JellyPages.com
Photobucket
Sentiasa ingat Allah tika dilanda ujian dan dilimpahkan kegembiraan
Senyum itu sedekah
Tenang itu bahagia
Sabar itu indah
^_^


Hati yang mensyukuri apa yang ada, Itulah hati yang penuh dengan rasa cinta

Sedekah

Assalam dan selamat sejahtera. Alhamdulillah, pagi yang indah dan sangat ceria. Saya masih diberikan kesempatan untuk hidup, diberi peluang untuk terus mengingati Allah dan diberi masa untuk bertaubat. Allah~ Syukur. Hari ini saya, nak sentuh bab sedekah. Sentuhan lembut yang pertama, sekadar asas untuk difahami. InsyaAllah.

Sedekah adalah zakat, zakat adalah sedekah.
Berbeza nama, tapi satu makna

  • Pengertian zakat dari segi bahasa : "BERSIH", "SUCI", "BERKAT", "SUBUR", "RAHMAT" dan "BERKEMBANG".
  • Membersihkan diri dari sifat dendam dan dengki terhadap orang kaya.

  • Pengertian zakat dari syarak : Mengeluarkan harta tertentu diberikan kepada asnaf-asnaf yang berhak menerimanya setelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarak.

  • Pengertian zakat dari segi sosial : Membantu meringankan beban faqir dan miskin, merapatkan jurang pemisah antara kaya dan miskin, membersihkan hati, menyuburkan harta, menyucikan harta.

  • Pengertian zakat dari segi ekonomi : Pembasmi kemiskinan, pengagihan kekayaan, peningkatan kekayaan, pemangkin guna tenaga.


"Ambilah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya Engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan menyucikan mereka (dari akhlak yang buruk) ; dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui."

At-Taubah : 103

Syarat wajib zakat :

  • Islam : Zakat hanya dikenakan kepada orang-orang islam sahaja.
  • Merdeka : Syarat ini tetap dikekalkan sebagai salah satu syarat wajib.
  • Sempurna milik : Harta yang hendak dizakat hendaklah dimiliki dan dikawal sepenuhnya orang islam yang merdeka. Bagi harta yang berkongsi antara orang islam dengan orang bukan islam, hanya bahagian orang islam sahaja diambil kira di dalam pengiraan zakat.
  • Harta usaha yang baik sebagai sumber zakat.
  • Cukup Nisab : Nisab adalah paras minimum yang menentukan sesuatu harta itu wajib dikeluarkan atau tidak. Nisab menggunakan nilai emas harga semasa iaitu 20 misqal emas bersamaan 85 gram emas atau 196 gram perak.
  • Cukup haul : Bermaksud genap setahun iaitu selama 354 hari mengikut tahun Hijrah atau 365 mengikut tahun Masihi.

Alhamdulillah, mungkin penjelasan yang tidak begitu baik. Jika ada salah or silap, sila komen ye. Teguran kalian amat diperlukan bagi memperbaiki diri ini ^_^

::Wassalam::

"Semakin hampir dengan Allah, semakin terjaga hubungan dengan manusia"

Jatuh Tanpa Simpati

Alhamdulillah.. dalam keadaan yang agak sibuk, saya masih diberi peluang untuk menconteng blog.. YahhOOooo... ^_^

Khabar terbaru tentang saya : sihat walafiat segar dengan tazkirah daripada hamba Allah sebagai penguat diri.. Alhamdulillah.. bagus aturan Allah ni.. sentiasa tepat pada masanya =)

Hari ini saya nak masuk bab keraguan. Hihihi. Mungkin yang ragu tu saya, bukan kalian. Tapi andai ada yang berada dalam keadaan saya ni, boleh la take note. Hari tu.. (bila saya tak pasti) saya p jalan dengan kawan saya. Dialognya berbunyi :

Kawan : Weh, aku nak tanya hang boleh tak?

Saya : tanya laa..

Kawan : Tapi banyak soalan aku.

Saya : Tanya je la..

Kawan : Boleh tak hang terangkan kat aku pasai cinta?

Saya : Awat soalan ang mudah sangat weh.. Tak do susah lagi ka??
(padahai tak tahu nak jawab apa =,= )


POWER of LOVE

Itulah soalan yang menggegarkan, baru satu soalan saya dah nganga. Belum soalan yang lain. Kompem saya terduduk kat situ. Yang tak patutnya, ada ke patut dia tanya kat saya. Saya ni bukan doktor pakar cinta pon. Adoi!! Tak patut.. tak patut.. Ish33..

Hahaha.. tapi yang pastinya dalam entry kali ini, saya nak jawab soalan kawan saya tu. Dan yang paling pasti dia takkan baca blog ni. Just nak share apa yang saya nak share. =D

Jatuh tanpa simpati ialah jatuh cinta. Orang kata, jatuh cinta ni indah. Tak macam jatuh tangga, kan sakit =P
Siapa pernah rasa?? Wink2~ >_<

Maksud cinta dari kamus dewan

1. Perasaan dan berperasaan sayangkan sesuatu
2. Perasaan dan berperasaan berahikan sesuatu
3. Perasaan dan berperasaan risau, bimbang, dukacitakan sesuatu

Jelas terang lagi nyata kuasa of cinta kan? Mana tak nya, segala bentuk perasaan merangkum dalam satu kalimat C.I.N.T.A. 
Subhanallah.. Hebatkan Dia..
Tidak ada sesiapa pun yang boleh lari dari mencintai dan dicintai. Ada benar?
Kemuncak cinta itu ditentukan oleh anda!!! 

Cuba kita renungkan,

Korban pertama dalam sejarah manusia adalah kerana CINTA, dalam kisah putera-putera Nabi Adam a.s, Qabil dan Habil ...

Subhanallah ... Begitulah hebatnya POWER of LOVE!!

Salahkah cinta itu? Jika ya, kenapa ianya wujud? Kalau tidak, apakah yang sepatutnya? Ke manakah saluran yang betul untuk cinta? 

Cinta itu tidak bersalah. Cinta itu bersih lagi suci. Ianya adalah anugerah Allah SWT. Nabi Adam a.s tinggal di syurga dengan segala nikmat pon sunyi tanpa cinta. Lalu Allah menjadikan Hawa, sebagai peneman Nabi Adam bersama perasaan cinta mereka. 

Nah.. Cinta itu dilahirkan di Syurga antara Nabi Adam dan Hawa. Cinta yang penuh dengan KEKUATAN dan KUASA, kenapa tidak kita gunakan 'alat' bernama CINTA itu kembali berakhir ke Syurga..? Gunakanlah 'alat' itu untuk membawa kita dan orang yang kita cintai menuju, Mardhatillah, keredhaan Allah yang akan menempatkan kita ke destinasi akhir, sebuah Syurga ..?

Cinta sesama manusia itu adalah fitrah, sepertimana Nabi Adam itu kesunyian tanpa CINTA, dan kerana itulah Allah anugerahkan perasaan cinta menyintai sesama manusia, boleh tenang dan damai bersama dengan orang yang kita cinta.

Cuma apa yang perlu dipastikan
kita cintakan sesuatu / seseorang itu kerana Allah!!

Jauhi cinta nafsu, dan miliki jatuh tanpa simpati di samping mengejar cinta hakiki, CINTA suci yang abadi dan akan membawa mereka yang saling menyintai menuju ke Syurga Allah.


"Semakin hampir dengan Allah, semakin terjaga hubungan dengan manusia"

* Muka Buku *




Apa kebaikan Facebook??


Banyak...


Tahu


Habis tu tanya buat apa!!


Hee~ jangan la marah. Apa kebaikannya?


Oke, tak marah. Salah satunya boleh menyatukan ukhwah yang lama terputus.


Lagi??


Tazkirah dan muhasabah diri.


???? Contoh???


Andai saat kita terjatuh dan terasa seperti untuk melakukan perkara mazmumah, kita akan muhasabah diri kita dan akhirnya niat buruk yang terlintas akan hapus serta-merta.


Jap, mazmumah tu apa?


Mazmumah tu perkara keji.


Dah tahu. Betul apa yang kamu cakap tu, kita sokong.


Tapi...............


Aish, tapi kenapa pulak ni?


Facebook ni pon ada keburukan.


Kamu buat kita tertanya-tanya. Apa keburukannya?


Memecah belahkan orang.


Yeke, tak pernah tahu pon.


Tu la, lain kali p jabatan agama tanya.


Erk =.=


Hahaha.. gurau jer.. Statement tu kita ambil dari pasangan suami isteri yang bercerai sebab "FACEBOOK"


Boleh pakai ke statement tu?


Entah kita pon tak pasti. Tapi perkara tu berlaku sebab cemburu je. Kalau tak pandai kawal emosi macam tu la jadinya.


Aah kan. Cemburu tu normal. Kawal emosi suda.


Wah, cakap memang mudah. Tak pelah, kita doakan pasangan-pasangan yang ber'FB tu pandai-pandailah menjaga hati masing-masing ye. Bukan apa, kerana perkara temeh macam ni berlarutan sampai ada perkara buruk berlaku pada hubungan kalian.


Alahai, susah-susah tak payah la nak FACEBOOK ni. Tutup akaun Fb bila dah kawin.


Apa yang kamu cakap tu mungkin ada betulnya, tapi pasti ada yang tak settuju. Kesimpulannya, jangan berlebihan je. Bak kata Nabil Raja Lawak "Lu pikirlah sendiri"


Sokong 100%


Kita dah tahu kamu akan sokong. =D  Gunalah Fb sebaik mungkin. Biarlah digunakan untuk muhasabah diri dan memotivasikan diri serta menyampaikan dakwah.
Rasulullah SAW bersabda : "Sesiapa berjuang untuk menjadikan kalimah Allah sebagai kalimah yang tertinggi, maka ia berada di jalan Allah."


Cayalah kamu, jom kita bawak p belanja makan.


Yesss! makan free ^_^


Aip.. say Alhamdulillah laa...


Ops, okay. Alhamdulillah ^_^#



"Semakin hampir dengan Allah, semakin terjaga hubungan dengan manusia"

Seindah sakura~

Sinaran cahaya pagi menerangi seluruh alam. Keindahan ciptaan Dia pasti tiada siapa yang boleh menandingi. Ada betul?? Alhamdulillah, bersyukur saya masih dipanjangkan umur dan masih berkesempatan melayan kehendak jari jemari, yang mahu menari. Dah lama tak dance katanya. 

Kali ini jari dan qalb saya memilih tajuk seindah sakura. 
Jari : Eh, awak terpengaruh dengan cerita "seindah sakura tv3 ye??
Hati : Hahaha.. takdo lah, jangan salah faham. Benornya saya agak buntu jugak nak pilih tajuk untuk post kali ni. Kemudian tetiba teringat 'Fasha Sanda' dan 'Fahrin Ahmad'.
Jari : Haa.. kan betul saya cakap tadi.
Hati : Aish, saya tak habis cakap lagi, awak dah menyampuk. Itu pasai la duk salah tafsir.
Jari : ok2.. sambung balik =P
Hati : Gitu dong. ^^ Memang saya teringat kat cerita tu pon. Tapi yang paling tepat pada bunga sakura tu. Awak tahu tak bunga sakura tu cantik?
Jari : Sama la tu. Ye ke? cantik ke?
Hati : Cantik sangat. Sebab apa cantik, sebab pencipta bunga itu pon cantik.
Jari : Wah, teringin nak tengok....
Hati : ok.. sebentar ye. Awak tengok bawah.


Jari : Aah la.. sangat cantik.. SUBHANALLAH

Hati : "SEINDAH SAKURA"

Kecantikan Bunga Sakura itu mungkin tak dapat ditandingi di bumi korea. Famousnya bunga Sakura. Usually manusia yang mengenali sakura pasti from Korea right? Kepada peminat2 yang belum pernah sampai di bumi Korea. Bersabarlah dan kumpul duit kalian, untuk memijak bumi Korea. Tapi kini, tak sampai Korea pun tak po, dah merata video Korean. Lepas satu, satu episod habis sambil mengalirkan air mata. Ada benar peminat Korea? ^^
Saya tak minat cerita Korea. Tapi Alhamdulillah, Keindahan Korea itu telah saya lihat dengan mata kasar saya sendiri. Rezeki Allah, Syukur. SubhanaAllah, sangat indah dan cantik.

Ops, kalau tak terlajak mesti tak sah. Saya bukan nak cerita pasal 'SAKURA' dan bukan nak share pasal 'KOREA' tapi yang sebenar-benarnya saya nak kongsi pasal Kemanisan dan Keindahan Islam.
Sesungguhnya Agama Islam itu mudah dan tidak pernah menyusahkan. Malah banyak rukhsah yang telah Allah berikan kepada umat Nabi Muhammad. 

Allah.. Terasa diri ini tidak layak untuk menyampaikan tetapi, saya cuba untuk mengongsikan sesuatu yang menjadi peringatan pada diri dan hati saya. InsyaAllah. 

Daripada Abu Darda r.a. Nabi SAW bersabda yang bermaksud :
"Sesungguhnya para ulama adalah pewaris para nabi. Nabi-nabi pula tidak mewariskan dinar dan dirham. Mereka mewariskan ilmu. Siapa yang mengambilnya ia telah mendapat bahagian yang banyak dan sempurna."
(Riwayat Abu Daud, al-Tirmizi, Ibn Majah dan Ibn Hibban)

Hadis di atas menerangkan betapa pentingnya ilmu. Selagi nyawa dikandung badan, ambillah peluang untuk menambah ilmu yang diwariskan oleh para Nabi. InsyaAllah. Continue, keindahan islam itu memang sudah terserlah. Persoalannya bagaimana nak merasai kemanisan islam?

Analogi yang boleh berikan contoh. Apa rasanya jika jus laici susu yang sedap dan lemak manis berkrim (erm.. telan air liur) di campurkan dengan serbuk kopi che nah yang pahit hitam berkilat???

1. Warna berubah
2. Rasa berubah

Adakah kita akan promote kepada kawan-kawan air jus tu??
Bila rasa tak best or tak sedap, nak promote pon segan. Am i right?
Sama seperti kemanisan islam itu sendiri, kemanisan islam itu pasti terganggu apabila kita memasukkan unsur jahiliah ke dalam manisnya islam. Jangan kata islam, jus laici tadi pon berubah warnanya apabila dicampur dengan serbuk kopi. Siapa sokong angkat kening >_<

Para Sahabat sendiri mengambil islam secara total. Dan mereka meninggalkan jahiliah secara total. Islam kini telah dicampurkan dengan bermacam-macam campuran. Disebabkan itu, kemanisan hilang, dan kita pon jadi tak berminat untuk menyebarkan islam.

Firman Allah swt : 
"Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu."
(Surah Al-Baqarah : 208)

Alhamdulillah, sampai sini dahulu perkongsian saya untuk teman-teman. Moga Keindahan sakura seindah Islam itu dapat saya dan rakan seperjuangan merasai kemanisannya secara menyeluruh.. InsyaAllah.


"Semakin hampir dengan Allah, semakin terjaga hubungan dengan manusia"

Jentik-jentik idea

Setelah sekian lama membiarkan blog ini berhabuk dengan sengaja, Alhamdulillah saya masih berkesempatan menconteng blog ini dengan sengaja.. hahaha~ Apakah!!!
Harap kawan-kawan saya sentiasa dalam keadaan sihat ye, kalau sakit tak mengapa, jangan mengeluh ye wahai diri, anda sedang di uji. teng..teng..teng.. Dunia ini adalah dewan peperiksaan. Haa.. cakap pasal periksa. BITTAUFIQ WANNAJAH~ laaa... awainyer wish.. :p Kepada teman2 yang sedang berada dalam debaran peperiksaan, saya dan diri saya =D mengucapkan selamat menjawab peperiksaan dengan tenang ye! Saya mendoakan kalian berjaya dengan maju jaya. Alhamdulillah, InsyaAllah. (Awat ngan aku ni =,=) maaf, iklan sebentaQ.

Fullstop merepek. Ok, kita mula dengan tajuk yang dikira kerepek jugak. Pernah tak tengok lembu? mesti pernahkan. Orang tua2 kata, "jangan jadi macam lembu, sekali pukui sekali jalan". eh, betul ke orang tua cakap macam tu?? Hahaha.. Tak kisah la apa yang orang tua cakap, kita sebagai manusia yang masih mentah hendaklah mendengar nasihat orang tua. Betulkan ;)

Actually, saya dalam keadaan yang kurang betul sekarang ni. Saya sedang usaha bersungguh-sungguh untuk menjentik idea yang tersimpan kemas dalam peti kepala. Wah, ayat jah.. hohohoho.. cikgu saya pernah cakap. Setiap apa yang kita baca atau hafal, semuanya dah masuk dalam kepala. Cuma kita yang selalu cakap -ve, itu pasal la semua perbuatan tak sama dengan apa yang kita nakkan. Ce bagi contoh jah!! ok, contohnya : "Alamak, camne ni.. aku tak boleh la nak hafaz surah Al-Fatihah. Aku dah lama tinggal" Contoh ye kome. Now, kita p kat ayat "aku tak boleh la", tak ke ayat -ve.. ZZzzzzz.. Bila ayat tu disebut selalu (orang puteh kata always) Dia akan automatik tak boleh. Tak percaya, p try buat (:

Siapa sokong saya, angkat meja. Larat tak.. Hee~ Saya ada kawan, kawan saya tua daripada saya. kira kakak la ye. Hari tu dia kol saya, punya semangat dia nasihatkan saya. Alhamdulillah, saya pon semangat berkobar-kobar. Nak tahu tak apa yang dia sampaikan ^_^? 
Dia cakap, "kamu boleh, yakin boleh, pasti boleh" itu la dia cakap. Ops, ada yang bengang!! =D
Biarlah rahsia ye, apa yang dicakapkannya. Yang pasti saya kembali bersemangat setelah mendengar kata-kata dia. Alhamdulillah. Itu la tugas sahabat kan. So, pasti beruntung kepada kalian yang ada sahabat. Tak kira la bagaimana rupa sahabat kalian, asal dia mengingatkan kita kepada Allah, sangat sudah mencukupi. 

Kepada sesiapa yang bakal menjadi seorang penulis, seorang doktor, seorang saintis, seorang peguam, seorang pendidik, seorang askar, dan pelbagai seorang.. yang pastinya BERGUNA, InsyaAllah. Rajin-rajinlah jentik semangat dan pupuk diri agar cenderung kepada apo yang kalian impikan. Saya bagi satu contoh, Seorang bapa, bercakap dengan anaknya sejak anaknya berusia 3 tahun. Dialog :

3 tahun
bangun tidur pas mandi
Apok : Nanti dah besar nanti jadi Engineer, Doktor, Peguam tau
Anak : Ape benda apok cakap ni =.=

lepas apok solat
Apok : Nanti dah besar nanti jadi Engineer, Doktor, Peguam tau
Anak : Ape benda apok cakap ni =.=

esoknya
Apok : Nanti dah besar nanti jadi Engineer, Doktor, Peguam tau
Anak : Ape benda apok cakap ni =.=

darjah 6
Apok : Nanti dah besar nanti jadi Engineer, Doktor, Peguam tau
Anak : baik apok. (tapi still tak faham)

Form 5
Apok : Nanti dah besar nanti jadi Engineer, Doktor, Peguam tau
Anak : Baik Apok, kenapa tiga tu je??

Bila dah besaq, umur 20
Apok : Nanti dah besar nanti jadi Engineer, Doktor, Peguam tau
Anak : Baik apok. ^_^

Umoq udah 23
Anak : Akulah seorang engineer yang berjaya, Alhamdulillah
Terima kasih apok, sekarang aku dah tahu apa yang dimaksudkan arwah apok.
{kisah benar}

Ok kawan, sampai sini dulu ye contengnya, moga setiap huruf yang yang coretkan menjadi pesanan buat diri saya dan rakan seperjuangan. Celoteh seorang hamba yang masih memerlukan petunjuk dari insan lain. TQ!

"Semakin hampir dengan Allah, semakin terjaga hubungan dengan manusia"


Kisah Abi bin Abi Talib

Suatu pagi Ali bin Abi Talib terburu-buru pergi ke masjid, khuatir tidak dapat berjemaah bersama Rasulullah s.a.w. Beliau berjalan cepat. Di tengah jalan, beliau bertemu dengan orang tua yang berjalan sangat perlahan dihadapannya. Ali enggan mendahului orang tua itu. Ketika sampai ke masjid, Ali mendapati Rasulullah s.a.w masih lagi rukuk rakaat pertama bererti Ali tidak tertinggal untuk berjemaah.

Selesai solat, Ali bertanya kenapa Rasulullah s.a.w memanjangkan rukuknya. Rasulullah s.a.w menjawab, "Waktu aku melakukan rukuk dan hendak mengangkat kepala, datang malaikat Jibrail meletakkan tangannya di atas punggungku sambil menekan hingga aku tidak dapat bangun. Tidak berapa lama barulah Jibrail mengangkat tangannya dan aku boleh bangun." Para sahabat bertanya mengapa hal itu terjadi. Rasulullah s.a.w menjawab, "Aku lupa bertanya."

Tiba-tiba datang Jibrail menjawab, "Ya Muhammad, Ali telah tergesa-gesa datang untuk mengikuti solat subuh berjemaah, tapi di tengah jalan dia berjumpa seorang nasrani yang berjalan sangat perlahan. Ali tidak mahu mendahului kerana rasa hormat kepada orang tua"




Oleh itu Allah memerintahkan aku berbuat demikian supaya Ali tidak tertinggal dalam jemaahmu. Allah juga telah memerintahkan malaikat Mikhail menghentikan matahari yang akan terbit. Dengan demikian hari pun tidak cepat kelihatan siang walaupun Rasulullah s.a.w melakukan solat agak panjang. Begitulah sesungguhnya Allah sangat menghargai orang yang menghormati orang yang lebih tua walaupun berlainan agama.





"Semakin hampir dengan Allah, semakin terjaga hubungan dengan manusia"


6 langkah turunkan berat badan

1. Ambil tahu keadaan kesihatan diri
Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. Oleh itu saya mahu mengajak para pembaca menyintai diri sendiri dengan mengenali tubuh badan dan care tentang kesihatan diri. Wah, menarikkan! Ambil berat diri sendiri tu lebih penting daripada menjaga insan sekeliling dan akhirnya diri kita jatuh sakit. (ttteeeettttt.. harap tak kene batang hidung saya..hee~) takpo2.. jangan gelabah wahai diri, kali ini kita jadikan penimbang berat sebagai teman setia kita k. Pastikan anda tidak terlalu obses sehingga boleh mendatangkan tekanan pada diri. Ketahui indeks jisim tubuh (IJT) terkini dalam kategori IJT anda. IJT ideal adalah antara julat 18.5 ke 24.9kg/m2. Jika IJT anda lebih daripada 24.9kg/m2, ini bermakna anda dalam kategori berat badan berlebihan. Kira indeks Jisim Tubuh (IJT) anda :

IJT = Berat (kg) / [Tinggi (m) x Tinggi (m)]

2. Tahu porsi makanan yang diperlukan



Kebiasaan yang kita dengar adalah kenaikan berat badan seseorang adalah kerana makronutrien seperti lemak, karbohidrat dan protien. Dan menjadi tanda tanya, apa yang harus dikurangkan bagi menurunkan berat badan. konklusi yang paling tepat ialah makronutrien ketiga-tiga di atas adlah sangat penting, tetapi mestilah dalam nisbah dan porsi yang betul. Sebagai contoh, untuk individu yang memerlukan tenaga sebanyak 1500 kilo kalori sehari, porsi karbohidrat perlu diagihkan untuk menu seharian bermula dari sarapan hingga malam. Perlu diketahui satu porsi karbohidrat adalah bersamaan dengan setengah cawan nasi atau sekeping roti atau tiga keping biskut krim kraker. Jadi, untuk malam, had nasi yang dibenarkan adalah satu setengah cawan nasi. Tetapi perlu diingat, jika lauk yang dihidangkan sayuran berkanji seperti labu atau kentang, maka porsi nasi perlu dikurangkan. Hal ini disebabkan sebiji kentang saiz sederhana bersamaan satu porsi karbohidrat. Jadi anda hanya dibenarkan mengambil satu cawan nasi, sebiji kentang beserta kuah, sayuran berdaun dan sumber protein mengikut porsi yang dihadkan untuk makan malam anda.

3. Jangan skip hidangan

Sarapan, makan tengah hari dan makan malam adalah hidangan wajib setiap hari dan tidak boleh ditinggalkan (kecuali puasa la yer... Jangan pula kome makan time puasa, pastu kabo kat mak2 kome, saya yang suruh.. mahu kene penyapu weehhh!!) Puasa itu wajib, jangan ditinggalkan k. Sila abaikan point nombor 3 ini, bila tiba bulan ramadhan dan jika anda berpuasa sunat. ^_^#  okey, kita sambung semula. Kunci wajib pada tiga hidangan itu adalah "mengawal pengambilan" supaya anda tidak melebihi porsi yang dihadkan. Apabila anda meninggalkan @ skip tiga hidangan di atas, dikhuatiri anda akan cenderung untuk makan berlebihan pada hidangan seterusnya. Tabiat ini tidak elok untuk diamalkan.

4. Katakan tidak pada makanan dan minuman manis

Kebanyakan kita amat sukakan pada kemanisan. Manis dalam senyuma tak mengapa, malah tak memudaratkan pon. Tapi manis dalam makanan ni amat bahaya. Boleh dikategorikan sebagai 'musuh dalam selimut' (perang dalam selimut.. hahaha) kepada manusia. Ini disebabkan gula yang berlebihan boleh meningkatkan berat badan tanpa kita sedari. Jika pengambilan gula ini diamalkan oleh mereka yang mempunyai masalah berat badan, ia akan menyumbang kepada penyakit kencing manis. grrrrr... Cara yang paling mudah, adalah memilih air kosong berbanding air berkarbonat atau tidak berkarbonat yang manis. Murah pon murah. Biasa saya order air kosong, 50 sen je secawan. yang tak mo duit pun ada. "Tak payah la dik, air kosong free" Haa.. 2 kelebihan di situ.. hee~ Jika sekali-sekala tak pe. Sekali-sekala di sini bermaksud sebulan sekali (wah.. kejamnye saya.. takpe, kalian pikior la sendri ye). Pengambilan makanan rendah gula perlulah diamalkan secara kerap dan konsisten.

5. Pilih rendah lemak


Masakan rakyat Malaysia terkenal dengan masakan bergoreng, bersantan dan berminyak. Kami rakyat Malaysia (iklan sat..=D ) Tingkatkan pengambilan lemak tidak tepu dari kelapa sawit , jagung, kacang soya dan minyak bunga matahari, kacang, biji-bijian dan kekacang serta ikan segar. Hadkan makanan berkolesterol tinggi, contohnya organ dalaman, telur ikan, kepala ikan bilis dan udang serta makanan yang mengandungi lemak trans (contohnya marjerin atau lelemak yang diperbuat daripada lemak hidrogenasi) Pilihlah makanan rendah lemak dan kurangkan pengambilan makanan berminyak.

6. Tidak memandang remeh terhadap senaman

Dr Steven N Blair, yang juga pengarah Epidemiologi dan Aplikasi klinikal di Institut Cooper bagi Penyelidikan Aerobik di Dallas, Texas, berkata manusia selalunya menyalahkan obesiti bagi pelbagai penyakit kronik dan punca kematian sedangkan ketiadaan kegiatan fizikal yang turut sama bertanggungjawab bagi penigkatan bilangan kematian di dunia, tidak diberi perhatian. Menurutnya lagi, satu laporan jurnal yang diterbitkan institutnya dua tahun lalu mendapati 42000 lelaki pelbagai usia yang dikaji dan dipantau selama 10 tahun, lelaki gemuk yang sihat kurang kemungkinan meniggal dunia dengan cepat berbanding lelaki kurus tetapi tidak cergas. Lakukan setiap hari aktiviti berjalan kaki, menaiki tangga berbanding menggunakan lif. Aktiviti berintensiti sederhana perlu dilakukan sekurang-kurang 30 minit setiap hari. Contohnya berjalan pantas, senamrobik, berbasikal dan bermain bola.



Sekiranya anda mengamalkan secara konsisten, InsyaAllah anda akan dapat mencapai berat badan ideal yang diimpikan. Yang penting adalah usaha dan berdoa supaya usaha kita mendapat keberkatan daripada Allah s.w.t. 

Pedoman wanita solehah dan keluarga sakinah
anis

Speechless



memilih CINTA Allah

Pasrah dengan ISTIKHARAH

IMAN mempengaruhi PILIHAN

keluarga BAHAGIA

sesuatu yang DITAKDIRKAN berlaku, PASTI berlaku

REDHA dengan KETENTUAN Allah



Maher Zain - I love you so

I pray to God
With my heart, soul and body
Every single day of my life
With every breath I solemnly promise
To try to live my life for you
O Allah, you did revive my soul
And shone Your light into my heart
So pleasing you is now my only goal
Oh I love you so
I love you so

Chorus:
Now I know how it’s like
To have Your precious love in my life
Now I know how it feels
To finally be at peace inside
I wish that everyone could see
How Your love has set me free
Set me free and made me strong

O Allah, I’m forever grateful to You
Whatever I say could never be enough
You gave me strength to overcome my uncertainties
And stand firm against all the odds
You are the One who did revive my soul
You shone Your light into my heart
So pleasing you is now my only goal
Oh I love you so
I love you so

My love, my life, my days, my nights, my wealth, my prayers – all for you
And I swear that I will never put anyone
Or anything before You
My love, my life, my days, my nights, my wealth, my prayers – all for you




Rasulullah s.a.w menangis kerana PEREMPUAN



Saudara dan saudari kaum muslimin dan muslimat

Assalamualaikum

Renungan
khususnya untuk para wanita dan diriku sendiri.

Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat
Rasulullah saw menangis manakala ia datang bersama Fatimah.




Lalu keduanya bertanya mengapa Rasulullah saw menangis.
Beliau menjawab,
"Pada malam aku di-isra'- kan , aku melihat perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Karena, menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya.

Putri Rasulullah saw kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. "Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih.

Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.

Aku lihat perempuan tergantung kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kalajengking.

Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri.

Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk karena penyakit sopak dan kusta.

Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar,
beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya.

 Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malikat memukulnya dengan pentung dari api neraka,"
kata Nabi saw.

Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka
disiksa seperti itu?

*Rasulullah menjawab, "Wahai putriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.

*Perempuan yang digantung susunya adalah istri yang 'mengotori' tempat tidurnya.

*Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mau mandi suci dari haid dan nifas.

*Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah karena ia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.

*Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka karena ia memperkenalkan dirinya kepada orang yang kepada orang lain bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya.

*Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya diulurkan ular dan kalajengking padanya karena ia bisa shalat tapi tidak mengamalkannya dan tidak mau mandi junub.

*Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta. Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami."Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis.




Dan inilah peringatan kepada kaum perempuan.

InsyaAllah

Perjalanan kehidupan yang didambakan pasti agak sukar untuk memiliki dan dimiliki. Semua yang diimpikan, pasti telah dikecapi oleh sekeliling. Kebahagiaan dan kegembiraan diri ini menyorok sepi tanpa memberi khabar isyarat untuk memunculkan diri. Ketenangan diragut dek pendam yang mendalam. Luka berdarah meraba penawar penutup parah. Pendinding ditemui perlaksanaan berterusan di samping kekuatan menyelinap mencari ruang-ruang kosong untuk berteduh.

"Aku mahukan ketenangan" teriak hati memanggil sesuatu yang tak pasti bila munculnya. Petang yang indah ditemani mendung gelap. Memahami diri melagukan kesedihan. Keperitan yang melanda seperti tiada tanda noktah dalam kehidupan. Segala nasihat atau peringatan semua diabaikan dan memenangkan hati yang ditoreh pedang yang paling tajam dan mendalam lukanya. Kegelapan dalam malam yang dipilih sebagai penyuluh kehidupan penunjuk jalan yang sememangnya tiada usaha mencari cahaya penyuluh terang untuk kehidupan.

Kehairanan menampar diri, memajukan persoalan pengakhiran. Sepertinya kamus hidup yang diterokai selama ini bakal tiba ke destinasi. Meraih sinar cahaya pengganti gelap yang malap. Kemahiran dalam merialisasikan pendidikan. Menghembuskan titik noktah penghabisan. Memasuki menceroboh kamar, menjentik semangat luar biasa melestarikan kekemasan dalam kebersihan sang kamar. Putih itu bersih. Hitam itu seram.


--------------------------------------------------------------------------------

Sempadan menuju kesedihan ada sesuatu penawar yang mungkin boleh menghapuskan kekusutan dalam kehidupan. Mungkin memerlukan masa bagi mengikhlaskan setiap yang berlaku. Dalam kedukaan yang deras melenyapkan sesaat tawa yang berpanjangan. Itu ujian cuma. kemampuan ada pada diri yang dikatakan lemah. Terseksa dirasa hikmah merasa.

Sabar!!!!! Mudah untuk melafazkan, tapi susah untuk dilaksanakan. Perit ulu hati melaksanakan dalam diam. Mengadu domba pada sang pendengar. Menitis air mata memohon mengharap. Melemparkan sepenuh hati. Membaiki menyuntik pencuci kebersihan. Surut dendangan lagu bertukar rentak. Kemalangan yang luka parah membaik pulih.




~Hanya saya dan blog~
InsyaAllah

Setiap kali ......


Setiap kali sinar mentari mendung
meratapi kesedihan nasib
merelakan sang ketenangan berlalu
meraut ceria purnama
melakar garisan parut

Setiap kali awan berlari
menutup kilauan cahaya
menabur mutiara jernih dalam kesamaran
ditiup angin bayu melamar kesejukan
membaluti jiwa keresahan

Setiap kali didakap sang pelangi
melontar kemenangan dengan bangga
membongkarkan usaha penat lelah sendiri
menari riang meraih senyuman
tanpa menyingkap rahsia kejayaan

Setiap kali dihempap batu besar
penghalang tawa mencipta pahit
keluh kesah membelenggu fikiran
meraba ketabahan mendamba pelukan
cinta daripada Sang Pencinta



---------------------------------------------------------------------------------------------

Oh Tuhan yang Maha Penyayang
leraikanlah aku dari segala gelisah
yang mengganggu jiwa serta fikiran
ditambah pula dengan hasutan syaitan durjana
yang sentiasa memberi arahan
kepada kemurkaan Mu

Kurniakanlah kepada ku ketabahan
tunjukkan ku hikmah segala ketentuan
moga sinar-Mu memberi pedoman

YaAllah, Kau redhailah diri ini!!!


Sinaran Nur Keimanan


Salam pagi yang indah
Lebih ceria dan bersinar dengan nur "Qiamullail"




Untuk sihat, berpuasalah
Untuk wajah berseri-seri, bangunlah malam solat
Untuk permudahkan segala urusan, bacalah Al-Quran
Untuk berbahagia, solatlah di awal waktu
Untuk menyelesaikan masalah, istighfarlah
Untuk meraih keberkatan, selawatlah
Rasa duka, berdoalah
Keadaan terlalu rumit, bacalah "la hau la wala quwwata illa billah"


Moga kehidupan hari ini
lebih baik dari semalam


Jom berkhalwat (bersendiri) bersama Illah!!

^__^

#Wordless#


::Wanita yang sering bermain dengan perasaan::

Pujuklah hati
wahai sahabat wanita tersayang
"You are not alone"

^_^






The New Face

Alhamdulillah
Akhirnya siap juga blog saya ni
buat dalam keadaan yang tidak tahu dan 'hentam saja'
hahaha.. apa yang saya tengok nampak ok aje ^_^
tapi tak tahu la pula bagi korang
harap sama!

Kali ni, tema saya warna 'blue'
tak payah nak speaking sangat la kan..hihiihihi 
dalam bahasa melayunya biru la
sebelum ni semestinya warna merah
kalau boleh semua nak merah
tapi tak lawa la pulak kan

Untuk pengetahuan kawan-kawan
saya suka semua warna
tapi yang paling suka ada empat je
kepada siapa yang teliti pasti dapat tangkap
dan apa yang pastinya dah bocor dua warna 'biru' n 'merah'
^_^

Apa yang saya perasan pada dua favourite warna saya ni
Merah adalah warna garang
Biru pula warna ketenangan
Haaa... jangan pandai2 tafsir saya pada sifat tu k!!
but the reality is "saya memang garang"
hahaha... tenang tu wallahu'alam..
InsyaAllah kut.. hihihi..

Ok, kita tutup kes warna kegemaran
dan kita masuk sedikit perkongsian ye

"Dan sesiapa yang berjuang (menegakkan islam) maka sesungguhnya dia hanyalah berjuang untuk kebaikan dirinya sendiri; sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) daripada sekalian makhluknya.
~ Al-Ankabuut : 6 ~

Subhanallah, betapa hebatnya Allah
dia tidak pernah mengharapkan apa-apa daripada hambanya
apa yang kita lakukan di atas muka bumi ini
semua untuk diri kita

Berbeza dengan manusia
manusia sentiasa mengharapkan balasan
oleh itu, mari kita sama-sama muhasabah diri
buatlah sesuatu perkara tanpa mengharapkan balasan
dan yang paling penting adalah "IKHLAS"


Pesanan penting di atas untuk tuan punya blog ^_^

Salam Serikandi Islam & Salam Keredhaanillahi







Muslimah




Oh muslimah
Allah cinta kepada mu
Rasul kasih kepada mu

Oh muslimah
Berbahagialah kau telah dilahirkannya dengan mulia

Subhanallah
Tuhan telah berkati wanita yang vcukup ilmu
rendah hati

Oh muslimah
Busanamu menutup rapi
Auratmu kau lindungi
Dengan indahnya

Oh muslimah
Kau rajin memuji
Islam kau jadikan ikutan sejati

Oh muslimah
Memandangmu menyejuk hati
Menundukkan nafsu hati yang goyah
Keayuan wanita solehah indah peribadi
Tulus hatinya

Oh muslimah
Kecantikan yang sebenar
Pada tutur kata penuh berhikmah
Mempertahan kehormatan dirimu
Dengan pakaian mentaati Allah

Oh muslimah
Kau masuk ke syurga

Solat lima waktu dan berpuasa
Menundukkan pandangan matamu
Mentaati suami yang tercinta


Memaafkan dalam kesakitan

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang telah mengizinkan saya menconteng
blog bagi peringatan diri serta kawan-kawan yang saya sayangi
harapan terbesar moga kalian semua dalam keadaan sihat dan sejahtera

Berbahagialah dalam kehidupan yang sederhana
Bersyukurlah disaat anda memiliki apa yang anda ingini
Bergembiralah apabila anda memperolehi jiwa yang tenang
Berselawatlah di kala mempunyai masa lapang

Bismillahirrahmanirahim.. Alhamdulillah, permulaan yang benar2 memberi infak besar dalam melakukan sesuatu kerja. Sebenarnya, saya tak tahu bagaimana nak mulakan tajuk yang saya postkan kali ni. Tapi, dengan lafaz 'basmallah'. Alhamdulillah, Allah permudahkan. Entry saya kali ini agak berat untuk diri saya sendiri. Saya teruskan menaip dan menguatkan diri untuk tajuk ni. InsyaAllah, dengan pos ini saya harap dapat ikhlaskan dan melakukan apa yang ditulis. InsyaAllah.

Sabda Rasulullah s.a.w :
Ada empat perkara sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu dari empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya. (Empat sifat itu ialah) apabila ia dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir, dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran.
Riwaya Ahmad

Moga kami bukan dalam golongan munafik ya Allah, peliharalah kami. Ameen ya Rabb. Tidak mudah untuk melakukan sesuatu perkara dengan betul-betul ikhlas dan berlapang dada. Ianya memang mudah untuk dilafazkan, melaksanakan amat berat. Seberat-berat mengikhlaskan, berat lagi sesuatu amanah ^_^ (iklan sat). Saya pasti semua makhluk di atas muka bumi ini pernah melalui detik kesakitan. Apa yang paling pasti kesakitan yang kalian lalui dengan cop mohor lesen keizinan Allah s.w.t.

Kesakitan yang berkenaan hati, jiwa semestinya melibatkan maruah diri seseorang. Alhamdulillah, saya telah pun merasakannya. Sejujur-jujur perkataan, ianya teramatlah sakit. Tapi, semestinya tidak dapat mengalahkan kesakitan ibu mengandung dan mati. Ia masih di tahap yang palin biasa-biasa. Cuma apa yang manusia terima ketika dan saat itu terasa amat berat untuk dihadapinya.

Memang tidak dapat dinafikan, tapi itulah realiti hidup. Manusia yang diciptakan-Nya tersedia pelbagai ragam dan jenis. Kebijakkan dan kepintaran seseorang dalam sesuatu benda atau perkara belum tentu boleh menerima kerenah dan ragam manusia dengan hati yang terbuka. Mungkin saya salah sorang manusia yang di maksudkan. Keindahan tutur kata manusia amat perlu di teliti, supaya kita tidak termakan pujian dan tidak memberi harapan dalam jiwa.



Kesakitan yang dilalui, amat memedihkan dan seperti tiada kemaafan untuknya. Alhamdulillah, Allah turunkan sahabat, rakan taulan sebagai kekuatan untuk menempuh kehidupan yang berduri itu. Segala perkara yang menyakitkan diceritakan, dishare kepada  'kawan''kawan' sentiasa memberi sokongan dan kekuatan agar saya terus memaafkan dia. Allah.. tetapi ia tidak semudah itu.

Tiada kata putus asa dalam dirinya untuk memujuk terus memujuk agar saya memaafkan dan mengikhlaskan apa yang berlaku. Saya bersyukur, Allah pertemukan kita  'kawan'. Setiap kali berhubung, sentiasa mengingatkan. Saya mendengar dan mengabaikan, dan mungkin saya tak nak ungkit apa yang telah berlaku. Rasa seperti telah memaafkan dan macam tak kisah. Tapi saya tidak dapat membayangkan apabila suatu hari nanti Allah pertemukan. "Adakah aku boleh?, Mampukah aku?" Allah.. sememangnya tidak mampu. Dan terbukti masih belum ikhlaskan.

Umur meningkat mengingatkan kepada mati, tapi masih sama dan sama. Tarikh kelahiran, tarikh kebanggan semua orang di samping menanti  something from anybody special. Mungkin tak semua orang mengharapkannya. Saat kelahiran dah berlalu 2 bulan, saya masih menerima present dari  'kawan'. Saya tak pernah menjangkakan hadiah tu. Tapi amatlah terkejut + terharu. why??? Terkejut =  'kawan' beri hadiah walau dah berlalu tarikh. Terharu = 'kawan' menghadiakan saya buku yang bertajuk "Kekuatan Terapi Maaf"'kawan' bersungguh-sungguh dan ikhlas dalam persahabatan kami, dan mahukan ketenangan jiwa saya kecapi.

Walau baru selesai m/s39 dari m/s142, telah berjaya membuatkan saya mienitiskan air mata. Subhanallah, indahnya persahabatan yang Kau berikan kepada ku. Dengan nama Allah, saya memaafkan semua sahabat-sahabat saya. Moga ukhwah yang terjalin berlandaskan syariah. Ameen...

Bimbinglah saya ke jalan Allah
Peringatkanlah saya sentiasa
Maafkan salah silap saya




Perjalanan kehidupan remaja

Alhamdulillah.. bersyukur ke hadratnya saya dapat meng'update blog untuk yang kesekian kalinya. Terus berkobar untuk mencari barakah dalam kehidupan. Mungkin tidak sesempurna manusia yang bernama Rasulullah s.a.w. tapi masih ada kemahuan untuk menjejaki sunnahnya. InsyaAllah.

"Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau jadikan pendirian dan keyakinan kami terpesong kerana penindasan orang-orang kafir dan ampunkanlah dosa kami wahai Tuhan kami; sesungguhnya Engkaulah sahaja yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."
(Surah Al-Mumtahanah : 5)


Ok kawan-kawan, pada saat ini kita masuk chapter 22, bab pengalaman kehidupan. wah! siap chapter bagai. ahaks. Chapter ni bukan fakta atau auta, tapi realiti yang dihadapi oleh semua insan bergelar manusia. Cuma berbeza cara dan rupanye. 

Apabila diteropong kisah hidup remaja, memang sangatlah menarik yang tidak terkata. Saya juga terasa bahang kegembiraannya. Macam-macam yang kita lalui dalam dunia remaja. Diselam memori indah, semestinya bila dikenang semula ianya menebarkan senyuman yang manis. Apabila meninjau kesedihan, membuatkan air mata jatuh berderai tanpa boleh menghalangnya.

Cerita yang paling hot dalam edisi remaja semestinya cinta. Cinta yang tidak diketahui maksud serta maknanya. Tidak dikaji sedalamnya, dan semestinya juga tidak dikaitkan dengan cinta hakiki Illah. Tidak terniat nak mengata remaja. Cuma saya cakap berdasarkan pengalaman remaja saya serta hasil perkongsian dari kawan-kawan seperjuangan.

"Barang siapa yang cintakan sesuatu, maka dia akan menjadi hamba kepada yang dicintainya. Barang siapa yang mencintai sesuatu, maka dia banyak menyebutnya, mengingatinya dan memikirkannya"
(Ibn Ata'illah - kitab Al-Hikam)

Tak salah cinta hadir dalam diri manusia, Tetapi salah manusia tidak pandai, tidak cekap menguruskan perasaan cinta yang hadir. Teeeettt.. saya rasa saya terasa dengan statement yang saya tulis ni. Ye, memang tidak dapat dinafikan, perasaan cinta yang hadir itu terlalu payah untuk diuruskan. Semestinya lagi payah dari menguruskan satu organisasi atau masyarakat. 

Apa yang saya nak tekankan di sini, tak salah bercinta. Tapi tak bermakna saya menggalakkan percintaan. Cuma hendaklah kita sebagai manusia menggunakan anugerah perasaan cinta yang Allah telah pinjamkan kepada kita dengan sebaiknya. Apabila namanya manusia, bermakna kita adalah hamba. Hamba kepada siapa? Allah.. Namanya hamba, kita haruslah mengikut segala arahan dari-Nya. DIA yang menganugerahkan cinta dan kasih sayang. Bermaksud, DIA tidak menghalang. Malah menggalakkan. Cuma kita yang harus bijak mengawal dan menguruskannya.

Allah swt berfirman :  "Aku menurut sangkaan hamba kepada-Ku, dan Aku bersamanya apabila dia ingat kepada-Ku. Jika dia ingat kepada-Ku dan dalam dirinya maka Aku mengingatnya dalam diri-Ku. Jika dia ingat kepada-Ku dalam kelompok orang-orang yang lebih baik dari kelompok mereka. Jika dia mendekat kepada-Ku sejengkal maka Aku mendekat kepadanya sehasta. Jika dia mendekat kepada-Ku sehasta maka Aku mendekat kepadanya sedepa. Jika dia datang kepada-Ku dengan berjalan maka Aku datang kepadanya dengan berlari-lari kecil." (Sahih Bukhari)
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers ::Moga Allah Redha Asilah Dan Wazir:: Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers