JellyPages.com
Photobucket
Sentiasa ingat Allah tika dilanda ujian dan dilimpahkan kegembiraan
Senyum itu sedekah
Tenang itu bahagia
Sabar itu indah
^_^


Hati yang mensyukuri apa yang ada, Itulah hati yang penuh dengan rasa cinta

Gembira + Sedih = ??

~Salam alaik~

Tajuk je dah memberi soalankan??
jawapannya ape?
sape nak jawab?
angkat mata.. hihihihi

Pernah tak korang rasa kehilangan?
Rasa macam sorang-sorang?
Atau
Seperti "DIA" akan jauh daripada kita?
Atau
Di culik, di ambil orang??
pernah tak??

sekarang ni
itulah yang silah rasa~

orang yang pernah rapat dengan kita
selalu bersama tika senang dan susah
walaupun perkenalan kami tak lama
dalam 6 bulan
tapi ukhwah yang utuh tu
telah membuahkan rasa sayang dan cinta yang kukuh
(wah..jiwang karat lak silah ni ye.. hihihihihi)

Jangan salah faham ye kawan-kawan
insan yang silah maksudkan adalah
Seorang "KAKAK" yang silah kagumi

( Inilah kakakku.. so sweet kan.. )

Alhamdulillah
Selamat diijab kabul dengan 1 lafaz sahaja pada
27 MEI 2011
9.47 pm

Silah rasa gembira sangat
yang tidak boleh di ungkap dengan kata-kata
tapi ianya bercampur dengan perasaan sedih
bukan apa
cuma rasa seperti kehilangan je

Gamaknya
inilah yang mak, ibu, mama, ummi rasakan
apabila anak gadis yang
dijaga, dibelai dan di tatang bagai minyak yang penuh
pergi bersama suami
dan merasakan seperti anaknya jauh sekali

huhuhuhuuhu
silah pun tak tahulah
mengapa diizinkan Allah untuk merasa
perasaan kehilangan ini..
Alhamdulillah, syukur
silah adalah insan terpillih..

tak sangka lak silah luahkan dalam blog ni
hahahaha.. malu lak..
takpe la
bila lagi nak meluah :)

okey abis sudah kisahnya
ini gambar kakak dan abang


Moga bahagia hingga ke akhirnya
..ameen..

::wassalam::



1 comment:

  1. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

    Kami memohon kepadaMu agar majlis perkahwinan pada hari ini,esok dan lusa diberkati olehMu

    Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

    Kami menadah kedua belah tangan untuk memohon

    Agar Engkau berkati, rahmati dan redhai pasangan pengantin baru ini


    Kurniakanlah kepada si suami ibarat keteguhan cinta Saidina Ali kepada Fatimah

    Kekuatan untuk menjadi suami dan ayah

    Yang mampu memandu, membimbing dan mendidik

    Isteri dan anak-anak menuju ke jalan yang Engkau redhai



    Anugerahkanlah pula kepada si isteri kehebatan kasih Saidatina Fatimah kpd Ali

    Keupayaan untuk menjadi isteri dan ibu

    Yang mampu menjaga maruah diri serta mengasuh

    Anak-anak yang menjadi amanah


    Kurniakanlah kepada mereka Ya Allah

    Zuriat yang soleh solehah

    Dan agar berkekalan mempelai ini

    Sehingga ke dalam syurga


    Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

    Teguhkan iman kami

    Mantapkan aqidah kami

    Mudahkan urusan kami

    Murahkan rezeki kami

    Halalkan makan minum kami

    Berkatilah kehidupan kami

    Dan matikanlah kami dalam Iman dan Islam

    Masukkanlah kami ke dalam syurgaMu

    Hindarkanlah kami dari azab nerakaMu



    Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

    Ampunkanlah dosa kami,

    Dosa kedua orang tua kami,

    Dosa ahli keluarga kami

    Sesungguhnya kami telah banyak melakukan dosa

    Baik yang zahir mahupun yang batin

    Yang kecil mahupun yang besar

    Sesungguhnya tiada siapa yang dapat mengampunkan dosa kami Ya Allah

    Maka ampunkanlah dosa kami Ya Ghaffar

    Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

    Berilah kekuatan kepada kami membina individu Muslim yang taat kepadaMu

    Keluarga Muslim yang mengamalkan nilai hidup Islam

    Masyarakat Muslim yang tinggi nilai ukhuwwahnya

    Dan negara yang baik serta mendapat keampunanMu



    Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

    Jadikanlah kami yang telah berkahwin ini

    Menjadi contoh yang hidup kepada pengantin baru

    Dalam melayari bahtera rumahtangga yang kadangkala tenang dan kadangkala bergelora

    Kurniakanlah mereka kekuatan iman dalam menempuh segala cabaran yang mendatang


    Amin Ya Rabbal Alamin.

    ReplyDelete

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers ::Moga Allah Redha Asilah Dan Wazir:: Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers