JellyPages.com
Photobucket
Sentiasa ingat Allah tika dilanda ujian dan dilimpahkan kegembiraan
Senyum itu sedekah
Tenang itu bahagia
Sabar itu indah
^_^


Hati yang mensyukuri apa yang ada, Itulah hati yang penuh dengan rasa cinta

Senjata ajaib~



Assalamualaikum dan salam satu Malaysia dihulur khas buat rakan-rakan yang berkunjung ke laman sesawang saya yang penuh dengan sawang. Kali ini agak serabut sedikit (sebab dah bersawang =P) Alhamdulillah, diharap kalian sihat hendaknya dan terus bersemangat bagi meneruskan perjuangan dan menjalankan tanggungjawab masing-masing dan yang pastinya kita semua miliki tanggungjawab yang sama untuk “beribadah kepada Allah”. InsyaAllah..

Tajuk kali ini agak menyeramkan. Nak kata seram hantu pun boleh nak kata seram takut pun boleh. Mana taknya, kita sedia maklum bila tercetusnya peperangan pasti akan menggunakan ‘SENJATA’. Konon la nak berperang tanpa senjata. Kita guna tangan @ mulut ye. Eh, kawan-kawan itu pun senjata juga tau. Senjata itu adalah benda or barang yang kita gunakan untuk melakukan sesuatu.. (eh, betul ke? Main bedal je aku ni.. =P) hihihi.. jangan marah ye kawan-kawan. Kalian boleh rujuk kamus dewan edisi 4 sendiri..hihihi.. Seram hantu? Apa pulak? Kalau apa-apa yang ‘AJAIB’ kan kita kaitkan dengan hantu, tahyul dan merepek-repek tu la. Betul tak? Eleh, wat2 berani lak. Hahaha. Iklan senang kita ambil “kejap ada, kejap tak de” haaa... ape dia? Teka-teki pulak.. =P Jangan marah ye..hihihi..

Firman Allah s.w.t yang bermaksud : “Dan Tuhanmu berfirman : ‘Berdoalah kepada-Ku nescaya akan ku perkenankan bagimu.’ Sesungguhnya orang yang menyombongkan diri daripada menyembah-Ku akan dimasukkan ke neraka jahanam dalam keadaan hina.”
(Surah Ghafir 40 : 60)

Ye kawan-kawan “senjata ajaib” ini la yang saya maksudkan. Doa adalah senjata ajaib umat islam. Senjata yang tak dapat dilihat, tapi dapat dirasa, insyaAllah. Ayat ini bermaksud Allah telah memberi keistimewaan buat umat ini dengan menjanjikan bahawa segala doa yang kita panjatkan pasti diperkenankan oleh-Nya. Syeikh Abul Qasim al-Qusyairi telah menyatakan dalam risalah Qushairiahnya : “Doa adalah kunci segala hajat, penghibur orang miskin, pelindung orang kesempitan dan pemberi ketenagan buat manusia yang berkeinginan”.

Doa adalah ibadah dan bukti pengakuan terhadap sifat lemah seorang hamba terhadap kekuatan dan kesempurnaan zat-Nya. Bahkan Allah mencintai hamba-hambaNya yang sentiasa berdoa dan merintih akan pemberian-Nya. Saya tertarik dengan statement kawan saya. Perbualan kami sememangnya tidak dirakam, tetapi kata-kata dia saya sentiasa sematkan dalam hati sebagai pegangan. Simple word yang dia kata “insyaAllah bulan 1 tahun depan syirah kahwin” Yang saya ni garu kepala, saya tahu bagaimana keadaan dia dan pihak lelaki dia. Tapi yang dia ni yakin sesangat. Aish, dengan keadaan yang agak bingung sedikit saya pun bertanya “macam mana awak begitu yakin yang awak akan kahwin tahun depan? Sedangkan tiada tanda-tanda pun yang akan membawa awak ke arah tu” Ish.. boleh dikatakan soalan tak masuk akal juga la saya tanya. Huhu. Dengan tenang dia menjawab “Aku sentiasa berdoa, InsyaAllah..” Terdiam jugak la saya.

Hebatkan kawan-kawan.. cerita di atas tu tiada kaitan dengan sesiapa pun. Cuma rekaan semata-mata. Jangan marah. Tapi apa yang kita boleh ambil iktibar. Si kawan tu cakap dengan begitu yakin dan serius. Allah al-Mujib (Allah maha mengabulkan) mohon la apa-apa kepada-Nya, rintih dan mengadu la kepada-Nya, pasti akan dimakbulkan dan Dia pasti mendengar. Sama ada lambat atau cepat, dan mungkin melalui cara yang berbeza. Apa yang kita perlukan ialah kesabaran yang kuat.

Saya ada baca satu penulisan daripada Ustaz Rashidy, beliau pernah menyampaikan kuliah di sebuah masjid dan ditanya : “Ustaz, mengapakah doa kita tidak dimakbulkan oleh Allah sedangkan Allah menjanjikan kepada hamba-Nya bahawa setiap doa dan yang dibisikkan pasti akan diperkenankan. Bukankah Allah menegaskan bahawa dia tidak akan menyalahi janji-Nya?” Soalan lain yang diajukan “Saya dah berkahwin hampir 15 tahun dan tidak putus-putus berdoa agar dikurniakan zuriat. Sampai sekarang Allah belum kabulkan doa saya!” Kalau ditanya pada diri kita sendiri pun, pasti soalan ini yang sentiasa bermain dalam fikiran kita. Syaitan yang sengaja menambahkan kekeliruan agar ia berkesudahan dengan sikap berputus asa. Sedangkan putus asa itu dilarang oleh Allah s.w.t. Bagi menjawab persoalan di atas, ustaz merujuk pada kata-kata syeikh Ibn Athaillah seperti yang dinyatakan dalam al-Hikam : Maksudnya : “Jangan berputus asa jika Allah s.w.t melewatkan penerimaan doa. Sekalipun kamu sudah bersungguh-sungguh berdoa kerana Allah menjamin penerimaan semua doa menurut yang Dia tentukan untukmu bukannya menurut kehendakmu dan (akan dikabulkan) pada waktu yang ditentukan-Nya bukan pada waktu yang ditentukan olehmu.”

Inilah hakikat ‘senjata ajaib’ yang kita bisikkan. Semuanya adalah menurut kehendak-Nya semata kerana Dia-lah Al-‘Alim (mengetahui) apa yang terbaik di sisi-Nya buat makhluk yang tidak berdaya. Keyakinan dan kesabaran dalam menerima anugerah-Nya adalah sifat yang dituntut dalam membina keyakinan dan besangka baik pada Allah. “Doa seseorang daripada kamu pasti akan diperkenankan selama kamu tidak meminta disegerakan pengabulannya dengan mengatakan, ‘Aku sentiasa berdoa kepada Tuhan tetapi mengapa masih belum dikabulkan?’” (Muttafaq ‘alaih). Oleh sebab itu, berdoa dan bersangka baiklah wahai diri ku ^_^

:: Wassalam ::

No comments:

Post a Comment

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers ::Moga Allah Redha Asilah Dan Wazir:: Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers