JellyPages.com
Photobucket
Sentiasa ingat Allah tika dilanda ujian dan dilimpahkan kegembiraan
Senyum itu sedekah
Tenang itu bahagia
Sabar itu indah
^_^


Hati yang mensyukuri apa yang ada, Itulah hati yang penuh dengan rasa cinta

*Kekadang*

Kelmarin terasa di atas. Semalam terasa di bawah. Esok lusa tak tahu di mana. Dunia ini berputar. Sehingga tak pasti yang mana mula dan yang mana akhirnya. Yang mana pangkal dan yang mana hujungnya. Gembira tak semestinya suka. Sedih tak semestinya duka. Walau di mana kamu berada, terimalah ianya dengan hati terbuka. Sebabnya perjalanan hidup sesama manusia ni tak sama. Mungkin boleh jadi sama, tetapi tidak pada waktu yang sama.

Alhamdulillah, setelah sekian lama membiarkan blog ni bersawang. Saya kembali untuk menyuci dengan keadaan yang tak berapa rajin. Tapi InsyaAllah, akan tampak lebih bergaya dari sebelum ni. Hee~
Hari ini sedih melanda jiwa. Kerana saya membiarkan gembira melanda. Amboii.. Ahaks..
(Hidup tidak selalunya indah, Langit tak selalu cerah ...)

Terjumpa di kala tidak mengenali satu sama lain.
Mempelajari mengenali menyinari ukhwah.
Perantaraan membezakan darjat.
Agama menyatukan persaudaraan.
Gembira tidak ke palang.
Sentiasa melangkah riang bersama.
Duka hilang tawa menjelang.
Menerima dengan hati terbuka.
..Alhamdulillah..

Duduk sama bumbung belum pasti serasi bersama. Duduk lain atap sudah tentu tak sekepala. Kenal atas kenalan baru nak cuba masuk. Kenal kerana Allah CONFIRM melekat sahaja. Sesungguhnya susunan Dia tu sangat cantik dan indah. Andai kita tahu apa yang disusun-Nya, Pasti kita senyum je. Apa yang disusun, kan terbaik untuk kita semua.
Tak de sedih! Uhh, tak mencabar langsung hidup ni.
Ye.. sememangnya tidak mencabar, andai daku yang berada dalam kesedihan.. T_T
Sama je manusia ni. Kekadang ayat yang "tak serupa bikin" tu, cuma penguat diri je. So, dont judge sebelum anda meletakkan diri anda ke dalam diri mereka.

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi SAW bersabda yang bermaksud :
"Sesiapa yang Allah kehendaki kepadanya kebaikan,
nescaya Allah mengujinya."
(Riwayat al-Bukhari)

Kekaguman kepada seorang sahabat menyebabkan diri ini merasakan "Aku tidak mampu menjadi seperti dia". Sungguh tabah dalam menjalani kehidupan yang bergelora dalam mengatasi ombak besar yang melanda. Kerana apa?? Kerana Allah Is Number ONE. Sedih tapi tidak kelihatan. Luka tapi tak sepeti ditusuk. Duka tapi tak seperti dipanah. "Jika kamu meletakkan Aku (Allah) di dalam hati kamu, pasti kamu tidak pernah mengenal kesedihan." Lebih kurang macam tu la. Saya kurang pasti itu Firman Allah @ hadis. (kalau salah tolong betulkan k ^_^)

Gambar hiasan

Pandai menulis, tak semestinya pandai bertutur kata. Pandai memasak, tak semestinya pandai mengemas. Pakar berkenalan, tak semestinya pakar menjaga hati. Pakar bergaya, tak semestinya pembersih. Dan begitu juga di sebaliknya. Kesimpulan yang boleh dibuat. Manusia ni sememangnya tidak sempurna, dan dah terbukti melalui diri ini. Huu~
Tapi jangan jadikan kelemahan itu berkekalan hingga ke akhirnya dan dibiarkan membusuk dengan bangga.. =,= Erk.. Paling koman pun, usaha la untuk menjadikan kelemahan sebagai kekuatan di masa akan datang agar diri anda sentiasa diberkati-Nya. InsyaAllah.
P/s ini khas untuk dak cute lagi comey (tuan punya blog)..
Take note k!! 

::Wassalam::
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers ::Moga Allah Redha Asilah Dan Wazir:: Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers