JellyPages.com
Photobucket
Sentiasa ingat Allah tika dilanda ujian dan dilimpahkan kegembiraan
Senyum itu sedekah
Tenang itu bahagia
Sabar itu indah
^_^


Hati yang mensyukuri apa yang ada, Itulah hati yang penuh dengan rasa cinta

Alhamdulillah
Muhasabah diri atas segala nikmat yang telah diberikan!!

Menerima lebih banyak dari memberi
merungut memanjang tanpa rasa bersalah

:: Nauzubillah ::

Pelihara daku dari takbur, riak dan bongkak
Sesungguhnya kuasa Mu
di luar jangkaan ku



Your Blog is Sahabat

Assalamualaikum wbt ...

Dengan nama Allah wa syukurillah ...
sihat sejahtera dengan setiap langkah menuju-Nya ^_^



Cik silah baru selesai buat kerja. Hari ni cik silah cuti ofis, tapi full time kerja rumah! huahuahua.. syok2..
hari berganti tanpa jemu, minggu berjalan tanpa henti, tahun sentiasa berubah mengikut putaran bumi. Subhanallah, tanpa penat taat dan mengikuti flow Illah. Daripada Ibn Umar r.a, Nabi SAW bersabda yang bermaksud "Jadikanlah kamu di dunia ini seperti seorang pengembara atau perantau di jalanan." (Riwayat Al-Bukhari)



"Bantu kami dalam meniti jalan hidup yang telah ditetapkan MU"
..Ameen.. 


Awak sendirian tanpa peneman? Tidak sahabat, Dirimu tidak pernah keseorangan. Dirimu sentiasa ditemani, dan dibelai manja. Cuma ianya tidak terasa dan dapat dirasa. Kerana awak tak pernah berusaha untuk merasa cinta dari-Nya. Hanya cinta dari Dia yang dapat mengisi ruang hati yang kosong. T__T
Allah, sebak hati ini. Cik silah menyampaikan sesuatu yang cik silah ingin rasa. Astaghfirullah.



Blog adalah diari? Betul ye? Cik silah tak pernah anggap blog ni diari. Tapi blog adalah satu laman sosial yang menarik dan mudah untuk seseorang share story dia. Tapi setelah Cik silah terjah sahabat Cik silah punya blog. Tak tau mengapa Cik silah merasakan blog dia adalah diari dan peneman dia dikala hati dia senang, tika hatinya berduka. Cik silah mengikuti setiap apa yang beliau pos. Kata2 beliau menyentuh hati kecil Cik silah dan air mata Cik silah mengalir dengan tidak sengaja.



Dear sahabat, blog mu menggambarkan diri mu tabah dan kuat menempuh dugaan yang bertandang. Tak sempat bersarang, kau halau dengan penuh kekuatan. Alhamdulillah. Blog bukan hanya tempat untuk berkongsi cerita, tapi blog adalah diari untuk meluahkan perasaan sukaduka serta inspirasi kekuatan untuk terus kuat dengan memberi semangat pada diri dan orang lain. Nabi SAW bersabda : "Perbuatan baik melindungi serangan jahat." Benda2 baik yang dipublish kan dari blog, pasti menghasilkan positive thinking untuk sang pemikir ^_^Y.

"Seseorang itu tidak dikurniakan suatu pemberian yang lebih baik dan lebih luas daripada sabar"
Riwayat Al-Bukhari

You're My Frenzz!
DIA anugerahkan sesuatu yang besar!!
tinggal kita untuk mensyukurinya SAHAJA ...




-------------------------------------------------------------------------------------------




---------------------------------------------------------------------------------------------




Selamat tinggal kekasih
Selamat datang imamku!

... Alhamdulillah ...

Awan yang mendung ibarat memahami hati cik silah yang agak suram hari ini. Alhamdulillah, ujian Allah masih menerjah dalam lubuk kecil ini. Dibelai, dipujuk dan dipupuk agar sentiasa redha dalam menjalani kehidupan yang penuh onak dan duri. Gembira dalam tangisan! Alhamdulillah.




Rancangan DAI (pendakwah milenia) sedang berlangsug di tv3. Alhamdulillah, banyak ilmu gak yang cik silah perolehi.. Tapi cik silah belum mampu bercakap macam Dai Adibah. Subhanallah, sungguh berani. Banyak ilmunye. Allah, kerdilnye diri ini. Tak cukup ilmu tapi tiada usaha untuk mencari ilmu. Nauzubillah! Cik silah nak juga jadi seorang yang berilmu. Doakan cik silah ye. Hehehehe. Cik silah nak share sikit mengenai Dai Hadhari. Subhanallah, ternyata Dai Hadhari itu seorang yang luar biasa. Nak tahu tak, cik silah kenal dengan dai Hadhari tu, tapi tak de lah kawan rapat pon. Cik silah kenal dia dekat majlis kahwin bos cik silah. Cik silah jadi pengapit bos (belah perempuan) dan Dai Hadhari tu pengapit husband bos. Dapat satu kenalan. Alhamdulillah, macam tu je la pertemuan kami. Bersembang pon gitu-gitu je. Dai Hadhari tu sedara rapat suami bos cik silah. memang tak dapat dinafikan memang ensem, dan bertambah hensem dengan ilmu di dada beliau. Alhamdulillah, bukan niat nak memuji ye Hadhari. Sila jangan perasan. Moga berjaya dunia wa akhirat. ^_^!


Entah kenai toh tidak. Hahaha. iklan je Dai Hadhari tu. Mohon maaf ye Hadhari. Alhamdulillah, cik silah gembira dengan kehidupan cik silah. Walaupun agak kekeliruan jiwa, tapi ianya menarik untuk dijelajahi. kekosongan jiwa adalah satu permainan yang menarik dalam kehidupan. Tapi ianya bukan untuk dibiarkan begitu sahaja, tapi ianya adalah permainan yang mencabar. Mengapa cik silah cakap begitu ye? Cik silah pon tak pasti, tapi apa yang cik silah rasa, jika jiwa dibiarkan kosong. Ia akan layu dan tidak bernyawa. Kejamnya cik silah kalau biarkan jiwa cik silah tak bernyawa. Sebabnya ia adalah satu anugerah yang Allah beri kepada Khalifah di atas muka bumi ini. Malah "Hati manusia adalah ibarat raja, sedangkan seluruh anggota badan ibarat bala tenteranya. Mereka semua taat kepada sang raja dan tidak berani menyelisihi perintahnya. Maka jika sang raja baik bererti semua bala tenteranya akan baik dan kalau dia buruk bererti semua bala tenteranya akan buruk."




Alhamdulillah, jom bersihkan hati. Semoga diri ini menjadi Dai juga macam Dai Adibah. Wow.. cita-cita tinggi. InshaAllah.. Sejahteralah wahai hati-hati sang Khalifah di muka bumi!! =)


Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers ::Moga Allah Redha Asilah Dan Wazir:: Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers