JellyPages.com
Photobucket
Sentiasa ingat Allah tika dilanda ujian dan dilimpahkan kegembiraan
Senyum itu sedekah
Tenang itu bahagia
Sabar itu indah
^_^


Hati yang mensyukuri apa yang ada, Itulah hati yang penuh dengan rasa cinta

Hanya kecil dan halus

Alhamdulillah masih dipanjangkan umur dan diberi kesempatan
untuk terus bernafas di muka bumi ini

Walaupun kadang-kadang terlupa untuk
panjatkan syukur pada Illah
tapi Dia masih memberi peluang untuk kita terus berada di muka bumi ini

Kali ini saya nak tulis about diri saya
Eh, bukan.. bukan.. bukan...
rasanya anda dah kenal siapa saya kan.. hihihihi

saya nak cakap pasal kecil n kecik
siapa kecik, buang komputer anda... ahaks..
kompem semua tak nak ngakukan
takut komputer rosak

Apa-apa pun bersyukurlah dengan apa yang anda miliki
kecik, lonjong, gemuk, 
walau bagaimana pon rupa anda
anda tetap nampak kiut di mata saya
^_^

~ Halusnya ~

Haluskah??
bagi saya ia amat halus
tak tahu la pula bagi anda
hihihihi

Cerita bab halus ni
saya cuma nak tulis tentang leka
tahukah kalian apa itu leka??

Saya pon tak tahu (hahahahaha)
cuma apa yang boleh saya statekan
leka ialah asyik dengan sesuatu perkara atau simple word lalai
benda ni kita nampak halus je kan

why?
sebab kadang-kadang kita pun tak sedar yang kita sedang leka
tak percaya
cuba buka FB
Apa kene mengena dengan FB??
Tanya diri sat, "DAH SOLAT ZUHUR, ASAR???

ALAMAK ~~~ belum lagi
haaa... tak ke leka namanye tu..
ish3
kadang-kadang kita sedar
tapi sengaja melengah-lengahkan
ianya tidak bagus untuk kesihatan anda
pesanan tulus ini untuk tuan punya blog sekali ^_^

Situasi lain
bila kita miliki apa yang kita inginkan
wah.. rasa syoknyer hidup

Minta apa saja kompem dapat
nak kereta... ting ade depan mata
nak iphone.. tung ada kat tangan
pergh... syoknyer ye

tapi waktu kita syok2 tu
ade say ALHAMDULILLAH tak??
kita lupa semua yang kita miliki kat dunia ni
dengan izin Dia

satu perkara yang sentiasa saya pegang
kita sering kali lupakan Allah
tapi Allah tak pernah lupakan kita even kita da berlaku kejam sebegitu

kenapa??
cuba kita bayangkan jika Allah lupa nak beri pernafasan pada kita




•*¨*  " RENUNG-RENUNGKAN " •*¨*


Ada EGO Dalam Diri


Arghh... masalah.. masalah...
aku tak mampu.. aku tercabar.. aku tak kuat..

Macam-macam masalah yang kita hadapi
cuma berat dengan ringan
mampu dengan tak mampu

sedangkan semua ujian atau masalah yang melanda diri
masih dalam kekuatan dan daya kita

Lagipun Allah pernah berfirman
Tidak aku turunkan ujian jika hambaku tidak mampu
(something like that la)

so, maksudnye semua yang berlaku ke atas diri kita ni
kita mampu melakukannya
betul tak kawan2?

Cuma kadang-kadang ego mengaburi segalanya
kenapa?

sebab kita semua darah muda
darah remaja (remajakah?? hihihi)
kita je yang betul
nak ikut kata hati
orang bagi pendapat semua salah..

yang selalu mengalah adalah orang terdekat kita
pastilah ibu bapa
dikawal, dilarang, ditegur
kita mulalah "ITU TAK BOLEH... INI TAK BOLEH"
MENYAMPAHLAH
NAK DUDUK DENGAN KAWAN-KAWAN PUN TAK BOLEH
itu la ayat kita yang palin sopan

Tapi bila aju soalan
Antara ibu bapa dengan kawan-kawan,
yang mana lebih penting??
yang mana paling anda sayang??

Pasti jawapan yang didengari
IBUBAPA
Laju je jawapan yang ditaburi
usah tunjuk orang lain la
saya pon sama

Bila nasihat dan arahan ibu bapa

Allah...
sedikit punya susah nak ikut

Kenapa??
Ego la puncanye
tambah pula dengan si SYAITAN
yang asyik menyucuk je korjenye
tak habis-habis dengan menghasut

lastnya kita
Parah + Nazak = Tergoda
dengan hasutan si Api yang mencetuskan pergaduhan antara kita dengan parents
Berpesta la dia kat rumah kita

Nauzibillah
Moga saya dan anda tidak tergolong dalam
golongan itu..
~ameen~

“Dan Kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kepada kedua orang tuanya, ibunya telah mengandungkannya dengan keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya selama dua tahun, bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua orang tuamu, hanya kepada Aku kembalimu” (Luqman, 31: 14)

Tanpa ibu bapa
tiadalah kita di muka bumi ini

“Dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah, “Wahai Tuhanku, sayangilah keduanya sebagaimana mereka telah mendidik aku pada waktu kecil”
(al-Isra’, 17: 24)


:: Alhamdulillah ::


Jauh

Semalam saya mimpi
saya mimpi saya pergi jauh dari anda semua

saya panggil anda
tapi anda tak toleh ke belakang
anda membiarkan saya keseorangan dalam kesepian
saya sedih

saya menangis dan terus menangis
kemudian ada seorang hadir dalam diri saya
dia mewarnai hidup saya kembali

katanya saya tak berseorangan
saya sentiasa diperhati
saya sentiasa diawasi

tapi semua tu saya tak tahu
dia tak tegur saya pon
mana saya nak perasan

dia kata lagi
yang memerhati tu sentiasa jaga awak dengan baik
selalu tegur awak jika awak ada salah
masih memelihara awak jika awak berkeras

saya tercengang
apa yang sedang dia sampaikan
saya terdiam sambil berfikir jauh

:: JAUH ::

saya rasa saya dah jauh
jauh hati
jauh tersasar
jauh menyimpang
jauh sangaaaaattttttt

..SAYA TAK KESEORANGAN..

saya rasa bersalah
saya rasa rindu
tapi macam mana??

Jangan risau awak masih belum jauh
Dia masih sayangkan awak
itu sebab kita dipertemukan
supaya saya boleh bimbing awak
membawa awak tuju yang memerhati tu

terima kasih awak
saya terhutang budi dengan awak

Percaya la..
Dia sayangkan awak
awak tak terhutang budi pon
cuma saya menjalankan tanggungjawab saya sebagai hamba Dia

~ sama-sama ~



❤*•¸.•´`¸.•❤´``• Berhenti berharap ❤*•¸.•´`¸.•❤´``•

Tiada apa yang baik untuk diri
melainkan apa yang sedang berlaku dalam hidup kita

Sebab Allah maha Mengetahui

Kita merancang Allah pun rancang
kita yang rancang belum tentu jadi
tapi Allah rancang pasti menjadi

Saya sayang awak
nak jadikan awak permaisuri hati saya

saya cinta awak
dan mahukan awak jadi pelindung saya

Mampu berbisik dalam hati je
malunye nak lafaz

tapi Allah tahu apa yang saya bisikkan
saya nak awak !!!
dan tak nak orang lain !!!!!

tapi .......
saya rasa awak sangat baik untuk saya
saya rasa saya tak layak untuk awak
saya rasa awak bukan untuk saya
saya ... saya ... dan saya ..

kesimpulan
:: saya rasa saya bukan untuk awak dan awak bukan untuk saya ::

Saya tak nak berharap
saya nak lepaskan awak
saya berserah
saya pasrah
saya redha

Walaupun saya lepaskan awak
tapi saya masih berharap agar saya diciptakan untuk awak
dan awak diciptakan untuk saya






~~ Qalbu kecil ku ~~

~Sifat-sifat wanita ahli syurga~

Siapakah wanita yang menjadi ahli Syurga? Apakah ciri-ciri atau sifat-sifat yang menjadi kunci bagi wanita memasuki syurga?



Sebuah hadis Nabi menyatakan: Daripada Anas, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai." (Hadis Riwayat Ahmad)

Menurut hadis di atas sekurang-kurangnya ia telah menggariskan empat dasar atau sifat utama yang menjadi teras bagi seorang wanita muslimah memasuki syurga, iaitu menunaikan kewajipannya kepada Allah dalam makna melaksanakan ibadah-ibadah yang diwajibkan ke atasnya seperti sembahyang, puasa, dan lain-lain ibadah wajib yang mampu dilaksanakan.
Sebuah hadis menyebutkan bahawa sembahyang adalah perkara pertama yang akan disoal di hari Kiamat.

Daripada Abu Hurairah Radhiallahu Anhu, Nabi Sallallahu Alahi Wasallam bersabda: "Sesungguhnya perkara yang pertama sekali dikira dari amalan hamba di hari kiamat ialah sembahyang; sekiranya sembahyang itu sempurna, maka beruntung dan berjayalah dia, dan sekiranya ia rosak, maka kecewa dan rugilah dia, kalau kewajipan fardhu masih kurang, Allah berfirman: Lihatlah adakah amalan-amalan sunat untuk menyempurnakan kekurangan tersebut. Demikianlah seterusnya dengan amalan yang lain" (Hadis riwayat at-Tirmizi)


Disamping menunaikan kewajipan kepada Allah, menunaikan hak dan kewajipan kepada suami juga merupakan hal yang tidak boleh diabaikan oleh seorang wanita.

Tertunainya hak dan tanggungjawab suami barulah akan turun keredhaan dan rahmat Allah kepadanya. Menjaga kehormatan diri juga merupakan hal yang digariskan oleh hadis di atas. Antara hal-hal yang boleh diketegorikan dalam konteks menjaga kehormatan itu ialah mempunyai sifat pemalu, jika suaminya keluar dia akan menguruskan dan menjaga dirinya dan harta suaminya dengan amanah. Bila suaminya datang kepadanya dia akan menjaga mulut daripada menyebutkan perkataan yang tidak elok didengar.

Sebuah hadis Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menyatakan bahawa: "Sesungguhnya sopan santun dan keimanan adalah saling berkaitan, jika salah satunya dikeluarkan, yang satu lagi juga akan hilang serentak." (Hadis Riwayat Baihaqi)

Maksud hadis ini ialah jika kesopanan atau sifat malu sudah hilang, iman juga akan hilang bersama-samanya. Betapa besarnya pengaruh antara kesopanan dan keimanan kepada diri seorang wanita itu, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menegaskan dengan sabda baginda: "Apabila sesesorang itu terlibat dengan penzinaan, ia bukan lagi seorang beriman, apabila seseorang itu mencuri ia bukan lagi seorang beriman, apabila seseorang itu meminum arak ia bukan lagi seorang beriman, apabila seseorang itu menyelewing setelah diberi amanah oleh orang lain ia bukan lagi seorang beriman, dan apabila seseorang diantara kamu menipu ia bukan lagi seorang beriman, oleh itu berjaga-jagalah!"

Taat kepada suami merupakan satu lagi sifat wanita yang digambarkan oleh hadis yang dipaparkan di awal makalah ini. Taat kepada suami adalah tanggungjawab isteri yang wajib di sempurnakan. Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam Bazzar Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: "Kamu sampaikan kepada perempuan yang kamu jumpa, bahawa taat kepada suami, dan mengakui hak-hak suami, sama pahalanya dengan berperang dan bertempur dengan musuh-musuh Islam di medan pertempuran, tetapi sedikit sangat daripada isteri-isteri yang menyempurnakan hak-hak suami mereka." (Hadis riwayat Al Imam Bazzar)
Isteri adalah pusat dan sumber kebahagiaan dan ketenteraman di dalam sebuah rumahtangga. Ia perlu mempunyai sifat-sifat sabar dan perhatian yang sepenuhnya kepada suami dan juga anak-anak.

Sikap inilah yang boleh mewujudkan suasana yang tenang, aman dan damai dalam rumahtangga. Dalam hal ini, para isteri sayugialah akan sentiasa bersikap baik kepada suami.
Saidina Abu Bakar Radhiallahu Anhu meriwayatkan bahawa Rasullullah Sallallahu Alaihi Wasallam pernah bersabda: "Seorang wanita yang menyakiti hati suami dengan lidahnya, dia mendatangkan celaan dan kemurkaan Allah, para malaikat dan umat manusia."
Selain itu, Saidina Ali Radhiallahu Anhu meriwayatkan sebuah hadis mengenai setiap isteri yang tidak menghormati status suaminya. "Wanita yang berkata kepada suaminya yang tidak melihat apa-apa kebaikan pada suaminya, Allah menghapuskan segala perbuatan baiknya selama 70 tahun, walaupun dia berpuasa selama itu siang hari dan bersembahyang pada malamnya." (Hadis Riwayat Imam Majah dan An-Nasai)

Berdasarkan huraian ringkas di atas, para wanita semestinyalah mengamalkan sikap taat dan bertakwa kepada Allah, bertanggungjawab kepada suami dan menjaga kehormatan dirinya. Semoga dengan itu, akan mudahlah mereka mendapat rahmat dan keredhaan Allah. Rahmat dan redha Allah itulah yang akan menjamin kebahagian hidupnya di dunia dan di akhirat.

Copy.. Paste.. And Share..
::Sharing is caring::

Jaga Hati

Hati adalah punca dari segala-galanya dalam hidup kita, supaya tindak tanduk kita adalah lebih benar dan baik. Oleh itu, jagalah kebersihan hati dengan sebaik mungkin. Tercemarnya hati bakal merosakkan diri serta meragut kebahagiaan dunia dan akhirat. Untuk menjaga kebersihan hati, kita perlu juga menjaga segala nikmat yang diberi Allah (penglihatan, pendengaran, fikiran, ucapan) dan segala hal yang di larang bagi kita lakukan. Seperti biasa, pekerja haruslah mengikut segala arahan majikan. Begitu juga dengan kita. Kita hanyalah hamba biasa yang perlu mendengar dan taat pada perintah Malik Al-Mulk (penguasa kerajaan semesta). Dengan hati yang bersih kita mampu menggapai hasanah (kecemerlangan/kebaikan) di dunia dan akhirat.

::hati yang kecil ini mampu membunuh berjuta manusia::
Hadis riwayat Abu Hurairah ra :

Dari Nabi s.a.w beliau bersabda:
Barang siapa yang mentaatiku berarti ia telah mentaati Allah,
dan barang siapa yang mendurhakai perintahku, maka berarti ia telah mendurhakai Allah,
Barang siapa yang mematuhi pemimpin, berarti dia telah mematuhiku
dan barang siapa yang telah mendurhakai pemimpin, maka dia telah mendurhakaiku.

(shahih muslim  3417)

Amat penting bagi kita untuk mematuhi arahan majikan, tapi ianya haruslah berlandaskan jalan yang lurus (menuju Illahi) agar kita tidak tersesat di akhir kelak.
Kebahagiaan manusia bergantung kepada hati yang bersinar diterangi lampu mentol >_< heee~
Tak kisah la cahaya apa yang kita gunakan, asalkan kita gapai ketenangan jiwa.

"Jagalah hati jangan kau kotori, jagalah hati lentera hidup ini ........ " Nyanyian snada ^_^#
Haa... ape lagi sambung la. silah pon da ternyanyi ni, dalam hati la tapi. Al-maklum la, suara hati lagi merdu berbanding suara mulut.. ngee~

Jaga hati bermaksud bertolak ansur dan saling menghormati sesama masyarakat. Kekalnya sesuatu hubungan dengan adanya sikap mahmudah dalam diri include "menjaga hati"..
Tapi sering kali kita, (termasuk silah) menyalah tafsirkan erti jaga hati yang sebenar. Menjaga hati seseorang, demi untuk persahabatan yang telah lama terjalin. Walhal ianya melanggar perintah majikan (Allah) kita. Perintah yang wajib diikuti serta tiket untuk menghadapi alam akhirat.

Apa yang silah maksudkan??
silah pon tak pasti.. kah3.... #_#

kawan adalah corak kehidupan seseorang. Dengan siapa seseorang tu bergaul, bersama dan berguru. Sedar atau tidak, kita lebih banyak meluangkan masa dengan kawan2 berbanding ibu bapa.

Sekolah rendah :- jam 6.30 da gerak ke sekolah, jumpa kawan sampai jam 1.30 ptg balik rumah, ibu bapa tak dok (koje).. si anak siap ke sekolah agama dari kul 3 sampai 5.30 ptg.. balik dari sekolah agama tukar baju, pastu main (pon dengan kawan) dan begitulah rutin harian adik silah. ^_^

Sekolah menengah :- ^0^ ngee~ adik silah yang sekolah menengah semua duk asrama. Kompom2 kawan la ibu, kawan la ayah, kawan la adik, kakak dan abang.. segala2nya kawan. Terbukti terang jelas dan nyata, kawan la sebahagian hidup kita.

Haa.. kan betul silah cakap, eh.. maksud silah, tulis (bila masa lak silah cakapkan o_0 )
Dengan kawan la segalanya, sampai kadang2 kita lebihkan kawan daripada orang tua kita. Pentingkan kawan sampai tak mahu dengar nasihat orang tua.. Nauzubillah.. Harap perkara tu tak jadi pada silah, adik2 silah dan kawan seperjuangan silah ^_^ ... InsyaAllah..

Over pulak pasal kawan ni ye.. ngeee~ =P
kita kembali pada point utama kita, "Jaga Hati".. kenapa silah cakap kita sering salah tafsir maksud jaga hati ni?? Sebab silah pon salah faham gak.. kita duk jaga hati kawan, demi kebahagiaan dan kasih kan sahabat kita.. Tapi sebaliknya, kita sengaja membiarkan mereka (kawan) jatuh terjunam ke lembah kepanasan.

Allah, Ampunkan dosa hambamu ini..

Dua hari yang lalu, silah jalan ke semua blog sahabat silah. Sampai satu blog ni, silah terasa terkena pada batang hidung pula. Selalu mengungkapkannya, tapi tidak ketahui maksudnya.

Kali ini silah faham maksud sebenar 'jaga hati' dan 'sayang' akan sahabat. Ianya tidak hanya sebuah persahabatan, tapi lebih dari itu. Lebih mesra dengan panggilan "Adik-Beradik". Bagaimana kita menjaga adik2 atau saudara mara kita. Begitulah kita kena jaga kawan kita. Bukan sekadar jaga kesihatan, makan atau minum. Malah jaga pertalian sahabat dengan Majikan utamanya (Allah).

Untuk memastikan tali yang terikat kuat dan kukuh, lihatlah pada diri anda. Sejauh mana hubungan anda yang terjalin dengan Ar-Rahim (Maha pengasih), sejauh itulah kuatnya hubungan anda yang terjalin dengan sahabat anda.. InsyaAllah.. Pelihara la hubunganmu dengan Pencipta mu (Al-Khaliq) silah!!!

$$ moga ukhwah yang terjalin, bukan hanya dengan kata ukhwah fillah, malah terlaksana dengan perbuatan yang sentisa melindungi kawan2 kita dari terjatuh dalam api yang panas.. InsyaAllah $$

Tanda sayangkan ALLAH s.w.t
Banyakkanlah "BERZIKIR" ...

Tanda sayangkan RASULULLAH s.a.w
Banyakkanlah "SELAWAT" ...

Tanda sayangkan pada DIRI SENDIRI
Banyakkanlah "ISTIGHFAR" ...

Tanda sayangkan pada SAHABAT
Banyakkanlah "NASIHAT" ...

::Wassalam::

Hanya kata-kata


Salam kasih salam sayang.. Moga kawan2 sihat hendaknya..
Kembali mewarnai laman blog dengan lenggok tangan yang agak lincah, membawa sinaran ilmu yang cetek untuk dikongsikan bersama. Mudah-mudahan ia menjadi alarm pada diri kita yang sentiasa leka dengan perhiasan duniawi.


“Seru ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahas dengan mereka dengan cara yang paling baik; sesungguhnya Tuhanmu lebih mengetahui orang yang sesat daripada jalan-Nya dan Dia juga yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk”
(Surah an-Nahl, Ayat 125)


Jelas lagi terang bahawa ayat di atas mengajak kita untuk menjemput atau membawa hati-hati manusia kepada yang lebih baik. Secara tidak langsung,ianya mengajak kita menjadi daie (penyeru ke arah kebaikan) untuk hati kita sendiri sebagai manusia. Permulaan bahasa yang sopan lagi lembut, serta dengan sebaik-baik cara. Semua makhluk Allah sukakan sentuhan lembut yang tiada kekasaran.
Hidup ini memerlukan kawan atau kata mudahnya bantuan. Tiada makhluk Allah yang mampu hidup tanpa bantuan. Hanya Dia yang maha kuasa yang mampu hidup di atas kakiknya sendiri (Qiamuhu binafsih). Percaya atau tidak itulah realiti hidup. Cuba kita bayangkan sejenak, mampukah pokok hidup tanpa bantuan air? Mampukah manusia hidup tanpa bantuan udara?


Mampukah kita hidup di dunia ini tanpa seorang kawan? Gembiranya kita jika mempunyai kawan. Tambahan  pula mendapat teman yang sentiasa mengikut telunjuk kita. Bila kata ‘A’, itulah yang dia buat. Bila suruh ‘Z’, dia pon ikut dengan rela. Tak perlu dikerah. Tak perlu dipaksa. Tak perlu nak marah. Ikut pon tanpa banyak soal dan pertanyaan.
Baik ke buruk tak dihiraukan. Fikir pon tak perlu. Kerjanya ikut apa yang disuruh. Kalau tak ikut arahan, rasa macam hidup ni tak lengkap pula. Wah, seronokkan. Kita suruh je dia buat. Kita pula, goyang kaki dan tangan. Terasa seperti dunia ni ana yang punya.


Tapi......
Sayang seribu kali sayang.....


Ianya tidak semudah itu. Ibarat merelakan diri memijak duri. Membiarkan diri dimaki, dicerca, dihamun dan sebagainya. Disuruh buat sekali dua boleh la. Berkali-kali, mahu angin puting beliung datang menyerang. “Ada kaki ada tangan, buat la” tamparan hebat menyinggah. Kan dah tak sedap dengar. Kemudian ukhwah pon terganggu. Tak syokklaahhhh...
Itu yang jenis tak dapat kawal mulut la. Setengah insan yang lain pula, jenis diam je. Apa disuruh buat tanpa bunyi dengan rela. Tapi, hati berkumat kamit tanpa henti dengan kejam. Dimaki hamun si penyuruh tu. Ini lagi parah rasanya. Kasihan pada hati tu. Tak boleh nak tenang dan ikhlas buat kerja. Sebaiknya jujur kepada sang penyuruh. Cakap dengan lembut. Ingat! Semua manusia sukakan kelembutan, bahkan diri kita sendiri. Even, kita mangsa kekasaran. Bersabarlah!! Sebaiknya jujur, walau hati tak sanggup nak menerima. Sekurang-kurangnya ada masa untuk diubati hati yang kesakitan tu.


Ilmu di dada amat penting dalam keadaan yang sebegini. Hanya ilmu yang boleh memimpin seseorang untuk menggerakkan tindak tanduk seterusnya,sama ada perbuatan baik atau tidak baik. Kehebatan ilmunya bergantung sejauh mana pendedahan Qalbunya menikmati hidangan kalam suci dan cara memeliharanya.
Nabi Muhammad berkata,


“Sesungguhnya sebaik-baik ucapan adalah Al-Quran dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Nabi Muhammad. Seburuk-buruk perkara adalah yang diada-adakan dan semua perkara itu adalah sesat.”
(Direkodkan oleh Muslim)


Petunjuk dan panduan sudah ada tersedia. Cuma tinggal untuk kita melaksanakan sahaja. Ianya tidak begitu mudah tetapi amat penting jika kita istiqamah melakukanya. Walaupun dalam masa yang sekejap kita menimba, tetapi ianya adalah sesuatu yang berbaloi jika kita dapat ingat sampai bila-bila.
Kebiasaan manusia ni bila dah disoal, baru nak mencari, baru la nak rasa malu sebab tak dapat jawab apa yang ditanya. Bikin malu untukdiri sendiri. Bijak bestari berkata, “Dah terhantuk, baru nak mengadah”. Selagi tak disoal, ditanya duk diam je. Bukan orang lain la,saya pon begitu. Kita cakap berdasarkan pengalaman. Contoh, kita ditanya oleh orang luar, Guru besar la katakan (biasanya orang terdekat tak de pape perubahan pon) “Apa nama Perdana Menteri?”  Tak dapat jawab. Pastu baru la kita cakap sorang2, "apa la kau, nama PM pon tak tahu"  dan macam2 lagi la. Ish3...

Berubah la wahai diri ^_^

Sini dahulu ye kawan2. Ni pon tunggang terbalik. Maaf jika ada kekasaran atau menyinggung perasaan siapa2. Niat di hati hanya untuk perkongsian dan merawat hati ini, tidak sekali ditujukan pada sesiapa. Akhir kalam dengan lafaz “Moga Anda semua sentiasa dalam redha-Nya.. Ameen”

Mohon tunjuk ajar dari anda semua ^_&



::Wassalam::
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers ::Moga Allah Redha Asilah Dan Wazir:: Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers