JellyPages.com
Photobucket
Sentiasa ingat Allah tika dilanda ujian dan dilimpahkan kegembiraan
Senyum itu sedekah
Tenang itu bahagia
Sabar itu indah
^_^


Hati yang mensyukuri apa yang ada, Itulah hati yang penuh dengan rasa cinta

AntAra c!ta-CitA & sUam! teRc!nTa













Selesai sahaja ceramah, seorang lelaki datang bertemu dengan saya. Gayanya masih muda belia, sekali pandang seperti belum berumah tangga tapi riak wajahnya penuh gundah-gulana..

"Puan, apakah yang perlu saya buat kalau isteri saya belajar di luar negara? Adakah saya perlu pindah ke sana atau dia perlu berhenti belajar dan sambung belajar di sini? Sekarang ini saya rasa
seperti dia jauh daripada saya. Saya rasa macam bujang. Saya sudah suruh dia pindah ke sinidan sambung belajar di sini, tapi dia berkeras hati. Say pula memang ta
k boleh berhenti kerja. Kalau saya berhenti kerja, Bagaimana dengan tanggungjawab saya sebagai suami? saya nak kerja apa di sana? Dia pula tak nak berundur daripada ke
putusan dia. Bahkan seolah-olah saya sudah jatuh nombor dua bagi dia. Nombor satu adalah pelajaran dia. Famili dia pun tak bagi dia berhenti sedangkan saya ini suami!

Puan, lagi tiga tahun baru dia tamat belajar di sana. Saya di sini rasa sangat-sangat kosong. Lagi satu, saya tidak tahu bagaimana nak menegur dia. Kalau nak berbincang, dia kata saya nak tunjuk kuasa, tapi sekurang-kurangnya kalau nak ke mana-mana, minta izin daripada saya dulu. Jangan keluar begitu saja. Saya bukan nak kongkong dia, sayaizinkan dia nak buat apa-apa pun. Cuma nak dia hormatkan saya. Sebelum ini dia suka tinggi-tinggikan suara dan kalau buat apa-apa keputusan tak pernah nak berbincang. Saya rasa saya useless jadi seorang suami."

"Encik tahukah perkara ini akan berlaku sebelum kahwin dengan dia? Encik tahukah yang isteri encik akan belajar di luar negara? Encik tahukah risiko ini akan encik hadapi kalau berkahwin dengan dia?" Saya menyoal minta kepastian.
"Saya tahu. Bahkan waktu kami bertunang pun me
mang dia sudah belajar di sana. Sebab itu apabila dekat nak berkahwin, saya minta dia tukar ke sini tapi dia tak mahu. Jadi saya ikutkan sahaja. Dia memang tahu
agama tetapi saya tidak tahu mengapa dia berkeras dengan keputusan dia. Sepatutnya dia faham perasaan saya, lagipun isterikan sumber ketenangan suami."

"Pandai agama tidak semestinya faham agama. Ada orang beramal tanpa ilmu. Ada orang ada ilmu tapi tak diamalkan. Erm .... sebelum berkahwin, encik istikharahkah?"
Lelaki ini tersenyum kelat, sambil mengeleng....

MULAKAN DENGAN MISI BERSAMA
Nabi berpesan tidak akan rugi sama sekali seseorang yang setiap sesuatu yang dia lakukan, dia akan berbincang (musyawarah) yakni
bertanya pendapat ramai dan mengutip pendapat tersebut sebelum membuat apa-apa keputusan.

Selepas kita menggunakan akal dan perbincangan atas sesuatu perkara, istikharah dan bertanya keputusan Allah. Kemudian ikut gerak rasa kita yang datang daripada Allah.

Banyak rumah tangga yang memulakan sesuatu perjalanan tanpa perbincangan. Hanya mengikut arus dan tidak punya misi. Sewajarnya dari awal-awal lagi, kita telah ada misi untuk rumah tangga yang kita ingin bina. Anak berapa orang yang kita hajatkan; contohnya, tujuh orang, empat lelaki dan tiga perempuan. Empat lelaki sebab setiap seorang akan mengusung setiap penjuru jenazah kita nanti. Tiga perempuan kerana hadis nabi yang menyebut bahawa anak perempuan jika ada tiga orang dan dapat dijaga dengan baik, maka syurgalah tempat ibu ayah. Itu tafsiran hadis secara literal. Tak kiralah kalau ada seorang perempuan sekalipun, jika dapat dididik dengan sempurna, tetaplah ganjarannya syurga atas segala rahmat dan kebesaran Allah.

Jadi hidup perlu ada misi. Kalau tak dapat, tak mengapa sebab itu kerja Tuhan, rezeki Allah. Misi penting kerana kita akan tahu kemana kita akan bawa rumah tangga kita.

Contoh dalam keadaan ini, misi untuk menjadi seorang suami yang sabar sebab isteri berjauhan daripada suami. Kita sudah tahu dari awal-awal lagi kita akan hadapi perkara ini. Misi untuk walaupun bejauhan, tetapi hati tetap sedar masing-masing adalah suami dan isteri orang. Misi untuk 'menahan rindu' selama
tiga tahun. Semua ini perlukan perbincangan dan keputusan bersama. Jika tidak, sama-sama pendam dan 'makan dalam', lalu rumah tangga makin hari makin hambar! Rugilah!

PUJJI, PUJI, PUJI dan TEGUR
Seorang suami sebelum menegur isteri, perlu dimulakan dengan puji-pujian. Teguran itu sebagai 'hentaman' padanya sama ada hentaman prinsip atau akhlak. Maka sebelum kita 'menghentam' sesuatu yang sebati dalam diri seseorang, bekalkan dia dengan 'ketenangan' dan 'bunga-bunga' di hati, supaya dia lembut jiwa mendengar teguran kita.
Kebanyakan suami menggunakan perkataan 'saya suami' dan 'awak kene hormat saya', 'awak kene ikut cakap saya'. perkataan-perkataan ini bagi wanita umpama satu arahan yang berbentuk kuku besi. Bukannya mereka tidak tahu bahawa kita suami dan syurga di bawah kaki suami. Mereka tahu! Tapi kadang-kadang wanita ini hatinya keras akibat sikap kita yang terlepas pandang cara terbaik mendidik emosinya.

Sebenarnya setiap lelaki itu amat hebat! sebab itu mereka diangkat Allah menjadi pemimpin. Mereka tak perlu lagi memberitahu dunia bahawa mereka seorang suami dan isteri perlu taat kepada mereka! Tak perlu! Mereka hanya perlu melentur isteri dengan hikmah. Pujuk. Pujuk. Pujuk. Minta maaf. Minta maaf. Minta maaf. Mengaku kesilapan (sebelum tegur kesilapan isteri, mengaku diri sendiri banyak silap) dan tegurlah dengan hikmah. Paling penting, Sabar. Sabar. Sabar. Mengapa saya mengulang tiga kali? kerana setiap kali nabi ingin menyampaikan sesuatu yang penting baginda akan mengulangnya 3 kali.

Jangan risau ego lelaki tercabar. Tidak ada ego yang tercabar apabila seorang suami sabar melayan keras dan buruknya akhlak isteri. Bantuan Allah bersama suami sebegini. Sabarlah atas akhlak isteri yang buruk, di sebalik buruknya yang banyak, banyak lagi kebaikan yang Allah jadikan pada dirinya. Wanita ini jika dibentuk dengan keras, makin keras jadinya. Jika dibentuk dengan lemah, makin musnah jadinya. Bentuklah dengan lembut dan baik di sisi Allah. Ikut cara tegas tapi lembut dan setiap hari bacakan Yasin khas untuk rumah tangga, diri dan isteri tercinta! Lihatlah bantuan Allah datang tanpa diduga!

No comments:

Post a Comment

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers ::Moga Allah Redha Asilah Dan Wazir:: Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers