JellyPages.com
Photobucket
Sentiasa ingat Allah tika dilanda ujian dan dilimpahkan kegembiraan
Senyum itu sedekah
Tenang itu bahagia
Sabar itu indah
^_^


Hati yang mensyukuri apa yang ada, Itulah hati yang penuh dengan rasa cinta

Sedekah

Assalam dan selamat sejahtera. Alhamdulillah, pagi yang indah dan sangat ceria. Saya masih diberikan kesempatan untuk hidup, diberi peluang untuk terus mengingati Allah dan diberi masa untuk bertaubat. Allah~ Syukur. Hari ini saya, nak sentuh bab sedekah. Sentuhan lembut yang pertama, sekadar asas untuk difahami. InsyaAllah.

Sedekah adalah zakat, zakat adalah sedekah.
Berbeza nama, tapi satu makna

  • Pengertian zakat dari segi bahasa : "BERSIH", "SUCI", "BERKAT", "SUBUR", "RAHMAT" dan "BERKEMBANG".
  • Membersihkan diri dari sifat dendam dan dengki terhadap orang kaya.

  • Pengertian zakat dari syarak : Mengeluarkan harta tertentu diberikan kepada asnaf-asnaf yang berhak menerimanya setelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarak.

  • Pengertian zakat dari segi sosial : Membantu meringankan beban faqir dan miskin, merapatkan jurang pemisah antara kaya dan miskin, membersihkan hati, menyuburkan harta, menyucikan harta.

  • Pengertian zakat dari segi ekonomi : Pembasmi kemiskinan, pengagihan kekayaan, peningkatan kekayaan, pemangkin guna tenaga.


"Ambilah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya Engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan menyucikan mereka (dari akhlak yang buruk) ; dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui."

At-Taubah : 103

Syarat wajib zakat :

  • Islam : Zakat hanya dikenakan kepada orang-orang islam sahaja.
  • Merdeka : Syarat ini tetap dikekalkan sebagai salah satu syarat wajib.
  • Sempurna milik : Harta yang hendak dizakat hendaklah dimiliki dan dikawal sepenuhnya orang islam yang merdeka. Bagi harta yang berkongsi antara orang islam dengan orang bukan islam, hanya bahagian orang islam sahaja diambil kira di dalam pengiraan zakat.
  • Harta usaha yang baik sebagai sumber zakat.
  • Cukup Nisab : Nisab adalah paras minimum yang menentukan sesuatu harta itu wajib dikeluarkan atau tidak. Nisab menggunakan nilai emas harga semasa iaitu 20 misqal emas bersamaan 85 gram emas atau 196 gram perak.
  • Cukup haul : Bermaksud genap setahun iaitu selama 354 hari mengikut tahun Hijrah atau 365 mengikut tahun Masihi.

Alhamdulillah, mungkin penjelasan yang tidak begitu baik. Jika ada salah or silap, sila komen ye. Teguran kalian amat diperlukan bagi memperbaiki diri ini ^_^

::Wassalam::

"Semakin hampir dengan Allah, semakin terjaga hubungan dengan manusia"

1 comment:

  1. Rujukan :

    ~ Lembaga zakat selangor
    ~ Ustaz Saifudin & kewangan islam
    ~ Majlis Agama Islam Terengganu

    Tolong perbetulkan yang salah ye.. TQ! (:

    ReplyDelete

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers ::Moga Allah Redha Asilah Dan Wazir:: Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers