Selesai solat, Ali bertanya kenapa Rasulullah s.a.w memanjangkan rukuknya. Rasulullah s.a.w menjawab, "Waktu aku melakukan rukuk dan hendak mengangkat kepala, datang malaikat Jibrail meletakkan tangannya di atas punggungku sambil menekan hingga aku tidak dapat bangun. Tidak berapa lama barulah Jibrail mengangkat tangannya dan aku boleh bangun." Para sahabat bertanya mengapa hal itu terjadi. Rasulullah s.a.w menjawab, "Aku lupa bertanya."
Tiba-tiba datang Jibrail menjawab, "Ya Muhammad, Ali telah tergesa-gesa datang untuk mengikuti solat subuh berjemaah, tapi di tengah jalan dia berjumpa seorang nasrani yang berjalan sangat perlahan. Ali tidak mahu mendahului kerana rasa hormat kepada orang tua"
Oleh itu Allah memerintahkan aku berbuat demikian supaya Ali tidak tertinggal dalam jemaahmu. Allah juga telah memerintahkan malaikat Mikhail menghentikan matahari yang akan terbit. Dengan demikian hari pun tidak cepat kelihatan siang walaupun Rasulullah s.a.w melakukan solat agak panjang. Begitulah sesungguhnya Allah sangat menghargai orang yang menghormati orang yang lebih tua walaupun berlainan agama.
"Semakin hampir dengan Allah, semakin terjaga hubungan dengan manusia" |
No comments:
Post a Comment