JellyPages.com
Photobucket
Sentiasa ingat Allah tika dilanda ujian dan dilimpahkan kegembiraan
Senyum itu sedekah
Tenang itu bahagia
Sabar itu indah
^_^


Hati yang mensyukuri apa yang ada, Itulah hati yang penuh dengan rasa cinta

Jangan jadi batu api~


Kenapa tak boleh jadi "batu api"??

Sebab Allah ciptakan kita sebagai manusia, bukan batu
lagipun hanya Syaitan yang diciptakan dari api
kita (manusia) dari tanah..

Tambahan pula "batu api" tu sifat mazmumah
tak dapat pahala pun kalau kita amalkan
kasihan pada kawan-kawan yang jadi mangsa..

Jom kita buang jauh2 sifat yang dilarang tu!!!

~Selamat beramal~

Kau kebanggaan ku, Wanita..


“Wahai orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada ‘Ulil-Amri’ (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu.”

Islam memerintahkan setiap umatnya mencintai saudaranya seperti mana ia mencintai dirinya sendiri, yang mana ia dapat menghindari mereka dari melakukan setiap keburukan dengan cara menasihati demi mentaati perintah Allah SWT dan rasul-Nya.

Mampukah kaum wanita mengelak daripada melakukan dosa tabarruj?
Bagaimana mereka boleh mengelakkan diri daripada dosa tabarruj?
Bagaimana pula dengan kaum lelaki?
Masihkah mereka mampu mengawal kaum wanita yang di bawah tanggungjawab mereka daripada terjebak dengan dosa tabarruj?

Sesungguhnya untuk mengelakkan diri daripada tabarruj adalah sangat payah dan susah. Walaupun begitu, langkah pertama yang perlu diambil untuk mengelak tabarruj ialah mengenalinya dengan lebih mendalam. Sebelum berbicara dengan lebih lanjut lagi, wajar dan perlu kita menyelami dahulu persoalan aurat muslimah kerana ianya mempunyai kaitan rapat dengan tabarruj.

DEFINISI AURAT
Aurat dari sudut bahasa arab ialah Aib atau keaiban.
Aurat dari segi istilah ialah bahagian tubuh badan yang wajib ditutup atau dilindungi dari pandangan orang lain.

“Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya; dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya”
AURAT WANITA
1.    Aurat muslimah dengan muslimah

a)    Bahagian antara pusat dan lutut.
b)    Harus bagi muslimah menampakkan tubuh badannya selain bahagian antara pusat dan lutut kepada muslimah lain.
c)    Tetapi jika bimbangkan fitnah atau pandangan mereka bersyahwat, maka seluruh tubuhnya adalah aurat kecuali muka dan tapak tangan.

2.    Aurat muslimah dengan lelaki bukan mahram

a)    Seluruh tubuh muslimah itu sama ada telah baligh ataupun belum baligh, adalah aurat kecuali muka dan tapak tangan.
b)    Harus bagi muslimah menampakkan muka dan tapak tangan kepada lelaki bukan mahram.
c)    Jika bimbangkan fitnah, maka muka dan tapak tangan turut menjadi aurat.
d)    Jika lelaki bukan mahram memandang muslimah bersyahwat iaitu ada niat berseronok semata-mata pandangan itu (pandangan bersyahwat) walaupun aman daripada fitnah, maka seluruh tubuhnya adalah aurat.

DEFINISI TABARRUJ
Menampakkan kecantikan wanita yang wajib ditutup kepada lelaki yang bukan mahram kepadanya.
Menampakkan kecantikan wanita kepada lelaki yang bukan mahram kepadanya, termasuk membuka dan mempamerkan keelokan bahagian-bahagian tubuh yang mengghairahkan, seperti pinggul, lengan, betis, dada, leher dan wajah.
Menampakkan kecantikan dan menonjolkan keelokan wajah serta tubuh badan dan fitnah kedua-keduanya. Seperti kata Imam Bukhari, “Tabarruj adalah mempertontonkan seorang wanita akan kecantikannya”

“Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliyah zaman dahulu.... “

Frasa ‘mendedahkan diri’ dalam ayat di atas bermakna kaum wanita yang memakai kain penutup di atas kepalanya tetapi tidak mengemaskannya, maka terlihat leher, anting-anting dan rantai lehernya. Pengajaran ayat di atas menganjurkan para wanita agar sabar tinggal di rumah, tidak boleh keluar rumah tanpa ada hajat yang penting kerana yang demikian lebih selamat dan terjamin daripada fitnah. Ini disokong dengan sepotong hadis.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud,
“Daripada Abdullah bin Mas’ud r.a daripada Nabi SAW telah bersabda : Sesungguhnya wanita itu adalah aurat, maka apabila dia keluar (dari rumah), syaitan mengunggul-unggulkannya (menampakkan kejelitaannya).”

Alhamdulillah, saya dapat kongsikan sedikit sebanyak mengenai wanita dalam entry kali ini. Siapalah saya untuk menasihati kaum hawa mengenai aurat atau tabarruj. Namun, inilah yang saya mampu lafazkan, yang mampu saya laungkan untuk wanita muslimah. Saya tidak hebat dan sempurna seperti yang anda sangkakan. Cuma ini satu luahan yang setelah sekian lama terbuku di jiwa. Bagi mengindahkan pandangan untuk melihat kaum muslimah dalam keadaan yang terpelihara. Apa yang amat diharapkan, segalanya dapat diterima dengan berlapang dada.

Allah SWT telah menjadikan wanita ini cantik dan menarik. Oleh yang demikian setiap wanita perlu mempertahankan kecantikan yang dimiliki dan bersyukur atas anugerah yang telah diberikan oleh Allah dan bukan menyalahgunakannya. Tidak dinafikan amat susah untuk mempertahankan kecantikan. Namun dengan satu azam atau tekad yang telah ditanam di dalam hati, mungkin dapat mengatasi segala kepayahan. Sama juga tafsiran dalam mencapai sesuatu yang anda inginkan. Contoh yang boleh diberikan, “aku mahu jadi doktor, mulai hari ini aku akan usahakan”. Anda pun usaha untuk capaikan impian anda, supaya satu hari nanti anda boleh merawat ibu anda sendiri, dan akhirnya anda dapat. Alhamdullillah, tidakkah ia bermula dengan niat dan azam.

Memang agak sukar untuk tanamkan azam, jika tidak meminati sesuatu perkara tu. Saya juga seperti itu. Cara lain yang boleh kita lakukan, kasihanilah diri kita serta keluarga lelaki kita. Kenapa? Kerana jika kita (wanita) telah baligh, kita-lah yang akan tanggung azab di akhirat kelak. Andai dibincangkan mengenai wanita, memang panjang. Mungkin lain kali saya boleh share azab yang dikenakan. Sambung tadi, jika tiada kasihan pada diri pun, kasihan la pada adik beradik lelaki kita, ayah atau suami (bagi sesiapa yang ada suami). Merekalah yang akan tanggung dosa kita di akhirat nanti.

Sesungguhnya Rasulullah pernah bersabda : “Bahawasanya, perempuan yang sengaja mendedahkan auratnya di khalayak ramai tanpa segan silu, tak kira samaada dia anak dara, janda atau isteri orang, tua ataupun muda, dia akan dilaknati oleh Allah SWT, malaikat-malaikat dan segala makhluk di muka bumi ini sehinggalah perempuan itu diturunkan bala oleh Allah SWT. Jika perempuan itu anak dara atau janda maka bapanya akan dipertanggungjawabkan untuk menanggung dosanya. Manakala bagi perempuan yang sudah berkahwin, maka suaminyalah yang akan dipertanggungjawabkan.”

Bagi adik lelaki dan abang pula, mungkin anda tidak tersenarai dalam hadis di atas. Tapi tiada salahnya, jika anda turut meringankan beban ayah dengan membantu menasihati adik atau kakak anda, agar tidak mendedahkan aurat kepada yang bukan muhrim. Sampai sini dulu perkongsian saya untuk kaum hawa. Kaum wanita adalah kebanggaan saya. Didik wanita, terdidik generasi, InsyaAllah.. Saya mohon maaf andai, ada kekasaran dalam tulisan yang serba kekurangan ini. Tulisan ini fully untuk menasihati diri saya, agar kita sama-sama dapat baiki apa yang rosak serta yang karat dalam diri kita. Sesungguhnya yang baik itu ketentuan dari-Nya, Segala kekurangan pula, lahir dari diri saya sendiri. Wallahualam.


Senjata ajaib~



Assalamualaikum dan salam satu Malaysia dihulur khas buat rakan-rakan yang berkunjung ke laman sesawang saya yang penuh dengan sawang. Kali ini agak serabut sedikit (sebab dah bersawang =P) Alhamdulillah, diharap kalian sihat hendaknya dan terus bersemangat bagi meneruskan perjuangan dan menjalankan tanggungjawab masing-masing dan yang pastinya kita semua miliki tanggungjawab yang sama untuk “beribadah kepada Allah”. InsyaAllah..

Tajuk kali ini agak menyeramkan. Nak kata seram hantu pun boleh nak kata seram takut pun boleh. Mana taknya, kita sedia maklum bila tercetusnya peperangan pasti akan menggunakan ‘SENJATA’. Konon la nak berperang tanpa senjata. Kita guna tangan @ mulut ye. Eh, kawan-kawan itu pun senjata juga tau. Senjata itu adalah benda or barang yang kita gunakan untuk melakukan sesuatu.. (eh, betul ke? Main bedal je aku ni.. =P) hihihi.. jangan marah ye kawan-kawan. Kalian boleh rujuk kamus dewan edisi 4 sendiri..hihihi.. Seram hantu? Apa pulak? Kalau apa-apa yang ‘AJAIB’ kan kita kaitkan dengan hantu, tahyul dan merepek-repek tu la. Betul tak? Eleh, wat2 berani lak. Hahaha. Iklan senang kita ambil “kejap ada, kejap tak de” haaa... ape dia? Teka-teki pulak.. =P Jangan marah ye..hihihi..

Firman Allah s.w.t yang bermaksud : “Dan Tuhanmu berfirman : ‘Berdoalah kepada-Ku nescaya akan ku perkenankan bagimu.’ Sesungguhnya orang yang menyombongkan diri daripada menyembah-Ku akan dimasukkan ke neraka jahanam dalam keadaan hina.”
(Surah Ghafir 40 : 60)

Ye kawan-kawan “senjata ajaib” ini la yang saya maksudkan. Doa adalah senjata ajaib umat islam. Senjata yang tak dapat dilihat, tapi dapat dirasa, insyaAllah. Ayat ini bermaksud Allah telah memberi keistimewaan buat umat ini dengan menjanjikan bahawa segala doa yang kita panjatkan pasti diperkenankan oleh-Nya. Syeikh Abul Qasim al-Qusyairi telah menyatakan dalam risalah Qushairiahnya : “Doa adalah kunci segala hajat, penghibur orang miskin, pelindung orang kesempitan dan pemberi ketenagan buat manusia yang berkeinginan”.

Doa adalah ibadah dan bukti pengakuan terhadap sifat lemah seorang hamba terhadap kekuatan dan kesempurnaan zat-Nya. Bahkan Allah mencintai hamba-hambaNya yang sentiasa berdoa dan merintih akan pemberian-Nya. Saya tertarik dengan statement kawan saya. Perbualan kami sememangnya tidak dirakam, tetapi kata-kata dia saya sentiasa sematkan dalam hati sebagai pegangan. Simple word yang dia kata “insyaAllah bulan 1 tahun depan syirah kahwin” Yang saya ni garu kepala, saya tahu bagaimana keadaan dia dan pihak lelaki dia. Tapi yang dia ni yakin sesangat. Aish, dengan keadaan yang agak bingung sedikit saya pun bertanya “macam mana awak begitu yakin yang awak akan kahwin tahun depan? Sedangkan tiada tanda-tanda pun yang akan membawa awak ke arah tu” Ish.. boleh dikatakan soalan tak masuk akal juga la saya tanya. Huhu. Dengan tenang dia menjawab “Aku sentiasa berdoa, InsyaAllah..” Terdiam jugak la saya.

Hebatkan kawan-kawan.. cerita di atas tu tiada kaitan dengan sesiapa pun. Cuma rekaan semata-mata. Jangan marah. Tapi apa yang kita boleh ambil iktibar. Si kawan tu cakap dengan begitu yakin dan serius. Allah al-Mujib (Allah maha mengabulkan) mohon la apa-apa kepada-Nya, rintih dan mengadu la kepada-Nya, pasti akan dimakbulkan dan Dia pasti mendengar. Sama ada lambat atau cepat, dan mungkin melalui cara yang berbeza. Apa yang kita perlukan ialah kesabaran yang kuat.

Saya ada baca satu penulisan daripada Ustaz Rashidy, beliau pernah menyampaikan kuliah di sebuah masjid dan ditanya : “Ustaz, mengapakah doa kita tidak dimakbulkan oleh Allah sedangkan Allah menjanjikan kepada hamba-Nya bahawa setiap doa dan yang dibisikkan pasti akan diperkenankan. Bukankah Allah menegaskan bahawa dia tidak akan menyalahi janji-Nya?” Soalan lain yang diajukan “Saya dah berkahwin hampir 15 tahun dan tidak putus-putus berdoa agar dikurniakan zuriat. Sampai sekarang Allah belum kabulkan doa saya!” Kalau ditanya pada diri kita sendiri pun, pasti soalan ini yang sentiasa bermain dalam fikiran kita. Syaitan yang sengaja menambahkan kekeliruan agar ia berkesudahan dengan sikap berputus asa. Sedangkan putus asa itu dilarang oleh Allah s.w.t. Bagi menjawab persoalan di atas, ustaz merujuk pada kata-kata syeikh Ibn Athaillah seperti yang dinyatakan dalam al-Hikam : Maksudnya : “Jangan berputus asa jika Allah s.w.t melewatkan penerimaan doa. Sekalipun kamu sudah bersungguh-sungguh berdoa kerana Allah menjamin penerimaan semua doa menurut yang Dia tentukan untukmu bukannya menurut kehendakmu dan (akan dikabulkan) pada waktu yang ditentukan-Nya bukan pada waktu yang ditentukan olehmu.”

Inilah hakikat ‘senjata ajaib’ yang kita bisikkan. Semuanya adalah menurut kehendak-Nya semata kerana Dia-lah Al-‘Alim (mengetahui) apa yang terbaik di sisi-Nya buat makhluk yang tidak berdaya. Keyakinan dan kesabaran dalam menerima anugerah-Nya adalah sifat yang dituntut dalam membina keyakinan dan besangka baik pada Allah. “Doa seseorang daripada kamu pasti akan diperkenankan selama kamu tidak meminta disegerakan pengabulannya dengan mengatakan, ‘Aku sentiasa berdoa kepada Tuhan tetapi mengapa masih belum dikabulkan?’” (Muttafaq ‘alaih). Oleh sebab itu, berdoa dan bersangka baiklah wahai diri ku ^_^

:: Wassalam ::

TAK sabar NAK sabar


Lihatlah sejarah Baginda Rasulullah,
Sabar menempuh ranjau berduri,
Teguh menyebar hikmah dan dakwah,
Hingga Islam megah berdiri.

Dilontar najis dan batu bahaya,
Dibalas senyuman dan manis sabar,
Teladan terbaik di atas dunia,
Hingga musuh gerun dan gentar.

Jika tidak kerana sabar,
Berundurlah Baginda menyerah kalah,
Bertahan mereka kibarkan syiar,
Berjuang hingga terpercik darah.


Salam pertemuan di ruangan indah yang amat bermakna untuk minda dan jiwa, insyaAllah. Alhamdulillah,bersyukur kehadrat-Nya kerana dengan izin-Nya saya dapat menulis tajuk yang agak menarik untuk bacaan kalian. Harap kalian juga terasa gelombang menarik daripada saya. Tajuk kali ini, saya ambil dari majalah mana saya tak ingat, tapi yang pastinya tajuk ini memberi impak besar pada saya. Mungkin tak banyak, tapi orang cakap yang sedikit itu kalau berterusan lebih baik daripada tidak mengamalkan langsung =)


Pantun di atas itu pula, hasil rekaan Ahmad Fedtri Yahya (personality tv3), insyaAllah. Pantunnya amat menarik jika dihayati, oleh sebab itu, saya tampalkan pada entry kali ini, “TAK sabar NAK sabar”. Kita sedia maklum bahawa Rasulullah s.a.w. adalah manusia terbaik untuk dijadikan panduan dan contoh suri teladan dalam kehidupan. Bahkan Allah SWT sendiri telah memuji Baginda dengan penyataan-Nya : “Sesungguhnya engkau wahai Rasulullah berada di atas keperibadian yang agung.” (Al-Qalam 68 : 5). Allah jugalah yang meletakkan Baginda sebagai figura teragung dalam kehidupan manusia untuk dicontohi dan diteladani dengan sepenuhnya. Dengan tegas Allah SWT menyatakan dalam firman-Nya : “Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang terbaik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah dan balasan baik pada hari akhirat dan dia pula menyebut dan mengingati Allah sebanyak-banyaknya,” (Al-Ahzab 33 : 21)


Menurut apa yang saya baca, sabar itu mempunyai banyak andaian untuk kita ungkapkan. Contoh yang boleh saya berikan seperti Sabar itu indahSabar itu sinar, Sabar itu spiritual, Sabar itu kemanisanSabar itu penyelamat, dll. Apa yang terungkap dan ditulis oleh semua penulis memang betul. Sabar itu adalah penyuluh kepada kegelapan jalan menuju iman. Namun, untuk bersabar memerlukan latihan dan kemahiran untuk menempuh ujian dan kesusahan. Berikut adalah contoh situasi biasa yang melibatkan sabar.


Cepat kemas balik

Seorang isteri bercekak pinggang melihat anak kecilnya membuat sepah di ruang tamu, dia menjerit: Sudah! Cepat kemas balik!” Anak kecil itu tergamam, tidak mengerti kenapa dirinya dimarahi. Suaminya keluar dari bilik sebaik mendengar jeritan si isteri. Dengan senyuman dia menghampiri isteri dan bertanya: “kenapa?” Jawab isteri, dia berang kerana rumah bersepah. “Sabar sayang,” tegur suami lembut. “Saya tengah sabar la ni, kalau tidak.... sudah lama saya cubit budak ni,” balas isteri. Suami mengangguk, dia menggosok belakang isterinya. “Sabar itu bukan menahan marah semata-mata, sabar itu termasuk berfikir mencari jalan keluar terbaik dari sesuatu masalah,” ujar suaminya. Si isteri mencebik dan berkata “Abang cakap senang la, cuba abang buat.” Si suami melirik senyuman dan mendekati anak kecilnya sambil berkata : “Mari kita main kutip barang. Baba kutip satu, kakak kutip satu. Siapa banyak kutip dia dapat pahala. Mari!” Ajak si bapa.Bapanya tidak menunggu, dia mengutip mainan satu demi satu dengan gembira. Si anak mula tersengih, dia terhibur melihat si bapa mengutip mainan dan menyimpan ke dalam bekas. Akhirnya dia turut menyimpan mainan itu ke dalam bekas. Si suami memandang isteri dan berkata: “Anak tidak suka dipaksa, dia suka diajak bermain sama-sama.”


Jom main hujan

Suatu hari, bapa yang sama pulang dari bekerja. Kebetulan anaknya belum mandi. Bajunya kotor dan mukanya comot kerana makan aiskrim. Bapanya mengeleng kepala dan memberi arahan “Cepat mandi! Pergi masuk tandas!” suaranya tinggi. Anak yang baru pandai bercakap itu menjawab “Tak nak! Kakak tak mahu mandi”.. “Nanti baba pukul nak?!” ugut si bapa. Anak berdegil. Isterinya muncul dengan senyuman. “Abang.... ingat lagi tak pesanan abang? Anak tidak suka dipaksa, dia suka diajak bermain sama-sama.” Ibu menghampiri si anak, sambil menggosok kepala si anak dan memujuk “Kakak mari kita main air hujan. Lepas itu kita main sabun. Ada buih-buih dan belon. Mari ikut umi mandi.” Ibunya tersenyum manis. Si anak termangu melihat wajah si ibu. Pujuk ibunya lagi, “Kalau kakak mandi dengan umi, nanti tubuh kakak bau harum. Wangi sangat. Mesti nampak comel” Si anak segera berubah menjadi ceria: “Nak mandi dengan umi!” Dia berlari mengikuti ibunya.


Sungguh manusia itu unik, diberi akal dan emosi untuk diserasikan bersama. Apabila minda kusut dan tegang, akal menjadi sempit. Perbuatan jadi melulu dan terburu-buru, akibatnya kerja tidak sempurna dan payah untuk diselesaikan. Sabarlah dalam mendengar teguran dan nasihat kerana kita belum faham akibatnya sekarang. Sabarlah menuntut ilmu dan mengutip hikmah kerana kesannya nanti bakal dinikmati. Sabarlah daripada membuat maksiat dan sabarlah ketika mengerjakan taat. Sabarlah.... walau rasanya di dunia sepahit jadam kerana pulangannya bukan sesuatu yang biasa-biasa. Balasannya semanis syurga yang tiada taranya.


Hadis riwayat Imam Bukhari, daripada Abu said al-Khudri r.a. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud:

 “Setiap kebaikan yang ada pada diriku tidaklah aku sembunyikan kepada kamu Sesungguhnya sesiapa yang meminta dibantu akan dibantu Allah. Sesiapa yang sedaya upaya cuba bersabar akan diberikan kesabaran oleh Allah. Siapa yang minta dikayakan dengan kebaikan Allah akan tunaikan. Tiada sesuatu pemberian (hadiah) yang lebih baik dan luas manfaatnya melainkan dari dikurniakan kesabaran.”  

Inilah yang kita perlu usahakan. Sesiapa yang cuba bersabar, pasti Allah akan bantu. Cuba perhatikan fakta ini. Kalimah sabar Allah titipkan lebih daripada seratus kali dalam Al-Quran. Jika kalimahnya juga banyak, sudah tentu jalan-jalan dan usaha ke arahnya juga pelbagai dan banyak.


Carilah kaedah terbaik dalam bersabar.
Sabar tidak menjadi mantap tanpa adanya rasa sayang terhadap saudara seagama.
Carilah teman yang boleh mengingatkan dan membuat diri mu tenang.
Ajari hatimu mengasihi saudara seagama tanpa meminta balasan.
InsyaAllah sifat sabar menjadi unik dan dinamik.

Saya suka "M", tapi saya tak suka "M"


Macam-macam perkataan yang boleh ditafsirkan dengan huruf “M” ni. Saya rasa dah tiba masanya untuk saya meluahkan apa yang tersirat dan tersurat dalam hati ini. Saya dah lama pendam, saya asyik buat, tapi kalian tak tahu apa yang saya cuba nak sampaikan. Dalam kisah “M” yang saya cuba nak luahkan ni, ada positif dan negatifnya. Apa yang saya harapkan, kalian ambil yang baiknya, segala yang baik itu datangnya dari Allah. Yang buruk pula dari diri saya sendiri. So, renung-renungkan dan ambil iktibar =)



Saya dah lama sukakan “M”. Sejak umur saya 5 tahun lagi. Habis semua dinding penuh dengan “M”. Mestilah saya yang buat semua tu. Ibu ayah pula marah bila saya menunjukkan isi hati saya dengan “M”, itukan rumah mereka. Saya pula “M”.........tak habis-habis. Ibu ayah faham dan tahu, saya suka dengan “M”, malah sokong dan ajar saya cara nak mengenal “M” dengan lebih rapat, tapi mungkin sebab saya meluahkan suka saya dengan cara yang salah kut. Hihihih.. Sekarang ni saya dah tahu, yang “M” pun suka pada saya. Cuma “M” tak tahu nak cakap macam mana. “M” yang saya miliki sekarang no point. Sebab saya suka “M” dan dalam masa yang sama saya tak suka “M”...



Sampai saya dah masuk kolej pun, saya tetap tak suka “M”. Bila saya tak suka “M”“M” pun akan tak suka pada saya. Disebabkan saya tak suka dengan “M”, saya akan jatuh dan lemah tanpa “M”. Saya yang rugi. Sebab “M” tu baik untuk diri saya. Takkan saya nak biarkan “M” macam tu je. Saya tak sanggup kehilangan “M” saya, hanya kerana tak dapat nak mencintai “M” yang penuh dengan hikmah bila dimiliki. Bagaimana saya nak mula?? Saya tak tahu.. saya tetap dengan diri saya. “M” tetap dibiarkan, “M” terus dicintai oleh saya. Satu hari, saya rasa something yang tak tahu bagaimana nak gambarkan. Mungkin dah sampai seru untuk saya mencintai “M”. Saya dipertemukan dengan seorang hamba Allah yang berhati mulia, InsyaAllah. Beliau suruh saya cintakan “M”, tapi saya tetap tak boleh. Sayakan dah bercinta dengan “M”, jadi mustahil la satu hati boleh mengisi 2 cinta. Saya tetap dengan keputusan saya. -_-II


Beliau berikan saya satu buku. Buku itu dikarang oleh Pahroh Juoi. Saya pun ambil la. Orang kata “rezeki jangan ditolak”. Bila tengok harga pulak, cecah Rm50. Huhuhu.. Tak rugi pun saya ambil RM50 free dari saya keluarkan RM50 tunai.. (gurau je.. ^_^). Saya pun baca la buku tu. Tajuknye macam best. Bila baca, fuiyooo00.. memang best ^__^. Saya tak rasa buku tu diberi untuk paksa saya sukakan “M”, tapi selepas saya baca buku tu, saya terus suka dan cinta pada “M”. Saya pun tak sangka. Dan saya kurang pasti, sama ada saya sukakan “M”, atau sukakan karya Pahrol Juoi =P
Sejak habis buku tu, saya pun sentiasa bersama “M" , sampai saya leka dengan “M” dan saya abaikan cinta pertama saya iaitu “M”. Jahatnya saya. Saya masih sayangkan “M”. Saya pasang niat untuk mencintai dua-dua. Kerana dengan saya miliki “M”, saya lebih bahagia dengan “M”. Setelah itu, baru saya tahu, yang saya boleh mencintai 2 sekali dalam satu hati. Hebatkan!!
(bukan saya yang hebat, tapi Allah yang hebat, sebab izinkan saya cinta 2 sekali dalam satu hati ^__^ )




Saya sekarang bahagia dengan dua2 “M” saya. “M” saya pun rasa bangga dengan saya, sebab “M” kata dia dah bermakna dengan adanya “M”. Saya sangka “M” cemburu, tapi tak sangka pula “M” saya sokong. Alhamdulillah, saya dah miliki “M” dan sentiasa diolah agar “M” saya tampak lebih cantik dan bergaya. Tapi dalam masa yang sama saya masih lemah untuk menyebarkan point-point bahagia saya bersama “M” dalam “M”. Saya lebih banyak merepek dalam “M”, dari menyampaikan apa yang saya miliki dengan “M”. Tapi tak pe, saya sedang baiki. Tolong doakan saya ye kawan-kawan.




Tamat sudah luahan hati saya mengenai ”M”. Kalian faham tak? Mesti kalian tertanya-tanya kan, apa yang dimaksudkan dengan “M”. Saya rasa mugkin juga ada yang dah dapat tangkap. Pada sesiapa yang dah tahu, SYABAS!! ^_^



“M” : Menulis
“M” : Membaca




Alamak, bocor rahsia.. hihihi.. ye kawan-kawan, itulah yang saya maksudkan dengan “M”. Saya memang tak suka membaca, tapi tak suka tak bermakna saya tak membaca langsung. Cuma kurang la. Hihihi.. Al-maklum la, bila tak suka, nak buat pun jadi macam malas2 (saya la tapi, kalian tak ^_^). Saya suka menulis dari kecil, tu sebab habis dinding rumah, saya conteng. Haha.. Mahu tak kene marah.. =D



Okey kawan-kawan, sampai sini dulu kisah “M” saya
Harap yang mana buruk daripada saya, jangan diikut ye =)
:: Salam Halawatul iman ::

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers ::Moga Allah Redha Asilah Dan Wazir:: Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers