JellyPages.com
Photobucket
Sentiasa ingat Allah tika dilanda ujian dan dilimpahkan kegembiraan
Senyum itu sedekah
Tenang itu bahagia
Sabar itu indah
^_^


Hati yang mensyukuri apa yang ada, Itulah hati yang penuh dengan rasa cinta

TERTAWA di Dunia MENANGIS di Akhirat

Untuk menghisab diri, kurangkanlahketawa dan perbanyakkan menangis. Banyak tertawa menjadikan hati semakin malap dan tidak berseri. Lampu hati tidak bersinar dan akhirnya terus tidak menyala. Hati tidak berfungsi lagi. Nabi Muhammad S.A.W melarang umatNYA dari bergelak ketawa yang melampaui batas. Menurut hadis, banyak ketaawa menghilangkan akal dan ilmu. Barang siapa ketawa tergelak-gelak, akan hilang satu pintu daripada pintu2 ilmu.
Kenapa dilarang ketawa berdekah-dekah?? Dalam keadaan suka yang keterlaluan, hati kita lalai dan lupa suasana akhiratdan alam barzakh yang bakal kita tempuhi kelak. Sedangkan dahsyatnya alam tersebut tidak dapat dinukilkan dalam sebarang bentuk media. kita sedang menuju ke satu destinasi yang belum tentu menjanjikan kebahagiaan abadi. Sepatutnya kita berfikir bagaimana kedudukan kita di sana nanti sama ada berbahagia atau menderita.
Berbahagia di dunia bersifat sementara tetapi di akhirat berpanjangan tanpa had. Penderitaan di dunia hanya seketika tetapi di akhirat azab yang berterusan dan berkekalan. Merenung dan memikirkan keadaan ini cukup untuk kita menghisab diri serta menyedarkan diri kita tentang bahaya yang akan ditempuh.
Demikian ditegaskan oleh Nabi Muhammad S.A.W. kita sedia maklum, kuburlah rumah yang bakal kita duduki untuk tempoh yang panjang. Kita keseorangan dan kesunyian tanpa teman dan keluarga. kubur adlah satu syurga atau neraka. Betapa dalam kegelapan di sana, kita digelapkan lagi dengan sikap kita yang suka berbahak-bahak di dunia.
ketawa yang melampaui batas menjadiakan kita kurang ilmu. Aoabila kurang ilmu, akal turut menjadi kurang. Kepekaan terhadap akhirat juga menurun. Sayidina Ali sentiasa mengeluh, ".......jauhnya perjalanan.....sedikitnya bekalan....." walaupun hebat zuhud dan ibadat beliau, namun merasakan masih kurang lagi amalannya. Betapa kita yang kerdil dan malas beribadat ini sanggup bergembira 24 jam.
Kita tidak pula dilarang menunjukkan perasaan suka terhadap sesuatu. Cuma yang dilarang ialah berterusan gembira dengan ketawa yang berlebihan. Sebaik-baik cara bergembira ialah seperti yang dicontohkan oleh Nabi S.A.W. Baginda tidak terbahak-bahak tetapi hanya tersenyum menampakkan gigi tanpa bersuara kuat.
Para sahabat pernah berkata,

"Ketawa segala nabi ialah tersenyum, tetapi ketawa syaitan itu tergelak-gelak."

DI MANA DIA DI HATIKU?




yang menimbulkan keberanian hati


kurniakanlah aku kebijaksanaan


yang membuahkan kerendahan diri..



SEMASA Rasulullah s.a.w dan Sayidina Abu Bakar bersembunyi di Gua Thaur,dalam perjalanan untuk berhijrah ke Madinah,musuh-musuh Islam sudah berdiri di hadapan pintu gua dan hampir menemui mereka.


Ketika Sayidina Abu Bakar cemas,Rasulullah s.a.w menenangkannya dengan berkata, "Jangan takut,ALLAH bersama kita."


Itulah kehebatan Rasulullah,ALLAH sentiasa di hatinya.


Sewaktu Da'thur,seorang tentera musuh menyerang hendap Rasulullah s.a.w lalu meletakkan pedang ke leher baginda dan bertanya, "Siapakah akan menyelamatkan kamu daripadaku?" Jawab Rasulullah penuh yakin,"ALLAH."


Mendengar jawapan itu,gementarlah Da'thur dan terlepaslah pedang daripada tangannya. Itulah kehebatan Rasulullah ... sentiasa ada DIA di hati baginda.


Diceritakan juga bahawa pada suatu ketika Khalifah Umar Al Khattab ingin menguji seorang budak gembala kambing di tengah sebuah padang pasir. "Boleh kau jualkan kepadaku seekor daripada kambing-kambing yang banyak ini?"


Maaf tuan,tidak boleh. Kambing ini bukan saya yang punya. Ia milik tuan saya. Saya hanya diamanahkan untuk menjaganya sahaja."


"Kambing ini terlalu banyak dan tidak ada sesiapa selain aku dan kamu di sini. Jika kau jualkan seekor kepadaku dan kau katakn kepada tuanmu bahawa kambing itu telah dimakan oleh serigala,tuanmu tidak akan mengetahuinya," desak Sayidina Umar lagi,sengaja menguji.


"kalau begitu di mana ALLAH?" ujar budak itu.


Sayidina Umar terdiam dan kagum dengan keimanan yang tinggi di dalam hati anak kecil itu. Walaupun hanya seorang gembala kambing yakni pekerja bawahan,tetapi dengan kejujuran dan keimanannya,dia mempunyai kedudukan yang tinggi di sisi ALLAH. Jelas ada DIA di hatinya.


Satu ketika yang lain, Sayidina Khalid Al Walid diturunkan pangkatnya daripada seorang jeneral menjadi seorang askar biasa oleh Khalifah Umar. Keesokannya,Sayidina Khalid tetap ke medan perang dengan semangat yang sama. Tidak terjejas sedikit pun perasaan dan semangat jihadnya walaupun telah diturunkan pangkat.


Ketika ditanya mengapa, Sayidina Khalid menjawab, "Aku berjuang bukan kerana Umar."


Ya, Sayaidina Khalid berjuang kerana ALLAH. Ada DIA di hatinya.


Melihat anekdot-anekdot itu,aku terkesima lalu bertanya pada diri, di manakah DIA dalam hatiku? Apakah ALLAH sentiasa menjadi pergantungan harapan dan tempat merujuk serta membujuk hatiku yang rawan?


ALLAH ciptakan manusia hanya dengan satu hati. Di sanalah sewajarnya cinta ALLAH bersemi. Jika cinta ALLAH yang bersinar, sirnalah segala cinta yang lain. Tetapi jika sebaliknya, cinta selain-NYA yang ada di situ,maka cinta ALLAH akan terpinggir. ketika itu,tiada DIA di hatiku!!


Sering diri ini berbicara sendiri,bersendikan sedikit ilmu dan didikan daripada guru-guru dalam hidupku,kata mereka (dan aku amat yakin dengan kata itu), "Bila ALLAH ada di hatimu,kau seolah-olah memiliki segala-galanya. Itulah kekayaan,ketenangan dan kebahagiaan yang hakiki."


Kata-kata itu sangat menghantui diriku. Ia menyebabkan aku berfikir,merenung dan bermenung,apakah ALLAH menjadi tumpuan dalam hidupku? Apakah yang aku fikir, rasa, lakukan dan laksanakan sentiasa merujuk kepada-NYA? Bila bertembung antara kehendak-NYA dengan kehendakku, kehendak siapa aku dahulukan? Sanggupkah aku menyayangi hanya kerana-NYA? Tegakah aku membenci juga kerana-NYA?


Muhasabah ini melebar lagi. Lalu aku tanyakan pada diri, bagaimana sikapku terhadap hukum-hakam MU? Sudahkah aku melawan hawa nafsu untuk patuh dan melakukan segala yang wajib sekalipun perit dan sakit ketika melaksanakannya? Sudahkah aku meninggalkan segala yang haram walaupun kelihatan indah dan seronok ketika ingin melakukannya?


Soalan-soalan ini sesunguhnya telah menimbulkan lebih banyak persoalan. Bukan akal yang menjawabnya,tetapi rasa hati yang amat dalam. Aku tidak dapat mendustai-MU, Ya ALLAH. Dan aku juga tidak dapat mendustai diri sendiri.


Aku teringat bagaimana sesuatu ketika seorang sufi diajukan orang dengan satu soalan, "Apakah engkau takutkan ALLAH?"


Dia menangis dan menjawab, "Aku serba salah untuk menjawab ya atau tidak. Jika aku katakan tidak,aku akan menjadi seorang yang kufur.Sebaliknya kalau aku katakan ya,aku terasa menjadi seorang yang kufur. Sebaliknya kalau aku katakan ya,aku terasa menjadi seorang munafik. Silapku amat berbeza dengan kata-kata. Orang yang takutkan ALLAH bergetar hatinya bila mendengar ayat-ayat ALLAH tapi aku tidak..."


Maksudnya,jika seorang sufi yang hatinya begitu hampir dengan ALLAH pun sukar bila ditanyakan apakah ada DIA di hatinya,lebih-lebih lagilah aku yang hina dan berdosa ini. Di hatiku masih ada dua cinta yang bergolak dan berbolak-balik. Antara cinta ALLAH dan cinta dunia sedang berperang dengan begitu hebat dan dahsyat sekali.


Kalau kau tanyakan aku, "Adakah DIA di hatimu?"


Aku hanya mampu menjawab, "Aku seorang insan yang sedang bermujahadah agar ada DIA di hatiku. Aku belum sampai tahap mencintai-NYA tetapi aku yakin aku telah memulakan langkah untuk mencintai-NYA."


Justeru,kerana belum ada DIA di hatiku,hidupku belum bahagia,belum tenang dan belum sejahtera. Aku akan terus membenci. Aku yakin ALLAH itu dekat,pintu keapunanNYA lebih luas daripada pintu kemurkaan-NYA. Selangkah aku mendekat,seribu langkah DIA merapat. Dan akhirnya, aku yakin... suatu saat nanti, akan ada DIA di hatiku dan di hatimu jua.


Dan kita akan terus mengemis kasih....



menGhilangkan dIrI..

Asslamualaikum sahabat-sahabat seislam ku..
sudah lama rasanya kita tidak bersuakan.. Al-maklum la..
"business women" la katakan..hihihi..
maaf ye..bila da lame tak menaip..jd kekok lak..hahaha..
InsyaAllah..sy kembali dgn cerita baru,azam baru,penampilan baru.. senang cite,semuanyer baru..hihihi.. ye la tak lama lagi kita da nak masuk tahun baru..
lagi 10 hari lagi.. betul tak????
nanti kita countdown sama2 ye..
ok la.. sampai sini dulu ye..

SUBHANALLAH.. ini untuk anda..
http://http://www.youtube.com/watch?v=RK8SryNIFbI

berCinta Kasih

"Pada asasnya, hukum bercinta-kasih, berpasangan(couple) atau seumpamanya adalah harus. Akan tetapi terdapat beberapa perkara/tindakan yang boleh menyebabkannya menjadi HARAM. Antaranya:

PERTAMA: TIDAK MEMPUNYAI NIAT YANG BAIK ATAU SEBALIKNYA
Sesebuah perhubungan ‘istimewa’ antara seorang lelaki dan wanita seharusnya didasari dengan niat yang baik seperti bertujuan untuk berkahwin. Justeru sebarang perhubungan yang tidak bertujuan seperti tersebut adalah tidak harus seperti bercouple untuk berhibur, bersuka-suka dan sebagainya.

KEDUA: TIDAK MEMATUHI (MELAMPAUI) SYARIAT AGAMA
Lumrah bercouple seakan tidak dapat lari dari aktiviti seperti ber“dating”, ber“shoping” dan sebagainya hatta ada yang sampai ke peringkat “membonceng”. Tidak kurang juga (tanpa segan silu) menggunakan istilah-istilah yang kononnya menunjukkan sikap ‘caring’ seperti memanggil “darling” kepada pasangannya. Paling tidak, pasti di dalam pertemuan(dating) akan berlaku pandangan mata yang tidak harus, perbicaraan yang tidak wajar dan seumpamanya. Semua perlakuan ini adalah bercanggah dengan ajaran Islam yang mengharamkan perhubungan bebas di antara lelaki dan perempuan. Yang paling penting, apabila Syariat Islam mengharamkan sesuatu perkara/perbuatan, maka wasilah atau tindakan yang menuju kepada perkara yang diharamkan tersebut juga turut diharamkan. Kaedah Fiqh ada menyebutkan : “sesuatu yang membawa kepada yang haram, maka ia juga menjadi haram”. Justeru berdasarkan kaedah ini, maka bercouple yang membawa kepada perlanggaran hukum syariat juga adalah haram.

KETIGA: MENJATUHKAN MARUAH (PERIBADI) SEORANG WANITA
Apabila pasangan yang bercouple berdating, maka peribadi seorang wanita muslimah akan dipersoalkan. Khalayak tidak akan berbicara tentang si lelaki yang bercouple tersebut, tetapi si perempuan. Masyarakat akan bertanya bagaimana begitu mudah si perempuan tersebut membiarkan dirinya diusung(maaf jika agak keterlaluan) ke sana-sini atau setidak-tidaknya umum akan menganggap bahawa perempuan tersebut telah dimiliki. Kesan buruk yang mungkin dihadapi ialah apabila berlaku perpisahan antara pasangan tersebut. Masyarakat akan mula membuat pelbagai tanggapan negatif terhadap si perempuan tersebut. Prasangka-prasangka negatif akan direka dan dihebahkan. Akhirnya berlakulah tohmahan-tohmohan yang menjatuhkan maruah dan kehormatan seorang wanita. Ingatlah bahawa Islam amat memprihatinkan penjagaan maruah seorang wanita. Di atas dasar itulah adanya hukum Qazaf dan kerana tujuan tersebut jugalah Islam mengharamkan perhubungan yang di luar batasan. Sebabnya adalah kerana Islam memelihara kehormatan seorang wanita.

KEEMPAT: MEMBAZIRKAN WANG KEPADA PERKARA YANG TIDAK WAJAR
Di dalam budaya bercouple, biasanya pasangan lelaki akan banyak menghabis duit pinjaman PTPTN, JPA, yayasan negeri (bagi mahasiswa IPT) atau duit pemberian ibubapa untuk memenuhi kehendak pasangan wanitanya. Ajak saja dinner, lunch, breakfeast atau bershoping pasti si lelaki yang perlu mengeluarkan duit poketnya. Terdapat juga keadaan di mana si perempuan yang berbelanja si lelaki. Itu belum dikira dengan pembeliaan kad top-up handset yang out of control. Hanya kerana call untuk tanya khabar, dah makan ke belum, ada yang sanggup men“top up” handset mereka beberapa kali dalam seminggu. Cuba bayangkan jumlah wang perlu dibazirkan hanya untuk perkara yang sangat remeh dan tidak perlu. Paling menyedihkan, wang tersebut adalah pemberian keluarga yang seharusnya digunakan bagi tujuan pengajian. Begitu juga wang pinjaman PTPTN, ia adalah hutang yang perlu dibayar selepas tamat pengajian. Justeru, penggunaan kedua-dua jenis wang ini kepada perkara yang tidak wajar adalah tidak harus dan ditegah oleh syarak. Perbuatan membazir dan menyalahgunakan harta juga adalah amalan syaitan.(Rujuk Al-Isra’ ayat 27)

KELIMA: MEMBUANG MASA KEPADA PERKARA YANG TIDAK SEWAJARNYA
Seperkara yang wajar diprihatinkan di sini ialah penggunaan waktu kepada perkara yang tidak bermanfaat. Lebih malang lagi, masa yang amat terhad sebagai seorang mahasiswa telah diisi dengan perbuatan-perbuatan yang ditegah oleh Allah. Bukankah berdating, berbual telefon secara marathon dan lain-lain aktiviti rutin bercouple merupakan perbuatan yang menyimpang dari anjuran agama. Justeru setiap saat dan minit yang digunakan bagi tujuan tersebut akan dipersoal dan diperbicarakan di hadapan Allah.

Perlu diingat bahawa Islam bukan mengharamkan secara total perkara yang dinyatakan di atas. Islam tidak menghalang perbuatan tersebut, tetapi meletakkan beberapa prasyarat yang perlu dipenuhi. Sekiranya kita gagal mengikut syarat-syarat tersebut, maka status perbuatan tersebut menjadi HARAM serta menjauhkan diri pelaku daripada kasih sayang dan cinta Allah.
(Rujuk kitab al-Halal wal Haram Fil Islam, Dr. Yusuf Al-Qardhawi)

misi jihad cinta

“Sayang, kita dah sampai.”

Safiyyah menggosok mata yang masih kantuk. Tudung labuhnya yang agak senget dibetulkan suaminya.

“Tapi safiyyah kena janji dengan abang, walau apapun yang jadi lepas ni Safiyyah mesti redha.”

Safiyyah mengerutkan dahi, pelik dengan kata-kata suaminya.

“Abang ni, dari tadi Safiyyah tanya kita nak kemana. Tapi abang tak jawab pun.”

“Kan abang nak bagi Safiyyah hadiah ulangtahun perkahwinan kita.”

“Tapi cara abang cakap tadi macam pelik je.”

“Nak kahwin lagi ya?”

Suaminya tergelak kecil. Lucu dengan pertanyaannya.

“Kalau betul kenapa?”

“Safiyyah tak kisah tau. Nanti Safiyyah dapat payung emas di syurga.”

Suaminya tersenyum. Isteri yang solehah. Moga dia menjadi bidadariku di syurga.

“Abang ni kenapa senyum-senyum ni?”

“Dah la. Lagi cepat kita masuk ke dalam lagi cepat Safiyyah dapat hadiah dari abang.”

“Okey..”

Dia membuka pintu kereta. Kereta hitam berkilat kepunyaan suaminya diparkir di tempat yang disediakan.

Di hadapannya tersergam sebuah bangunan canggih. Pintunya diperbuat daripada kaca yang dihiasi kalimah ‘Lailahaillallah… Muhamadurrasulullah..’.

Suaminya menggenggam erat tangannya, bagai tidak mahu dilepaskan.


****

Uwais memasukkan kad pintar kedalam ruang di tiang itu. Dengan pantas, lantai yang dipijak bergerak ke atas menuju ke tingkat 8. Usai sampai, dia menarik kembali kad pintarnya.

“Jom masuk sayang.”

Sekali lagi, dia memasukkan kad pintarnya ke dalam mesin pintu pejabat di hadapannya. Lantas terpapar namanya di atas skrin mesin itu. Beberapa minit kemudian, tertera perkataan ‘masuk’.

Dia memimpin tangan isterinya. Dengan yakin, dia memulas besi ringan yang terlekat di pintu pejabat itu.

Kelihatan seorang lelaki di dalam pejabat itu. Senyumannya mengisi ruang wajahnya. Seakan terpancar nur keimanan pada rautnya yang tenang.

“Selamat datang Uwais Al-Qarni. Hari ini kau menunaikan janjimu.”

Lelaki itu menekan remote di tangannya. Kerusi di hadapan meja kaca itu terbuka.

“Sila duduk..”

“Terima kasih.”

Kelihatan lelaki itu mencari sesuatu. Dia menyelongkar laci kaca yang terapung di atas, seperti kabinet kuno zaman 2008 yang diubah suai. Cantik. Gabungan seni lama dan baru.

“Isi maklumat diri dan zaujah. Err, siapa nama dia?”

“Nur Safiyyah binti Dr Tariq Ziyad.”

“Dr Tariq Ziyad? Macam biasa dengar. Subhanallah, kamu anak seorang pahlawan?”

Safiyyah hanya diam merendah diri.

“Bagus. Kamu menjejaki langkah ayahmu. Memang berdarah pahlawan.”

Uwais menekan-nekan skrin sensitif di hadapannya. Dia mengisi maklumat dirinya dan Safiyyah.

Safiyyah memerhati.


MISI JIHAD CINTA

Nama Mujahid : Uwais Al-Qarni bin Ammar


Nama Mujahidah : Nur Safiyyah binti Tariq Ziyad



Dan banyak lagi butiran yang diisi suaminya..

Hati Safiyyah berbunga riang. Inikah hadiah dari Uwais kepadanya? Subhanallah.. Ya Allah, aku syukur padaMu. Cita-citaku semakin dekat. Syahid menggoda rohku. Aroma syurga menggamitku.
Misi jihad cinta itu sudah lama diidam-idamkan. Peraduan Misi Jihad yang dimenanginya itu menjadi hadiah yang amat bernilai. Peraduan ini melayakkan pasangan suami isteri sama-sama berjihad di tempat yang akan di hantar oleh ejen. Hanya 20 pasangan yang mendapat tempat dalam masa setahun. Misi ini adalah peluang terbaik untuk mencapai pangkat syahid.

“Sayang, mana kad pintar? Butiran peribadi perlu disahkan.”

Safiyyah lantas mengeluarkan kad pintarnya dari beg tangan elektronik hadiah dari arwah ayahnya.

“Ni bang..”

Butiran peribadi mereka kemudiannya disahkan. Laptop kecil sebesar tapak tangan itu diserahkan kepada lelaki di hadapannya.

Lelaki itu menekan-nekan sesuatu. Kemudian dia tersenyum.

“Kamu berdua dihantar ke Kota Toledo.”


****

“Bang..”

Uwais mendongak. Raut indah milik isterinya direnung. Sinar keimanan yang terlakar
menenangkannya.

“Ya?”

Safiyyah diam. Dia menunduk. Air jernih memenuhi kolam matanya.

“Kenapa ni? Safiyyah tak suka ya hadiah ni?”

“Abang.. Apa ni.. Bukankah itu yang kita tunggu-tunggu selama ni? Safiyyah pun tak sangka kita menang peraduan tu.”

“Habis tu.. Kenapa menangis?”

“Safiyyah tak sabar nak pergi sana. Lagi 2 hari kan bang..”

“Ya,abang pun tak sabar dah. Semakin dekat bau harum syurga..”

“Abang..”

“Ya?”

“Kita berjumpa lagi tak nanti di syurga?”

“Safiyyah sayang…”

“Ya bang..”

“Safiyyah nanti insyaAllah jadi Ainul Mardhiah abang di syurga. Jangan risau ya..”

“Safiyyah tak risau pasal tu. Safiyyah yakin kalau Safiyyah tak jadi bidadari abang pun, abang akan dapat bidadari yang lagi cantik dan solehah daripada Safiyyah.”

Kata-kata lembut isterinya membuatkan dia tersentuh. Subhanallah.. Aku sayang dia keranaMu ya Allah. Maka temukanlah kami di syurgaMu, jangan Kau pisahkan kami. Cukup hanya dia bidadari solehah yang telah kau sediakan untukku. Moga di dunia dan juga di syurga.

“Safiyyah.. Ingat tak dulu zaman kita sama-sama ditarbiyyah?”

“Ingat bang.. Masakan Safiyyah lupa. Taman yang mengajar Safiyyah erti perjuangan.”

“Dan abang tak sangka Allah pertemukan kita. Ingat tak dulu kita asyik bertengkar untuk capai
kata putus dalam mesyuarat? Kelakarnya masa tu. Isteri abang ni petah betul berhujah. Sampai kadang-kadang buat abang geram.”

“Laa.. Abang juga pesan pada kami, kami kena jadi Muslimat Tarbiyyah. Muslimat yang kuat menongkah ujian, tabah menghadapi dugaan, pantas berfikir, berana membantah kebatilan. Kan?”

“Ya sayang. Muslimat masa tu semua kuat belaka. Abang tengok macam kering hati je.”

“Terpaksa la bang. Kalau kami tak jadi macam tu, habis la perjuangan. Asyik-asyik merajuk, menangis. Nanti tak jadi kerja pulak.”

“Ya, abang faham.”

“Abang tengok la buktinya. Dah 3 orang ahli syura muslimat kita yang dah kotakan janji. Dah dapat pangkat syahid. Safiyah yang terlambat bang..”

Safiyyah pilu, janjinya belum dikota lagi. Dia sedang menunggu saat kemanisan itu. Nanti akan dia capai tangan sahabat-sahabatnya di syurga nanti. Sahabat-sahabat, tunggu kedatanganku. Hatinya menyeru.

“Sabar la. Tak lama lagi..”


****


Di khemah persiapan, Kota Toledo.

Malam itu mereka tekun. Hati dan jiwa betul-betul diserahkan kepada Allah. Setiap saat dipenuhi dengan solat-solat sunat, berzikir dan alunan bacaan Al-Quran.

Di atas sejadah itu, Uwais memegang tangannya. Erat dan kemas. Tampak air matanya mengalir.
Safiyyah juga menangis hiba. Tiada kata yang mampu diungkap. Bukan airmata sedih yang sedang mengalir. Tetapi armata bahagia, bahagia kerana bakal menemui Rabbnya.

“Nur Safiyyah.. Terima kasih kerana menjadi isteri abang selama ini. Safiyyah isteri solehah abang. Selama setahun kita kahwin, tak pernah sekali pun Safiyyah sakiti hati abang. Safiyyah gigih berusaha menjadi yang terbaik.”

Esakan isterinya semakin kuat. Hatinya pedih dalam gembira.

“Safiyyah, Allah temukan kita dalam lapangan perjuangan. Dan kita berjanji akan hidup dalam lapangan ini selamanya. Matlamat kita jelas, hidup mulia atau mati syahid. Sekarang di hadapan kita peluang, Safiyyah kena serahkan pergantungan bulat-bulat pada Allah. Bila kita sama-sama jalankan misi itu nanti, Safiyyah kena ingat Allah banyak-banyak. Jangan fikir pasal abang lagi, tinggalkan dunia. Ingat syahid.”

“Abang sayang Safiyyah kerana Allah. Abang minta maaf sebab tak dapat nak beri Safiyyah apa-apa ganjaran selama Safiyyah berkorban jadi isteri abang..”

“Abang, Safiyyah tak minta apa-apa pun.”

“Kita jumpa di syurga ya.. InsyaAllah..”

Dahi isterinya dikucup lembut.

“Abang ada satu permintaan.”

“Apa dia bang?”

“Baju tu. Nanti Safiyyah kena pakaikan untuk abang.”

“Ya,InsyaAllah. Abang pun ya.”

“Ya,InsyaAllah.”

Safiyyah bangun menuju ke hujung khemah, dia mengambil 2 pasang baju putih yang tergantung di atas tali. Tertulis perkataan “Peserta Misi Jihad Cinta” di belakang baju putih milik suaminya. Di bahagian hadapan sebelah kiri, tercatat nama Uwais Al-Qarni dan di sebelah kiri terdapat bendera kecil tertulis kalimah agung Lailahaillallah Muhammadurrasulullah. Juga pada bajunya.

“Assalamualaikum.. Akh Uwais..”

Terdengar suara member salam. Safiyyah merenung lembut wajah suaminya.

“Waalaikumsalam.”

Uwais membuka pintu khemah.

“Akh, sekarang sudah tiba masa kalian. Seruan jihad sudah dipalu.”

“Baiklah. Terima kasih.”

Uwais menutup kembali pintu itu. Dia pusing menghadap isterinya.

“Sayang, dah tiba masanya.”

“Ya.”

Lantas baju jihad disarungkan ke tubuh. Usai keduanya bersiap, Uwais memandang isterinya.

“Kita jumpa di syurga ya.”

“InsyaAllah bang. Sekejap lagi kita bertemu semula.”


****


Boomm..

Boommmm..

Boommmmm..

Dentuman demi dentuman terdengar. Mereka tekun melaksanakan misi jihad.

Bumm!

Di sebuah tempat, terdampar beberapa tubuh. Bajunya berlumuran darah. Ada peluru tertimbus di dada dan di sekitar tubuh mereka. Harum darah syuhada’, rautnya tersenyum megah. Antaranya adalah pemuda bernama Uwais Al-Qarni. Kini dia sudah mengotakan janjinya.

!Bummm

Dan, di sebuah tempat. Darah mengalir laju. Wanita berjilbab itu ditembak di belakang badannya. Peluru tertimbus dalam. Nur Safiyyah tersenyum.

Roh para syuhada’ itu berterbangan di langit. Uwais dan Safiyyah sudah mengotakan janji. Mereka bertemu di syurga.

Surat dari Anak Mak yg dah Tak Nakal.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh.

Saya sudah membaca berulang kali surat ini tetapi....Subhanallah.. sungguh syahdu sekali membaca setiap baris ayat dlm surat ini sehingga tidak dapat menahan dari menitiskan air mata .. Allah, ampunkan dosa2ku jua dosa kedua ibu bapaku, serta kasihanilah mereka seperti mana mereka mengasihani aku ketika aku kecil. Ilahi..taqobbal minna,innaka antassmi' ul 'alim. Lapangkanlah urusan seharian ibuku serta Ayahku...moge2 kita mnjadi anak yg soleh dan solehah serta sentiasa mendoakan kedua ibu bapa kita. Jadi sesiapa yang ada Perasaan Kasih Sayang terhadap ibu dan bapa pasti akan menitiskan air mata.

.
Bagi kita yang masih punya anugerah ibu dan bapa daripada Allah yang tiada tandingan di dunia dan akhirat, marilah sama2 kita usaha untuk menjadi anak yg soleh/solehah buat mereka, sentiasa menyenangkan hati mereka dan berdoalah untuk mereka, diampunkan dosa, diterima amal dan diredhai dirahmatiNya selalu. Teruskan berbakti pada mereka selagi masih ada peluang, insyaAllah.Buat mereka yang ibu atau bapa ataupun mungkin kedua2nya telah dijemput pulang oleh Allah, teruskan beramal dan berdoa untuk mereka. Kita tahu kita boleh membantu mereka dengan doa2 daripada anak2 mereka yg soleh/solehah, insyaAllah. Dan simpanlah harapan untuk bertemu mereka di negeri abadi nanti, insyaAllah.


Surat Dari Anak Mak yg Dah Tak Nakal

Mak.....


Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari.....
Dah hampir sepuluh bulan mak pergi, Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan sejuk syahdu masih terasa lagi nih....

Mak tau tak.....


itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter dewasa.....
dan itu juga terakhir kali nya. Emmmm...
rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh.....
nak tinggal kan anak2 mak.....
nak tinggal kan dunia fana ni.....

mak macam dah sedia.....

Seminggu sebelum tu.....
mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai.....
Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu....
tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih.....
kakak pun rasa hairan.....
mak tak penah buat gitu.....

pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak.....

tapi mak seolah2 tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam ......

kengkadang siaran indonesia ...

mak terus tekun menganyam...

Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak ke kuburan...

.

Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih2....

pastu mak jemur karpet-karpet. ..

pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain..mak biarkan ruang tu kosong..

rupanya kat situ jenazah mak diletakkan..

paling menarik sekali mak bgtau kat maner sume duit dan barang kemas mak..

ada kat dalam almari.....

ada kat dalam dalam beg.....

ada dalam ASB.....

ada kat dalam Tabung Haji..

mak cakap tak berapa cukup lagi....

ada kat dalam gulung tikar.....

.
masa tu mak perasan takk..??

kiter gelak sakan bila mak bgtau duit dalam gulung tikar...

kiter kata mak ni memang pesenn lama laaa... mak cuma gelak jer...

eeemmm..bahagiaa nya saat ituu..

Mak.....


Hari tu hari sabtu 18/08/1999 pukul 3 petang mak tiba2 sakit perut.....
bila malam tu kiter sampai dari KL.....
mak dah dalam kesakitan. Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk.....
mak tetap takmau pi hospital.... .
dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk..
Mak kata mak takmau duduk dalam hospital.... .
tapi kiter berkeras juga pujukk.. nanti di hospital ada doktor...
ada ubat untuk mak..
kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer..
Mak tetap tak bersetuju... ..
mak memang degil.. tak salah, anak mak yang ni pon mengikut perangai mak tu..Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk....
mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pon sakitkami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital.... ..

Mak.....

.

amponkan kami semua...

kami nak mak sehat...

kami sayang mak...

kami tak mau mak sakit...

kami terpaksa juga hantar mak ke hospital....

ampon kan kami yer mak....

Mak.....

Malam itu abang bawa mak ke hospital dan itu lah pertama dan terakhir kali mak naik kereta kiter... Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak, kiter kata nak beli kereta.... Mak asyik tanya ajer..cukup ker duitt..

kiter jawab pula...

kalau tak cukup, mak kan banyak duit...

mak gelak ajerr.....

Lepas tu bila kereta kiter sampai....

mak buat kenduri kesyukuran.. ....

Dan kiter masih ingat lagi...bila kiter eksiden terlanggar Ah-Chong naik motor.....

Punya la kiter takut...kiter warning kakak kiter jangan sesekali bgtau kat mak.....

Bila balik sahaja kampong....

kiter cepat-cepat simpan keta dalam garaj.....

Tapi mak perasan juga bumper depan kemek...

mak tanya kenapa...?

Selamba jerr kiter jawab terlangar pokok bunga.....

Mak....

tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau...

Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar...

mak, kiter menipu mak kan ...

ampon kan kiter....

Mak.....

Jam 4.30 pa gi 19/08 /2006 Bila tiba aja kat hospital....

nurse tengah balut mak dengan kain putih.....

mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital...

Mesti mak nampak abang cium dahi mak.....

Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak....

Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu...

mesti mak nampak semua tu kann...kann. .kannn

Mak tau tak....

Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter mamandu dalam keadaan separuh sedar...

Adik kat sebelah diam melayan perasann...

Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini... jalan di depan terasa makin kelam.....

airmata dah tak mampu di tahan....

Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kiter rela...

Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga...

di sebab kan pagi masih awal, jadi jalan tu lenggang..kosong. ...

sekosong hati ini.....

Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya.. ...

terasa syahdu dan sayu...

dinginnnn. ....

Mak.....

Kiter masih ingat lagi...

Kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan mak...

Jam 11.00 pagi mak di mandi kan .....

Anak2 mak yang pangku masa mak mandi....

Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak.....

Kiter gosok kaki mak perlahan lahan.....

Mak perasan tak...?

Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter.....

Dia kata...

" dikk...jangan nangis...

kalau sayang mak jangan buat gitu...jangan nangis ya.."

Bila makcik tu kata gitu...

lagi laaaa laju airmata ni..tapi kiter kawal supaya tak menitik atas mak....

Mak.....

Sampai takat ini surat ni kiter tulis.....

kiter nangis ni.....

Ni kat dlm bilik...baru pukul 4.00 pagi....

Takder orang yang bangun lagi.....

kiter dengar nasyid tajuk "anak soleh" kiter sedih...kiter rindu kat mak..!

Takpa la....

nanti bila kita selesai sembanyang subuh, kiter baca yassin untuk mak...

mak tunggu ya..!

Mak..

Sebelum muka mak di tutup buat selamanya... .

Semua anak2 mak mengelilingi mak...

menatap wajah mak buat kali terakhir....

Semua orang kata mak seolah2 senyum aja... Mak rasa tak....masa tu kiter sentuh dahi mak....

kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk.....

Kiter tak mampu nak cium mak...

kiter tak daya....

kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar...

Airmata kiter tak boleh tahan....

Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak...

tapi kite suruh tok imam bacakan doa sebab kite sebak....

Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah....

Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik...

badan akak terasa panas...

makk...

anak mak yang seorang tu demam....

Mak tauu...

cuma akak sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan.. .

Mak.....

Hari2 ku lalui tanpa kewujudan mak lagi...

Begitu terasa kehilangan mak...

boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam airmata...

Dan sampai satu tahap....

masa tu malam jumaat selepas maghrib...

Selepas kiter baca yassin ngan kawan-kawan. ....

entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan gambar2 mak pastu apa lagi...

semakin kiter tenung terasa semakin sayu...

tangisan tak dapat dibendung...

Mak tauu...

kiter cuba bertahan...

memujuk diri sendiri tapi tak juga reda...

Kiter rasa nak telefon mak...

nak cakap dengan mak....

anak mak yang ni dah tak betul kan ...????

Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong...

Kiter cakap dengan kakak..kiter nangis lagi...

Puas la kakak memujuk kiter...

Akak kata...

" tak baik laa nangis aje..doa lah untuk mak.." Dan akhirnya akak juga nangis.....

Mak tau tak..

di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati...

rasa nyilu sangat...

menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni....

Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma...

hanya sedekah al-fatihah kiter berikan.....

Mak....

cukup la sampai sini dulu....

kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu....

kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid...

selalunya, kiter yang bawak mak naik motor kan ....

kali ni kiter jalan kaki dengan kawan pulak...

esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula....

Mula2 kiter tak tau nak hantar mana surat nih...

pastu kawan kiter bgtau...

simpan je buat kenangan..

Kiter cuma tau alamat ni aje...

Takper yer mak...

kiter kasi orang lain baca...

Kiter stop dulu...

sebab kawan kiter dah lama tunggu tu...

akhir kata untuk mak,

I LOVE YOU SO MUCH dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kiter...

memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah..

sampai masuk unibesiti..

sampai kiter boleh rase naik kapal terbang...

boleh rasa duduk kat negara orang...

sampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas..

sob,sob....waaaa.....THK MAKKK!!!!!!!!

Sekian terima kasih,

Yang Benar Anak mak yang dah tak degil.


Sumber Dari Saifulislam.com...


Assalamualaikum...

Apa yang kau panggil cinta..








Apa yang kau panggil cinta
Bukanlah seindah mimpi yang indah

Kerana ia cumalah bayangan ilusi

Cumalah mainan tidur yang berpanjangan
Apa yang kau panggil cinta
Bukanlah satu kebahagiaan yang kau harapkan
Kerana ia cumalah patung permainan
Yang berselerakan di hati dia
Apa yang kau panggil cinta
Bukanlah permata yang seutuh berlian
Ia cumalah kaca nan terang
Cuba menyilaukan pandangan mu di tengah sahara
Apa yang kau panggil cinta
Barangkali cuma bunga di mata
Dihati seperti duri yang bisa
Apa yang kau panggil cinta
Cuma logamaya di tengah gurun
Nampaknya indah umpama penyelamat
Sedang ia cuma di kejauhan pandangan
Apa yang kau panggil cinta
Adalah keindahan yang berseni
Namun lekok-lekok garisannya
Membuatkan ia menjadi jalan panjang yang menakutkan
Apa yang kau panggil cinta

Cuma indah apabila kau membawa Tuhanmu menyertainya!


Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers ::Moga Allah Redha Asilah Dan Wazir:: Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers