JellyPages.com
Photobucket
Sentiasa ingat Allah tika dilanda ujian dan dilimpahkan kegembiraan
Senyum itu sedekah
Tenang itu bahagia
Sabar itu indah
^_^


Hati yang mensyukuri apa yang ada, Itulah hati yang penuh dengan rasa cinta

K.E.H.I.L.A.N.G.A.N

Permulaan yang biasa dihadapi oleh semua generasi adalah dengan tanda tanya. Mengapa begitu? Apa yang berlaku? Kenapa aku? Dan mungkin pelbagai lagi tanda tanya yang sentiasa berada dalam minda. Setiap "tanda tanya" pasti ada jawapan. Cuma jawapan untuk persoalan dalam kehidupan, harus di cari tahu dengan sendiri. Serta mengetahui jawapan dengan belajar. Belajar dari kesilapan, belajar dari masa lalu, belajar dari orang lain atau belajar daripada insan yang bergelar guru, pendidik dan penjaga.

Mungkin agak skema. Ok, stop skema~!!
Mentari yang terang ... bla..bla..bla.. STILL SKEMA??? Erk.. wokeh ^_^

Sejauh mana kalian tahu maksud "K.E.H.I.L.A.N.G.A.N" ??
Jawapan plizz!!

Kita semua sedia maklum, kehilangan tu sudah sebati dengan kesedihan. Kalau korang tak mahu ngaku tak mengapa. Mungkin ianya bagi silah. Hohohoho.. (touching pulakss)
Apabila kita sudah mula menyayangi, pastinya tak mahu kehilangannya. Am I right?? Peace =)

Kat sini, silah bukan nak mengadu kesedihan. Cuma silah nak share pada korang dan memberi AMARAN KERAS pada diri silah ni.. hehehe.. Dalam 2 bulan yang berturut ni, silah rasa sedih tau. Korang nak tahu tak kenapa?? Nak kan.. Tahu dah, pantang bercerita, laju jer bacanya. 

Ceritanya macam ni. Tapi perkara biasa kan. Sedih kan, Allah uji. Ok. Habis cerita. ^_^
Dan yang tebaru, cerita COTAM silah. Ada yang pelik dan berkerut pikior. Amenda la COTAM ni.. Cotam ni kucing kesayangan silah. Nak tengok tak? chumel sangat ^^


..Comelkan..

Suka tak? Hahaha.. korang tak suka, silah yang suka. Nak tahu, Cotam silah ni baru setahun. Tapi mukanya matang sangat. Itu pasai nampak tua. Badan pon besar. Hahaha.. Rindu Cotam.

Kisah si cotam ni bermula dengan kutip di tepi jalan. Adui, sadis betul. Kutip je. Tapi itu la kisah benarnya. Kutip je kat tepi jalan, pastu kami sekeluarga jaga la dia. Baik sangat. Manja, jinak, comey. Ah, semua ada kat cotam ni. Itu pasai silah sayang cotam lebih. Nama diberi COTAM dari ayat coklat dan hitam (warna badan). Ibu silah yang kasi nama tu. Mula-mula agak pelik, tapi dah lama. Bez pulak nama tu. Sayangnya, cotam tak kenal lagi nama dia tu.

Hari kedua bersama cotam, sangat gembira. Usap badan dia, mandikan dia. Mengelupor dia dalam bilik air tu. Kesejukan. Haha. Nak tahu, kasi makan ikan, sapunya 2 ekor. Kasi sekor tak cukup. Duk ngiaw nak lagi. Adoi, kuat makan. Tapi tak kisah. Asalkan cotam kenyang. 

Masuk hari yang ketiga, kami adik beradik semangat beli makanan baru untuk cotam. Sebabnya cotam muntah nasi dengan ikan yang dia makan semalam. Muntah dan cirit. Aiyoo.. risau pula. Bila makanan baru dah sampai, tengok cotam semangat. Nak tahu kenapa? Bukan semangat dengan makanan yang kami bawa. tapi sebab dia nampak anak tikus kat dapur, dan dia terus gigit. Tapi bukan gigit makan, gigit main. Lepas gigit, main campak2. suka betul dia dengar encik tikus tu berbunyi. Sampai mati juga la di korjakannya. Mati je encik tikus tu, adik silah buang tanpa pengetahuan cotam. Cotam tak puas main lagi dengan tikus tu. Mengamuk dia cari tikus tu. Tak lama kemudian, kami tengok cotam p bawa tikus yang lain. Entah mana dia dapat la. Adui.. Seronok tengok cotam main dengan tikus tu. Tapi dalam keseronokan silah, rupanya tikus yang cotam gigit tu dah terkena racun tikus. Cotam juga termakan racun tu, akibat dari gigit tikus tadi. Cotam jadi kurus dan satu hari dia tak makan..

Bila malam tiba, cotam tak tidur. Cotam muntah. Cotam cirit. Cotam masih tak nak makan. Kami tahu cotam kene racun lambat, dan kami juga lambat bawa cotam ke klinik. Kasihan cotam. Dia dah selemah-lemahnya. Terbaring depan bilik air. Hari ni (31 julai) Bawa cotam pergi klinik. Masuk air, doktor cucuk dia. Cotam tak berdaya, dan mampu ngiaw je. Doktor kata cotam dah teruk, sepatutnya kene masuk wad. Tetapi klinik tu tidak menyediakan wad. Doktor suruh buat wad kat rumah je. Caranya setiap 2 jam bagi cotam ubat. Silah tak kisah. Silah rela jadi nurse cotam. Memang setiap 2 jam silah bagi ubat. Tepat je. Bermula jam 3 petang, 5, dan seterusnya .....

First kasi ubat tu, cotam tak nak. Jenuh paksa. Bila dah selesai bagi makan ubat. Tak lama lepas tu, cotam muntah atas kain silah. Semua ubat yang silah bagi tadi, semua dia buang. Alahai, kasihan cotam. Pastu silah kasi cotam rehat. Terbaring je. Cotam dah tak mampu nak bernafas dengan betul. Cara cotam bernafas dengan jelir kan lidah dia. Hidungnya sumbat. Kasihan. Kalau kita pon dah lemas, masih boleh hembus atau sapu bam supaya tak sumbat. Tapi cotam ... tak mampu ='(

Selepas ubat pukul 9 di beri, cotam menuju ke bilik air. Dan baring atas bilik air. Allah, sangat sedih ketika itu. Ibu kata, binatang kalau kene racun, badan dia panas. Kalau mati lepas terkena racun tu, mesti atas air. Maksudnya betul la cotam kene racun. Kemudian, silah mandikan cotam, bagi sejuk sikit. Silah tak pernah tengok kucing kene air, diam je. Tapi itu la yang terjadi. Cotam diam je kene air. Tanpa ada bunyi pon. Dan sememangnya keadaan cotam waktu itu sudah sangat nazak. 2x silah mandikan cotam. tapi cotam duduk diam je. Tak bergerak sikit pon. Menitis air mata silah dengan keadaan cotam.

Tepat jam 11 malam, cotam kene makan ubat lagi. Cotam diam je makan ubat, dia telan perlahan-lahan. Aktif pergerakan kepala dia ketika makan ubat sudah hilang. Seakan-akan cotam makan ubat denga rela dan seperti sangat sedap. Realitinya ubat tu pahit. Bila ubat yang terakhir hampir habis, cotam beguling-guling. Dan cotam menghempaskan diri dia ke atas lantai. Sambil tu cotam muntah. Habis keluar semua ubat. Tepat jam 11.30 malam, cotam pergi tinggalkan silah. Silah sayang cotam silah ='(

Cotam tenat :'(

Perkenalan yang tidak perlu mengambil masa yang lama, boleh membuahkan kasih sayang yang kuat ikatannya. Hebatkan. Kasih sayang adalah memberi tanpa perlu meminta untuk di balas. Tapi kehilangan yang sekelip mata, boleh memberikan impak besar yang memakan masa untuk pulih semangat semula.

Benar dan betul ...
Tapi kita berbalik kepada Yang Esa. Dia sudah menjanjikan hikmah kepada setiap perkara yang berlaku. Walaupun silah terasa sangat sedih, tapi silah kene kuat. Mungkin pada korang cotam itu hanya seekor kucing biasa. Tetapi pada silah, tidak cuma kucing biasa. Andai silah menganggap cotam hanya kucing biasa, masakan silah relakan air mata jatuh berjurai-jurai selama 3 hari. Allah~
"Menangislah wahai wanita, kerana air mata itu adalah kekuatan untuk diri mu, ......................... Tetapi, berpada-pada la dalam menitiskan air mata, kerana air mata itu cuma layak dititiskan hanya kepada Sang Pencipta sekalian makhluk dan alam semesta". Cotam milik Allah.. 

Alhamdulillah, Silah yakin dengan ketentuan Allah. Tapi silah masih fobia dengan "K.E.H.I.L.A.N.G.A.N"..

= Nasihat dan kata-kata semangat daripada rakan-rakan amat diperlukan =
::Wassalam::
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers ::Moga Allah Redha Asilah Dan Wazir:: Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers