As salam sahabat ku...
Moga kehidupan anda hari ini lebih ceria daripada semalam ^^
Alhamdulillah.. syukur..
Jari ini masih sihat dan amat bergaya tariannya di atas keyboard ni..huhuhuhu..
Teman,
iman seseorang muslim adakala kuat dan adakala lemah
Ianya bergantung pada cabaran dan dugaan yang ditimpakan pada seseorang
apabila musibah hadir ketika ini iman menjadi lemah
kerana timbul rasa gelisah dan gusar..
Rasulullah S.A.W bersabda maksudnya : "iman itu naik dan turun, maka sentiasa perbaharui iman kamu."
Hadis ini seolah2 membenarkan dan memahami fitrah manusia yang sebenar..
tapi ianya bukan sekadar untuk dibaca..
Itu adalah pesanan Rasulullah kepada kita
cuma tinggal baiki diri je ^^
Apabila iman berkurang...
Ianya sangat merbahaya pada diri kita
kenapa silah say like that???
kenapa silah say like that???
coz macam2 boleh berlaku.. sama ada dalam keadaan sedar atau tidak..
Bila dalam keadaan sedar tu,
mula2 kita rasa serba salah
mulut tu always istghfar (memohon maaf dari Allah)
"Apa yang aku telah buat ni?? "
"Apa yang aku telah buat ni?? "
"kenapa aku wat camni? "
Tapi still buat juga.. Bila tengah happy,tak ingat apa dah
Tapi still buat juga.. Bila tengah happy,tak ingat apa dah
rasa macam dunia ni ana yang punya..
huhuhuhuhuhhu...
Bawalah dua bekalan asas : Iaitu ibadat wajib dan sunnah
Iman diukur menurut amalan wajib dan sunat
yang boleh melahirkan jiwa hamba dekat kepada Allah
Allah berfirman : "Tidaklah seorang hamba-Ku mendekatkan diri kepada-Ku dengan sesuatu yang paling Aku cintai selain daripada kewajipan yang Aku fardhukan kepadanya. Dan hamba-Ku sentiasa mendekatkan diri kepada-Ku dengan ibadat sunnah sehingga Aku mencintainya."
(Hadis Riwayat Al-Bukhari)
Sesungguhnya Allah itu selalu hampir dengan kita
tetapi kita selalu abaikan-Nya
kita tak pernah pedulikan Dia waktu senang
kita tak bersyukur dengan apa yang telah diberikan-Nya pada kita
استغفرالله العظيم
Maafkan diri ini Ya Allah...
Betapa baiknye Allah pada kita
pelbagai nikmat yang Dia telah berikan pada kita
Subhanallah..
Dia tak pernah membenci kita
Benarlah firman Allah taala yang bermaksud : "Hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang"