JellyPages.com
Photobucket
Sentiasa ingat Allah tika dilanda ujian dan dilimpahkan kegembiraan
Senyum itu sedekah
Tenang itu bahagia
Sabar itu indah
^_^


Hati yang mensyukuri apa yang ada, Itulah hati yang penuh dengan rasa cinta

Cit cot Cik Silah

Assalamualaikum keng kawan ^_^
Di harap teman2 cik silah sentiasa dalam keadaan sihat dan sejahtera macam cik silah, InsyaAllah. Tapi, cik silah baru je terima satu mesej yang mengatakan Sahabat cik silah tak sihat. Demam panas dan ujian sempena exam. Semoga cepat sihat ye sahabat =)

Hari ini cik silah kurang pasti dengan keadaan cik silah yang cergas dan cerdas dan ianya agak berbeza daripada sebelum-sebelum ni. Hee~ Sebabnya, jari-jemari cik silah sangat lancar menari di atas keyboard, tanpa pernah lupakan step yang diajari.. Ahaks (poyo je cik silah ni) =P

Sambil cik silah duduk2, cik silah terpikior sesuatu. Apa yang cik silah fikirkan tu dah lama sebenarnya, tapi cik silah macam belum bersedia untuk share pada tawan2. Semakin berlalunya hari2 ceria cik silah, kini tiba masanya keinginan untuk berkongsi pada para blogger. Alah, bukannya serius benor pon. Cik silah ni wat suspen je kan. Hahaha.

Apa yang bermain dalam kepala cik silah tu adalah kata2 rakan cik silah. Ianya agak kasar tapi memang boleh diguna pakai juga. Kita terus pada kata-kata dia jela ye, cik silah tak reti lak nak berkias2 n bunga2 ni. hihihi. Rakan cik silah tu Ajk surau. Dia ditugaskan untuk menguruskan para jenazah. Alhamdulillah, dia lakukan atas kehendak diri. Bukan paksaan. Berbunga gak ayat cik silah ni kan =P
Dan ayat dia yang terngiang2 dalam fikiran cik silah tu (y pastinya bukan ayt cintan la ye) "Jejak kaki ke surau pon tak pernah, tiba-tiba datang merayu-rayu minta tolong uruskan jenazah ayah dia"

Wow~ Gempakkan ayat dia. Anda faham tak apa yang di maksudkannya? Sangat makan dalam, makan hati, makan pasir. (hehe.. tetiba). Erm, tapi jika dipikir2kan dengan lebih jauh, betul gak apa yang rakan cik silah cakap tu kan. Mungkin cik silah terasa sebab cik silah ada saudara lelaki. Kalau semuanya saudari, cik silah pon tak kisah. =P
Dalam dunia ni, kita memang tak boleh hidup sorang-sorangkan. Sebabnya kita perlukan bantuan satu sama lain. Bukannya hidup sendirian di atas muka bumi Allah ni.

Tak salah jika kita bergaul kan. Macam-macam faedah kita dapat. Antaranya :

1) Kenalan bertambah
2) Perkhidmatan bantuan mudah
3) Perkongsian ilmu atau pengalaman
4) Penjagaan sesama insan

... dan macam2 lagi faedahnya. Cuma terpulang pada kita untuk melaksanakannya bagaimana. Semuanya terletak pada diri masing-masing. Diri anda adalah pencetus kepada sesuatu yang akan berlaku. So, sebelum melaksanakannya pastikan anda dan diri cik silah fikirkan dan tanyakan pada diri "Adakah selepas aku melakukan itu @ ini ianya akan memberi kesan yang positif kepada diri aku dan masyarakat?"
Jika jawapannya YA, terus melakukannya. Tapi jika sebaliknya, pastikan diri anda dan cik silah menjauhkannya.

Walaupun penyampaian cik silah hari ini agak kurang menarik, tetapi harapan cik silah agar bakal-bakal jenazah sentiasa menyiapkan diri untuk menghadapi hari yang kekal abadi kelak. InsyaAllah..

..Cik silah juga manusia, so sentiasa mengingatkan sesama kita ye..
::PEACE NO WAR::

Buat Jantung Hati




Salam Maal Hijrah dan salam perubahan. Alhamdulillah Allah masih memberi kesempatan kepada cik silah untuk terus menjalani kehidupan di samping mencari nur keimanan yang sentiasa menunggu cik silah menggapainya. InsyaAllah..

Dalam cik silah sedang sibuk menari mengikut rentak kehidupan seharian (ayat cik silah pon gempak je), cik silah tengah khusyuk sembang sebenarnya. Cik silah berceloteh dengan kawan, tiba-tiba mai seorang pak cik duk menyembang sekali dengan kami. Ahaks!

Kami pun layan je. Sampai la pak cik tu bagi tazkirah baik punya. Cik silah pon suka gak sembang dengan pak cik tu. Mulanya duk sembang pasai kawen. Hahaha.. Al-maklum la, bila sebut je pasai kawen, yang ngantuk pun boleh terbeliaq matanya. hee~ Nak tahu tak, ape yang pak cik tu share ngan kami??!

Begini bunyinya : Kamu nak tahu, benih kamu tu (sambil tunjuk ke arah lelaki) adalah dari diri kamu. Dan isteri kamu, cuma menampung benih kamu je. Kalau jahat kamu waktu muda, maka jahatlah anak2 kamu nanti. Bagaimana anak kamu akan datang adalah dari kamu. Bukannya para isteri. Ingat, Isteri kamu cuma menampung!. Ingat lagi satu, kalau kamu rosakkan anak dara orang, pak cik dengan yakin dan pasti! keturunan kamu pasti akan tempias terkena percikan api jahat dari kamu. Fikirlah...

Cik silah dengar ayat pak cik tu, cik silah senyum je. Nak tahu kenapa?
Sebab kebanyakkan dari kita semua, sentiasa salahkan Emak, Ibu, Mama, Ummi yang tak pandai mengajar dan mendidik anak. Hee~ Yang laki pun terdiam je dengar pak cik tu cakap.

Setelah setengah jam pak cik tu join kami sembang, pak cik tu pun minta undur diri. Alhamdulillah, input baik punyaa. Anda pun boleh take note!
Kawan cik silah yang laki tu, terus insaf tau. InsyaAllah sepenuhnya. 
Beliau berkata : wei, aku tak nak buat jahat dah. Kesian anak aku. Lagi hang nak nasihat apa kat aku?
Ewah-ewah, cik silah pulak yang dikenakannya. Hahaha~

**Buat bakal sang jantung hati cik silah, yang cik silah pun tak pasti siapa orangnya.**
Semoga kamu adalah insan yang baik, yang di hantar kepada cik silah untuk memelihara dan mendidik cik silah agar menemui nur keimanan dan menjalani kehidupan dengan tabah dan sabar.
InsyaAllah



"::Salam senyum dari cik silah::"

Tak semudah seyuman

Alhamdulillah, masih dikurniakan kekuatan untuk menulis blog. Dah lama tak menjenguk, terasa rindu dihati. Semoga rakan blogger dan tawan mukabuku sihat sejahtera. Hari ini, cik silah nak share mengenai senyuman. Nak tahu! Senyuman yang manis boleh merobek hati sang pelihat yang sengaja atau tidak sengaja melihatnya. Kuasa senyum paling dahsyat tau, berbanding kuasa Ultraman dan Power Rangers. Hahaha.. Ke situ pulok cik silah ni kan.




Hidup ini satu perjalanan. Ada yang mampu berjalan sejauh mungkin, tapi ramai juga yang seketika cuma. Perjalanan yang kita tempuh dan bakal tempuhi tak semudah yang disangka. Seperti pepatah yang biasa kita semua dengar "Hidup mesti diteruskan". Cantik pepatah seindah perjalanan. Alhamdulillah. Susunan kehidupan kita di atas muka bumi Allah ini telah rapi disusun-Nya. Juz follow with smile =)



Fakta : Senyum hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 otot muka untuk mengerutkan dahi. 

Bila hati disentuh lembut, kesannya jauh hingga ke lubuk. Ahaks! dont feeling2 naa. ^^
Kelmarin berlalu tanpa berulang kembali. Senyuman itu mudah, tapi tak semua mampu melakar senyuman yang manis ikhlas sentiasa. Kita semua sedia maklum, hidup kita tak selalu indahnya mentari yang menyinari setiap pagi. Hidup tak semanis gula yang menjadi penyedap masakan. Tapi hidup adalah pinjaman sementara yang Allah berikan untuk makhluk-Nya menjalani sebagai seorang hamba yang sentiasa mengabdikan diri untuk Dia. Dan ianya pasti dicampuri dengan pelbagai rencah sebagai untuk mendapat ganjaran diakhirnya. Peace!






Hey awak! Cer senyum sikit  --------->






Alahai, buruknya muka bila marah/masam. Pernah lihat cermin? Haa.. Cik silah pernah tengok muka cik silah marah.. Allah.. Buruk benar tau! Kalah singa dengan harimau. Huhuhuhu. At least cik silah ngaku =D
Jemputlah senyum bertandang ke dalam rumah hati. Gunakan gam uhu agar ianya terlekat kuat atau ikat guna tali yang tarik tali tu (tebai tuu!). Pujuk senyum agar tak pergi bersiar-siar saat hati sedang berfight dengan emosi. Mudahkan resipi cik silah. Cik silah akui, walaupun perjalanan hidup tak semudah senyuman, tapi senyuman itu semudah-mudah perjalan hidup. Try first k!

::salam senyuman daripada cik silah::
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers ::Moga Allah Redha Asilah Dan Wazir:: Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers