JellyPages.com
Photobucket
Sentiasa ingat Allah tika dilanda ujian dan dilimpahkan kegembiraan
Senyum itu sedekah
Tenang itu bahagia
Sabar itu indah
^_^


Hati yang mensyukuri apa yang ada, Itulah hati yang penuh dengan rasa cinta

Pemakanan Rasulullah S.A.W

Assalamualaikum dan salam sejahtera teman-teman blogger..

Moga kalian sentiasa dalam keadaan sihat sejahtera ye. Hari ni cik silah nak share something, untuk panduan kalian dan cik silah. Dalam 2 minggu lepas tak silap, cik silah sedang duduk bersembang dengan mom tersyg kat dapur, tiba-tiba ayah datang dan cakap, "bawang putih dan bawang merah tak boleh campur sekali, dalam masakan". Yang kami ni pelik la. Selama ni, tak pernah dengar pulok pasai bawang. Kalau ayam ngan ikan tu ada la jugak dengar.

Cik silah pon wat tak tahu la mulanye, tapi sepanjang buat tak tahu tu, macam tak puas hati pulok. huhuhu. Cik silah mencari la punca dan sebab2 yang dikatakan ayah tu. Rupanya dah lama info tu, cuma cik silah tak tahu pon. (Tula.. kurang membaca lagi cik silah ni >_<' )..
Alhamdulillah, entry kali ini cik silah akan share untuk bacaan para blogger n orang awam yang rajin mencari info untuk pengetahuan kalian. Teruskan membaca!

Sabda Rasulullah S.A.W
"Orang yang berpegang pada sunnahku pada saat umatku dilanda kerosakan, maka pahalanya seperti seorang yang gugur syahid".


Makanan yang tidak boleh di campur dalam satu hidangan :

1) Susu dan ikan
2) Cuka dan susu
3) Buah-buahan dan susu
4) Daun salad dan ikan
5) Bawang putih dan bawang merah
(Jika di campur boleh menyebabkan lumpuh, bawang besar jika dimakan
selama 40 hari berturut-turut, boleh menyebabkan bintik hitam di muka)
6) Daging segar dan daging kering
7) Cuka dan nasi
8) Benda masam dengan benda berasid seperti cuka



Suka pulok baby ni!!






















Perkara yang perlu dielakkan untuk menjaga kesihatan tubuh badan :

** Jangan mandi air suam selepas kenyang

** senaman sebelum makan

** jangan bersenam atau berjalan selepas makan tengahari

** jangan makan buah selepas makan (makan buah selepas makan, akan mengambil masa 8 jam untuk hadam makanan dalam perut)

** makan buah sebelum makan (1/2 jam sebelum makan nasi)

** jangan tinggal makan malam (Rasulullah makan malam sebelum waktu maghrib)
Hal ini kerana, otak akan berfungsi menyerap ilmu dengan aktif 2 jam selepas makan.

** selepas makan malam, bergerak atau berjalan sekurang2nya 100 langkah

** jangan tidur selepas makan, ianya akan menyebabkan sembelit

** meninggalkan makan malam akan menyebabkan tua sebelum tua

Rasulullah memberi amaran : Bahawa "perut adalah punca penyakit"

Rasulullah tak pernah sakit perut, sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari ...


Ok, sampai sini dulu perkongsian cik silah ye. Kongsi mudah, tapi nak laksanakan agak sukar sedikit. Sama-sama kita mencuba ye. Cik silah tinggal blog kali ini dengan satu pepatah yang pastinya copy pasta.. hihihi.. 

"If you have an apple and I have an apple and we exchange these apples then you and I will still each have one apples. But if you have an idea and I have an idea and we exchange these ideas, then each of us will have two ideas."
George Bernard Shaw



... Makan untuk Hidup,
... bukan Hidup untuk Makan ...



Penerimaan

Assalamualaikum

Di harap teman blogger cik silah sentiasa dalam keadaan sihat sejahtera.
Bersyukur ke atas ke hadrat-Nya kerana masih berpeluang untuk menulis entry baru, di samping bermanja-manja dengan notebook cik silah yang cumel ni.

Setelah sekian lama menyepi dan membiarkan blog ini bersawang, cik silah cuba mencuri masa yang ada untuk menghias entry kali ini dengan penulisan yang tak seberapa.
Bukan niat nak menghilang, cuma memberi masa pada diri untuk meng'explore kehidupan dengan lebih matang dan berdikari.
InshaAllah,
Mampu mengharungi dengan izin Allah.

"Apabila kita jatuh kerana manusia, Bangunlah kerana Allah.
Allah adalah segala-galanya bagi kita.
Dia sebaik-baik pelindung. Dan Dialah sebaik-baik pemelihara"

Sepanjang cik silah senyap, macam2 menimpa diri ini.
Senang cerita, ujian menguji kekentalan hati dan kecekalan fizikal. 
Tak susah pon, tapi tak mudah untuk menghadapinya.
Cuma yang cik silah mampu buat adalah senyap, doa dan tabah menghadapi corak hidup setiap langkah cik silah.

Seperti yang kita semua sedia maklum,
Allah tidak menguji hamba-Nya melebihi had penerimaan hamba Dia.
Begitu juga cik silah
Apa-apa pun senyum dengan ikhlas k ^_^



Kekuatan

*Assalamualaikum*

Alhamdulillah, diberi kelapangan masa untuk menconteng blog ni. Setelah sekian lama kemalasan melanda untuk aktiviti tari-menari oleh jari jemari cik silah ni. Hahaha.. Ini pon ada inspirasi yang membendung untuk coretan seterusnya. Perkhabaran yang kurang menarik dan harus dihadapi dengan cara yang menarik.

Cik silah pon baru nak belajar cara dan teknik baru. Kih3.. Apa-apa pun sama2 kita saling nasihat-menasihati ye. Cik silah baru dapat panggilan daripada adik cik Silah yang jauh di mata tapi sentiasa dekat di hati. Banyak juga yang dikongsikan pada cik Silah, macam pemberita tu. Al-maklum la, berita dari Seberang Perai. Hihihi. (gurau je adik ku..) =P

Pemberita di alam maya, mesti la cik Silah sendiri. Eh, macam menarikkan. Cik Silah nak jadi pengacara. hihihi. Lain pulok citer kita ni. Seronok pulok melalut. Cik silah nak citer bab kekuatan sikit. Walaupun cik Silah tak berapa nak kuat angkat sampah yang berat tu bawak keluar, tapi cik Silah ada kekuatan lain. hihi. =P  (melalut lagi...) Pelbagai cerita dalam kamus hidup kita ni. Sama ada yang pernah kita lalui ataupun yang bakal kita tempuhi. Syok sebenarnya kalau kita telliti betul2 dengan hidup ni.

"Tak syok langsung!!.... Saya tak suka dengan apa yang berlaku, perasaan saya ni memnyakitkan" Kata hati cik Silah tau. Bukan cik Silah ngata korang. hihi. Kalau nak tahu, air mata tu la yang menceriakan hayat kita. Sebab setiap dari titisan air mata tu, akan lahirnya satu nur yang bakal membahagiakan. Cik Silah tertarik dengan post abg cik Silah. Jom hayati "Sekiranya kita mengenali diri kita yang sebenar kita tidak akan mempersoalkan apa yang berlaku terhadap diri kita" Fahami dalam2 ye cik Silah. Eh, bukan untuk cik Silah je tau. Sesiapa yang nak take note pon boleh juga. Cik Silah cuma ingatkan diri cik Silah je ^_^

Perancangan Allah itu yang terbaik untuk hamba-Nya,
Jadi bersangka baiklah dengan Allah.
Banyaklah berzikir dan mengamalkan perkara yang baik.
InshaAllah segala dipermudahkan Allah.

Aturan Dia da cukup sempurna untuk kita. Tinggal kita yang harus membiasakan diri dengan setiap aturan Dia. Menarikkan! Bukan kita kene biasakan diri kat tempat baru je. Malah, kita harus bersedia di setiap saat yang kita bakal lalui. SAAT ye, bukan day or week. Sesaat yang bakal tiba pon kita tak tahu apa yang akan berlaku. Cik Silah nak mengingatkan diri cik Silah je =)

Kekuatan tidak dapat dikumpul dalam masa satu jam atau sehari. Mungkin 2 bulan, 2 tahun. Lamakan.. Tapi tak mustahil untuk dapatkan Kekuatan dalam sesaat. Semua tu atas diri kita sendiri. Tiada yang mustahil dengan Allah. Dia mampu menuruti segala permintaan kita. Tapi dengan syarat, berdoa! Bangkit dan jangan putus asa dalam berdoa. Walaupun belum dituruti, tapi doa jangan putus. Allah sentiasa rindukan rintihan hamba-hamba-Nya.

Cik silah juga harus kuat
untuk menguatkan atau memulihkan semangat
insan yang berada disekeliling cik silah
^_^

Tanggungjawab



“Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkan kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu, sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” [An-Nahl: 18]

Alhamdulillah, syukur atas nikmat yang telah Allah kurniakan pada kita. Sungguh banyak dan tidak terhitung. Pandai menasihat, tapi tak pandai nak diguna pakai. Hihihi.. Cik silah tulis dan membebel ni untuk cik silah k.. Harap maklum. Sekian..

Sebelum cik silah nak berceloteh lebih panjang. Cik silah nak ucapkn terima kasih kepada sesiapa yang telah menasihati cik silah ke arah yang lebih baik. Biasa la, cik silah ni hati batu. So, susah sikit la.. Thanks ye sahabat2 sebab sudi memberi nasihat. Alhamdulillah.. Perkembangan hidup yang menarik dan banyak benda yang harus diperbaiki. Cik silah da matang ke? Belum lagi la bro.. Budak-budak lagi ni.. Huhuhu..

"Orang yang kuat adalah orang yang berjaya menahan kemarahannya"

Pepatah di atas tiada sangkut paut dengan apa yang cik silah nak membebel kat bawah ni ye. Cik silah saje nak tambah bagi banyak sikit pointnya, hahaha. Jahatkan. Sebenarnya cik silah nak share yang cik silah gembira hari ni. Alhamdulillah, seorang lagi teman cik silah telah selamat bina masjid. Cantik dia tadi. Sama cocok dan sama padan dengan pasangannya. Tanggungjawab telah dipukul sendiri. Ouh, takutnya.

Cakap pasal tanggungjawab, semua manusia ada tanggungjawab kan? Tak kisah la di mana berada, tanggungjawab yang sama kita pikul adalah tanggungjawab sebagai seorang khalifah. Cakap tak semudah melaksanakan. Alhamdulillah. Sedor! hihihi.. Bila pengantin lelaki melafazkan "Aku Terima Nikahnya ..." Wow... Tahniah.. Gembira semuanya. Dah sah kan.. Tumpang gembira ^_^"

"Bersabarlah ketika ditimpa musibah kerana disebaliknya pasti ada hikmah"

Tapi.... disebalik perkahwinan itu macam2 harus ditempuh dan pelbagai cabaran bakal melanda. Sabar...
Tu tak kisah la. Da hidup bersama boleh mengayuh sampan bersama.. So sweet.. Tapi pada yang belum tu, settle kan la dulu apa yang patut diselesaikan. Anak sulung ada tugas beratnya, anak bongsu ada cita-citanya. Biasa la tu. Cik silah faham. Apa yang penting banyakkan berdoa pada Allah k =)


Cinta itu mahal. Tidak boleh dibeli sesuka hati. Tidak mudah untuk dimiliki. Tidak terjangka indahnya Cinta. Wah.. berfalsafah pulok cik silah ni. Tak niat pon nak berfalsafah, cuma cik silah nak menggambarkan betapa sukarnya untuk mendapatkan cinta. Jika di sangka Beliau adalah jodoh kita, ianya belum pasti tepat. Tapi Allah suruh kita berusaha dan pasrah. Redha dengan ketentuan Dia. So, itu je la yang mesti dilakukan. Dengan syarat, tak salah cara dan langgar undang2. Cik silah rasa pasti kalian tahu apa syarat dan undang-undang dalam "Mencari Cinta" ^_-

"Couple bukan jaminan,
Tunang bukan menghalalkan segalanya,
Nikah itu lebih baik"

Dah dapat tangkapkan? (=
Jom berusaha menjadi yang lebih baik dalam kalangan yang terbaik !!

Alhamdulillah
Muhasabah diri atas segala nikmat yang telah diberikan!!

Menerima lebih banyak dari memberi
merungut memanjang tanpa rasa bersalah

:: Nauzubillah ::

Pelihara daku dari takbur, riak dan bongkak
Sesungguhnya kuasa Mu
di luar jangkaan ku



Your Blog is Sahabat

Assalamualaikum wbt ...

Dengan nama Allah wa syukurillah ...
sihat sejahtera dengan setiap langkah menuju-Nya ^_^



Cik silah baru selesai buat kerja. Hari ni cik silah cuti ofis, tapi full time kerja rumah! huahuahua.. syok2..
hari berganti tanpa jemu, minggu berjalan tanpa henti, tahun sentiasa berubah mengikut putaran bumi. Subhanallah, tanpa penat taat dan mengikuti flow Illah. Daripada Ibn Umar r.a, Nabi SAW bersabda yang bermaksud "Jadikanlah kamu di dunia ini seperti seorang pengembara atau perantau di jalanan." (Riwayat Al-Bukhari)



"Bantu kami dalam meniti jalan hidup yang telah ditetapkan MU"
..Ameen.. 


Awak sendirian tanpa peneman? Tidak sahabat, Dirimu tidak pernah keseorangan. Dirimu sentiasa ditemani, dan dibelai manja. Cuma ianya tidak terasa dan dapat dirasa. Kerana awak tak pernah berusaha untuk merasa cinta dari-Nya. Hanya cinta dari Dia yang dapat mengisi ruang hati yang kosong. T__T
Allah, sebak hati ini. Cik silah menyampaikan sesuatu yang cik silah ingin rasa. Astaghfirullah.



Blog adalah diari? Betul ye? Cik silah tak pernah anggap blog ni diari. Tapi blog adalah satu laman sosial yang menarik dan mudah untuk seseorang share story dia. Tapi setelah Cik silah terjah sahabat Cik silah punya blog. Tak tau mengapa Cik silah merasakan blog dia adalah diari dan peneman dia dikala hati dia senang, tika hatinya berduka. Cik silah mengikuti setiap apa yang beliau pos. Kata2 beliau menyentuh hati kecil Cik silah dan air mata Cik silah mengalir dengan tidak sengaja.



Dear sahabat, blog mu menggambarkan diri mu tabah dan kuat menempuh dugaan yang bertandang. Tak sempat bersarang, kau halau dengan penuh kekuatan. Alhamdulillah. Blog bukan hanya tempat untuk berkongsi cerita, tapi blog adalah diari untuk meluahkan perasaan sukaduka serta inspirasi kekuatan untuk terus kuat dengan memberi semangat pada diri dan orang lain. Nabi SAW bersabda : "Perbuatan baik melindungi serangan jahat." Benda2 baik yang dipublish kan dari blog, pasti menghasilkan positive thinking untuk sang pemikir ^_^Y.

"Seseorang itu tidak dikurniakan suatu pemberian yang lebih baik dan lebih luas daripada sabar"
Riwayat Al-Bukhari

You're My Frenzz!
DIA anugerahkan sesuatu yang besar!!
tinggal kita untuk mensyukurinya SAHAJA ...




-------------------------------------------------------------------------------------------




---------------------------------------------------------------------------------------------




Selamat tinggal kekasih
Selamat datang imamku!

... Alhamdulillah ...

Awan yang mendung ibarat memahami hati cik silah yang agak suram hari ini. Alhamdulillah, ujian Allah masih menerjah dalam lubuk kecil ini. Dibelai, dipujuk dan dipupuk agar sentiasa redha dalam menjalani kehidupan yang penuh onak dan duri. Gembira dalam tangisan! Alhamdulillah.




Rancangan DAI (pendakwah milenia) sedang berlangsug di tv3. Alhamdulillah, banyak ilmu gak yang cik silah perolehi.. Tapi cik silah belum mampu bercakap macam Dai Adibah. Subhanallah, sungguh berani. Banyak ilmunye. Allah, kerdilnye diri ini. Tak cukup ilmu tapi tiada usaha untuk mencari ilmu. Nauzubillah! Cik silah nak juga jadi seorang yang berilmu. Doakan cik silah ye. Hehehehe. Cik silah nak share sikit mengenai Dai Hadhari. Subhanallah, ternyata Dai Hadhari itu seorang yang luar biasa. Nak tahu tak, cik silah kenal dengan dai Hadhari tu, tapi tak de lah kawan rapat pon. Cik silah kenal dia dekat majlis kahwin bos cik silah. Cik silah jadi pengapit bos (belah perempuan) dan Dai Hadhari tu pengapit husband bos. Dapat satu kenalan. Alhamdulillah, macam tu je la pertemuan kami. Bersembang pon gitu-gitu je. Dai Hadhari tu sedara rapat suami bos cik silah. memang tak dapat dinafikan memang ensem, dan bertambah hensem dengan ilmu di dada beliau. Alhamdulillah, bukan niat nak memuji ye Hadhari. Sila jangan perasan. Moga berjaya dunia wa akhirat. ^_^!


Entah kenai toh tidak. Hahaha. iklan je Dai Hadhari tu. Mohon maaf ye Hadhari. Alhamdulillah, cik silah gembira dengan kehidupan cik silah. Walaupun agak kekeliruan jiwa, tapi ianya menarik untuk dijelajahi. kekosongan jiwa adalah satu permainan yang menarik dalam kehidupan. Tapi ianya bukan untuk dibiarkan begitu sahaja, tapi ianya adalah permainan yang mencabar. Mengapa cik silah cakap begitu ye? Cik silah pon tak pasti, tapi apa yang cik silah rasa, jika jiwa dibiarkan kosong. Ia akan layu dan tidak bernyawa. Kejamnya cik silah kalau biarkan jiwa cik silah tak bernyawa. Sebabnya ia adalah satu anugerah yang Allah beri kepada Khalifah di atas muka bumi ini. Malah "Hati manusia adalah ibarat raja, sedangkan seluruh anggota badan ibarat bala tenteranya. Mereka semua taat kepada sang raja dan tidak berani menyelisihi perintahnya. Maka jika sang raja baik bererti semua bala tenteranya akan baik dan kalau dia buruk bererti semua bala tenteranya akan buruk."




Alhamdulillah, jom bersihkan hati. Semoga diri ini menjadi Dai juga macam Dai Adibah. Wow.. cita-cita tinggi. InshaAllah.. Sejahteralah wahai hati-hati sang Khalifah di muka bumi!! =)


Serbuan kepenatan

Assalamualaikum geng blogger dan pengikut yang sentiasa menyokong cik silah dalam diam. Cik silah tak kisah pon. Asalkan cik silah rasa puas bila berceloteh dalam blog ni. Hihihi. Terasa lama jari-jemari ini tidak menari menyusun abjad yang tak berapa nak teratur. Hahaha. Selama ni dance gak jari ni, tapi menyiapkan lambakan kerja yang terlantar. Agak free time petang-petang ni, apa lagi. Terus search "keredhaanillahi.blogspot.com". Gunakan masa sebaiknya. Hew....hew.....




Sejak akhir-akhir ni cik silah sibuk sikit, al-maklum la berhempas-pulas mencari duit untuk anak2. Ada 4 ekor semuanya. Semua kuat makan. Tak lalu jugok cik silah nak menjaganya. Tapi amanahkan. Harus dijaga sebaiknya. Orang kata biaq p kerja tapi ada life, jangan sampai korje nak kejor duit yang banyak tapi takdo kehidupan. Bese la orang pompuan kan suko shopping. Ni shooping pon tak sempat!!


Sekali cik silah n kawan-kawan p terjah Jusco, Tesco, Giant, Ipoh Prade dll .... mmg rambang mata la dibuatnya. Macam-macam nak. Cari duit punyelah susoh, duit keluor macam ayor. Hahahahaha.. Boros gak cik silah ni, tapi apa boleh buat, PEREMPUAN kan. At least cik silah jujur. hihihi.





Aish, cik silah rasa maca nak conteng banyak lagi. Tapi masa ni cemburu pulok dengan cik silah. Ish. geram lak. Apa pun cik silah dah hilang sikit rasa rindu cik silah pada blog ni. Huhuhu. syok2. Nanti cik silah cuba cari masa lagi la ye. Selamat ye kawan-kawan. Wassalam!


Cantik akhlak

Bila seseorang ingin melihat kecantikan ...
Lihat dari segi akhlaknya ...
Akhlak cantik, pasti diminati ...
Jangan banggakannya ...
Kerana Ianya milik penuh Illah ...

Kesopanan dipelihara ...
kecantikan pasti terserlah ...
Wanita Muslimah pilihan lelaki sejati ...
Moga insan bernama wanita dikekalkan dengan nur Muslimah ^_^




Taraf Tinggi

Alhamdulillah, Semoga hidup kita diberkati-Nya. Hari ini cik silah nak share sesuatu pada kawan2 blogger cik silah. Mungkin tak banyak, tapi yang sedikit tu lebih bagus, andai dipraktikalkan pada diri. InsyaAllah. Petang tadi, cik silah tengok cerita hindustan. (hahaha.. layan jugak cik silah dengan hindustan ye =P
Hehehe.. Cik silah layan je, dari cerita hindustan tu banyak gak benda yang kita boleh ambil iktibar. Ops, dah terlajak ni. Cik silah bukan nak share pasal hindustan. Habis je cerita tu, cik silah terdengar satu suara! "Kakngah, nak pergi pengajian tak?" Cik silah berkerut dahi, dan mencari suaru tu. Hihihihi.. Semestinya suara ibu cik silah. ^_^

Erm... cik silah tak bagi jawapan pada ibu. Hihihi.. agak liat gak diri ni nak pergi bersama. Astghfirullah. Ajak p benda baik pon liat. Cik silah... cik silah... Setelah sekian lama senyap tanpa jawapan. Ibu pon dah siap, cik silah tanya ibu "Ibu, sempat tak kangah iron tudung?" Wow.. positive jawapan cik silah, Alhamdulillah. Itu pon setelah cik silah paksa hati tau. Jenuh gak berlawan cakap dengan hati. Alhamdulillah. Tapi ibu lak yang kene tunggu cik silah.. Ish3, agak kureng gak cik silah ni kan >_<
Berjalan kaki lah kami menuju ke surau. Al-maklum la, surau dekat tapi jejaknye jarang. Allah~ Nak dekat dengan surau tu, cik silah terdengar suara lelaki yang bagi pengajiannya. Alamak, ni suara Ustaz. Cik silah mati-mati la ingatkan penyampainya Ustazah. Hihihi.. malu benornye. Cik silah malu dengan ustaz tu benornye, sebabnya Beliau guru besar sekolah merangkap bos cik silah 2 tahun yang lepas. Dah lama tak bersua, tu yang malu. Alhamdulillah, buang malu dapat ilmu. ^_^#

Wokeh, kita terus kepada tajuk. Mula cik silah datang tak tau tajuk, dah tanya kat makcik depan pon stil tak dapat tangkap. Hihi.. lambat betul cik silah ni. Tiba-tiba Ustaz masuk bab REDHA.. Alhamdulillah, cik silah dah jelas sikit dengan meaning of REDHA. Cantik aturan Allah tu, rugi andai kita tak menjalaninya dengan tabah. Senyum ye cik silah (:



"Taraf REDHA lebih tinggi dari taraf Sabar", Ungkapan Ustaz yang sangat silah note. Note pon sebab tak berapa nak jelas. Huhuhu. Kemudian penjelasan Ustaz :


Sabar : Muka senyum, tapi hati sakit ..
Redha : Muka senyum, tapi hati tenang ..





Cik silah pon terus kaitkan dengan dugaan yang telah ditimpakan pada cik silah. Baru la cik silah faham. Cik silah ni, kalau nak faham kene ada contoh, kalau tak bagi contoh, memang tak faham ataupon lambat sikit fahamnyer. Hihihi. Subhanallah, siapa yang tak mahu hatinya tenang. Banyak duit, hati tak tenang memang tak bezz! Alamak tak reti pulok nak terang lebih2.. hewhewhew..

Cik silah tak rugi pergi pengajian petang tadi. Alhamdulillah, apa yang cik silah harapkan, cik silah takmo ambil masa bila ada ajakan untuk benda2 baik.
JOM BERUBAH JADI BAIK!!



::* Wassalam *::

Karena ku cinta kau



* Indah sungguh kata-kata cinta *

Jika ada yang bilang ku lupa kau
Jangan kau dengar
Jika ada yang bilang ku tak setia
Jangan kau dengar

Banyak cinta yang datang mendekat
ku menolak

Semua itu karena ku cinta kau

Jika ada yang bilang ku tak baik

Jangan kau dengar

Jika ada yang bilang ku berubah
Jangan kau dengar


Banyak cinta yang datang mendekat

Ku menolak

Semua itu karena ku cinta kau
Kau


Saat kau ingat aku ku ingat kau

Saat kau rindu aku juga rasa

Ku tahu kau ingin selalu denganku
Ku lakukan yang terbaik yang bisa ku lakukan
Tuhan yang tahu ku cinta kau


Jika kau tak percaya pada ku

Sakitnya aku

Jika kau lebih dengar mereka
sedihnya hatiku
Banyak cinta yang datang mendekat
Ku menolak
Semua itu karena ku cinta kau
Kau


Saat kau ingat aku ku ingat kau

Saat kau rindu aku juga rasa

Ku tahu kau selalu ingin denganku
Kau tahu ku juga ingin denganmu
Ku tahu kau slalu ingin denganku
Ku lakukan yang terbaik yang bisa ku lakukan
Tuhan yang tahu ku cinta kau




Berkasih sayang sesama manusia kerana Allah
Berkasih sayang sesama haiwan kerana Allah
Berkasih sayang sesama makhluk Dia kerana Dia

Jangan Abaikan Dia, kerana C.I.N.T.A
Sesungguhnya Dia yang menganugerahkan rasa itu!



Jiran jahat!

... Semalam saya nak lawan sesuatu dari perkara buruk, tapi jiran saya tak kasi. Dia pujuk saya. Saya macam tak sampai hati nak tinggalkan jiran saya tu. Sebabnye dia sentiasa ada bersama saya. sentiasa teman saya bila sewaktu saya resah. saya tak berapa nak epi dengan dia. jiran saya yang lain pandang serong pada saya.

Alhamdulillah, saya berjaya tepis. jiran saya tu tak berhenti tau. Dia still dengan saya. Tak pernah nak tinggalkan saya. Sebab dia dah berjanji nak setia bersama saya. Erm.. saya biarkan dia je. Tapi dia still suruh saya buat benda buruk. Jahatkan jiran saya. Saya tak nak buat la. Faham tak jiran saya yang jahat!!

Jiran saya tu SYAITAN
Saya pula merangkap HATI




Wahai Allah Yang Maha Memelihara,
sesungguhnya hanya Engkau yang aku bergantung harap
Jauhilah aku dari syaitan yang direjam
Pelihara daku dari hasutan busuk



Jump to my Album Danboard


salji kertas


laptop apple


Peace camera


rajin anak mak


senyum ajer!


jalan merempit


Lagu Adamu !


saya rabun


Ya Allah, ampunkan dosaku serta kawan2 dan saudara seislam ku 


Alhamdulillah, Subhanallah, Allah Maha Besar
^_^ Lailahaillallah ^_^

Sesingkat pertemuan

Alhamdulillah dan Assalamualaikum.. Hari yang indah dan ceria tanpa gangguan kekusutan dengan kerja.. Ahaks! Cik silah ponteng bersebab ye. Jangan tuduh sebarangan. hew..hew..hew.. Semoga kawan-kawan laman sosial cik silah sihat sejahtera dan happy macam cik senyum ^___________^

Rasanya belum terlewat untuk cik silah mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU yang ke 2013.. Wow, dah lamakan bumi kita ni. Allah~ Dalam keadaan yang tidak sedar, cepat sungguh masa berlalu. Alhamdullillah, masih diberi kesempatan untuk menghirup udara yang nyaman. Semestinya pelbagai azam yang telah ditanam dan dibajakan. InsyaAllah, berjuang dan bertekad la untuk merealisasikan azam kalian ye. Umur cik silah pun dah meningkat. Terasa tua pula bila bersama budak2 sekolah, tapi semestinya muda di kalangang yang tua. Wuhuuu.. Cik silah aweks muda tau =P

Pertemuan pertama kali sesama insan pasti menimbulkan macam-macam suara hati yang mengatakan mengenai seseorang. Pelbagai bicara hati menafsirkan. "sombongnya dia" , "baiknya dia, tak layak kawan ngan aku" , "ramah sangat la dia ni" , "Amboi, otainya dia". Dll..
Banyak pulok cik silah bagi ye, mesti kalian pon berbisik "Mesti cik silah pernah cakap camtu". 
Hahahaha.. Bijak lak kome ni. Yup, cik silah kan manusia biasa. Maaf ye, cik silah ada azam nak berubah ni, doakan cik silah ye. =)

Sebegitu rupa ayat-ayat yang dilantunkan dalam hati. Tapi bila dah kenal. Lain pulok yang disifatkannya. So, kesimpulannya kenal dulu, baru boleh tafsirkan sesuatu. Semoga kalian mendapat kenalan yang baik-baik dan membawa ke jalan yang lurus. InsyaAllah. Bagi cik silah perkenalan tu sesuatu yang indah. Selain mengenali seseorang, kita dapat sesuatu yang mungkin akan memberi kesan kepada diri kita. Huhuhuhuhu.. Mungkin cik silah je yang rasa .. Kih33x

Cik silah suka berkawan, tapi susah juga untuk cik silah berkawan dengan kawan-kawan laki cik silah yang dah berpunya. Adeh =.=" .. Al-maklum la ada yang cemburu, tapi tu la. Peringatan untuk cik silah, JANGAN RAPAT SANGAT YE!!! Amaran keras untuk cik silah. ZZZZzzzzzzz.. (Tido plak)

Semoga bertemu lagi di celoteh cik silah yang akan datang
•*¨* ღ Salam senyum dari cik ceria •*¨* ღ

Cakk >>__<<

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers ::Moga Allah Redha Asilah Dan Wazir:: Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers