JellyPages.com
Photobucket
Sentiasa ingat Allah tika dilanda ujian dan dilimpahkan kegembiraan
Senyum itu sedekah
Tenang itu bahagia
Sabar itu indah
^_^


Hati yang mensyukuri apa yang ada, Itulah hati yang penuh dengan rasa cinta

~Sifat-sifat wanita ahli syurga~

Siapakah wanita yang menjadi ahli Syurga? Apakah ciri-ciri atau sifat-sifat yang menjadi kunci bagi wanita memasuki syurga?



Sebuah hadis Nabi menyatakan: Daripada Anas, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai." (Hadis Riwayat Ahmad)

Menurut hadis di atas sekurang-kurangnya ia telah menggariskan empat dasar atau sifat utama yang menjadi teras bagi seorang wanita muslimah memasuki syurga, iaitu menunaikan kewajipannya kepada Allah dalam makna melaksanakan ibadah-ibadah yang diwajibkan ke atasnya seperti sembahyang, puasa, dan lain-lain ibadah wajib yang mampu dilaksanakan.
Sebuah hadis menyebutkan bahawa sembahyang adalah perkara pertama yang akan disoal di hari Kiamat.

Daripada Abu Hurairah Radhiallahu Anhu, Nabi Sallallahu Alahi Wasallam bersabda: "Sesungguhnya perkara yang pertama sekali dikira dari amalan hamba di hari kiamat ialah sembahyang; sekiranya sembahyang itu sempurna, maka beruntung dan berjayalah dia, dan sekiranya ia rosak, maka kecewa dan rugilah dia, kalau kewajipan fardhu masih kurang, Allah berfirman: Lihatlah adakah amalan-amalan sunat untuk menyempurnakan kekurangan tersebut. Demikianlah seterusnya dengan amalan yang lain" (Hadis riwayat at-Tirmizi)


Disamping menunaikan kewajipan kepada Allah, menunaikan hak dan kewajipan kepada suami juga merupakan hal yang tidak boleh diabaikan oleh seorang wanita.

Tertunainya hak dan tanggungjawab suami barulah akan turun keredhaan dan rahmat Allah kepadanya. Menjaga kehormatan diri juga merupakan hal yang digariskan oleh hadis di atas. Antara hal-hal yang boleh diketegorikan dalam konteks menjaga kehormatan itu ialah mempunyai sifat pemalu, jika suaminya keluar dia akan menguruskan dan menjaga dirinya dan harta suaminya dengan amanah. Bila suaminya datang kepadanya dia akan menjaga mulut daripada menyebutkan perkataan yang tidak elok didengar.

Sebuah hadis Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menyatakan bahawa: "Sesungguhnya sopan santun dan keimanan adalah saling berkaitan, jika salah satunya dikeluarkan, yang satu lagi juga akan hilang serentak." (Hadis Riwayat Baihaqi)

Maksud hadis ini ialah jika kesopanan atau sifat malu sudah hilang, iman juga akan hilang bersama-samanya. Betapa besarnya pengaruh antara kesopanan dan keimanan kepada diri seorang wanita itu, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menegaskan dengan sabda baginda: "Apabila sesesorang itu terlibat dengan penzinaan, ia bukan lagi seorang beriman, apabila seseorang itu mencuri ia bukan lagi seorang beriman, apabila seseorang itu meminum arak ia bukan lagi seorang beriman, apabila seseorang itu menyelewing setelah diberi amanah oleh orang lain ia bukan lagi seorang beriman, dan apabila seseorang diantara kamu menipu ia bukan lagi seorang beriman, oleh itu berjaga-jagalah!"

Taat kepada suami merupakan satu lagi sifat wanita yang digambarkan oleh hadis yang dipaparkan di awal makalah ini. Taat kepada suami adalah tanggungjawab isteri yang wajib di sempurnakan. Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam Bazzar Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: "Kamu sampaikan kepada perempuan yang kamu jumpa, bahawa taat kepada suami, dan mengakui hak-hak suami, sama pahalanya dengan berperang dan bertempur dengan musuh-musuh Islam di medan pertempuran, tetapi sedikit sangat daripada isteri-isteri yang menyempurnakan hak-hak suami mereka." (Hadis riwayat Al Imam Bazzar)
Isteri adalah pusat dan sumber kebahagiaan dan ketenteraman di dalam sebuah rumahtangga. Ia perlu mempunyai sifat-sifat sabar dan perhatian yang sepenuhnya kepada suami dan juga anak-anak.

Sikap inilah yang boleh mewujudkan suasana yang tenang, aman dan damai dalam rumahtangga. Dalam hal ini, para isteri sayugialah akan sentiasa bersikap baik kepada suami.
Saidina Abu Bakar Radhiallahu Anhu meriwayatkan bahawa Rasullullah Sallallahu Alaihi Wasallam pernah bersabda: "Seorang wanita yang menyakiti hati suami dengan lidahnya, dia mendatangkan celaan dan kemurkaan Allah, para malaikat dan umat manusia."
Selain itu, Saidina Ali Radhiallahu Anhu meriwayatkan sebuah hadis mengenai setiap isteri yang tidak menghormati status suaminya. "Wanita yang berkata kepada suaminya yang tidak melihat apa-apa kebaikan pada suaminya, Allah menghapuskan segala perbuatan baiknya selama 70 tahun, walaupun dia berpuasa selama itu siang hari dan bersembahyang pada malamnya." (Hadis Riwayat Imam Majah dan An-Nasai)

Berdasarkan huraian ringkas di atas, para wanita semestinyalah mengamalkan sikap taat dan bertakwa kepada Allah, bertanggungjawab kepada suami dan menjaga kehormatan dirinya. Semoga dengan itu, akan mudahlah mereka mendapat rahmat dan keredhaan Allah. Rahmat dan redha Allah itulah yang akan menjamin kebahagian hidupnya di dunia dan di akhirat.

Copy.. Paste.. And Share..
::Sharing is caring::

Jaga Hati

Hati adalah punca dari segala-galanya dalam hidup kita, supaya tindak tanduk kita adalah lebih benar dan baik. Oleh itu, jagalah kebersihan hati dengan sebaik mungkin. Tercemarnya hati bakal merosakkan diri serta meragut kebahagiaan dunia dan akhirat. Untuk menjaga kebersihan hati, kita perlu juga menjaga segala nikmat yang diberi Allah (penglihatan, pendengaran, fikiran, ucapan) dan segala hal yang di larang bagi kita lakukan. Seperti biasa, pekerja haruslah mengikut segala arahan majikan. Begitu juga dengan kita. Kita hanyalah hamba biasa yang perlu mendengar dan taat pada perintah Malik Al-Mulk (penguasa kerajaan semesta). Dengan hati yang bersih kita mampu menggapai hasanah (kecemerlangan/kebaikan) di dunia dan akhirat.

::hati yang kecil ini mampu membunuh berjuta manusia::
Hadis riwayat Abu Hurairah ra :

Dari Nabi s.a.w beliau bersabda:
Barang siapa yang mentaatiku berarti ia telah mentaati Allah,
dan barang siapa yang mendurhakai perintahku, maka berarti ia telah mendurhakai Allah,
Barang siapa yang mematuhi pemimpin, berarti dia telah mematuhiku
dan barang siapa yang telah mendurhakai pemimpin, maka dia telah mendurhakaiku.

(shahih muslim  3417)

Amat penting bagi kita untuk mematuhi arahan majikan, tapi ianya haruslah berlandaskan jalan yang lurus (menuju Illahi) agar kita tidak tersesat di akhir kelak.
Kebahagiaan manusia bergantung kepada hati yang bersinar diterangi lampu mentol >_< heee~
Tak kisah la cahaya apa yang kita gunakan, asalkan kita gapai ketenangan jiwa.

"Jagalah hati jangan kau kotori, jagalah hati lentera hidup ini ........ " Nyanyian snada ^_^#
Haa... ape lagi sambung la. silah pon da ternyanyi ni, dalam hati la tapi. Al-maklum la, suara hati lagi merdu berbanding suara mulut.. ngee~

Jaga hati bermaksud bertolak ansur dan saling menghormati sesama masyarakat. Kekalnya sesuatu hubungan dengan adanya sikap mahmudah dalam diri include "menjaga hati"..
Tapi sering kali kita, (termasuk silah) menyalah tafsirkan erti jaga hati yang sebenar. Menjaga hati seseorang, demi untuk persahabatan yang telah lama terjalin. Walhal ianya melanggar perintah majikan (Allah) kita. Perintah yang wajib diikuti serta tiket untuk menghadapi alam akhirat.

Apa yang silah maksudkan??
silah pon tak pasti.. kah3.... #_#

kawan adalah corak kehidupan seseorang. Dengan siapa seseorang tu bergaul, bersama dan berguru. Sedar atau tidak, kita lebih banyak meluangkan masa dengan kawan2 berbanding ibu bapa.

Sekolah rendah :- jam 6.30 da gerak ke sekolah, jumpa kawan sampai jam 1.30 ptg balik rumah, ibu bapa tak dok (koje).. si anak siap ke sekolah agama dari kul 3 sampai 5.30 ptg.. balik dari sekolah agama tukar baju, pastu main (pon dengan kawan) dan begitulah rutin harian adik silah. ^_^

Sekolah menengah :- ^0^ ngee~ adik silah yang sekolah menengah semua duk asrama. Kompom2 kawan la ibu, kawan la ayah, kawan la adik, kakak dan abang.. segala2nya kawan. Terbukti terang jelas dan nyata, kawan la sebahagian hidup kita.

Haa.. kan betul silah cakap, eh.. maksud silah, tulis (bila masa lak silah cakapkan o_0 )
Dengan kawan la segalanya, sampai kadang2 kita lebihkan kawan daripada orang tua kita. Pentingkan kawan sampai tak mahu dengar nasihat orang tua.. Nauzubillah.. Harap perkara tu tak jadi pada silah, adik2 silah dan kawan seperjuangan silah ^_^ ... InsyaAllah..

Over pulak pasal kawan ni ye.. ngeee~ =P
kita kembali pada point utama kita, "Jaga Hati".. kenapa silah cakap kita sering salah tafsir maksud jaga hati ni?? Sebab silah pon salah faham gak.. kita duk jaga hati kawan, demi kebahagiaan dan kasih kan sahabat kita.. Tapi sebaliknya, kita sengaja membiarkan mereka (kawan) jatuh terjunam ke lembah kepanasan.

Allah, Ampunkan dosa hambamu ini..

Dua hari yang lalu, silah jalan ke semua blog sahabat silah. Sampai satu blog ni, silah terasa terkena pada batang hidung pula. Selalu mengungkapkannya, tapi tidak ketahui maksudnya.

Kali ini silah faham maksud sebenar 'jaga hati' dan 'sayang' akan sahabat. Ianya tidak hanya sebuah persahabatan, tapi lebih dari itu. Lebih mesra dengan panggilan "Adik-Beradik". Bagaimana kita menjaga adik2 atau saudara mara kita. Begitulah kita kena jaga kawan kita. Bukan sekadar jaga kesihatan, makan atau minum. Malah jaga pertalian sahabat dengan Majikan utamanya (Allah).

Untuk memastikan tali yang terikat kuat dan kukuh, lihatlah pada diri anda. Sejauh mana hubungan anda yang terjalin dengan Ar-Rahim (Maha pengasih), sejauh itulah kuatnya hubungan anda yang terjalin dengan sahabat anda.. InsyaAllah.. Pelihara la hubunganmu dengan Pencipta mu (Al-Khaliq) silah!!!

$$ moga ukhwah yang terjalin, bukan hanya dengan kata ukhwah fillah, malah terlaksana dengan perbuatan yang sentisa melindungi kawan2 kita dari terjatuh dalam api yang panas.. InsyaAllah $$

Tanda sayangkan ALLAH s.w.t
Banyakkanlah "BERZIKIR" ...

Tanda sayangkan RASULULLAH s.a.w
Banyakkanlah "SELAWAT" ...

Tanda sayangkan pada DIRI SENDIRI
Banyakkanlah "ISTIGHFAR" ...

Tanda sayangkan pada SAHABAT
Banyakkanlah "NASIHAT" ...

::Wassalam::

Hanya kata-kata


Salam kasih salam sayang.. Moga kawan2 sihat hendaknya..
Kembali mewarnai laman blog dengan lenggok tangan yang agak lincah, membawa sinaran ilmu yang cetek untuk dikongsikan bersama. Mudah-mudahan ia menjadi alarm pada diri kita yang sentiasa leka dengan perhiasan duniawi.


“Seru ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahas dengan mereka dengan cara yang paling baik; sesungguhnya Tuhanmu lebih mengetahui orang yang sesat daripada jalan-Nya dan Dia juga yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk”
(Surah an-Nahl, Ayat 125)


Jelas lagi terang bahawa ayat di atas mengajak kita untuk menjemput atau membawa hati-hati manusia kepada yang lebih baik. Secara tidak langsung,ianya mengajak kita menjadi daie (penyeru ke arah kebaikan) untuk hati kita sendiri sebagai manusia. Permulaan bahasa yang sopan lagi lembut, serta dengan sebaik-baik cara. Semua makhluk Allah sukakan sentuhan lembut yang tiada kekasaran.
Hidup ini memerlukan kawan atau kata mudahnya bantuan. Tiada makhluk Allah yang mampu hidup tanpa bantuan. Hanya Dia yang maha kuasa yang mampu hidup di atas kakiknya sendiri (Qiamuhu binafsih). Percaya atau tidak itulah realiti hidup. Cuba kita bayangkan sejenak, mampukah pokok hidup tanpa bantuan air? Mampukah manusia hidup tanpa bantuan udara?


Mampukah kita hidup di dunia ini tanpa seorang kawan? Gembiranya kita jika mempunyai kawan. Tambahan  pula mendapat teman yang sentiasa mengikut telunjuk kita. Bila kata ‘A’, itulah yang dia buat. Bila suruh ‘Z’, dia pon ikut dengan rela. Tak perlu dikerah. Tak perlu dipaksa. Tak perlu nak marah. Ikut pon tanpa banyak soal dan pertanyaan.
Baik ke buruk tak dihiraukan. Fikir pon tak perlu. Kerjanya ikut apa yang disuruh. Kalau tak ikut arahan, rasa macam hidup ni tak lengkap pula. Wah, seronokkan. Kita suruh je dia buat. Kita pula, goyang kaki dan tangan. Terasa seperti dunia ni ana yang punya.


Tapi......
Sayang seribu kali sayang.....


Ianya tidak semudah itu. Ibarat merelakan diri memijak duri. Membiarkan diri dimaki, dicerca, dihamun dan sebagainya. Disuruh buat sekali dua boleh la. Berkali-kali, mahu angin puting beliung datang menyerang. “Ada kaki ada tangan, buat la” tamparan hebat menyinggah. Kan dah tak sedap dengar. Kemudian ukhwah pon terganggu. Tak syokklaahhhh...
Itu yang jenis tak dapat kawal mulut la. Setengah insan yang lain pula, jenis diam je. Apa disuruh buat tanpa bunyi dengan rela. Tapi, hati berkumat kamit tanpa henti dengan kejam. Dimaki hamun si penyuruh tu. Ini lagi parah rasanya. Kasihan pada hati tu. Tak boleh nak tenang dan ikhlas buat kerja. Sebaiknya jujur kepada sang penyuruh. Cakap dengan lembut. Ingat! Semua manusia sukakan kelembutan, bahkan diri kita sendiri. Even, kita mangsa kekasaran. Bersabarlah!! Sebaiknya jujur, walau hati tak sanggup nak menerima. Sekurang-kurangnya ada masa untuk diubati hati yang kesakitan tu.


Ilmu di dada amat penting dalam keadaan yang sebegini. Hanya ilmu yang boleh memimpin seseorang untuk menggerakkan tindak tanduk seterusnya,sama ada perbuatan baik atau tidak baik. Kehebatan ilmunya bergantung sejauh mana pendedahan Qalbunya menikmati hidangan kalam suci dan cara memeliharanya.
Nabi Muhammad berkata,


“Sesungguhnya sebaik-baik ucapan adalah Al-Quran dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Nabi Muhammad. Seburuk-buruk perkara adalah yang diada-adakan dan semua perkara itu adalah sesat.”
(Direkodkan oleh Muslim)


Petunjuk dan panduan sudah ada tersedia. Cuma tinggal untuk kita melaksanakan sahaja. Ianya tidak begitu mudah tetapi amat penting jika kita istiqamah melakukanya. Walaupun dalam masa yang sekejap kita menimba, tetapi ianya adalah sesuatu yang berbaloi jika kita dapat ingat sampai bila-bila.
Kebiasaan manusia ni bila dah disoal, baru nak mencari, baru la nak rasa malu sebab tak dapat jawab apa yang ditanya. Bikin malu untukdiri sendiri. Bijak bestari berkata, “Dah terhantuk, baru nak mengadah”. Selagi tak disoal, ditanya duk diam je. Bukan orang lain la,saya pon begitu. Kita cakap berdasarkan pengalaman. Contoh, kita ditanya oleh orang luar, Guru besar la katakan (biasanya orang terdekat tak de pape perubahan pon) “Apa nama Perdana Menteri?”  Tak dapat jawab. Pastu baru la kita cakap sorang2, "apa la kau, nama PM pon tak tahu"  dan macam2 lagi la. Ish3...

Berubah la wahai diri ^_^

Sini dahulu ye kawan2. Ni pon tunggang terbalik. Maaf jika ada kekasaran atau menyinggung perasaan siapa2. Niat di hati hanya untuk perkongsian dan merawat hati ini, tidak sekali ditujukan pada sesiapa. Akhir kalam dengan lafaz “Moga Anda semua sentiasa dalam redha-Nya.. Ameen”

Mohon tunjuk ajar dari anda semua ^_&



::Wassalam::

~~ Wordless Sunday ~~

" Kegembiraan mu, kebahagiaan ku "



Moga kita semua dipelihara-Nya
Selamat Berzikir ^_^

::wassalam::

::Tey-pong kakcik::

Assalamualaikum...

Moga kehidupan anda pada hari ini ceria lagi membahagiakan. Alhamdulillah, jari-jemari saya masih rancak menari di atas keyboard menerusi lagu rock nyanyian Faizal Tahir (cewah...)
Anda ada?? ..hihihihi.. gurau2 saja. Jangan marah ya,nanti kene jual. Ting tong =P

Ok.. semua senyap dan harap tenang ye. Cerita saya akan bermula sebentar lagi.. kih3..
Suasana sepi digegarkan dengan satu panggilan hangit,yang tak berapa nak hhh0ootttt... =D

Krrriiinnnnnggggggg..... ( tp ringtone saya bukan bunyi itu @_@.. hihihi ) saya pun angkat dengan sambutan salam. "Assalamualaikum, ye kakcik.." (terkejut sebab tiba-tiba kakcik kol,sebelum ni tak pernah kol pon... Rindu gamaknya.. hihihihi.. guro je ye kakcik.. maaf ^_^) Kakcik menjawab salam dan teruskan dengan hajatnya "bla..bla.. bla.." (rahsia meh..hihihi)

"Call ended..." Huhuhuhu... saya dapat lagi satu masalah besar rasanya.. Walaupon apa yang kakcik sampaikan itu adalah sesuatu yang saya nanti-nantikan sebagai satu berita gembira. Tapi apakan daya.. Sebelum talipong berdering, saya sedang poning memikirkan kelas intensif. Saya dapat tawaran masuk kelas intensif pada 19 sept dan kakcik pula nakkan saya hadir pada 20 sept.. Macam mana ni?? Arrrrggggghhhh.....
Mesti kawan2 tertanya-tanya apa hajat kakcik kan? (kalau tak tanya pon saya cerita ^_^)

Kakcik tawarkan saya jadi guru ganti di sekolahnya (SEKOLAH KEBANGSAAN PUSAT BANDAR PUCHONG 1)
huhuhu.. Guru ganti je,bukan tetap pon tapi tawaran inilah yang saya nanti-nantikan. Ianya sekadar untuk menimba pengalaman di sekolah rendah. Sebelum ni saya mengajar juga, tapi cuma sekolah rendah agama yang kecil (kecil yang dimaksudkan bilangan pelajar yang tidak begitu ramai) dan saya cuma ingin merasakan suasana di sekolah kebangsaan dengan bilangan pelajar yang ramai. Alhamdulillah, peluang da ada. Cuma rezeki belum pasti (ketika itu la). kerana kekeliruan  datang melanda diri.

Habis semua kawan-kawan saya serbu. "Yang mana satu aku patut pilih ni?" Jawapan teman seperjuangan ku "pilih la kelas, kelas lebih penting dari pengalaman. InsyaAllah rezeki akan datang bila-bila masa. Now, capaikan cita-cita dan penuhi impian ibu bapa dulu" Wah.. baguskan kawan-kawan saya. Alhamdulillah, decision telah ditetapkan. Ibu ayah pula hanya ikut yang mana saya mampu buat untuk masa depan, tapi saya tahu orang tua saya lebih kepada kelas dan tidak pada kerja.

Saya pon ambil tepong dail kakcik, tak sempat kakcik angkat saya da bercakap (eh,silap.. guro je..) mestilah kakcik dah angkat baru bercakap. kan kakcik ^_^
Saya beritahu kakcik yang saya tak dapat nak terima tawaran tu. Walau hati terasa berat untuk menolak. Apakan daya, itu adalah perkara tepat yang saya harus lakukan. Kakcik pon tak boleh buat apa-apa, takkan kakcik nak pukul saya pulok (agpon silah bukan orang penting pon sampai nak desak2 camtu..hihihi).

--Kisah pon tamat untuk 19 sept (isnin) hingga 22 sept (khamis)--




Menyemai kasih Menuai sayang


Kasih sayang terikat 5 bulan yang lalu. Melapang dada menimba ketenangan. Cantik indah bak bunga di taman. Bahagia dirasai tidak terkata. Begitulah yang dirasakan sepasang suami isteri (Azam dan Syira) yang kini hanya menanti buah kasih hadir lambang cinta mereka.

Tika suasana sunyi, Syirah menyapa suaminya sambil berbicara "wahai kekanda ku yang tercinta. Peganglah tanganku dengan penuh kasih dan sayang mu"

Azam merapati isterinya lalu menyambut lembut tangan isterinya membalas "Wahai bidadariku tersayang. Ada sesuatu yang sayang mahu khabarkan pada abang?"

Senyuman manja terukir dari bibir Syirah
"Ada dua perkara yang sayang mahu kongsikan bersama abang. Satu berita baik dan satu lagi berita buruk. Yang mana satu abang mahu sayang ceritakan terlebih dahulu??"

Azam menjawab
"Abang mahu mendengar berita buruk dahulu,mudah-mudahan abang dapat sabar dan tabah mendengarnya. Dan moga berita baik yang kemudiannya dapat menghilangkan kesedihan dari berita buruk itu"

"Abang... jodoh, pertemuan, ajal maut adalah milik Allah. Kita juga telah disatukan dengan ikatan nikah. Sayang bersyukur kerana dikurniakan abang sebagai imam sayang. Pengakhiran kehidupan adalah kematian. Bersabarlah abang, Syirah mengidap penyakit yang bakal meragut nyawa. Syirah cuma diizinkan hidup selama sembilan bulan sahaja lagi" kata Syirah..

Terkejut Azam mendengar berita isteri tersayangnya. Menitis air matanya sambil berkata
"Innalillahi wa inna ilaihi roji'un. Penyakit apa sayang?
Esok kita pergi ke hospital ya. Kita buat pemeriksaan baru."

Syirah menjawab,
"Abang penyakit ini amat bahaya, ramai orang telah mati disebabkan penyakit ini. Penyakit ini tiada ubat wahai abang ku"

Kesedihan Azam pada bidadarinya membuatkan dia terlupa akan berita baik yang mahu Syirah sampaikan. Azam terus memujuk isterinya untuk berjumpa doktor pakar
"Sayang, esok kita jumpa dengan doktor pakar ya."

Syirah menjawab
"Abang penyakit yang sayang hadapi ni tiada ubat. Cukuplah dengan kasih yang abang berikan pada sayang, Ianya sudah cukup untuk dijadikan ubat pada sayang. Andai sayang mati, adakah abang akan menikah lagi?"

Azam menjawab
"Sayang abang belum puas lagi untuk bermanja dengan sayang. Esok kita pergi ke hospital. Kita usaha untuk mengubatinya."

Syirah berkata
"Abang terlalu risaukan sayang sampai lupa berita baik yang belum sayang ceritakan"

Azam terus mengelap air matanya dan menjawab
"Abang tahu, penyakit sayang ni ada penawarnyakan. Itu berita baik yang sayang nak beritahu abang kan?"

Syirah tersenyum, "Syirah harap berita ini dapat menggembirakan abang. Abang, Syirah mengandung

Berita baik Syirah membuatkan Azam terdiam dan tidak percaya.
Azam berkata "sayang mengandung? Bagaimana penyakit yang Syirah maksudkan tadi?
Adakah ia hanya satu gurauan?"

Syirah tersenyum melihat suaminya,
"Ye abang, Syirah mengandung dan telah disahkan doktor. Penyakit tadi bukanlah gurauan semata, tetapi berita yang benar. Bukankah kesakitan semasa bersalin nanti boleh menyebabkan kematian?"

Muka Azam kembali riang. Penyakit yang dimaksudkan Syirah telah diketahuinya. Sambil tersenyum, Azam menjawab "Abang amat bimbang penyakit itu tadi. Kalau kesakitan semasa bersalin yang sayang maksudkan, abang ada ubatnya"

"Apakah ubat itu wahai suamiku?" Tanya Syirah.

Azam menjawab "Abang akan menjaga sayang sewaktu sayang mengandung dan abang akan sentiasa berada disisi sayang ketika tibanya saat sayang melahirkan benih cinta kita"

Syirah tersenyum dan berkata"Semoga Allah merahmati kandungan ini dan mempermudahkan segala urusan kita
Azam mengaminkan doa isterinya.

~I get it~

As salam kawan-kawan. Moga anda sihat sejahtera hendaknya. Alhamdulillah,saya baru lepas siap mengemas. hahaha.. Lambatnya saya mengemaskan?? saya tak rajin macam kawan2 ^_^
InsyaAllah akan ditingkatkan kerajinan suatu hari nanti...

6 Muharram 1433, wah... cepatnya masa berlalu. Saya baru je nyanyi lagu awal muharram  kelmarin (sedapkah suara saya, jangan cemburu yaa..) hihihi.. Dah sampai enam dah.. Dah besar saya ni. Saya dah dapat kunci kebebasan.huhuhu.. "I get it".. yah00oooo....
kawan-kawan ada? Tak de kan... ngeee~

Apa yang saya dapat???
Saya dapat membesarkan badan saya... ting tong =P

Hidup dalam kehidupan ini hanya indah khabar dari rupa.. Indahnya tak seperti apa yang dilihat. Cakap memang senang, tapi nak harungi, nak lalui, nak hadapi.....
Aaaamat sukar + payah = Menyusahkan.. (saya pandai $_$)

Why, I say like that??? (betul ke ayat ni haa?? Tak pandai B.I lah.. kih3~)
Ingat tak waktu kita kanak2 dulu, nak merangkak, nak jalan, nak lari, nak mamam dll. Kita memang la tak susah. Nak........ mintak je kat bonda dengan papa.. Kalau tak dapat menangis.. Betul tak?? wee...
Tapi kita dah menyusahkan orang tua kita, mereka la yang susah payah suap kita, mereka yang bagi kita makan.. Ish.. nak cerita panjang pulak... Senang cerita, MEREKA lah yang kita susahkan..
Sayalah salah sorang yang menyusahkan PARENTS saya.. Mekacih ma n pa..

Saya dah dapat.................. Dapat apa??
Jap laa... nak cerita la ni.. heee..

"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani"
Al-Fatihah : 1

Syukur saya panjatkan pada Illahi kerana telah mengizinkan saya menyayangi-Nya kembali (macam pelik je bunyinya). Dulu bukan tak sayang... tapi leka. Kini pon ada juga LEKA, InsyaAllah akan sentiasa mengingatkan diri. Ujian datang bertalu-talu. Tanpa mengetuk pintu keizinan, dan terus serang diri ini. Apa yang dicari pon tak pasti. Kehadiran hitam menyelubungi diri sambil menghalang Nur Keimanan untuk singgah sebentar.

Betapa peritnya untuk mengharungi hidup ini. Sedar tak, kita cuma manusia biasa yang berdiri di atas kaki sendiri dari zahirnya. Tapi sebaliknya kita berdiri dengan bantuan yang kita sendiri tak nampak. Maksudnya.....????

Pesanan dan Peringatan yang sentiasa membantu saya berdiri dengan betul..
(Bagi sayalah).. Sebabnya dengan peringatan dan pesanan daripada mama n ayahanda banyak mengajar saya erti kehidupan. Walaupun ia hanya perkataan BIASA, tapi MAKSUDNYA amat mendalam yang disertai dengan hembusan kasih sayang pada seorang anak..
Contohnya :-

* Ma salu pesan : "Jaga AURAT, jangan IKUT perkara yang TAK BAIK, jangan lupa MENGAJI, jangan lupa SOLAT, jangan ...................." Macam2 jangan dia lah ^_^

* Ayah said : Jaga DIRI, Pelihara NAMA BAIK keluarga, jadilah BIDADARI terbaik yang bisa membantu keluargamu kelak..... (Ringkas je pesanan ayah kan =)
tapi bermakna You Know!!!

Dengan peringatan itulah yang bawa saya terbang tinggi sambil memikirkan kebaikan untuk diri saya kelak. Alhamdulillah, kini.... SAYA DAH DAPAT tahu apa yang cuba bonda dan papa saya terangkan. Saya hanya lihat dari kehidupan saya yang sederhana ini.

"Dan sesungguhnya agama Islam ini ialah agama kamu agama yang satu asas pokoknya, dan Akulah Tuhan kamu; maka bertakwalah kamu kepadaKu" Al-Mu'minuun : 52

Bagaimana sekalipon hidup ini, kaitkanlah kehidupan anda dengan Pencipta kita.. Dia Maha Mengetahui segala yang berlaku di dalam hidup dan kehidupan Alam ini. Kerana Dia yang merencana segalanya..
Even kita merancang yang terbaik untuk diri kita, tapi Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk kita..

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."


"Pasti ada hikmahnya......" Itulah jawapan yang selalu kita dengar jika soalan "KENAPA .......??" diajukan. Kadang-kadang saya tanya, saya yang jawab.. hhihihihi.. (pujuk hati)

^_^ Bersabarlah dalam apa jua yang bakal anda tempuhi ^_^

- Pesanan biasa di atas untuk diri saya dan teman2 -

::Wassalam::

Ibu selalu bohong~


Memang sukar untuk org lain percaya, tapi itulah yang berlaku, ibu saya memang seorang pembohong!
Sepanjang ingatan saya, sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya.
Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk menjadi renungan dan panduan anda semua.
Ambillah iktibar daripadanya dan hayatilah sebaiknya kerana itulah ibuku!
01.PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA - Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga yang miskin.
Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan.
Ada kalanya selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan seekor ikan masin dikongsi 1 keluarga.
Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi mak cepat memujuk.
Ketika makan, mak sering memberikan bahagian nasinya untuk saya.
Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, mak berkata: "Makanlah nak, mak tak lapar.".
02.PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA - Ketika saya mulai besar, mak yang gigih sering meluangkan waktu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah.
Mak berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk pembesaran kami adik-beradik.
Pulang memancing, mak memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera.
Sewaktu saya memakan gulai ikan itu, mak duduk di samping kami dan memakan sisa daging ikan yang menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi.
Saya sedih melihat mak seperti itu.
Hati saya tersentuh, lalu dengan menggunakan sudu, saya memberikan ikan itu kepada mak. Tetapi mak dengan cepat menolaknya. Mak berkata: "Makanlah nak, mak tak suka makan ikan."
03.PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA - Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Mak pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya, abang dan kakak.
Suatu dinihari, lebih kurang 1.30 pagi, saya terjaga dari tidur.
Saya melihat mak sedang membuat kuih bertemankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya lihat kepala mak terhangguk kerana terlalu mengantuk.
Saya berkata: "Mak, tidurlah, esok pagi mak kena pergi kebun pula." Mak tersenyum dan berkata: "Cepatlah tidur nak, mak belum mengantuk lagi."
04.PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT - Di hujung musim persekolahan, mak meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting.
Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, mak terus sabar menunggu saya di luar dewan.
Mak sering kali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Ilahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang.
Ketika lonceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, mak dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya.
Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang mak yang jauh lebih kental.
Melihat tubuh mak yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu untuk mak dan menyuruhnya minum.
Tapi mak cepat-cepat menolaknya dan berkata: "Minumlah nak, mak tak haus."
05.PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA - Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas adik saya baru beberapa bulan dilahirkan, maklah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga.
Mak bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan berjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan.
Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah.
Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang membantu mak.
Anehnya, mak menolak bantuan itu.
Jiran-jiran sering menasihati mak supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga mak dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga.
Tetapi mak yang memang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka.
Mak berkata: "Saya tidak perlukan cinta, saya tidak perlukan lelaki."
06.PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM - Setelah kakak dan abang habis belajar dan mulai bekerja, mak sudah pun tua.
Kakak dan abang menyuruh mak supaya berehat saja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit, tetapi mak tidak mahu.
Mak rela pergi pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi kekperluan hidupnya.
Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan mak, pun begitu mak tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut.
Malahan mak mengirim balik wang itu, dan mak berkata: "Jangan susah-susah, mak ada duit."
07.PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH - Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana di luar negara.
Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar.
Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang, kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya, juga di luar negara.
Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa mak untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara.
Pada pandangan saya, mak sudah puas bersusah payah untuk kami.
Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini mak habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula.
Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya.
Mak tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata: "Tak payahlah, mak tak biasa tinggal di negara orang."
08.PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN - Beberapa tahun berlalu, mak semakin tua. Suatu malam saya menerima berita mak diserang penyakit kanser.
Mak mesti dibedah secepat mungkin. Saya menjenguk ibunda tercinta.
Saya melihat mak terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan.
Mak yang kelihatan sangat tua, menatap wajah saya dengan penuh kerinduan.
Mak menghadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpakas menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya.
Saya dapat melihat dengan jelas betapa penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga mak menjadi terlalu lemah dan kurus.
Saya menatap wajah mak sambil berlinangan air mata.
Saya cium tangan mak, kemudian saya kucup pula pipi dan dahinya.
Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat mak dalam keadaan seperti ini.

Tetapi mak tetap tersenyum dan berkata-kata: "Jangan menangis nak, mak tak sakit."
Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali.
Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya.
Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata: MAK, SAYA SAYANGKAN MAK!
Tapi tidak saya. Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun mengasihi mak lebih dari segala-galanya, tapi tidak pernah sekalipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga mak, sampailah saat mak menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Mak, maafkan saya. SAYA SAYANGKAN MAK...!!!



P/s : hanya cerita biasa dan tiada kaitan dengan sesiapa ^_^

Dalam Kasar ada Lembut

..Assalamualaikum dan salam sejahtera..



sihat saya dengan izin-Nya sambil melatih jari, menari dengan baik di atas keyboard ni
agar dapat masuk ke final, jari siapa yang lebih lentik..
hahahah.. poyo je saya ni kan..
@_@

okey kawan-kawan kita terus ke tajuk saya kali ini
"Dalam Kasar ada Lembut"
Apakah tajuk itu??
hihihihi.. sebenarnya tak tau nak share apa
tapi silah suka dengar ayat ni..
tu yang share gak..


Ayat ni saya petik dari kawan saya
kalau kita tengok sendiri ayat tu
apa yang boleh korang simpulkan dari ayat tu??



"DALAM KEKASARAN TERSELIT KELEMBUTAN"







Muharam Al-Haram

Assalamualaikum...
Moga kalian semua sihat2 sejahtera...

Jom kita nyanyi sebentar.... ^_^

Satu Muharram Detik Permulaan 
Perkiraan Tahun Islam Hijrah 
Perpindahan Nabi dan Umat Islam 

Dari kota Makkah ke kota Madinah

Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh 
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu 
Rela Berkorban Harta dan Nyawa 

Demi menegakkan islam tercinta

Hijrah Itu Pengorbanan 
Hijrah Itu Perjuangan 
Hijrah Itu Persaudaraan 
Hijrah Membentuk Perpaduan


Hijrah Itu Pengorbanan 
Hijrah Itu Perjuangan 
Hijrah Itu Persaudaraan 
Hijrah Membentuk Perpaduan


Oleh Itu mari Semua 
Kita Sambut Maal Hijrah 
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam 
Untuk Sepanjang Zaman

Untuk Sepanjang Zaman....

Haa... pandai kawan2 nyanyi.. kali ni saya nak share pasal bulan MUHARAM laa... :)
lagipon lagi beberapa hari je kita nak sambut New Year (dalam bulan islam) ... seperti tertera di kelander kita 27 November ni awal muharam... syoknyer... Dalam syok2 tu, terasa diri semakin berusia.. hohohoho...
Alhamdulillah... umur ini masih dipanjangkan bagi mencari "NUR SYURGA".. InsyaAllah.. jom kita kejor sama2..

Nama penuh saya Muharam Al-Haram dan nickname just Muharam.. Sedap kan nama saya.. =)
Saya mengambil perkataan 'Haram' yang bermaksud Terlarang. Ini kerana budaya atau tradisi Arab mengharamkan sebarang peperangan pada nama (bulan) saya.. Selepas muncul je Islam, Umat islam boleh meneruskan tugas dan ibadat harian tanpa terikat dengan larangan. Rasulullah telah menamakan bulan Muharam sebagai Bulan Allah (Shahrullahi)..

Wah... Betapa mulianya bulan Muharam sehingga Rasulullah menamakan begitu.. Pasti ada yang menarik dalam bulan Muharam ni kan..

Daripada Al-Hassan Al-Basri Rahimahumullah sesungguhnya Allah telah membuka lembaran baru di dalam takwim islam dengan bulan Muharam.. Ianya dinamakan bulan Allah yang khas disebabkan besarnya kehormatannya..

Doa awal tahun adalah doa pembukaan bagi tahun hijrah.
Ianya dibaca selepas solat maghrib 1 Muharam setiap tahun.
(Pertukaran hari berlaku apabila masuknya waktu mghrib)




Bacalah doa ini tiga kali saat menjelang akhir tahun baru islam.
Boleh dilakukan selepas asar atau sebelum maghrib
pada tanggal 29 atau 30 zulhijjah.



PERISTIWA PENTING DALAM SHAHRULLAH :-


1 muharam ~ Khalifah Umar Al-Khatab menetapkan hari pertama dalam bulan islam.
10 muharam ~ Dinamakan 'Hari Asyura' kerana banyak berlaku hari kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah menegakkan keadilan dan kebenaran.

PADA 10 MUHARAM JUGA TELAH BERLAKU :-

  1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
  2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
  3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari kapal sesudah bumi ditenggelamkan.
  4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
  5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
  6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
  7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkan Allah.
  8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
  9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  10. Laut merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengiutnya dari tentera Firaun.
  11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
  12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
  13. Hari pertama Allah ciptakan alam.
  14. Hari pertama Allah menurunkan rahmat
  15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
  16. Allah menjadikan 'Arasy.
  17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
  18. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
  19. Nabi Isa diangkat ke langit.

Alhamdulillah.. Ilmu ni saya nak tujukan pada diri saya yang masih dahagakan pengetahuan agama..
Di samping tu saya share untuk bacaan kawan-kawan dan teman seperjuangan saya..
Jika ada mistake kat atas tu, tolong tegur ye.. kalau ada yang nak tambah pon boleh.. Amat di alu-alukan.. 

~ ^_^ ~

''Salam Maal Hijrah''
-Selamat Tahun Baru-
..Happy New Year..







Menangis Kegelisahan



Terang cahaya menjadi gelita
ketenangan laut meliar dek taufan
peperangan berlaku menyengat cuma
meragut keriangan hijau-hijaun
masa berlari mencari akhiran
tanpa kesempatan undur kembali
menghalang anasir dan perosak durjana
menghadirkan sesalan semata

hidup dan kehidupan pendidik terbaik
mengajar menjadi pejuang terbilang
melatih generasi bijak bestari
meninggalkan kesan jauh ke dalam
merobek menusuk hingga ke hulu

Awan gelap mengundang gelisah
memburu qalbu sang pemusnah
mencari pencuri dan pemberontak
membunuh dengan keriangan
merialisasikan apa yang diinginkan
tanpa penghalang sebersih putih
meneruskan apa yang dihajati

Hitam dibiarkan yang abadi
menyeksa jiwa dan raga
menghalau tak mampu membenci tak kuat
masih mahu bertandang menghinggap
tanpa rela ku lihat sahaja
memunggah idea mencari penyelesaian
walaupun pasti tiada jawapan

:: Wassalam ::

Penjaga ............

Kemenangan dalam kehidupan membuat kita ketawa, mengukir senyuman yang manis, melukis keriangan pada wajah, memancarkan Nur tanpa gelap menerpa.... Alhamdulillah... Nikmat yang sangat bermakna dalam diri... Terima kasih ya Allah...
Indah sungguh!!!!!


Syukur... jari ini masih boleh menari-nari dengan rancaknya di atas keyboard ini..
Assalamualaikum kawan2... harap anda dan saya sentiasa sihat hendaknya.. ameen...
Moga apa yang kita lakukan di atas muka bumi ini diredhai dan diberkati-Nya..


LAYAR KEINSAFAN ~


Sepi benar senja ini
Bayunya semilir, menganak ombak kecil
Jalur ufuk pula mengemas terang
Kapal dan layar terkapar

Mengapa nantikan senja
Barukan terdetik, pulang ke pengkalan
Gusar malam menghampiri
Ku tewas di lautan

Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan

Biar Kau menjadi saksi
Tulus tangisku kala dini hari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar
Berikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi

PadaMu Tuhan
Kan kuserahkan cinta kepadaMu

Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan

Harapanku moga dikurniakan
Manisnya iman berpanjangan
Moga lautan hilang gelora



Ameen... ameen ya Rabbal Al-Amin.... ^^


Hidup ini adalah pengalaman.. pengalaman yang kadang-kadangnya terasa manis, tawar, masam, pahit dan kelat...
Tersenyum sendirian apabila kenangan yang manis bermain di fikiran, dan bila kenangan pahit datang menyinggah, bercucuran air mata tanpa henti..
Terasa sakit dan pedih melanda... Alangkah gembiranya andai masa boleh diputarkan kembali.. tapi itu hanya angan2 yang takkan tercapai... apa yang berlaku tetap meninggalkan titik hitam di atas selendang putih.. Walaupun telah dicuci berulang kali, hasilnya tetap sama.. Itulah kehidupan yang sebenar..
Titik hitam tu amat bermakna untuk kehidupan kita akan datang.. silap hari kelak, titik hitam tu adalah penjaga kita.. InsyaAllah..
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers ::Moga Allah Redha Asilah Dan Wazir:: Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers