JellyPages.com
Photobucket
Sentiasa ingat Allah tika dilanda ujian dan dilimpahkan kegembiraan
Senyum itu sedekah
Tenang itu bahagia
Sabar itu indah
^_^


Hati yang mensyukuri apa yang ada, Itulah hati yang penuh dengan rasa cinta

Setiap kali ......


Setiap kali sinar mentari mendung
meratapi kesedihan nasib
merelakan sang ketenangan berlalu
meraut ceria purnama
melakar garisan parut

Setiap kali awan berlari
menutup kilauan cahaya
menabur mutiara jernih dalam kesamaran
ditiup angin bayu melamar kesejukan
membaluti jiwa keresahan

Setiap kali didakap sang pelangi
melontar kemenangan dengan bangga
membongkarkan usaha penat lelah sendiri
menari riang meraih senyuman
tanpa menyingkap rahsia kejayaan

Setiap kali dihempap batu besar
penghalang tawa mencipta pahit
keluh kesah membelenggu fikiran
meraba ketabahan mendamba pelukan
cinta daripada Sang Pencinta



---------------------------------------------------------------------------------------------

Oh Tuhan yang Maha Penyayang
leraikanlah aku dari segala gelisah
yang mengganggu jiwa serta fikiran
ditambah pula dengan hasutan syaitan durjana
yang sentiasa memberi arahan
kepada kemurkaan Mu

Kurniakanlah kepada ku ketabahan
tunjukkan ku hikmah segala ketentuan
moga sinar-Mu memberi pedoman

YaAllah, Kau redhailah diri ini!!!


Sinaran Nur Keimanan


Salam pagi yang indah
Lebih ceria dan bersinar dengan nur "Qiamullail"




Untuk sihat, berpuasalah
Untuk wajah berseri-seri, bangunlah malam solat
Untuk permudahkan segala urusan, bacalah Al-Quran
Untuk berbahagia, solatlah di awal waktu
Untuk menyelesaikan masalah, istighfarlah
Untuk meraih keberkatan, selawatlah
Rasa duka, berdoalah
Keadaan terlalu rumit, bacalah "la hau la wala quwwata illa billah"


Moga kehidupan hari ini
lebih baik dari semalam


Jom berkhalwat (bersendiri) bersama Illah!!

^__^

#Wordless#


::Wanita yang sering bermain dengan perasaan::

Pujuklah hati
wahai sahabat wanita tersayang
"You are not alone"

^_^






The New Face

Alhamdulillah
Akhirnya siap juga blog saya ni
buat dalam keadaan yang tidak tahu dan 'hentam saja'
hahaha.. apa yang saya tengok nampak ok aje ^_^
tapi tak tahu la pula bagi korang
harap sama!

Kali ni, tema saya warna 'blue'
tak payah nak speaking sangat la kan..hihiihihi 
dalam bahasa melayunya biru la
sebelum ni semestinya warna merah
kalau boleh semua nak merah
tapi tak lawa la pulak kan

Untuk pengetahuan kawan-kawan
saya suka semua warna
tapi yang paling suka ada empat je
kepada siapa yang teliti pasti dapat tangkap
dan apa yang pastinya dah bocor dua warna 'biru' n 'merah'
^_^

Apa yang saya perasan pada dua favourite warna saya ni
Merah adalah warna garang
Biru pula warna ketenangan
Haaa... jangan pandai2 tafsir saya pada sifat tu k!!
but the reality is "saya memang garang"
hahaha... tenang tu wallahu'alam..
InsyaAllah kut.. hihihi..

Ok, kita tutup kes warna kegemaran
dan kita masuk sedikit perkongsian ye

"Dan sesiapa yang berjuang (menegakkan islam) maka sesungguhnya dia hanyalah berjuang untuk kebaikan dirinya sendiri; sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) daripada sekalian makhluknya.
~ Al-Ankabuut : 6 ~

Subhanallah, betapa hebatnya Allah
dia tidak pernah mengharapkan apa-apa daripada hambanya
apa yang kita lakukan di atas muka bumi ini
semua untuk diri kita

Berbeza dengan manusia
manusia sentiasa mengharapkan balasan
oleh itu, mari kita sama-sama muhasabah diri
buatlah sesuatu perkara tanpa mengharapkan balasan
dan yang paling penting adalah "IKHLAS"


Pesanan penting di atas untuk tuan punya blog ^_^

Salam Serikandi Islam & Salam Keredhaanillahi







Muslimah




Oh muslimah
Allah cinta kepada mu
Rasul kasih kepada mu

Oh muslimah
Berbahagialah kau telah dilahirkannya dengan mulia

Subhanallah
Tuhan telah berkati wanita yang vcukup ilmu
rendah hati

Oh muslimah
Busanamu menutup rapi
Auratmu kau lindungi
Dengan indahnya

Oh muslimah
Kau rajin memuji
Islam kau jadikan ikutan sejati

Oh muslimah
Memandangmu menyejuk hati
Menundukkan nafsu hati yang goyah
Keayuan wanita solehah indah peribadi
Tulus hatinya

Oh muslimah
Kecantikan yang sebenar
Pada tutur kata penuh berhikmah
Mempertahan kehormatan dirimu
Dengan pakaian mentaati Allah

Oh muslimah
Kau masuk ke syurga

Solat lima waktu dan berpuasa
Menundukkan pandangan matamu
Mentaati suami yang tercinta


Memaafkan dalam kesakitan

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang telah mengizinkan saya menconteng
blog bagi peringatan diri serta kawan-kawan yang saya sayangi
harapan terbesar moga kalian semua dalam keadaan sihat dan sejahtera

Berbahagialah dalam kehidupan yang sederhana
Bersyukurlah disaat anda memiliki apa yang anda ingini
Bergembiralah apabila anda memperolehi jiwa yang tenang
Berselawatlah di kala mempunyai masa lapang

Bismillahirrahmanirahim.. Alhamdulillah, permulaan yang benar2 memberi infak besar dalam melakukan sesuatu kerja. Sebenarnya, saya tak tahu bagaimana nak mulakan tajuk yang saya postkan kali ni. Tapi, dengan lafaz 'basmallah'. Alhamdulillah, Allah permudahkan. Entry saya kali ini agak berat untuk diri saya sendiri. Saya teruskan menaip dan menguatkan diri untuk tajuk ni. InsyaAllah, dengan pos ini saya harap dapat ikhlaskan dan melakukan apa yang ditulis. InsyaAllah.

Sabda Rasulullah s.a.w :
Ada empat perkara sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu dari empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya. (Empat sifat itu ialah) apabila ia dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir, dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran.
Riwaya Ahmad

Moga kami bukan dalam golongan munafik ya Allah, peliharalah kami. Ameen ya Rabb. Tidak mudah untuk melakukan sesuatu perkara dengan betul-betul ikhlas dan berlapang dada. Ianya memang mudah untuk dilafazkan, melaksanakan amat berat. Seberat-berat mengikhlaskan, berat lagi sesuatu amanah ^_^ (iklan sat). Saya pasti semua makhluk di atas muka bumi ini pernah melalui detik kesakitan. Apa yang paling pasti kesakitan yang kalian lalui dengan cop mohor lesen keizinan Allah s.w.t.

Kesakitan yang berkenaan hati, jiwa semestinya melibatkan maruah diri seseorang. Alhamdulillah, saya telah pun merasakannya. Sejujur-jujur perkataan, ianya teramatlah sakit. Tapi, semestinya tidak dapat mengalahkan kesakitan ibu mengandung dan mati. Ia masih di tahap yang palin biasa-biasa. Cuma apa yang manusia terima ketika dan saat itu terasa amat berat untuk dihadapinya.

Memang tidak dapat dinafikan, tapi itulah realiti hidup. Manusia yang diciptakan-Nya tersedia pelbagai ragam dan jenis. Kebijakkan dan kepintaran seseorang dalam sesuatu benda atau perkara belum tentu boleh menerima kerenah dan ragam manusia dengan hati yang terbuka. Mungkin saya salah sorang manusia yang di maksudkan. Keindahan tutur kata manusia amat perlu di teliti, supaya kita tidak termakan pujian dan tidak memberi harapan dalam jiwa.



Kesakitan yang dilalui, amat memedihkan dan seperti tiada kemaafan untuknya. Alhamdulillah, Allah turunkan sahabat, rakan taulan sebagai kekuatan untuk menempuh kehidupan yang berduri itu. Segala perkara yang menyakitkan diceritakan, dishare kepada  'kawan''kawan' sentiasa memberi sokongan dan kekuatan agar saya terus memaafkan dia. Allah.. tetapi ia tidak semudah itu.

Tiada kata putus asa dalam dirinya untuk memujuk terus memujuk agar saya memaafkan dan mengikhlaskan apa yang berlaku. Saya bersyukur, Allah pertemukan kita  'kawan'. Setiap kali berhubung, sentiasa mengingatkan. Saya mendengar dan mengabaikan, dan mungkin saya tak nak ungkit apa yang telah berlaku. Rasa seperti telah memaafkan dan macam tak kisah. Tapi saya tidak dapat membayangkan apabila suatu hari nanti Allah pertemukan. "Adakah aku boleh?, Mampukah aku?" Allah.. sememangnya tidak mampu. Dan terbukti masih belum ikhlaskan.

Umur meningkat mengingatkan kepada mati, tapi masih sama dan sama. Tarikh kelahiran, tarikh kebanggan semua orang di samping menanti  something from anybody special. Mungkin tak semua orang mengharapkannya. Saat kelahiran dah berlalu 2 bulan, saya masih menerima present dari  'kawan'. Saya tak pernah menjangkakan hadiah tu. Tapi amatlah terkejut + terharu. why??? Terkejut =  'kawan' beri hadiah walau dah berlalu tarikh. Terharu = 'kawan' menghadiakan saya buku yang bertajuk "Kekuatan Terapi Maaf"'kawan' bersungguh-sungguh dan ikhlas dalam persahabatan kami, dan mahukan ketenangan jiwa saya kecapi.

Walau baru selesai m/s39 dari m/s142, telah berjaya membuatkan saya mienitiskan air mata. Subhanallah, indahnya persahabatan yang Kau berikan kepada ku. Dengan nama Allah, saya memaafkan semua sahabat-sahabat saya. Moga ukhwah yang terjalin berlandaskan syariah. Ameen...

Bimbinglah saya ke jalan Allah
Peringatkanlah saya sentiasa
Maafkan salah silap saya




Perjalanan kehidupan remaja

Alhamdulillah.. bersyukur ke hadratnya saya dapat meng'update blog untuk yang kesekian kalinya. Terus berkobar untuk mencari barakah dalam kehidupan. Mungkin tidak sesempurna manusia yang bernama Rasulullah s.a.w. tapi masih ada kemahuan untuk menjejaki sunnahnya. InsyaAllah.

"Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau jadikan pendirian dan keyakinan kami terpesong kerana penindasan orang-orang kafir dan ampunkanlah dosa kami wahai Tuhan kami; sesungguhnya Engkaulah sahaja yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."
(Surah Al-Mumtahanah : 5)


Ok kawan-kawan, pada saat ini kita masuk chapter 22, bab pengalaman kehidupan. wah! siap chapter bagai. ahaks. Chapter ni bukan fakta atau auta, tapi realiti yang dihadapi oleh semua insan bergelar manusia. Cuma berbeza cara dan rupanye. 

Apabila diteropong kisah hidup remaja, memang sangatlah menarik yang tidak terkata. Saya juga terasa bahang kegembiraannya. Macam-macam yang kita lalui dalam dunia remaja. Diselam memori indah, semestinya bila dikenang semula ianya menebarkan senyuman yang manis. Apabila meninjau kesedihan, membuatkan air mata jatuh berderai tanpa boleh menghalangnya.

Cerita yang paling hot dalam edisi remaja semestinya cinta. Cinta yang tidak diketahui maksud serta maknanya. Tidak dikaji sedalamnya, dan semestinya juga tidak dikaitkan dengan cinta hakiki Illah. Tidak terniat nak mengata remaja. Cuma saya cakap berdasarkan pengalaman remaja saya serta hasil perkongsian dari kawan-kawan seperjuangan.

"Barang siapa yang cintakan sesuatu, maka dia akan menjadi hamba kepada yang dicintainya. Barang siapa yang mencintai sesuatu, maka dia banyak menyebutnya, mengingatinya dan memikirkannya"
(Ibn Ata'illah - kitab Al-Hikam)

Tak salah cinta hadir dalam diri manusia, Tetapi salah manusia tidak pandai, tidak cekap menguruskan perasaan cinta yang hadir. Teeeettt.. saya rasa saya terasa dengan statement yang saya tulis ni. Ye, memang tidak dapat dinafikan, perasaan cinta yang hadir itu terlalu payah untuk diuruskan. Semestinya lagi payah dari menguruskan satu organisasi atau masyarakat. 

Apa yang saya nak tekankan di sini, tak salah bercinta. Tapi tak bermakna saya menggalakkan percintaan. Cuma hendaklah kita sebagai manusia menggunakan anugerah perasaan cinta yang Allah telah pinjamkan kepada kita dengan sebaiknya. Apabila namanya manusia, bermakna kita adalah hamba. Hamba kepada siapa? Allah.. Namanya hamba, kita haruslah mengikut segala arahan dari-Nya. DIA yang menganugerahkan cinta dan kasih sayang. Bermaksud, DIA tidak menghalang. Malah menggalakkan. Cuma kita yang harus bijak mengawal dan menguruskannya.

Allah swt berfirman :  "Aku menurut sangkaan hamba kepada-Ku, dan Aku bersamanya apabila dia ingat kepada-Ku. Jika dia ingat kepada-Ku dan dalam dirinya maka Aku mengingatnya dalam diri-Ku. Jika dia ingat kepada-Ku dalam kelompok orang-orang yang lebih baik dari kelompok mereka. Jika dia mendekat kepada-Ku sejengkal maka Aku mendekat kepadanya sehasta. Jika dia mendekat kepada-Ku sehasta maka Aku mendekat kepadanya sedepa. Jika dia datang kepada-Ku dengan berjalan maka Aku datang kepadanya dengan berlari-lari kecil." (Sahih Bukhari)

Pemilik Hati Saya

Saya ada hati
sama seperti manusia lain
tiada beza dengan mana-mana insan
punya keinginan
miliki perasaan
sentiasa rasa ingin dikasih
dibelai dan dimanja


Saya ada hati
kadang-kadang hati ni berbisik
bicara kekesalan
menatap kesedihan
mencuit kegembiraan
melempar tawa manis
menabur pengharapan


Saya ada hati
ianya berkilat seperti baru digilap
nampak indah dan cantik
bila diterokai lebih jauh
berlubang dan punya kesan luka
walaupun ditampal lagi dicuci
masih sama bentuk dan rupa


Saya ada hati
 mahu dibajai dan dijaga rapi
tercari-cari nur perlindungan
agar boleh dititipkan bagi penawar
dikala berduka dan sentiasa tersenyum
sepanjang masa



Saya ada hati
hati ini punya penjaga
ada yang memelihara
dan sudah dimiliki
cuma kadang-kadang saya terleka
dan membiarkan hati ini
membawa kehidupannya sendiri
tanpa pelindung sejati


Saya ada hati
sudah tiba masanya
untuk menjaga dan memelihara
dengan kekuatan dan daya yang ada
mencintai dan kasih seikhlasnya
menerima dan memahami sebaiknya


Saya ada hati
pinjam dari yang Esa
diizinkan-Nya untuk berkasih dan sayang
diizinkan-Nya mencintai dan menyayangi
diizinkan-Nya merasa perasaan indah
yang diimpikan oleh semua manusia
walaupun agak terbatas
saya besyukur
kerana DIA izinkan saya merasa



Tapi,

maafkan saya Al-Khaliq,

kadang-kadang saya terasa sukar
untuk mengikhlaskan
apa yang KAU berikan kepadaku
saya masih manusia yang lemah
saya sentisa mengharapkan petunjuk serta hidayah
dari-Mu ya Allah..
Lindungilah saya dari bisikan syaitan durjana
yang boleh mempengaruhi hati ini..
Sesungguhnya ENGKAU lah "Pemilik Hati Saya



Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers ::Moga Allah Redha Asilah Dan Wazir:: Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers