ayat "aku tak boleh la", tak ke ayat -ve.. ZZzzzzz.. Bila ayat tu disebut selalu (orang puteh kata always) Dia akan automatik tak boleh. Tak percaya, p try buat (:

Siapa sokong saya, angkat meja. Larat tak.. Hee~ Saya ada kawan, kawan saya tua daripada saya. kira kakak la ye. Hari tu dia kol saya, punya semangat dia nasihatkan saya. Alhamdulillah, saya pon semangat berkobar-kobar. Nak tahu tak apa yang dia sampaikan ^_^? 
Dia cakap, "kamu boleh, yakin boleh, pasti boleh" itu la dia cakap. Ops, ada yang bengang!! =D
Biarlah rahsia ye, apa yang dicakapkannya. Yang pasti saya kembali bersemangat setelah mendengar kata-kata dia. Alhamdulillah. Itu la tugas sahabat kan. So, pasti beruntung kepada kalian yang ada sahabat. Tak kira la bagaimana rupa sahabat kalian, asal dia mengingatkan kita kepada Allah, sangat sudah mencukupi. 

Kepada sesiapa yang bakal menjadi seorang penulis, seorang doktor, seorang saintis, seorang peguam, seorang pendidik, seorang askar, dan pelbagai seorang.. yang pastinya BERGUNA, InsyaAllah. Rajin-rajinlah jentik semangat dan pupuk diri agar cenderung kepada apo yang kalian impikan. Saya bagi satu contoh, Seorang bapa, bercakap dengan anaknya sejak anaknya berusia 3 tahun. Dialog :

3 tahun
bangun tidur pas mandi
Apok : Nanti dah besar nanti jadi Engineer, Doktor, Peguam tau
Anak : Ape benda apok cakap ni =.=

lepas apok solat
Apok : Nanti dah besar nanti jadi Engineer, Doktor, Peguam tau
Anak : Ape benda apok cakap ni =.=

esoknya
Apok : Nanti dah besar nanti jadi Engineer, Doktor, Peguam tau
Anak : Ape benda apok cakap ni =.=

darjah 6
Apok : Nanti dah besar nanti jadi Engineer, Doktor, Peguam tau
Anak : baik apok. (tapi still tak faham)

Form 5
Apok : Nanti dah besar nanti jadi Engineer, Doktor, Peguam tau
Anak : Baik Apok, kenapa tiga tu je??

Bila dah besaq, umur 20
Apok : Nanti dah besar nanti jadi Engineer, Doktor, Peguam tau
Anak : Baik apok. ^_^

Umoq udah 23
Anak : Akulah seorang engineer yang berjaya, Alhamdulillah
Terima kasih apok, sekarang aku dah tahu apa yang dimaksudkan arwah apok.
{kisah benar}

Ok kawan, sampai sini dulu ye contengnya, moga setiap huruf yang yang coretkan menjadi pesanan buat diri saya dan rakan seperjuangan. Celoteh seorang hamba yang masih memerlukan petunjuk dari insan lain. TQ!

"Semakin hampir dengan Allah, semakin terjaga hubungan dengan manusia"


Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers ::Moga Allah Redha Asilah Dan Wazir:: Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers