JellyPages.com
Photobucket
Sentiasa ingat Allah tika dilanda ujian dan dilimpahkan kegembiraan
Senyum itu sedekah
Tenang itu bahagia
Sabar itu indah
^_^


Hati yang mensyukuri apa yang ada, Itulah hati yang penuh dengan rasa cinta

Menyemai kasih Menuai sayang


Kasih sayang terikat 5 bulan yang lalu. Melapang dada menimba ketenangan. Cantik indah bak bunga di taman. Bahagia dirasai tidak terkata. Begitulah yang dirasakan sepasang suami isteri (Azam dan Syira) yang kini hanya menanti buah kasih hadir lambang cinta mereka.

Tika suasana sunyi, Syirah menyapa suaminya sambil berbicara "wahai kekanda ku yang tercinta. Peganglah tanganku dengan penuh kasih dan sayang mu"

Azam merapati isterinya lalu menyambut lembut tangan isterinya membalas "Wahai bidadariku tersayang. Ada sesuatu yang sayang mahu khabarkan pada abang?"

Senyuman manja terukir dari bibir Syirah
"Ada dua perkara yang sayang mahu kongsikan bersama abang. Satu berita baik dan satu lagi berita buruk. Yang mana satu abang mahu sayang ceritakan terlebih dahulu??"

Azam menjawab
"Abang mahu mendengar berita buruk dahulu,mudah-mudahan abang dapat sabar dan tabah mendengarnya. Dan moga berita baik yang kemudiannya dapat menghilangkan kesedihan dari berita buruk itu"

"Abang... jodoh, pertemuan, ajal maut adalah milik Allah. Kita juga telah disatukan dengan ikatan nikah. Sayang bersyukur kerana dikurniakan abang sebagai imam sayang. Pengakhiran kehidupan adalah kematian. Bersabarlah abang, Syirah mengidap penyakit yang bakal meragut nyawa. Syirah cuma diizinkan hidup selama sembilan bulan sahaja lagi" kata Syirah..

Terkejut Azam mendengar berita isteri tersayangnya. Menitis air matanya sambil berkata
"Innalillahi wa inna ilaihi roji'un. Penyakit apa sayang?
Esok kita pergi ke hospital ya. Kita buat pemeriksaan baru."

Syirah menjawab,
"Abang penyakit ini amat bahaya, ramai orang telah mati disebabkan penyakit ini. Penyakit ini tiada ubat wahai abang ku"

Kesedihan Azam pada bidadarinya membuatkan dia terlupa akan berita baik yang mahu Syirah sampaikan. Azam terus memujuk isterinya untuk berjumpa doktor pakar
"Sayang, esok kita jumpa dengan doktor pakar ya."

Syirah menjawab
"Abang penyakit yang sayang hadapi ni tiada ubat. Cukuplah dengan kasih yang abang berikan pada sayang, Ianya sudah cukup untuk dijadikan ubat pada sayang. Andai sayang mati, adakah abang akan menikah lagi?"

Azam menjawab
"Sayang abang belum puas lagi untuk bermanja dengan sayang. Esok kita pergi ke hospital. Kita usaha untuk mengubatinya."

Syirah berkata
"Abang terlalu risaukan sayang sampai lupa berita baik yang belum sayang ceritakan"

Azam terus mengelap air matanya dan menjawab
"Abang tahu, penyakit sayang ni ada penawarnyakan. Itu berita baik yang sayang nak beritahu abang kan?"

Syirah tersenyum, "Syirah harap berita ini dapat menggembirakan abang. Abang, Syirah mengandung

Berita baik Syirah membuatkan Azam terdiam dan tidak percaya.
Azam berkata "sayang mengandung? Bagaimana penyakit yang Syirah maksudkan tadi?
Adakah ia hanya satu gurauan?"

Syirah tersenyum melihat suaminya,
"Ye abang, Syirah mengandung dan telah disahkan doktor. Penyakit tadi bukanlah gurauan semata, tetapi berita yang benar. Bukankah kesakitan semasa bersalin nanti boleh menyebabkan kematian?"

Muka Azam kembali riang. Penyakit yang dimaksudkan Syirah telah diketahuinya. Sambil tersenyum, Azam menjawab "Abang amat bimbang penyakit itu tadi. Kalau kesakitan semasa bersalin yang sayang maksudkan, abang ada ubatnya"

"Apakah ubat itu wahai suamiku?" Tanya Syirah.

Azam menjawab "Abang akan menjaga sayang sewaktu sayang mengandung dan abang akan sentiasa berada disisi sayang ketika tibanya saat sayang melahirkan benih cinta kita"

Syirah tersenyum dan berkata"Semoga Allah merahmati kandungan ini dan mempermudahkan segala urusan kita
Azam mengaminkan doa isterinya.

No comments:

Post a Comment

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers ::Moga Allah Redha Asilah Dan Wazir:: Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers