JellyPages.com
Photobucket
Sentiasa ingat Allah tika dilanda ujian dan dilimpahkan kegembiraan
Senyum itu sedekah
Tenang itu bahagia
Sabar itu indah
^_^


Hati yang mensyukuri apa yang ada, Itulah hati yang penuh dengan rasa cinta

Cit cot Cik Silah

Assalamualaikum keng kawan ^_^
Di harap teman2 cik silah sentiasa dalam keadaan sihat dan sejahtera macam cik silah, InsyaAllah. Tapi, cik silah baru je terima satu mesej yang mengatakan Sahabat cik silah tak sihat. Demam panas dan ujian sempena exam. Semoga cepat sihat ye sahabat =)

Hari ini cik silah kurang pasti dengan keadaan cik silah yang cergas dan cerdas dan ianya agak berbeza daripada sebelum-sebelum ni. Hee~ Sebabnya, jari-jemari cik silah sangat lancar menari di atas keyboard, tanpa pernah lupakan step yang diajari.. Ahaks (poyo je cik silah ni) =P

Sambil cik silah duduk2, cik silah terpikior sesuatu. Apa yang cik silah fikirkan tu dah lama sebenarnya, tapi cik silah macam belum bersedia untuk share pada tawan2. Semakin berlalunya hari2 ceria cik silah, kini tiba masanya keinginan untuk berkongsi pada para blogger. Alah, bukannya serius benor pon. Cik silah ni wat suspen je kan. Hahaha.

Apa yang bermain dalam kepala cik silah tu adalah kata2 rakan cik silah. Ianya agak kasar tapi memang boleh diguna pakai juga. Kita terus pada kata-kata dia jela ye, cik silah tak reti lak nak berkias2 n bunga2 ni. hihihi. Rakan cik silah tu Ajk surau. Dia ditugaskan untuk menguruskan para jenazah. Alhamdulillah, dia lakukan atas kehendak diri. Bukan paksaan. Berbunga gak ayat cik silah ni kan =P
Dan ayat dia yang terngiang2 dalam fikiran cik silah tu (y pastinya bukan ayt cintan la ye) "Jejak kaki ke surau pon tak pernah, tiba-tiba datang merayu-rayu minta tolong uruskan jenazah ayah dia"

Wow~ Gempakkan ayat dia. Anda faham tak apa yang di maksudkannya? Sangat makan dalam, makan hati, makan pasir. (hehe.. tetiba). Erm, tapi jika dipikir2kan dengan lebih jauh, betul gak apa yang rakan cik silah cakap tu kan. Mungkin cik silah terasa sebab cik silah ada saudara lelaki. Kalau semuanya saudari, cik silah pon tak kisah. =P
Dalam dunia ni, kita memang tak boleh hidup sorang-sorangkan. Sebabnya kita perlukan bantuan satu sama lain. Bukannya hidup sendirian di atas muka bumi Allah ni.

Tak salah jika kita bergaul kan. Macam-macam faedah kita dapat. Antaranya :

1) Kenalan bertambah
2) Perkhidmatan bantuan mudah
3) Perkongsian ilmu atau pengalaman
4) Penjagaan sesama insan

... dan macam2 lagi faedahnya. Cuma terpulang pada kita untuk melaksanakannya bagaimana. Semuanya terletak pada diri masing-masing. Diri anda adalah pencetus kepada sesuatu yang akan berlaku. So, sebelum melaksanakannya pastikan anda dan diri cik silah fikirkan dan tanyakan pada diri "Adakah selepas aku melakukan itu @ ini ianya akan memberi kesan yang positif kepada diri aku dan masyarakat?"
Jika jawapannya YA, terus melakukannya. Tapi jika sebaliknya, pastikan diri anda dan cik silah menjauhkannya.

Walaupun penyampaian cik silah hari ini agak kurang menarik, tetapi harapan cik silah agar bakal-bakal jenazah sentiasa menyiapkan diri untuk menghadapi hari yang kekal abadi kelak. InsyaAllah..

..Cik silah juga manusia, so sentiasa mengingatkan sesama kita ye..
::PEACE NO WAR::

No comments:

Post a Comment

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers ::Moga Allah Redha Asilah Dan Wazir:: Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers