JellyPages.com
Photobucket
Sentiasa ingat Allah tika dilanda ujian dan dilimpahkan kegembiraan
Senyum itu sedekah
Tenang itu bahagia
Sabar itu indah
^_^


Hati yang mensyukuri apa yang ada, Itulah hati yang penuh dengan rasa cinta

Toink..toink..


Semua yang kiti miliki, tak kekal menjadi hak kita. Yang kita genggami, bukan milik terjamin. Di atas muka bumi ini semuanya pinjaman belaka. Kekadang kita menyedarinya, tapi bila ianya terjadi pada diri. Mula meghoyan. Haha.. kuar dah loghat dia..

Assalamualaikum teman seperjuangan. Anyway, silah no point sebenarnye untuk update blog kali ini. Tapi paksaan diri telah berlaku, dan jadilah merepek. Hahaha. Korang tak kisahkan kalau silah merepek. Takpe, kepada yang nak membaca silakan. Yang tak nak tu tak mengapa.. Ahaks.. ^^

"Hok kito pinje, kene beghi balek" Itu orang kelantan dok ghoyak. Ntah betui ke idok, silah pon tak tahu.. yang pastinye hentam. Wink..wink.. Siapa setuju, kalau dah pinjam kene pulang balik? Betul what.. Silah pon marah gak kalau orang dah pinjam, tapi tak mahu pulangkan. Tapi ada pinjaman yang kita sendiri tak sedo. Hihihi.. Nak tahu tak. Setiap kali kita memberi, pasti kita mendapat. Tapi yang kita beri tu, sudah tentu bukan hak kita. Contohnya :

Anak : ayah p kerja penat semalam. Mesti ayah dapat duit banyakkan.
Ayah : Alhamdulillah.. tapi duit tu bukan ayah punya.
Anak : Aik.. Ayah yang kerja, mesti la duit ayah =,=
Ayah : Tak la.. Ayah kerja pastu duit tu jadi hak anak2 ayah.
Anak : Nape pulok rupa itu.. (pening si anak @_@ )
Ayah : Sebab setiap hari ayah akan bagi duit belanja kat anak2 ayah.
Anak : 0o.. Betul gak.. senyum lebor :D

Kisah si anak dengan apoknye ni, silah dapat dari pengakuan seorang pakcik. Tapi bila difikirkan semula. Memang betul. Sangkaan si ayah dah banyak duitnya. Tapi oleh kerana tanggungannye manyak sangat. Jadi baki dari duit kerjanya tinggal..... (Silah pon tak tahu :P )

Itu cerita duit, kita masuk lak citer lain. Hari ni, Allah pinjamkan kita tangan. Esok lusa kita pon tak tahu apa jadi pada pinjaman ni. Bila2 je Dia boleh amik. Am i right? 
Sebenarnya banyak betul loan yang kita dah buat kat atas muka bumi Allah ni. Cuma ada yang menyedari dan ada yang tidak. Tambahan pula, namaya "MANUSIA" insan yang paling mudah terbuai dan leka dengan mainan dunia. Allah~ Silah pon tak terlepas dari mainan ni. Sama ada kuat untuk atasi atau jatuh tergolek je. Doa dari para sahabat sangat dialu-alukan. Tq ^_^

Sebenarnya silah tak share habis lagi dengan korang, tapi entah kenapa tak mahu ditaip lak. Jadi korang redha je la ye, sampai sini. Sebabnya tiada sambungan. Ayat silah mungkin tunggang + terbalik. Tapi harapannya agar korang faham la apa yang silah cuba sampaikan.. Hahaha. Macam apa je silah ni kan.. Tatata tawan-tawan =)

::Subhanallah..Alhamdulillah..Allahuakbar::
Wassalam

Layannnn


Rasa takut kehilanganmu
Kini menjelma menjadi nyata
Ku tak bisa menghindar
Mungkin cintaku tlah usai

Kata maaf tak bisa menebus
Atas satu khilafku padamu
Kau merasa dikhianati
Kau putuskan untuk pergi 


Reff:
Ku coba tersenyum saat kau pergi
Meski lara hati menangis melepasmu
Andaikan kau tahu 
Betapa aku masih mencintamu

Kata maaf tak bisa menebus
Atas satu khilafku padamu
Kau merasa dikhianati
Kau putuskan untuk pergi 


Repeat reff [2x]
Ingin rasanya aku memelukmu
Tuk terakhir kali sebelum engkau pergi
Namun ku takut tak mampu
Menahan air mataku

*Kekadang*

Kelmarin terasa di atas. Semalam terasa di bawah. Esok lusa tak tahu di mana. Dunia ini berputar. Sehingga tak pasti yang mana mula dan yang mana akhirnya. Yang mana pangkal dan yang mana hujungnya. Gembira tak semestinya suka. Sedih tak semestinya duka. Walau di mana kamu berada, terimalah ianya dengan hati terbuka. Sebabnya perjalanan hidup sesama manusia ni tak sama. Mungkin boleh jadi sama, tetapi tidak pada waktu yang sama.

Alhamdulillah, setelah sekian lama membiarkan blog ni bersawang. Saya kembali untuk menyuci dengan keadaan yang tak berapa rajin. Tapi InsyaAllah, akan tampak lebih bergaya dari sebelum ni. Hee~
Hari ini sedih melanda jiwa. Kerana saya membiarkan gembira melanda. Amboii.. Ahaks..
(Hidup tidak selalunya indah, Langit tak selalu cerah ...)

Terjumpa di kala tidak mengenali satu sama lain.
Mempelajari mengenali menyinari ukhwah.
Perantaraan membezakan darjat.
Agama menyatukan persaudaraan.
Gembira tidak ke palang.
Sentiasa melangkah riang bersama.
Duka hilang tawa menjelang.
Menerima dengan hati terbuka.
..Alhamdulillah..

Duduk sama bumbung belum pasti serasi bersama. Duduk lain atap sudah tentu tak sekepala. Kenal atas kenalan baru nak cuba masuk. Kenal kerana Allah CONFIRM melekat sahaja. Sesungguhnya susunan Dia tu sangat cantik dan indah. Andai kita tahu apa yang disusun-Nya, Pasti kita senyum je. Apa yang disusun, kan terbaik untuk kita semua.
Tak de sedih! Uhh, tak mencabar langsung hidup ni.
Ye.. sememangnya tidak mencabar, andai daku yang berada dalam kesedihan.. T_T
Sama je manusia ni. Kekadang ayat yang "tak serupa bikin" tu, cuma penguat diri je. So, dont judge sebelum anda meletakkan diri anda ke dalam diri mereka.

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi SAW bersabda yang bermaksud :
"Sesiapa yang Allah kehendaki kepadanya kebaikan,
nescaya Allah mengujinya."
(Riwayat al-Bukhari)

Kekaguman kepada seorang sahabat menyebabkan diri ini merasakan "Aku tidak mampu menjadi seperti dia". Sungguh tabah dalam menjalani kehidupan yang bergelora dalam mengatasi ombak besar yang melanda. Kerana apa?? Kerana Allah Is Number ONE. Sedih tapi tidak kelihatan. Luka tapi tak sepeti ditusuk. Duka tapi tak seperti dipanah. "Jika kamu meletakkan Aku (Allah) di dalam hati kamu, pasti kamu tidak pernah mengenal kesedihan." Lebih kurang macam tu la. Saya kurang pasti itu Firman Allah @ hadis. (kalau salah tolong betulkan k ^_^)

Gambar hiasan

Pandai menulis, tak semestinya pandai bertutur kata. Pandai memasak, tak semestinya pandai mengemas. Pakar berkenalan, tak semestinya pakar menjaga hati. Pakar bergaya, tak semestinya pembersih. Dan begitu juga di sebaliknya. Kesimpulan yang boleh dibuat. Manusia ni sememangnya tidak sempurna, dan dah terbukti melalui diri ini. Huu~
Tapi jangan jadikan kelemahan itu berkekalan hingga ke akhirnya dan dibiarkan membusuk dengan bangga.. =,= Erk.. Paling koman pun, usaha la untuk menjadikan kelemahan sebagai kekuatan di masa akan datang agar diri anda sentiasa diberkati-Nya. InsyaAllah.
P/s ini khas untuk dak cute lagi comey (tuan punya blog)..
Take note k!! 

::Wassalam::
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers ::Moga Allah Redha Asilah Dan Wazir:: Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers