JellyPages.com
Photobucket
Sentiasa ingat Allah tika dilanda ujian dan dilimpahkan kegembiraan
Senyum itu sedekah
Tenang itu bahagia
Sabar itu indah
^_^


Hati yang mensyukuri apa yang ada, Itulah hati yang penuh dengan rasa cinta

Kekuatan

*Assalamualaikum*

Alhamdulillah, diberi kelapangan masa untuk menconteng blog ni. Setelah sekian lama kemalasan melanda untuk aktiviti tari-menari oleh jari jemari cik silah ni. Hahaha.. Ini pon ada inspirasi yang membendung untuk coretan seterusnya. Perkhabaran yang kurang menarik dan harus dihadapi dengan cara yang menarik.

Cik silah pon baru nak belajar cara dan teknik baru. Kih3.. Apa-apa pun sama2 kita saling nasihat-menasihati ye. Cik silah baru dapat panggilan daripada adik cik Silah yang jauh di mata tapi sentiasa dekat di hati. Banyak juga yang dikongsikan pada cik Silah, macam pemberita tu. Al-maklum la, berita dari Seberang Perai. Hihihi. (gurau je adik ku..) =P

Pemberita di alam maya, mesti la cik Silah sendiri. Eh, macam menarikkan. Cik Silah nak jadi pengacara. hihihi. Lain pulok citer kita ni. Seronok pulok melalut. Cik silah nak citer bab kekuatan sikit. Walaupun cik Silah tak berapa nak kuat angkat sampah yang berat tu bawak keluar, tapi cik Silah ada kekuatan lain. hihi. =P  (melalut lagi...) Pelbagai cerita dalam kamus hidup kita ni. Sama ada yang pernah kita lalui ataupun yang bakal kita tempuhi. Syok sebenarnya kalau kita telliti betul2 dengan hidup ni.

"Tak syok langsung!!.... Saya tak suka dengan apa yang berlaku, perasaan saya ni memnyakitkan" Kata hati cik Silah tau. Bukan cik Silah ngata korang. hihi. Kalau nak tahu, air mata tu la yang menceriakan hayat kita. Sebab setiap dari titisan air mata tu, akan lahirnya satu nur yang bakal membahagiakan. Cik Silah tertarik dengan post abg cik Silah. Jom hayati "Sekiranya kita mengenali diri kita yang sebenar kita tidak akan mempersoalkan apa yang berlaku terhadap diri kita" Fahami dalam2 ye cik Silah. Eh, bukan untuk cik Silah je tau. Sesiapa yang nak take note pon boleh juga. Cik Silah cuma ingatkan diri cik Silah je ^_^

Perancangan Allah itu yang terbaik untuk hamba-Nya,
Jadi bersangka baiklah dengan Allah.
Banyaklah berzikir dan mengamalkan perkara yang baik.
InshaAllah segala dipermudahkan Allah.

Aturan Dia da cukup sempurna untuk kita. Tinggal kita yang harus membiasakan diri dengan setiap aturan Dia. Menarikkan! Bukan kita kene biasakan diri kat tempat baru je. Malah, kita harus bersedia di setiap saat yang kita bakal lalui. SAAT ye, bukan day or week. Sesaat yang bakal tiba pon kita tak tahu apa yang akan berlaku. Cik Silah nak mengingatkan diri cik Silah je =)

Kekuatan tidak dapat dikumpul dalam masa satu jam atau sehari. Mungkin 2 bulan, 2 tahun. Lamakan.. Tapi tak mustahil untuk dapatkan Kekuatan dalam sesaat. Semua tu atas diri kita sendiri. Tiada yang mustahil dengan Allah. Dia mampu menuruti segala permintaan kita. Tapi dengan syarat, berdoa! Bangkit dan jangan putus asa dalam berdoa. Walaupun belum dituruti, tapi doa jangan putus. Allah sentiasa rindukan rintihan hamba-hamba-Nya.

Cik silah juga harus kuat
untuk menguatkan atau memulihkan semangat
insan yang berada disekeliling cik silah
^_^

No comments:

Post a Comment

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers ::Moga Allah Redha Asilah Dan Wazir:: Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers