JellyPages.com
Photobucket
Sentiasa ingat Allah tika dilanda ujian dan dilimpahkan kegembiraan
Senyum itu sedekah
Tenang itu bahagia
Sabar itu indah
^_^


Hati yang mensyukuri apa yang ada, Itulah hati yang penuh dengan rasa cinta

Perjalanan kehidupan remaja

Alhamdulillah.. bersyukur ke hadratnya saya dapat meng'update blog untuk yang kesekian kalinya. Terus berkobar untuk mencari barakah dalam kehidupan. Mungkin tidak sesempurna manusia yang bernama Rasulullah s.a.w. tapi masih ada kemahuan untuk menjejaki sunnahnya. InsyaAllah.

"Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau jadikan pendirian dan keyakinan kami terpesong kerana penindasan orang-orang kafir dan ampunkanlah dosa kami wahai Tuhan kami; sesungguhnya Engkaulah sahaja yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."
(Surah Al-Mumtahanah : 5)


Ok kawan-kawan, pada saat ini kita masuk chapter 22, bab pengalaman kehidupan. wah! siap chapter bagai. ahaks. Chapter ni bukan fakta atau auta, tapi realiti yang dihadapi oleh semua insan bergelar manusia. Cuma berbeza cara dan rupanye. 

Apabila diteropong kisah hidup remaja, memang sangatlah menarik yang tidak terkata. Saya juga terasa bahang kegembiraannya. Macam-macam yang kita lalui dalam dunia remaja. Diselam memori indah, semestinya bila dikenang semula ianya menebarkan senyuman yang manis. Apabila meninjau kesedihan, membuatkan air mata jatuh berderai tanpa boleh menghalangnya.

Cerita yang paling hot dalam edisi remaja semestinya cinta. Cinta yang tidak diketahui maksud serta maknanya. Tidak dikaji sedalamnya, dan semestinya juga tidak dikaitkan dengan cinta hakiki Illah. Tidak terniat nak mengata remaja. Cuma saya cakap berdasarkan pengalaman remaja saya serta hasil perkongsian dari kawan-kawan seperjuangan.

"Barang siapa yang cintakan sesuatu, maka dia akan menjadi hamba kepada yang dicintainya. Barang siapa yang mencintai sesuatu, maka dia banyak menyebutnya, mengingatinya dan memikirkannya"
(Ibn Ata'illah - kitab Al-Hikam)

Tak salah cinta hadir dalam diri manusia, Tetapi salah manusia tidak pandai, tidak cekap menguruskan perasaan cinta yang hadir. Teeeettt.. saya rasa saya terasa dengan statement yang saya tulis ni. Ye, memang tidak dapat dinafikan, perasaan cinta yang hadir itu terlalu payah untuk diuruskan. Semestinya lagi payah dari menguruskan satu organisasi atau masyarakat. 

Apa yang saya nak tekankan di sini, tak salah bercinta. Tapi tak bermakna saya menggalakkan percintaan. Cuma hendaklah kita sebagai manusia menggunakan anugerah perasaan cinta yang Allah telah pinjamkan kepada kita dengan sebaiknya. Apabila namanya manusia, bermakna kita adalah hamba. Hamba kepada siapa? Allah.. Namanya hamba, kita haruslah mengikut segala arahan dari-Nya. DIA yang menganugerahkan cinta dan kasih sayang. Bermaksud, DIA tidak menghalang. Malah menggalakkan. Cuma kita yang harus bijak mengawal dan menguruskannya.

Allah swt berfirman :  "Aku menurut sangkaan hamba kepada-Ku, dan Aku bersamanya apabila dia ingat kepada-Ku. Jika dia ingat kepada-Ku dan dalam dirinya maka Aku mengingatnya dalam diri-Ku. Jika dia ingat kepada-Ku dalam kelompok orang-orang yang lebih baik dari kelompok mereka. Jika dia mendekat kepada-Ku sejengkal maka Aku mendekat kepadanya sehasta. Jika dia mendekat kepada-Ku sehasta maka Aku mendekat kepadanya sedepa. Jika dia datang kepada-Ku dengan berjalan maka Aku datang kepadanya dengan berlari-lari kecil." (Sahih Bukhari)
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers ::Moga Allah Redha Asilah Dan Wazir:: Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers