JellyPages.com
Photobucket
Sentiasa ingat Allah tika dilanda ujian dan dilimpahkan kegembiraan
Senyum itu sedekah
Tenang itu bahagia
Sabar itu indah
^_^


Hati yang mensyukuri apa yang ada, Itulah hati yang penuh dengan rasa cinta

Selawat dan Salam buat junjungan NABI S.A.W






Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa, "Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail A.S. telah berkata kepadaku.

Berkata Jibril A.S. : "Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca sholawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar."

Berkata pula Mikail A.S. : "Mereka yang bersholawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu."

Berkata pula Israfil A.S. : "Mereka yang bersholawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah S.W.T dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah S.W.T mengampuni orang itu."

Malaikat Izrail A.S pula berkata : "Bagi mereka yang bersholawat ke atasmu, akan aku cabut ruh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut ruh para nabi-nabi."

Apakah kita tidak cinta kepada Rasulullah S.A.W.? Para malaikat memberikan jaminan masing-masing untuk orang-orang yang bersholawat ke atas Rasulullah S.A.W.

Dengan kisah yang dikemukakan ini, kami harap para pembaca tidak akan melepaskan peluang untuk bersholawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Mudah-mudaha
n kita menjadi orang-orang kesayangan Allah, Rasul dan para malaikat.


kiSah j!brAil

Diharap kawan2 dalam keadaan sihat selalu.. hayati kisah ini ye.. :)

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang
cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang, sayap
Itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:

"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?."

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak"

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada
Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud.
"Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."

Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan
kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"

Lalu Allah berfirman yang bermaksud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga
Ma'waa sebagai tempat tinggal..."

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga
Ma'waa. Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah
Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia
mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun,
terbangla malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan
lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau
sepertiganya, atau seperempatnya? "

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu
dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan
kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti
yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada
sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... ."

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah
S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redhaNya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murkaNya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat
(yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam
semua hari.

SeaNdAinYa d!a Jod0hKu~~






PERTAMA
Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukan dengan penuh kerelaan..

KEDUA
kahwinilah lelaki/wanita yang hemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting apabila semakin tua.

KETIGA
Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu.

KEEMPAT
Apabila mengatakan "MAAF" tenungkan anak matanya

KELIMA
Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan

KEENAM
Usah tertawakan impian orang lain. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.

KETUJUH
Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. sesungguhnya anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tetapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.

KELAPAN
Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.
KESEMBILAN
Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.

KESEPULUH
Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.

KESEBELAS
Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang anda tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya, "Kenapa anda ingin tahu?"

KEDUABELAS
Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar

KETIGABELAS
Ucaplah 'Semoga anda diberkati' apabila mendengar seseorang bersin.

KEEMPATBELAS
Apbila anda kerugian, janganlah jadi kuarang ajar.

KELIMABELAS
Berpegang kepada 3 R:

1. Rasa hormat pada diri sendiri
2. Rasa hormat kepada orang lain
3. Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda

KEENAMBELAS
Usahlah benarkan pertikaian yang sebenar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar
KETUJUHBELAS
Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu

KELAPANBELAS
Tersenyumlah ketika menjawab telefon. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.

KESEMBILANBELAS
Ada ketikanya anda perlu bersendirian.. =)



KEBAIKAN SUSU KAMBING

Nabi Adam
Bermulanya Human Civilization (tamadun manusia)
Habil dan Qabil menternak kambing dan ianya merupakan ternakan binatang pertama di dunia.

Nabi Ibrahim
Merupakan penternak kambing yang agung. Terdapat 12000 ekor anjing yang menjaga kambing-kambingnya. Berlaku peristiwa sedekah (kambing) yang terbesar dalam sejarah islam.

Nabi Isa
Juga menternak kambing. Wujudnya Bani Israel - bangsa Yahudi (satu bangsa yang dikenali cerdik). Mengamalkan minum susu kambing sehingga ke hari ini.

Nabi Muhammad
Diantara jenis minuman yang biasa diminum oleh Rasulullah saw adalah susu kambing segar, yakni langsung diminum sesudah diperah dari kambing. Peristiwa Israk Mikraj Nabi Muhammad saw telah disediakan dengan tiga jenis minuman oleh jibrail iaitu arak, madu dan susu kambing. Baginda memilih susu kambing ("minuman yang terbaik selepas susu ibu")

Biologikal
Susu kambing adalah satu pengeluaran biologikal yang unik. khasiatnya memang tidak dapat dinafikan. sudah menjadi satu tanggapan umum di seluruh dunia bahawa masalah kesihatan manusia boleh dibantu dengan khasiat penghadaman dan pemulihan dari susu kambing yang luar biasa. Tokoh seperti Cleopatra dengan sejarah mandian susu kambing dan Mahatma Ghandi memulakan hari dengan segelas susu kambing yang segar didikuti dengan segelas sebelum masuk tidur.

Dinasti China
2500 tahun dahulu puteri-puteri Maharaja China mengamalkan minum susu kambing dan berendam dalam susu kambing.

Hindu
Masyarakat India dan penganut agama hindu juga mengamalkan minum susu kambing bertujuan menguatkan daya ingatan, ketahanan badan dan amalan perubatan.




KANDUNGAN GIZI DALAM SUSU KAMBING

- Protein 2.1 kali ganda
- Zat besi 2.0 kali ganda
- Vitamin A 3.8 kali ganda
- Selenium paling tinggi berbanding semua jenis susu
- Kalsium 2.2 kali ganda
- Potassium 2.1 kali ganda
- Garam gailon 2.0 kali ganda

HIGOAT UNIK KERANA :-

* Pertama dipasaran
* Rasa enak
* Penyediaan mudah dan segera
* Sesuai untuk semua
* Bau yang menyenangkan
* Tanpa gula
* Tiada bahan awet dan pewarna
* Tiada bahan tambahan





SUSU KAMBING HIGOAT


Minuman susu kambing yang enak tanpa bau kambing. Penuh dengan segala khasiat, protien enzim dan mineral yang penting untuk kesihatan tubuh.
Harga S.M

1 kotak : RM36.60
7 kotak : RM230.00

Harga S.S

1 kotak : RM41.60
7 kotak : RM265.00






KOPI SUSU KAMBING DENGAN SPIRULINA
(spyHRu coffee)




Minuman ideal penjana tenaga gabungan bijirin kopi terpilih, spirulina, koko, gula, krimer bukan tenusu dan tepung susu kambing

S.M : RM22.00
S.W : RM26.00






PIL SUSU KAMBING HR

Sebagai makanan tambahan. Amat baik untuk pembentukan tulang, mencegah ulser perut dan gastrik. Dalam 3 perisa lazat : biasa, strawberi, coklat.


S.M : RM22.00
S.W : RM27.00


untuk keterangan lebih lanjut

TunTutAn BerDakwAh

TUGAS Rasulullah SAW selepas menerima wahyu pertama sekali gus mengiktiraf Baginda sebagai rasul utusan Allah SWT adalah menyampaikan dan mengajak manusia kepada jalan kebenaran iaitu jalan Allah SWT, pada masa sama mencegah daripada terjebak dengan kemungkaran.

Berdakwah menjadi tugas warisan daripada Rasulullah SAW kepada setiap umatnya tetapi hanya segelintir yang memandang dakwah sebagai perkara besar dan keutamaan dalam kehidupan.

Mungkin ramai orang Islam hari ini berpandangan tugas dakwah boleh dilucutkan daripada pertanggungjawaban mereka kerana sudah wujud agensi kerajaan khususnya di bawah Jabatan Agama Islam Negeri yang mempunyai Unit Dakwah.

Ditambah pula adanya organisasi dakwah sukarela seperti Angkatan Belia Islam (ABIM), Jamaah Islah Malaysia (JIM) dan yang berkaitan kerajaan seperti Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) yang aktif menjalankan aktiviti dakwah dalam konteks serta kemampuan tersendiri.


Ini menambahkan lagi tanggapan bahawa tugas dakwah boleh diserahkan kepada mereka yang bertanggungjawab atau dalam erti kata lain mereka yang bekerja makan gaji dengan organisasi berkenaan.

Umat Islam seharusnya menyedari tanggungjawab dakwah adalah kewajipan semua. Firman Allah SWT bermaksud: “Dan hendaklah ada antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah yang mungkar; merekalah orang yang beruntung.” (Surah Ali-Imran, ayat 104)

Firman Allah SWT lagi bermaksud: “Kamu adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang yang fasik.” (Surah Ali-Imran, ayat 110)

Daripada kebanyakan lapangan dakwah yang pelbagai itu, ada satu cabang dakwah sangat penting dan utama bagi seseorang Muslim khususnya lelaki iaitu menganjurkan kebaikan serta mencegah kemungkaran kepada keluarga.

Allah SWT memberi amaran keras bermaksud: “Wahai orang yang beriman, pelihara dirimu dan keluargamu daripada api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat yang kasar, keras, dan tidak menderhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka, dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” (Surah At-Tahrim, ayat 6)

Berdasarkan ayat itu jelas bahawa dakwah untuk mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran harus bermula terlebih dulu dari dalam diri, ahli keluarga seterusnya kepada masyarakat.
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers ::Moga Allah Redha Asilah Dan Wazir:: Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers