JellyPages.com
Photobucket
Sentiasa ingat Allah tika dilanda ujian dan dilimpahkan kegembiraan
Senyum itu sedekah
Tenang itu bahagia
Sabar itu indah
^_^


Hati yang mensyukuri apa yang ada, Itulah hati yang penuh dengan rasa cinta

... Alhamdulillah ...

Awan yang mendung ibarat memahami hati cik silah yang agak suram hari ini. Alhamdulillah, ujian Allah masih menerjah dalam lubuk kecil ini. Dibelai, dipujuk dan dipupuk agar sentiasa redha dalam menjalani kehidupan yang penuh onak dan duri. Gembira dalam tangisan! Alhamdulillah.




Rancangan DAI (pendakwah milenia) sedang berlangsug di tv3. Alhamdulillah, banyak ilmu gak yang cik silah perolehi.. Tapi cik silah belum mampu bercakap macam Dai Adibah. Subhanallah, sungguh berani. Banyak ilmunye. Allah, kerdilnye diri ini. Tak cukup ilmu tapi tiada usaha untuk mencari ilmu. Nauzubillah! Cik silah nak juga jadi seorang yang berilmu. Doakan cik silah ye. Hehehehe. Cik silah nak share sikit mengenai Dai Hadhari. Subhanallah, ternyata Dai Hadhari itu seorang yang luar biasa. Nak tahu tak, cik silah kenal dengan dai Hadhari tu, tapi tak de lah kawan rapat pon. Cik silah kenal dia dekat majlis kahwin bos cik silah. Cik silah jadi pengapit bos (belah perempuan) dan Dai Hadhari tu pengapit husband bos. Dapat satu kenalan. Alhamdulillah, macam tu je la pertemuan kami. Bersembang pon gitu-gitu je. Dai Hadhari tu sedara rapat suami bos cik silah. memang tak dapat dinafikan memang ensem, dan bertambah hensem dengan ilmu di dada beliau. Alhamdulillah, bukan niat nak memuji ye Hadhari. Sila jangan perasan. Moga berjaya dunia wa akhirat. ^_^!


Entah kenai toh tidak. Hahaha. iklan je Dai Hadhari tu. Mohon maaf ye Hadhari. Alhamdulillah, cik silah gembira dengan kehidupan cik silah. Walaupun agak kekeliruan jiwa, tapi ianya menarik untuk dijelajahi. kekosongan jiwa adalah satu permainan yang menarik dalam kehidupan. Tapi ianya bukan untuk dibiarkan begitu sahaja, tapi ianya adalah permainan yang mencabar. Mengapa cik silah cakap begitu ye? Cik silah pon tak pasti, tapi apa yang cik silah rasa, jika jiwa dibiarkan kosong. Ia akan layu dan tidak bernyawa. Kejamnya cik silah kalau biarkan jiwa cik silah tak bernyawa. Sebabnya ia adalah satu anugerah yang Allah beri kepada Khalifah di atas muka bumi ini. Malah "Hati manusia adalah ibarat raja, sedangkan seluruh anggota badan ibarat bala tenteranya. Mereka semua taat kepada sang raja dan tidak berani menyelisihi perintahnya. Maka jika sang raja baik bererti semua bala tenteranya akan baik dan kalau dia buruk bererti semua bala tenteranya akan buruk."




Alhamdulillah, jom bersihkan hati. Semoga diri ini menjadi Dai juga macam Dai Adibah. Wow.. cita-cita tinggi. InshaAllah.. Sejahteralah wahai hati-hati sang Khalifah di muka bumi!! =)


Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers ::Moga Allah Redha Asilah Dan Wazir:: Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers