JellyPages.com
Photobucket
Sentiasa ingat Allah tika dilanda ujian dan dilimpahkan kegembiraan
Senyum itu sedekah
Tenang itu bahagia
Sabar itu indah
^_^


Hati yang mensyukuri apa yang ada, Itulah hati yang penuh dengan rasa cinta

Gembira + Sedih = ??

~Salam alaik~

Tajuk je dah memberi soalankan??
jawapannya ape?
sape nak jawab?
angkat mata.. hihihihi

Pernah tak korang rasa kehilangan?
Rasa macam sorang-sorang?
Atau
Seperti "DIA" akan jauh daripada kita?
Atau
Di culik, di ambil orang??
pernah tak??

sekarang ni
itulah yang silah rasa~

orang yang pernah rapat dengan kita
selalu bersama tika senang dan susah
walaupun perkenalan kami tak lama
dalam 6 bulan
tapi ukhwah yang utuh tu
telah membuahkan rasa sayang dan cinta yang kukuh
(wah..jiwang karat lak silah ni ye.. hihihihihi)

Jangan salah faham ye kawan-kawan
insan yang silah maksudkan adalah
Seorang "KAKAK" yang silah kagumi

( Inilah kakakku.. so sweet kan.. )

Alhamdulillah
Selamat diijab kabul dengan 1 lafaz sahaja pada
27 MEI 2011
9.47 pm

Silah rasa gembira sangat
yang tidak boleh di ungkap dengan kata-kata
tapi ianya bercampur dengan perasaan sedih
bukan apa
cuma rasa seperti kehilangan je

Gamaknya
inilah yang mak, ibu, mama, ummi rasakan
apabila anak gadis yang
dijaga, dibelai dan di tatang bagai minyak yang penuh
pergi bersama suami
dan merasakan seperti anaknya jauh sekali

huhuhuhuuhu
silah pun tak tahulah
mengapa diizinkan Allah untuk merasa
perasaan kehilangan ini..
Alhamdulillah, syukur
silah adalah insan terpillih..

tak sangka lak silah luahkan dalam blog ni
hahahaha.. malu lak..
takpe la
bila lagi nak meluah :)

okey abis sudah kisahnya
ini gambar kakak dan abang


Moga bahagia hingga ke akhirnya
..ameen..

::wassalam::



*Jadilah WANITA yang paling BAHAGIA*


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum Sahabat...
di harap semua sihat2 belaka..
::Ameen::

Hari ni silah nak share satu buku ni
Tajuknye
"JANGAN BERSEDIH
JADILAH WANITA YANG PALING BAHAGIA"


Cover depan


Cover belakang


Seronok tau buku ni...
hihihihihi... (silah cakap ni macam da abis bace je kan)
padahal tak bace abis lagi..
tapi bagi silah rugi la,
kalu orang tak dapatkan buku ni..
silah pon pinjam kat kawan je (tak beli pon...hahahahah)
kira ok gak la kalu pinjam kawan kan??
At least kita baca gak.. :)


"betul3x" kata upin ipin
iklan je.. :)



Kepada sesiapa yang tak tahu nak bagi hadiah
apa kat kawan2 perempuan,
silah syorkan
bagi je buku ni..
BERFAEDAH tau

Kalau kaum Adam nak baca pon boleh
tak salah pon
nanti boleh beri nasihat kat kawan2..

Kepada sesiapa yang dah baca
jangan lupa share kat sahabat yang laen ye..

::WASSALAM::

Cinta halal dan hikmah Istikhrah


Rasa cinta pasti ada, Pada makhluk yang bernyawa
Sejak lama sampai kini, Tetap suci dan abadi
Takkan hilang selamanya, Sampai datang akhir masa.
Perasaan insan sama, Ingin mencinta dan dicinta

Bukan ciptaan manusia, Tapi takdir yang kuasa
Janganlah engkau mungkiri, Segala yang Tuhan beri
*RENUNGKANLAH "ALBUM PELITA HIDUP III: ARTIS HIJJAZ"*

"Cinta ada kekuatan yang mampu..
mengubah duri jadi mawar, mengubah cuka jadi anggur
mengubah malang jadi untung, mengubah sedih jadi riang
mengubah setan jadi manusia, mengubah iblis jadi malaikat
mengubah sakit jadi sihat, mengubah bakhil jadi dermawan
mengubah kandang jadi taman, mengubah penjara jadi istana
mengubah amarah jadi ramah, mengubah musibah jadi mahabbah

Itulah dia Cinta.."

"Sekalipun cinta telah kuuraikan, dan kujelaskan panjang lebar, namun jika cinta kudatangi, aku jadi malu pada keteranganku sendiri..

Meskipun lidahku telah mampu menguraikan dengan terang, namun tanpa lidah, cinta ternyata lebih terang, sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya, kata-kata pecah berkeping-keping begitu sampai kepada cinta, dalam menguraikan cinta, akal terbaring tak berdaya bagaikan keledai terbaring dalam lumpur..

Cinta sendirilah yang menerangkan cinta dan percintaan.."

**DIPETIK DARI FILEM "KETIKA CINTA BERTASBIH (1)"**

Lanjutan seterusnya : http://www.iluvislam.com/keluarga/perkahwinan/1425-cinta-halal-dan-hikmah-istikharah.html

Maksiat ~



Salam Alaik...

Bagaimana keadaan anda pagi ni??? sihat??
Alhamdulillah.. harap anda semua dalam keadaan sihat sejahtera..

Hari ini saya nak share tentang "Maksiat"..
Bukan apa, kadang-kadang saya kurang pasti dengan maksud Maksiat itu sendiri..
Adakah anda juga seperti saya?? hihihihihi...

Perasan tak, kita selalu sinonimkan Maksiat dengan perbuatan apa?? Kebiasaannya fahaman kita semua, perkataan maksiat itu digunakan apabila wanita dan lelaki
berdua-duaan.. Agak-agak anda,betul tak penggunaan
tu?? hihihihihihihi....

Maksud maksiat ialah Penderhakaan...
Kalau kamus melayu, derhaka itu bermaksud tidak taat, menentang dan melawan. Jadi, apa sahaja perbuatan yang menentang, melawan atau berbau tidak taat pada Allah; maka itu adalah maksiat. Faham tak??

Okey.. jom kita ulang balik : Maksiat adalah penderhakaan atau perbuatan tidak taat, melawan dan menentang.. Tidak taat pada siapa?? Melawan pada siapa?? Menentang siapa?? Tentulah pada Pencipta sekalian alam...

Uish.. Terasa berat lak, bila dah tahu maksud maksiat ni..
Kadang-kadang kita bese je guro2... "Alamak aku terbuat maksiat lak"
"Aku nak buat Maksiat jap"
Sebab kita tak tahu maksudnya...

Cuba kalau bergurau "aku nak jadi anak derhaka la".... Anda mesti tak sanggup kan.. Nak sebut pon tak berani.. betul tak??
Now,kita semua dah jelas dengan maksud maksiat..

Semoga celik dunia, celik juga akhirat.. Sebab hidup di dunia ini adalah untuk kebahagiaan Akhirat.



Niqab.. 0h niqab..



Nama saya zinnirah (bukan nama sebenar)
Ana belajar di kedah kat kolej ........ (ttttuuuuuuuuttttttt)
Waktu ana belajar dulu,
ada seorang muslimah niqab yang baru daftar sebagai pelajar baru di tempat kami..
Beliau bukan berasal dari Malaysia
tapi nun di tanah Arab
Penghijrahannya di sini adalah untuk menuntut ilmu
Alhamdulillah..
Tuntut ilmu boleh di mana saja.. btul tak kwn2..??
hihihihiihi.....

Al-kisahnya begini,
sejak beliau belajar di kolej kami
macam-macam yang berlaku
dan Beliau mempunyai ramai kawan
bukan itu saja
malah telah membuatkan lelaki di kolej terpukau dengannya
mana taknya
Beliau cantik.. ramah.. lemah lebut.. ayu..
..sopan santun.. bijak pulak tu..
huhuhuhu.. boleh di katakan perfect gak la...
seronok jadi dia
semua sayang..

Tapikan kawan-kawan
ade buruknya jugak..
rasanya mesti kawan2 tahu kan..hihihihi
tak kira la buruk itu pada Beliau
ataupun pada masyarakat sekeliling..
pernah terfikir tak..??

oklah.. sampai situ je ceritanya..
motif saya sebenar
nak kan jawapan sahabat seperjuangan saya
tak kiralah yang mengenali saya
ataupun tidak
saya memerlukan pendapat dan pandangan anda semua..


Ape yang dimaksudkan dengan niqab??
Kenapa pakai niqab??
Ape istimewanya niqab??
Wajib ke pakai niqab??

~wassalam~

~HuJaN~

Assalamualaikum sahabat2 ku...
harap semua dalam keadaan sihat belaka..
silah pon sihat saje =)
Alhamdulillah.. syukur pada Allah kerana memberi nikmat yang besar pada kita.. Hasilnya,kita semua masih hidup sehingga saat ini. (hihiihih....)

Bagaimana cuaca di tempat anda??

1) Panas
2) Hujan
3) Kilat
4) Mendung
5) Ribut

Eh,banyaknye.. terlebih suda :P
Haa.... ape jawapan korang??

tak pe la.. biar silah yang jawab..
Tau tak silah tinggal kat mana? tak tahu kan..
Mesti la dalam Malaysia.. hihihihihi

Tiba2 dengar satu suara..
sarah said : tahu laa... tapi Malaysia tu kat mana??
hhihihiihi... sabar sarah..jangan marah..
silah duk dalam kawasan ipoh.. (besaw kan tempat silah :)

sini hujan lebat sangat tau.. (nak main hujan pon takottt).. kilat,ribut.. ish..semua ada la..huhuhuh
jarum pendek tepat kat nombor 5 .. jarum panjang lak kul 6... maksudnye pukul brapa kawan2??
pandai pon sahabat silah.. mesti la 5 setengah..
"adoi!!!! hujan lebat lak" kata
ayah silah (da macam belajar BM lak..hihihih) ...kasihan ayah..
Ayah pon tunggu lagi... sampai jam 6, baru la reda sikit.. Alhamdulillah.. Allah izinkan ayah pergi mencari rezeki ... :)

Hujan.. 0h hujan..

Furqan [48]……dan Kami menurunkan dari langit: Air yang bersih suci, [49] Untuk Kami hidupkan dengan air itu bumi yang mati, serta memberi minum air itu kepada sebahagian dari makhluk-makhluk Kami, khasnya binatang ternak yang banyak dan manusia yang ramai.

Ar-Ruum [24]..dan Dia menurunkan hujan dari langit, lalu Dia hidupkan bumi sesudah matinya dengan hujan itu.





Bagus rupanya hujan ni... sebab hujan ni dah menyenangkan kita semua.. kenapa ye??
sebab hujan la yang siramkan pokok-pokok, bunga kat halaman rumah kita, cuci kereta (untuk orang2 yang malas cuci kereta..hihihihi.. guro2 je.. jgn amik hati ye..)
Betul tak ape yang silah cakap ni.. hihihihi...
terima kasih kepada sesiapa yang menyokong..
Da tamat kisah hujan tadi.. sekarang kita layan MUTIARA HADIS di webhadis yang menyatakan tentang hujan dan doa Rasulullah sewaktu hujan turun :


Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0541.
Berita dari 'Aisyah r.a. mengatakan, bahawa Rasulullah saw. apabila melihat hujan, beliau berkata: "Semoga hujan yang bermanfaat."


Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1563.
Dari Zaid bin Khalid r.a., katanya: Kami berangkat bersama Rasulullah s.a.w. pada tahun peperangan Hudaibiyah. Kamikehujanan pada suatu malam. Rasulullah solat Subuh bersama kami, kemudian beliau menghadapi kami lalu bersabda: "Tahukah kamu apakah yang difirmankan Tuhan kamu?" Kami menjawab: "Allah dan RasulNya yang lebih mengetahui!" Beliau bersabda: Tuhan berfirman: "Di pagi hari ada di antara hambaKu yang beriman dan yang kafir dengan Aku. Barangsiapa yang turun berkata: Kami dihujani dengan rahmat Tuhan, rezeki Tuhan dan dengan kurnia Tuhan, maka dia beriman dengan Aku dan kafir terhadap bintang-bintang. Adapun orang yang berkata: Kami dihujani kerana bintang itu, maka dia beriman kepada bintang dan kafir kepadaKu".

Surat Rasmi


Suami bin Lelaki
17, Jalan Angkasa ,
24300, Kemaman
Terengganu ..

Isteri binti Perempuan
17, Jalan Angkasa ,
24300, Kemaman
Terengganu .
31 April 2006

Puan,

PERKARA : PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI

Perkara di atas adalah di rujuk.

2. Sebab utama permohonan ini di lakukan adalah kerana saya ingin melengkapkan kuota yang telah di peruntukkan bagi saya . Buat masa ini kuota yang telah di isi cuma satu , memandangkan masih ada 3 kekosongan , eloklah jika dapat dipenuhi secepat mung kin . Pihak yang akan mengisi satu kekosongan ini buat masa ini ialah Cik Hana Fazura binti Ramli yang merupakan setiausaha saya di peja
bat . Memandangkan komitmen yang beliau tunjukkan di pejabat amat baik , eloklah jika kita masukkan dia bersama kita di dalam organisasi keluarga kita . Kekosongan yang selebihnya akan diisi di masa akan datang.

3. Untuk makluman pihak puan , yang sebenarnya masalah ini telah lama saya fikirkan tetapi memandangkan poket saya yang selalu nipis , terpaksalah saya tangguhkan dulu permohonan ini di samping kurangnye rasa keyakin an untuk mengemukakan permohonan ini . Kini, setelah saya dapat mengeluarkan kesemua duit pelaburan ASB saya , saya merasakan kembalinya semangat saya yang telah hilang selama ini.

4. Permohonan ini amat setimpal kerana dengan kedudukan sekarang ia menguntungkan kedua belah pihak dan juga pihak ketiga . Selama ini hidup kita bahagia sebab jika tidak , manakan mung kin puan dapat menjadi seperti sekarang . Semua yang puan miliki suda
h bertambah besar. Kereta besar , rumah besar , rantai besar dan pakaian besar . Jika dulu potongan puan seperti gitar, kini sudah bertukar menjadi drum. Oleh itu, sudilah kiranya dapat kita kongsi bersama insan lain kebahagiaan kita ini.

5. Pihak puan juga dapat menikmati faedah dari kelulusan permohonan ini kerana puan akan tetap menikmati apa yang telah puan miliki sekarang dengan waktu bekerja lebih singkat dan sistem syif akan di perkenalkan iaitu 1 hari kerja dan 1 hari cuti rehat . Waktu bekerja yang selebihnya akan ditampung oleh pihak ketiga. Kebaikan yang puan akan nikmati ialah waktu rehat yang bebas kerana dalam waktu puan bercuti, saya selaku Penyelia tidak akan memantau aktiviti yang puan lakukan . Pada waktu itu saya cuma akan fokus kepada hasil kerja pihak ketiga . Menguntungkan bukan?
6. Segala kerjasama dari pihak puan saya dahulukan dengan ribuan terima kasih. Saya amat berharap pihak puan dapat meluluskan permohonan saya ini kerana adalah lebih baik jika kita dapat berkongsi kebahagiaan kita ini bersama insan lain. Saya harap permohonan saya ini di balas dengan senyuman penuh keikhlasan dari pihak puan dan tandatangan puan di atas kertas yang saya lampirkan bukannya balingan periuk nasi , pinggan-mangkuk , ketukan senduk dan perkara-perkara yang menyukarkan pihak puan untuk melakukannya.

7. Saya harap puan sudi meluluskan permohonan ini . Hadirkanlah senyumanmu sebagaimana ketika kita menyambut orang baru iaitu bayi kita kedalam keluarga kita 10 tahun lepas ….. Situasinya lebih kurang sama dengan masa kini . Kita akan menerima orang b
aru juga cuma bezanya ialah jika 10 tahun yang lepas kita perlu menjaga dan membelainya dengan manja bersama tetapi kali ini, setiap urusan penjagaan dan belaian manja akan di laksanakan oleh saya sepenuhnya.

8. Akhir kata , saya harap permohonan saya ini dapat dibalas secepat mungkin. Semoga kita bersama-bersama dengan pihak ketiga akan dapat melaksanakan program ini dengan jayanya.

Sekian , Terima Kasih.

“BERKORBAN DAN BERKONGSI KEBAHAGIAAN LAMBANG RUMAHTANGGA BAHAGIA”
Yang Ikhlas Memohon ,

Suami bin Lelaki
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers ::Moga Allah Redha Asilah Dan Wazir:: Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers