Tolong Sampaikan Kepada Si Dia..
Tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya…
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cinta
Nya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal
membuatnya alpa…
Tolong nasihati si dia, jangan mencintaiku lebih
dari dia mencintai Yang Maha Esa…
Tolong nasihati si dia, jangan mengingatiku
lebih dari dia mengingati Yang Maha Esa…
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih
dari dia mendoakan ibu bapanya…
Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah
kerana di situ ada syurga…
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu
bapanya kerana di telapak itu syurganya…
Tolong ingatkan si dia, aku terpikat kerana
imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia, aku lebih cintakan
zuhudnya bukan harta…
Tolong
ingatkan si dia, aku kasihinya keran santunnya ….
Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan
cinta manusia…
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam
angan-angannya…..
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal
fikirannya…..
Tolong sedarkan si dia, aku milik Yang Maha Esa…
Tolong sedarkan si dia, aku masih milik
keluarga….
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnynya besar
kepada keluarga…
Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala
cita-cita belum terlaksana…
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan
dirapati kerana menjaga batasan cinta…
Tolong sabarkan si dia, bila jarak menjadi
penyebab bertambah rindunya….
Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca
kegagalannya…
Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi
fitnah besar kepadanya….
Tolong pesan padanya. Aku membiarkan Yang Esa
menjaga dirinya….
Tolong khabarkan pada si dia, aku tak mahu
melekakan dia….
Tolong khabarkan pada si dia,aku mahu dia
Berjaya dalam impian dan cita-citanya….
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong
dalam kejayaanku…
Tolong sampaikan pada si dia. Aku mendambakan
cinta suci yang terjaga….
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini
terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa…
Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tak
mampu memberitahunya sendiri…
Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa
si dia…moga pesananku sampai padanya... moga dia seekor lebah yang sentiasa
memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya
dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya…simpanlah pesananku ini
sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti…
No comments:
Post a Comment