JellyPages.com
Photobucket
Sentiasa ingat Allah tika dilanda ujian dan dilimpahkan kegembiraan
Senyum itu sedekah
Tenang itu bahagia
Sabar itu indah
^_^


Hati yang mensyukuri apa yang ada, Itulah hati yang penuh dengan rasa cinta

Berpisah dan bertemu dengan SENYUMAN~


Siapa yang boleh bertemu dan berpisah dengan SENYUMAN???
angkat tangan!!!

As salam sahabat2 ku yang tercinta
harap korang sihat belaka
dan moga diberkati-Nya sepanjang hidup ini =)

Haa... awal2 tadi silah ada bagi soalan
ade sape2 yang angkat tangan tak??
maaf la teman, kalu korang angkat tangan pon silah tak nampak..hihihihihih

Bila bertemu dengan SENYUMAN tu boleh la.. nak dipercayakan
tapi ada ke orang yang berpisah dengan senyuman??
tak payah cari jauh2 la, silah tengok diri silah sudah
secara jujurnya silah pon tak boleh nak senyum kalu da berpisah..
mahu tarik muka je, berkurung dalam bilik..
( huhuhuhu... silah tak de la sampai buat camtu.. statemnt silah yang atas je =) )

Betul tak kawan2??
tak mo ngaku sudah (hahahaha)
sambung balik cerita silah..

"Menurut kajian, apabila seseorang senyum,
17 otot di mukanya bekerja,
berbanding 43 otot yang bekerja ketika sedang marah"

Haa... dengar tu kawan2...
ish3.. buat apa nak keje berat2..
ambil yang paling senang je tau
(amboi.. pandai lak silah cakap orang ye.. tak sedor diri lak... hahahha... maaf ye kawan2..
peringatan tu untuk silah jugak)

Biasa la kawan-kawan,
itu semua lumrah kehidupan
emosi ni memang agak sukar untuk dikawal..
tapi kita masih boleh cuba untuk memperbaikinya
kita masih berpeluang untuk menjadi lebih baik.

Cuma terima segala nasihat dengan hati terbuka
insyaAllah,dari teguran itu, kita akan jadi lebih baik
"kritikan adalah baik untuk kita. Mereka yang tidak dikritik
adalah mereka yang tidak membuat sebarang tindakan langsung"

Senyuman selalunya akan berbalas senyuman.
Jarang sekali senyuman di balas dengan masam muka.
Senyuman yang dihadiahkan akan
dibalas dengan senyuman juga..
Seronokkan bila "senyum"

kenapa ye silah cakap begitu??
sebabnye pernah satu ketika dulu
silah ada masalah,
dan silah rasa bagi kawan2 juga amat berat
tapi tak perlu cerita kut =)
waktu tu silah tak tahu nak buat apa
sedih je, tapi tak de la tunjuk kat orang (malu laa)

dan untuk pertama kalinya silah ambil keputusan untuk jadi "Profesional"
hahahaha... tak leh go kan ayat tu
erm... tapi itu realitinye
silah senyum je
tak layan pon perasaan tu
dan akhirnya...........
Allah beri silah kegembiraan tanpa perlu berpura2
terasa nikmatnya senyum
kalau kawan2 tak percaya, cuba la!
Hope tak de yang kata korang gila...
hihihihi... guro je...
silah cuma nak share apa yang silah rasa

"Allah takkan uji hambanya
jika hambanya tidak mampu"

"Adakalanya yang pahit itu adalah yang terbaik untuk kita"

Terima dengan Redha dan Tabah k ^^


InsyaAllah ^_^

Eh, panjang pula bercelotehnye..
ok la teman seperjuangan
sampai sini dulu ye kisahnya..
InsyaAllah, jika panjang umur kita jumpa lagi

:: Wassalam ::


Apabila iman berkurang....


As salam sahabat ku...
Moga kehidupan anda hari ini lebih ceria daripada semalam ^^
Alhamdulillah.. syukur..
Jari ini masih sihat dan amat bergaya tariannya di atas keyboard ni..huhuhuhu..

Teman,
iman seseorang muslim adakala kuat dan adakala lemah
Ianya bergantung pada cabaran dan dugaan yang ditimpakan pada seseorang
apabila musibah hadir ketika ini iman menjadi lemah
kerana timbul rasa gelisah dan gusar..
Rasulullah S.A.W bersabda maksudnya : "iman itu naik dan turun, maka sentiasa perbaharui iman kamu."

Hadis ini seolah2 membenarkan dan memahami fitrah manusia yang sebenar..
tapi ianya bukan sekadar untuk dibaca..
Itu adalah pesanan Rasulullah kepada kita
cuma tinggal baiki diri je ^^

Apabila iman berkurang...
Ianya sangat merbahaya pada diri kita
kenapa silah say like that???
coz macam2 boleh berlaku.. sama ada dalam keadaan sedar atau tidak..
Bila dalam keadaan sedar tu,
mula2 kita rasa serba salah
mulut tu always istghfar (memohon maaf dari Allah)
"Apa yang aku telah buat ni?? "
"kenapa aku wat camni? "
Tapi still buat juga.. Bila tengah happy,tak ingat apa dah
rasa macam dunia ni ana yang punya..
huhuhuhuhuhhu...

Bawalah dua bekalan asas : Iaitu ibadat wajib dan sunnah
Iman diukur menurut amalan wajib dan sunat
yang boleh melahirkan jiwa hamba dekat kepada Allah

Allah berfirman : "Tidaklah seorang hamba-Ku mendekatkan diri kepada-Ku dengan sesuatu yang paling Aku cintai selain daripada kewajipan yang Aku fardhukan kepadanya. Dan hamba-Ku sentiasa mendekatkan diri kepada-Ku dengan ibadat sunnah sehingga Aku mencintainya."
(Hadis Riwayat Al-Bukhari)

Sesungguhnya Allah itu selalu hampir dengan kita
tetapi kita selalu abaikan-Nya
kita tak pernah pedulikan Dia waktu senang
kita tak bersyukur dengan apa yang telah diberikan-Nya pada kita

استغفرالله العظيم
Maafkan diri ini Ya Allah...

Betapa baiknye Allah pada kita
pelbagai nikmat yang Dia telah berikan pada kita
Subhanallah..
Dia tak pernah membenci kita

Benarlah firman Allah taala yang bermaksud : "Hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang"



Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers ::Moga Allah Redha Asilah Dan Wazir:: Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers