JellyPages.com
Photobucket
Sentiasa ingat Allah tika dilanda ujian dan dilimpahkan kegembiraan
Senyum itu sedekah
Tenang itu bahagia
Sabar itu indah
^_^


Hati yang mensyukuri apa yang ada, Itulah hati yang penuh dengan rasa cinta

Bila Ia Menghampiri

Belum sempat berukhwah, hati ini telah terpaut.
Melihat senyuman yang dilemparkan.
Manis lagi indah wajah yang diciptakn Allah untuk insan yang bergelar muslimah.

Subhanallah, cantik sungguh.
Ingin ku menjalinkan sebuah ikatan murni bersamanya.
Persahabatan yang bakal terbina akan ku bawa ke jalan-Mu.
Pasti cantik tersergam indah.
Hanya kerana Mu.

Baik di luaran kini terserlah dari dalam.
Tali persahabatan terbina dengan keizinan.
Tidak lama terjalin, walau masih tidak puas berukhwah.
Allah cemburu dan tidak mengizinkan.

Kini pasrah dengan takdirnya.
Sujud dilakukan mohon petunjuk.
Alhamdulillah, Allah itu tidak kejam dan tidak jahat.
Dia sentiasa melakukan yang terbaik untuk hamba-hambanya.
Redha dengan ketentuan-Nya.

Indah persahabatan, cantik lagi pernikahan.
Seru telah datang menyapa girang.
Mengambil dengan penuh tata tertib dan sopan.
Ketar di dada, menanggung segala tanggungjawab.
Tabah dan terima dengan hati terbuka.
Ianya sudah menghampiri.

Sesungguhnya rahsia itu hanya Penilai hati yang tahu.
Ianya sudah menghampiri.
Terima kasih Allah.
Indah sungguh jalan hidup yang Kau lakarkan.

Hamba Allah



Bila Ia Menghampiri

No comments:

Post a Comment

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers ::Moga Allah Redha Asilah Dan Wazir:: Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers