JellyPages.com
Photobucket
Sentiasa ingat Allah tika dilanda ujian dan dilimpahkan kegembiraan
Senyum itu sedekah
Tenang itu bahagia
Sabar itu indah
^_^


Hati yang mensyukuri apa yang ada, Itulah hati yang penuh dengan rasa cinta

~HuJaN~

Assalamualaikum sahabat2 ku...
harap semua dalam keadaan sihat belaka..
silah pon sihat saje =)
Alhamdulillah.. syukur pada Allah kerana memberi nikmat yang besar pada kita.. Hasilnya,kita semua masih hidup sehingga saat ini. (hihiihih....)

Bagaimana cuaca di tempat anda??

1) Panas
2) Hujan
3) Kilat
4) Mendung
5) Ribut

Eh,banyaknye.. terlebih suda :P
Haa.... ape jawapan korang??

tak pe la.. biar silah yang jawab..
Tau tak silah tinggal kat mana? tak tahu kan..
Mesti la dalam Malaysia.. hihihihihi

Tiba2 dengar satu suara..
sarah said : tahu laa... tapi Malaysia tu kat mana??
hhihihiihi... sabar sarah..jangan marah..
silah duk dalam kawasan ipoh.. (besaw kan tempat silah :)

sini hujan lebat sangat tau.. (nak main hujan pon takottt).. kilat,ribut.. ish..semua ada la..huhuhuh
jarum pendek tepat kat nombor 5 .. jarum panjang lak kul 6... maksudnye pukul brapa kawan2??
pandai pon sahabat silah.. mesti la 5 setengah..
"adoi!!!! hujan lebat lak" kata
ayah silah (da macam belajar BM lak..hihihih) ...kasihan ayah..
Ayah pon tunggu lagi... sampai jam 6, baru la reda sikit.. Alhamdulillah.. Allah izinkan ayah pergi mencari rezeki ... :)

Hujan.. 0h hujan..

Furqan [48]……dan Kami menurunkan dari langit: Air yang bersih suci, [49] Untuk Kami hidupkan dengan air itu bumi yang mati, serta memberi minum air itu kepada sebahagian dari makhluk-makhluk Kami, khasnya binatang ternak yang banyak dan manusia yang ramai.

Ar-Ruum [24]..dan Dia menurunkan hujan dari langit, lalu Dia hidupkan bumi sesudah matinya dengan hujan itu.





Bagus rupanya hujan ni... sebab hujan ni dah menyenangkan kita semua.. kenapa ye??
sebab hujan la yang siramkan pokok-pokok, bunga kat halaman rumah kita, cuci kereta (untuk orang2 yang malas cuci kereta..hihihihi.. guro2 je.. jgn amik hati ye..)
Betul tak ape yang silah cakap ni.. hihihihi...
terima kasih kepada sesiapa yang menyokong..
Da tamat kisah hujan tadi.. sekarang kita layan MUTIARA HADIS di webhadis yang menyatakan tentang hujan dan doa Rasulullah sewaktu hujan turun :


Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0541.
Berita dari 'Aisyah r.a. mengatakan, bahawa Rasulullah saw. apabila melihat hujan, beliau berkata: "Semoga hujan yang bermanfaat."


Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1563.
Dari Zaid bin Khalid r.a., katanya: Kami berangkat bersama Rasulullah s.a.w. pada tahun peperangan Hudaibiyah. Kamikehujanan pada suatu malam. Rasulullah solat Subuh bersama kami, kemudian beliau menghadapi kami lalu bersabda: "Tahukah kamu apakah yang difirmankan Tuhan kamu?" Kami menjawab: "Allah dan RasulNya yang lebih mengetahui!" Beliau bersabda: Tuhan berfirman: "Di pagi hari ada di antara hambaKu yang beriman dan yang kafir dengan Aku. Barangsiapa yang turun berkata: Kami dihujani dengan rahmat Tuhan, rezeki Tuhan dan dengan kurnia Tuhan, maka dia beriman dengan Aku dan kafir terhadap bintang-bintang. Adapun orang yang berkata: Kami dihujani kerana bintang itu, maka dia beriman kepada bintang dan kafir kepadaKu".

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers ::Moga Allah Redha Asilah Dan Wazir:: Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers