JellyPages.com
Photobucket
Sentiasa ingat Allah tika dilanda ujian dan dilimpahkan kegembiraan
Senyum itu sedekah
Tenang itu bahagia
Sabar itu indah
^_^


Hati yang mensyukuri apa yang ada, Itulah hati yang penuh dengan rasa cinta

AntAra c!ta-CitA & sUam! teRc!nTa













Selesai sahaja ceramah, seorang lelaki datang bertemu dengan saya. Gayanya masih muda belia, sekali pandang seperti belum berumah tangga tapi riak wajahnya penuh gundah-gulana..

"Puan, apakah yang perlu saya buat kalau isteri saya belajar di luar negara? Adakah saya perlu pindah ke sana atau dia perlu berhenti belajar dan sambung belajar di sini? Sekarang ini saya rasa
seperti dia jauh daripada saya. Saya rasa macam bujang. Saya sudah suruh dia pindah ke sinidan sambung belajar di sini, tapi dia berkeras hati. Say pula memang ta
k boleh berhenti kerja. Kalau saya berhenti kerja, Bagaimana dengan tanggungjawab saya sebagai suami? saya nak kerja apa di sana? Dia pula tak nak berundur daripada ke
putusan dia. Bahkan seolah-olah saya sudah jatuh nombor dua bagi dia. Nombor satu adalah pelajaran dia. Famili dia pun tak bagi dia berhenti sedangkan saya ini suami!

Puan, lagi tiga tahun baru dia tamat belajar di sana. Saya di sini rasa sangat-sangat kosong. Lagi satu, saya tidak tahu bagaimana nak menegur dia. Kalau nak berbincang, dia kata saya nak tunjuk kuasa, tapi sekurang-kurangnya kalau nak ke mana-mana, minta izin daripada saya dulu. Jangan keluar begitu saja. Saya bukan nak kongkong dia, sayaizinkan dia nak buat apa-apa pun. Cuma nak dia hormatkan saya. Sebelum ini dia suka tinggi-tinggikan suara dan kalau buat apa-apa keputusan tak pernah nak berbincang. Saya rasa saya useless jadi seorang suami."

"Encik tahukah perkara ini akan berlaku sebelum kahwin dengan dia? Encik tahukah yang isteri encik akan belajar di luar negara? Encik tahukah risiko ini akan encik hadapi kalau berkahwin dengan dia?" Saya menyoal minta kepastian.
"Saya tahu. Bahkan waktu kami bertunang pun me
mang dia sudah belajar di sana. Sebab itu apabila dekat nak berkahwin, saya minta dia tukar ke sini tapi dia tak mahu. Jadi saya ikutkan sahaja. Dia memang tahu
agama tetapi saya tidak tahu mengapa dia berkeras dengan keputusan dia. Sepatutnya dia faham perasaan saya, lagipun isterikan sumber ketenangan suami."

"Pandai agama tidak semestinya faham agama. Ada orang beramal tanpa ilmu. Ada orang ada ilmu tapi tak diamalkan. Erm .... sebelum berkahwin, encik istikharahkah?"
Lelaki ini tersenyum kelat, sambil mengeleng....

MULAKAN DENGAN MISI BERSAMA
Nabi berpesan tidak akan rugi sama sekali seseorang yang setiap sesuatu yang dia lakukan, dia akan berbincang (musyawarah) yakni
bertanya pendapat ramai dan mengutip pendapat tersebut sebelum membuat apa-apa keputusan.

Selepas kita menggunakan akal dan perbincangan atas sesuatu perkara, istikharah dan bertanya keputusan Allah. Kemudian ikut gerak rasa kita yang datang daripada Allah.

Banyak rumah tangga yang memulakan sesuatu perjalanan tanpa perbincangan. Hanya mengikut arus dan tidak punya misi. Sewajarnya dari awal-awal lagi, kita telah ada misi untuk rumah tangga yang kita ingin bina. Anak berapa orang yang kita hajatkan; contohnya, tujuh orang, empat lelaki dan tiga perempuan. Empat lelaki sebab setiap seorang akan mengusung setiap penjuru jenazah kita nanti. Tiga perempuan kerana hadis nabi yang menyebut bahawa anak perempuan jika ada tiga orang dan dapat dijaga dengan baik, maka syurgalah tempat ibu ayah. Itu tafsiran hadis secara literal. Tak kiralah kalau ada seorang perempuan sekalipun, jika dapat dididik dengan sempurna, tetaplah ganjarannya syurga atas segala rahmat dan kebesaran Allah.

Jadi hidup perlu ada misi. Kalau tak dapat, tak mengapa sebab itu kerja Tuhan, rezeki Allah. Misi penting kerana kita akan tahu kemana kita akan bawa rumah tangga kita.

Contoh dalam keadaan ini, misi untuk menjadi seorang suami yang sabar sebab isteri berjauhan daripada suami. Kita sudah tahu dari awal-awal lagi kita akan hadapi perkara ini. Misi untuk walaupun bejauhan, tetapi hati tetap sedar masing-masing adalah suami dan isteri orang. Misi untuk 'menahan rindu' selama
tiga tahun. Semua ini perlukan perbincangan dan keputusan bersama. Jika tidak, sama-sama pendam dan 'makan dalam', lalu rumah tangga makin hari makin hambar! Rugilah!

PUJJI, PUJI, PUJI dan TEGUR
Seorang suami sebelum menegur isteri, perlu dimulakan dengan puji-pujian. Teguran itu sebagai 'hentaman' padanya sama ada hentaman prinsip atau akhlak. Maka sebelum kita 'menghentam' sesuatu yang sebati dalam diri seseorang, bekalkan dia dengan 'ketenangan' dan 'bunga-bunga' di hati, supaya dia lembut jiwa mendengar teguran kita.
Kebanyakan suami menggunakan perkataan 'saya suami' dan 'awak kene hormat saya', 'awak kene ikut cakap saya'. perkataan-perkataan ini bagi wanita umpama satu arahan yang berbentuk kuku besi. Bukannya mereka tidak tahu bahawa kita suami dan syurga di bawah kaki suami. Mereka tahu! Tapi kadang-kadang wanita ini hatinya keras akibat sikap kita yang terlepas pandang cara terbaik mendidik emosinya.

Sebenarnya setiap lelaki itu amat hebat! sebab itu mereka diangkat Allah menjadi pemimpin. Mereka tak perlu lagi memberitahu dunia bahawa mereka seorang suami dan isteri perlu taat kepada mereka! Tak perlu! Mereka hanya perlu melentur isteri dengan hikmah. Pujuk. Pujuk. Pujuk. Minta maaf. Minta maaf. Minta maaf. Mengaku kesilapan (sebelum tegur kesilapan isteri, mengaku diri sendiri banyak silap) dan tegurlah dengan hikmah. Paling penting, Sabar. Sabar. Sabar. Mengapa saya mengulang tiga kali? kerana setiap kali nabi ingin menyampaikan sesuatu yang penting baginda akan mengulangnya 3 kali.

Jangan risau ego lelaki tercabar. Tidak ada ego yang tercabar apabila seorang suami sabar melayan keras dan buruknya akhlak isteri. Bantuan Allah bersama suami sebegini. Sabarlah atas akhlak isteri yang buruk, di sebalik buruknya yang banyak, banyak lagi kebaikan yang Allah jadikan pada dirinya. Wanita ini jika dibentuk dengan keras, makin keras jadinya. Jika dibentuk dengan lemah, makin musnah jadinya. Bentuklah dengan lembut dan baik di sisi Allah. Ikut cara tegas tapi lembut dan setiap hari bacakan Yasin khas untuk rumah tangga, diri dan isteri tercinta! Lihatlah bantuan Allah datang tanpa diduga!

MeN!t! d! DuA JamBatAn




Anakku
Bersyukurlah kepada Allah
kau punya sepasang kaki
Cantik dan comel sekali
Berlalu dua belas purnama nanti
Bolehlah kau memijak lantai
Dalam langkah-langkah bertatih



Sepasang kaki mongel ini
Nanti akan meniti di jambatan kehidupan
Yang berselerak onak... dugaan dan rintangan
Persimpangan seribu liku
Ibu doakan ag
ar langkahan mu
Di dalam pimpinan-NYA selalu
Justeru harus sentiasa kau fahami
Bahawa setiap duga yang mendepani
Di situ..... kau cungkillah redha Illahi
Pasti hidupmu akan diberkati

Anakku
Sepasang kakimu ini
Kelak akan meniti pula di jambatan penentuan
Di bawahnya ada lidah-lidah api yang menjulang
Ibu berdoa agar dipermudahkan
Kakimu melangkah sampai ke seberang

Namun doa ibu belum mencukupi
kau perlu berbuat untuk dirimu sendiri
Bermula di atas jambatan kehidupan
Hati-hati.... janganlah sering tergelincir langkah
Nanti selalulah kau rebah; bosan dan mula mengalah
Atau sering tersasar arah
Nanti selalulah kau sesat; keliru...... mana yang betul
Mana yang salah



Andai di sini langkahmu kerap tersandung
Dapatkah engkau beroleh untung??

Sifat-sifat wanita ahli Syurga


Siapakah wanita yang menjadi ahli Syurga? Apakah ciri-ciri atau sifat-sifat yang menjadi kunci bagi wanita memasuki syurga?

Sebuah hadis Nabi menyatakan: Daripada Anas, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai." (Hadis Riwayat Ahmad)

Menurut hadis di atas sekurang-kurangnya ia telah menggariskan empat dasar atau sifat utama yang menjadi teras bagi seorang wanita muslimah memasuki syurga, iaitu menun
aikan kewajipannya kepada Allah dalam makna melaksanakan ibadah-ibadah yang diwajibkan ke atasnya seperti sembahyang, puasa, dan lain-lain ibadah wajib yang mampu dilaksanakan.
Sebuah hadis menyebutkan bahawa sembahyang adalah perkara pertama yang akan disoal di hari Kiamat.

Daripada Abu Hurairah Radhiallahu Anhu, Nabi Sallallahu Alahi Wasallam bersabda: "Sesungguhnya perkara yang pertama sekali dikira dari amalan hamba di hari kiamat ialah sembahyang; sekiranya sembahyang itu sempurna, maka beruntung dan berjayalah dia, dan sekiranya ia rosak, maka kecewa dan rugilah dia, kalau kewajipan fardhu masih kurang, Allah berfirman: Lihatlah adakah amalan-amalan sunat untuk menyempurnakan kekurangan tersebut. Demikianlah seterusnya dengan amalan yang lain" (Hadis riwayat at-Tirmizi)
Disamping menunaikan kewajipan kepada Allah, menunaikan hak dan kewajipan kepada suami juga merupakan hal yang tidak boleh diabaikan oleh seorang wanita.
Tertunainya hak dan tanggungjawab suami barulah akan turun keredhaan dan rahmat Allah kepadanya. Menjaga kehormatan diri juga merupakan hal yang digariskan oleh hadis di atas. Antara hal-hal yang boleh diketegorikan dalam konteks menjaga kehormatan itu ialah mempunyai sifat p
emalu, jika suaminya keluar dia akan menguruskan dan menjaga dirinya dan harta suaminya dengan amanah. Bila suaminya datang kepadanya dia akan menjaga mulut daripada menyebutkan perkataan yang tidak elok didengar.
Sebuah hadis Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menyatakan bahawa: "Sesungguhnya sopan santun dan keimanan adalah saling berkaitan, jika salah satunya dikeluarkan, yang satu lagi juga akan hilang serentak." (Hadis R
iwayat Baihaqi)

Maksud hadis ini ialah jika kesopanan atau sifat malu sudah hilang, iman juga akan hilang bersama-saman
ya. Betapa besarnya pengaruh antara kesopanan dan keimanan kepada diri seorang wanita itu, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menegaskan dengan sabda baginda: "Apabila sesesorang itu terlibat dengan penzinaan, ia bukan lagi seorang beriman, apabila seseorang itu mencuri ia bukan lagi seorang beriman, apabila seseorang itu meminum arak ia bukan lagi seorang beriman, apabila seseorang itu menyelewing setelah diberi amanah oleh orang lain ia bukan lagi seorang beriman, dan apab
ila seseorang diantara kamu menipu ia bukan lagi seorang beriman, oleh itu berjaga-jagalah!"
Taat kepada suami merupakan satu lagi sifat wanita yang digambarkan oleh hadis yang dipaparkan di awal makalah ini. Taat kepada suami adalah tanggungjawab isteri yang wajib di sempurnakan. Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam Bazzar Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: "Kamu sampaikan kepada perempuan yang kamu jumpa, bahawa taat kepada suami, dan mengakui hak-hak suami, sama pahalanya dengan berperang dan bertempur dengan musuh-musuh Islam di medan pertempuran, tetapi sedikit sangat daripada isteri-isteri yang menyempurnakan hak-hak suami mereka." (Hadis riwayat Al Imam Bazzar)
Isteri adalah pusat dan sumber kebahagiaan dan ketenteraman di dalam sebuah rumahtangga. Ia perlu mempunyai sifat-sifat sabar dan perhatian yang sepenuhnya kepada suami dan juga anak-anak.

Sikap inilah yang boleh mewujudkan suasana yang tenang, aman dan damai dalam rumahtangga. Dalam hal ini, para isteri sayugialah akan sentiasa bersikap baik kepada suami.
Saidina Abu Bakar Radhiallahu Anhu meriwayatkan bahawa Rasullullah Sallallahu Alaihi Wasallam pernah bersabda: "Seorang wanita yang menyakiti hati suami dengan lidahnya, dia men
datangkan celaan dan kemurkaan Allah, para malaikat dan umat manusia."
Selain itu, Saidina Ali Radhiallahu Anhu meriwayatkan sebuah hadis mengenai setiap isteri yang tidak menghormati status suaminya. "Wanita yang berkata kepada suaminya yang tidak melihat apa-apa kebaikan pada suaminya, Allah menghapuskan segala perbuatan baiknya selama 70 tahun, walaupun dia berpuasa selama itu siang hari dan bersembahyang pada malamnya." (Hadis Riwayat Imam Majah dan An-Nasai)

Berdasarkan huraian ringkas di atas, para wanita semestinyalah mengamalkan sikap taat dan bertakwa kepada Allah, bertanggungjawab kepada suami dan menjaga kehormatan dirinya. Semoga dengan itu, akan mudahlah mereka mendapat rahmat dan keredhaan Allah. Rahmat dan redha
Allah itulah yang akan menjamin kebahagian hidupnya di dunia dan di akhirat.


..SpEciAl rEqUesT..

Sesungguhnya jika Allah mencintai seorang hamba maka dia TENGGELAMKAN hamba itu dalam CUBAAN.. Barangsiapa yang tidak pernah mengalami musibah maka ia jauh daripada kasih sayangNYA..

Dan apabila hamba-hamba ku bertanya kepadamu tentang AKU, maka sesungguhnya aku DEKAT... aku memperkenankan PERMINTAAN orang yang meminta, apabila ia meminta kepada ku, oleh sebab itu perkenanlah seruanku dan berimanlah kepada ku, supaya mereka menempuh jalan yang lurus.. (Al-Baqarah:186)

Dua patah perkataan yang boleh mengubah hidup anda dengan kehendak Allah s.w.t iaitu : "SpeC!aL rEqueSt"

Special request ditujukan kepada orang yang bernasib malang,orany yang kemalangan,orang yang menderita dan orang yang semakna dengannya.. manakala perubahan pada dunia bermaksud perubahan dalam minda akan bagaimana anda memandang nasib MALANG dengan cara memurnikannya..

lalu timbul soalan..
Request daripada siapa????
metilah daripada ALLAH..

sebab??
"dan jangalah kamu mengaku beriman, sebelum kamu diuji" (Al-Ankabut : 2)

apa yang Allah request???
sabar.. redha.. dan sangka baik..

jika tidak???
hidup akan menderita, gangguan saraf, sakit jiwa, tekanan mental, hati jadi gelisah dan mungkin bunuh diri.. dan akhirat kelak, masuk neraka..

Apa yang special???
special sebab Allah pilih kamu pada tika dan waktu itu untuk diuji, bukan semua orang dapat.. dan special sebab, bila kamu penuhi request ini, hati akan tenang, hidup akan bahagia.. dan bila mati masuk syurga.. dengan rahmat Allah s.w.t

Baiklah untuk MEMUDAHKAN kamu senang camni..
SPECIAL REQUEST bermaksud : Janganlah kamu mengaku beriman sebelum diuji. Dan kerana itu Allah menguji kamu, kerana Allah sayang pada kamu kerana kamu special dan kerana itu request di sini adalah SABAR, REDHA, BAIK SANGKA, dan yang semakna dengannya.. kerana dengan cara inilah Allah hendak selamatkan kamu dari api neraka yang panas membara dan beginilah cara memasukkan kamu ke dalam syurga kekal abadi.. bukanlah penderitaan semata-mata..

Request ini menjadi indah dan special???

"Wahai Tuhan kami, terimalh daripada kami (amalan kami) : sesungguhnya Engkau yang maha mendengar lagi maha mengetahui" (Al-Baqarah:127)

"Wahai Tuhan kami, jadikanlah kami berdua : orang-orang islam (yang berserah diri) kepada MU.. dan jadikanlah keturunan kami, umat islam (yang berserah diri) kepada MU.. dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadah kami dan terimalah taubat kami.. sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat dan Maha Mengasihani" (Al-Baqarah :128)

"Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab neraka" (Al-Baqarah :201)

"Wahai Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran ke atas kami dan teguhkanlah tapak pendirian kami dan menangkanlah kami terhadap kaum kafir" (Al-Baqarah :250)

"Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami, jika kami lupa atau tersalah. Ya Tuhan kami janganlah Engkau bebankan kami dengan bebanan yang berat seperti mana Engkau berikan kepada orang sebelum kami.. Ya Tuhan kami janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak sanggup memikulnya.. beri maaflah kami; ampunilah kami dan rahmatilah kami.. Engkaulah penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir"
(Al-Baqarah:286)

"Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri tunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMU; sesungguhnya Engkau jualah yang melimpah-limpah pemberiannya" (Aali-Imran: 8)

"Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah beriman, oleh itu ampunkanlah dosa-dosa kami dan peliharalah kami dari azab api neraka" (Aali-Imran: 16)

sama-samalah kita menjalankan tanggungjawab kita sebagai khalifah..
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers ::Moga Allah Redha Asilah Dan Wazir:: Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers