JellyPages.com
Photobucket
Sentiasa ingat Allah tika dilanda ujian dan dilimpahkan kegembiraan
Senyum itu sedekah
Tenang itu bahagia
Sabar itu indah
^_^


Hati yang mensyukuri apa yang ada, Itulah hati yang penuh dengan rasa cinta

UsAha n seManGat

Salam Aidilfitri untuk sahabat serta teman, khusunya buat pengunjung blog ..sEriKanDi isLaM.. Alhamdulillah, silah masih diberi peluang dan kesempatan untuk mengisi entri di dalam bulan kemenangan untuk umat islam..

"Kejayaan adalah hasil dari usaha sang pegusaha dalam berusaha memikirkan cara untuk mengusahakan sesuatu agar mencapai apa yang diusahakan"

Rasa macam berbelit lidah untuk mengungkap ayat di atas.. sebenarnya apa yang silah cuba sampaikan dalam ayat tu ye?? Erm... cuba kawan2 fikirkan....

Susahnya nak mencapai kejayaan kan?? kenapa pulak??
yela.. kene ada usaha baru boleh berjaya..
kalu tak de usaha jangan haraplah nak capai bintang.. Tinggi tu !!!!!!!!!!!

Dalam dunia ni, tak de yang senang..
semuanya susah..
Di saat kita hendak menjejakkan kaki di muka bumi ini, bertatih, berjalan, melompat n macam2 cara la.. pun susah jugak.. (tatih anak papa.. tatih anak mama.. tatih cucu opah or atuk..) jalan je jatuh.. jatuh je jalan.. jatuh je jatuh.. nangis ^^
kanak-kanak baru belajar ((:
Makan pula, nak pegang sudu pon tak tahu.. ni kan nak masukkan dalam mulut.. kadang-kadang tu, bukan mulut yang disumbat.. tapi hidung, mata la..hahahaha..
macam-macam lagi la waktu kecik2 dulu.. yela pertama kali buat..

Alhamdulillah.. sekarang ni silah da besar.. hahahah.. besar kah??
yela... dah tau jalan, makan, minum, membaca, menulis and else...
tapi terasa masih kebudak-budakan ^_^

Berjaya dalam kehidupan adalah suatu anugerah yang kita semua ingin kecapi.. tapi ianya terlalu jauh untuk digapai.. Usaha yang diletakkan perlu tinggi, setinggi gunung.. perlu kuat, sekuat harimau (biskut tiger..hihihihi..) dan memerlukan keyakinan dalam diri..

"Jangan bicara soal kejayaan, andai diri tak mahu berkorban.. Jangan bicara soal kemenangan, andai diri tak mahu usaha.."

Selama mencari sinar cahaya yang menjadi penyuluh dalam kehidupan ianya memerlukan kekuatan untuk menghadapi liku-liku yang turut di sertai dengan duri yang tajam.. Apabila terkena pada sebahagian kulit, maka merebaklah ia hingga keseluruh badan.. kesakitan yang terasa itu bakal merosakkan diri tanpa "Nurul iman dan Nur ilmu".. Merekalah yang akan memberi perlindungan serta menjadi doktor yang terbaik tika kita sedang mengaduh kesakitan..

Semangat hadir apabila dihulur tangan, untuk mengangkat.. dihulur bahu, untuk melepaskan.. tapi mampukah tangan dan bahu menampung semua tu untuk selama-lamanya??
Tidak mungkin.. Hanya diri yang mampu melakukan serta menggantikan tempat tangan dan bahu.. Diri yang penuh dengan motivasi serta dibantu oleh pemikiran yang positive..
Betapa pentingnya diri kita !!

::Wassalam::

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers ::Moga Allah Redha Asilah Dan Wazir:: Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers