JellyPages.com
Photobucket
Sentiasa ingat Allah tika dilanda ujian dan dilimpahkan kegembiraan
Senyum itu sedekah
Tenang itu bahagia
Sabar itu indah
^_^


Hati yang mensyukuri apa yang ada, Itulah hati yang penuh dengan rasa cinta

Kau kebanggaan ku, Wanita..


“Wahai orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada ‘Ulil-Amri’ (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu.”

Islam memerintahkan setiap umatnya mencintai saudaranya seperti mana ia mencintai dirinya sendiri, yang mana ia dapat menghindari mereka dari melakukan setiap keburukan dengan cara menasihati demi mentaati perintah Allah SWT dan rasul-Nya.

Mampukah kaum wanita mengelak daripada melakukan dosa tabarruj?
Bagaimana mereka boleh mengelakkan diri daripada dosa tabarruj?
Bagaimana pula dengan kaum lelaki?
Masihkah mereka mampu mengawal kaum wanita yang di bawah tanggungjawab mereka daripada terjebak dengan dosa tabarruj?

Sesungguhnya untuk mengelakkan diri daripada tabarruj adalah sangat payah dan susah. Walaupun begitu, langkah pertama yang perlu diambil untuk mengelak tabarruj ialah mengenalinya dengan lebih mendalam. Sebelum berbicara dengan lebih lanjut lagi, wajar dan perlu kita menyelami dahulu persoalan aurat muslimah kerana ianya mempunyai kaitan rapat dengan tabarruj.

DEFINISI AURAT
Aurat dari sudut bahasa arab ialah Aib atau keaiban.
Aurat dari segi istilah ialah bahagian tubuh badan yang wajib ditutup atau dilindungi dari pandangan orang lain.

“Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya; dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya”
AURAT WANITA
1.    Aurat muslimah dengan muslimah

a)    Bahagian antara pusat dan lutut.
b)    Harus bagi muslimah menampakkan tubuh badannya selain bahagian antara pusat dan lutut kepada muslimah lain.
c)    Tetapi jika bimbangkan fitnah atau pandangan mereka bersyahwat, maka seluruh tubuhnya adalah aurat kecuali muka dan tapak tangan.

2.    Aurat muslimah dengan lelaki bukan mahram

a)    Seluruh tubuh muslimah itu sama ada telah baligh ataupun belum baligh, adalah aurat kecuali muka dan tapak tangan.
b)    Harus bagi muslimah menampakkan muka dan tapak tangan kepada lelaki bukan mahram.
c)    Jika bimbangkan fitnah, maka muka dan tapak tangan turut menjadi aurat.
d)    Jika lelaki bukan mahram memandang muslimah bersyahwat iaitu ada niat berseronok semata-mata pandangan itu (pandangan bersyahwat) walaupun aman daripada fitnah, maka seluruh tubuhnya adalah aurat.

DEFINISI TABARRUJ
Menampakkan kecantikan wanita yang wajib ditutup kepada lelaki yang bukan mahram kepadanya.
Menampakkan kecantikan wanita kepada lelaki yang bukan mahram kepadanya, termasuk membuka dan mempamerkan keelokan bahagian-bahagian tubuh yang mengghairahkan, seperti pinggul, lengan, betis, dada, leher dan wajah.
Menampakkan kecantikan dan menonjolkan keelokan wajah serta tubuh badan dan fitnah kedua-keduanya. Seperti kata Imam Bukhari, “Tabarruj adalah mempertontonkan seorang wanita akan kecantikannya”

“Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliyah zaman dahulu.... “

Frasa ‘mendedahkan diri’ dalam ayat di atas bermakna kaum wanita yang memakai kain penutup di atas kepalanya tetapi tidak mengemaskannya, maka terlihat leher, anting-anting dan rantai lehernya. Pengajaran ayat di atas menganjurkan para wanita agar sabar tinggal di rumah, tidak boleh keluar rumah tanpa ada hajat yang penting kerana yang demikian lebih selamat dan terjamin daripada fitnah. Ini disokong dengan sepotong hadis.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud,
“Daripada Abdullah bin Mas’ud r.a daripada Nabi SAW telah bersabda : Sesungguhnya wanita itu adalah aurat, maka apabila dia keluar (dari rumah), syaitan mengunggul-unggulkannya (menampakkan kejelitaannya).”

Alhamdulillah, saya dapat kongsikan sedikit sebanyak mengenai wanita dalam entry kali ini. Siapalah saya untuk menasihati kaum hawa mengenai aurat atau tabarruj. Namun, inilah yang saya mampu lafazkan, yang mampu saya laungkan untuk wanita muslimah. Saya tidak hebat dan sempurna seperti yang anda sangkakan. Cuma ini satu luahan yang setelah sekian lama terbuku di jiwa. Bagi mengindahkan pandangan untuk melihat kaum muslimah dalam keadaan yang terpelihara. Apa yang amat diharapkan, segalanya dapat diterima dengan berlapang dada.

Allah SWT telah menjadikan wanita ini cantik dan menarik. Oleh yang demikian setiap wanita perlu mempertahankan kecantikan yang dimiliki dan bersyukur atas anugerah yang telah diberikan oleh Allah dan bukan menyalahgunakannya. Tidak dinafikan amat susah untuk mempertahankan kecantikan. Namun dengan satu azam atau tekad yang telah ditanam di dalam hati, mungkin dapat mengatasi segala kepayahan. Sama juga tafsiran dalam mencapai sesuatu yang anda inginkan. Contoh yang boleh diberikan, “aku mahu jadi doktor, mulai hari ini aku akan usahakan”. Anda pun usaha untuk capaikan impian anda, supaya satu hari nanti anda boleh merawat ibu anda sendiri, dan akhirnya anda dapat. Alhamdullillah, tidakkah ia bermula dengan niat dan azam.

Memang agak sukar untuk tanamkan azam, jika tidak meminati sesuatu perkara tu. Saya juga seperti itu. Cara lain yang boleh kita lakukan, kasihanilah diri kita serta keluarga lelaki kita. Kenapa? Kerana jika kita (wanita) telah baligh, kita-lah yang akan tanggung azab di akhirat kelak. Andai dibincangkan mengenai wanita, memang panjang. Mungkin lain kali saya boleh share azab yang dikenakan. Sambung tadi, jika tiada kasihan pada diri pun, kasihan la pada adik beradik lelaki kita, ayah atau suami (bagi sesiapa yang ada suami). Merekalah yang akan tanggung dosa kita di akhirat nanti.

Sesungguhnya Rasulullah pernah bersabda : “Bahawasanya, perempuan yang sengaja mendedahkan auratnya di khalayak ramai tanpa segan silu, tak kira samaada dia anak dara, janda atau isteri orang, tua ataupun muda, dia akan dilaknati oleh Allah SWT, malaikat-malaikat dan segala makhluk di muka bumi ini sehinggalah perempuan itu diturunkan bala oleh Allah SWT. Jika perempuan itu anak dara atau janda maka bapanya akan dipertanggungjawabkan untuk menanggung dosanya. Manakala bagi perempuan yang sudah berkahwin, maka suaminyalah yang akan dipertanggungjawabkan.”

Bagi adik lelaki dan abang pula, mungkin anda tidak tersenarai dalam hadis di atas. Tapi tiada salahnya, jika anda turut meringankan beban ayah dengan membantu menasihati adik atau kakak anda, agar tidak mendedahkan aurat kepada yang bukan muhrim. Sampai sini dulu perkongsian saya untuk kaum hawa. Kaum wanita adalah kebanggaan saya. Didik wanita, terdidik generasi, InsyaAllah.. Saya mohon maaf andai, ada kekasaran dalam tulisan yang serba kekurangan ini. Tulisan ini fully untuk menasihati diri saya, agar kita sama-sama dapat baiki apa yang rosak serta yang karat dalam diri kita. Sesungguhnya yang baik itu ketentuan dari-Nya, Segala kekurangan pula, lahir dari diri saya sendiri. Wallahualam.


No comments:

Post a Comment

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers ::Moga Allah Redha Asilah Dan Wazir:: Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers