JellyPages.com
Photobucket
Sentiasa ingat Allah tika dilanda ujian dan dilimpahkan kegembiraan
Senyum itu sedekah
Tenang itu bahagia
Sabar itu indah
^_^


Hati yang mensyukuri apa yang ada, Itulah hati yang penuh dengan rasa cinta

~~~~ jangan salahkan takdir!! ~~~~


“Sarah rasa sue dah salah faham.” Kata sarah. “Salah faham apanya sarah,sue nampak dengan mata kepala sue sendiri la.” Balas sue. Pertengkaran berlaku setelah sue berkali-kali ternampak sarah berjumpa dengan suhaimi, tunang sue dan dalam masa yang sama kenalan rapat sarah sewaktu kolej dahulu. Akhirnya pertelingkahan antara sue dan sarah berakhir dengan putusnya tali persahabatan mereka yang telah terbina sejak 26 tahun yang lalu, hanya kerana seorang lelaki. Sarah amat kecewa dengan sikap sue yang tidak memberinya peluang untuk menerangkan perkara yang sebenar.

Sarah faham sue. Sarah dah masak dengan perangai sue yang kuat cemburu. Teringat waktu zaman sekolah dulu. Ketika itu sarah ada kawan rapat lain selain sue, namanya Mariam. Kami rapat sejak kem bina jati diri anjuran Rakan Muda. Sue tak dapat join aktiviti tu, atas sebab-sebab yang tertentu. Cikgu memberi kami kumpulan, dan kebetulan Mariam satu kumpulan dengan sarah. Jadi sejak itu kami rapat, sehingga habis kem pun, kami tetap rapat. Suatu hari Sue ternampak Sarah bersama Mariam menuju ke perpustakaan. Sue datang menghampiri kami dan terus tarik sarah. Terkejut juga waktu tu, tapi tak kisah la. Sebab Sarah dah biasa dengan sue. Kemudian sue marah sarah sebab abaikan sue, dan rapat dengan mariam. Sarah cakap baik-baik dengan sue, sue faham dan tinggalkan kami dengan senyuman. Satu-satu perkara yang sarah suka, sue ni bukan jenis yang suka malukan sarah. Sue marahkan sarah pun dalam nada yang sangat perlahan, sehinggakan mariam tidak dengar perbualan kami. Rasa macam kelaka je waktu tu. Sarah tersenyum sendiri je, kalau kenangkan saat itu.

Kalau diingat-ingatkan memang sedih. Ianya tetap kenangan manis untuk sarah. =) Tapi sarah respect pada sue. Sue pandai jaga persahabatan. Sue bukan seorang yang suka maki hamun. Walaupun sue agak kasar orangnya, sue tetap baik. Sarah suka kawan dengan sue. Sejak sue putuskan hubungan dengan sarah, sue dah tak message sarah. sue dah tak kol sarah. Sarah rasa sunyi tanpa sue. Tapi sarah pernah baca buku sue, buku tu sue pinjamkan pada sarah, dalam buku tu tertulis “Manusia tidak pernah keseorangan, Allah sentiasa berada di sisi manusia, tetapi dengan syarat manusia itu yang meletakkannya.” Sarah tak pernah keseorangan. ^__^

Ada satu hari tu kan, sarah pergi Kelantan dengan keluarga. Sue pernah bagitahu sarah waktu form 2, sarah ingat lagi. Sue cakap “sarah, aku teringin la nak pergi Kelantan, barang kat sana murah-murah tau. Nanti kalau ko pergi, jangan lupa ajak aku tau ataupun ko beli je kain sutera untuk aku.” Sarah senyum je waktu sue cakap camtu. Sebab sarah nekad nak bawak sue datang. Tapi kan sue, sebelum sarah nak datang Kelantan, sarah kol sue. Sue tak angkat. Sarah cuma fikir positive jela, mungkin sue sibuk. Takpela, sarah dah belikan kain untuk sue. =)

“Cantiknya kain ni sarah, untuk siapa ni?” Tanya mak. Sarah jawab “kain ni untuk sue mak, sue ada pesan dulu, dia nak kan kain sutera.” “o0.. cakap pasal sue, mak dah lama tak nampak sue, dia ada kat mana sekarang ni?” Tanya mak kembali. Tersentak sarah dengar soalan mak tu, mak tak tahu yang kita gaduh, dan untuk pengetahuan sue, dah banyak kali mak dan adik tanya pasal sue, tapi sarah salu ngelat, sarah tak nak diorang tahu yang kita gaduh. Sarah nak diorang tahu kita sentiasa rapat dan dalam keadaan baik. “sarah...” sapa mak yang melihat sarah tengah mengelamun. “Eh, ye mak, maaf. Sarah menung pula. Mak tanya sue ye. Sue baik-baik je mak. Sekarang ni dia sibuk sikit, tu yang jarang lawat kita sekeluarga. Mak jangan bimbang ye.” Balas sarah sambil senyum.

Sue nak tahu, sekarang dah tiba seruan sarah untuk mebina masjid. Alhamdulillah. Sesungguhnya dalam kegembiraan ini, sarah amat sedih kerana tak dapat nak kongsi kegembiraan ini dengan sue. Sarah message sue bagitahu yang sarah nak nikah pada malam 17 jun 2004 dengan Sulaiman. Tapi sue tak balas. Tak pela sarah faham, mungkin sue terlampau sibuk sampai tak berkesempatan nak balas message sarah kan. Sarah rasa Sue tahu yang sarah memang dah lama kenal dan suka dengan sulaiman, tapi sarah tak faham, kenapa sue cemburukan sarah dengan suhaimi. Mungkin sue sayangkan suhaimi sangat. Takpe sue, sarah harap sue datang ye. Sarah nak sue ada di sisi sarah waktu tu. Sarah nak kita sama-sama gembira, sebab sue pernah cakap nak nikah sekali dengan sarah. Mungkin semua itu takkan berlaku kan sue.

Tiba hari pernikahan, sarah cakap dengan mak, yang sue akan datang. Walaupun sarah tak tahu yang sebenarnya sue datang atau tidak. Mak seronok, mak kata mak rindu sangat kat sue. Sarah pun tersenyum tengok mak. Sue tahu, saatnya kami akan menikah, sarah dapat satu panggilan dari pihak pengantin lelaki, yang memberi khabar kereta pengantin lelaki kemalangan. “Innalillah.” Itulah ayat yang keluar dari mulut sarah. Sarah cuba tenangkan diri. Kami semua menuju ke hospital sungai buluh untuk melawat Sulaiman. Tiba kami di situ, doktor tidak benarkan kami lawat sulaiman. Katanya pembedahan sedang dijalankan. Macam teruk je bunyi doktor tu cakap. Sarah cuba tenangkan diri. Mungkin Allah sedang uji sarah dengan persahabatn kita dan ditambah pula dengan musibah yang menimpa bakal suami sarah. Istighfar je yang mampu sarah mampu lakukan. Sue pernah pesan, kalau apa-apa yang menimpa banyakkan istighfar, sebab mungkin apa yang berlaku atas kita adalah kesilapan lalu kita.

“sabar sarah..” kata bakal emak mertua sarah. Sarah senyum. Setelah sejam berlalu doktor keluar dari bilik pembedahan, dan mengatakan Sulaiman telah pergi untuk selama-lamanya. Ya Allah beratnya dugaan ini. Sarah pengsan dan di masukkan dalam wad. Apabila sedar, sarah menangis. “sabar nak, Allah lebih sayangkan Sulaiman, sedekahkan Al-Fatihah untuk Sulaiman ye nak” pujuk mak. Sarah terus menangis kenangkan nasib. Tapi Alhamdulillah. Sarah mencari kekuatan hidup dalam masa dua hari je. Semua tu dengan keizinan Allah kan sue? Sue tahu, sarah kuat dengan kata-kata sue. Sue pernah cakap “jangan salahkan takdir atas apa yang berlaku dalam hidup kita ni. Ingat ye sarah, walau apa pun yang berlaku ko tak boleh salahkan takdir. Sebab setiap apa yang berlaku dalam hidup kita ni, pasti ada hikmah yang tersembunyi. Ko kena kuat hadapi ujian hidup ini.” Ingat lagi, sue cakap camtu, sebab sarah putus cinta. Sarah putus dengan Adi. Ingat tak?

Sarah dah sihat, dan sejak itu sarah redha dengan apa ketentuan Illahi pada sarah. Sue, sarah tak pernah salahkan sue atas apa yang berlaku pada persahabatan kita. Sarah faham keadaan sue waktu tu. Mungkin sue perlukan waktu. Dah 3 tahun kita tak berjumpa sue. Cepat je masa ni berlalu. Terasa rindu sangat kat sue. Mesti sekarang ni sue dah bahagia dengan suhaimi. Cakap pasal suhaimi. Sarah minta maaf ye sue. Hari tu, 28 november 2004, sarah ada jumpa Anjeli, kawan baik sue waktu kolej dulu. Anjeli ada cakap yang suhaimi ada hati pada sarah. Baru la sarah tahu, kenapa sue marah sangat dan cemburu dulu. Maaf ye sue, setelah 3 tahun baru sarah tahu. Kenapa sue tak bagitahu sarah?? Mungkin sue takut kehilangan suhaimi. Tak pe sue, sarah faham.

Hari ni, 18 julai 2005, sarah dah penat menulis la sue. Sarah rasa dah tiba masanya sarah kirimkan surat ini pada sue. Sarah harap, sue dalam keadaan sihat sentiasa. Waktu sue terima surat ini, mungkin sarah sudah pergi jauh. Tapi sue kene ingat, sue sentiasa ada dalam hati sarah. Sue sahabat dunia akhirat sarah. Sarah sudah memaafkan sue. Sue, jangan salahkan takdir ye. Sarah mengidap penyakit barah sejak 4 tahun yang lalu. Sarah tak nak beri tahu sue, sarah takut sue sedih. Jadi sarah rahsiakan daripada sue. Sue jangan sedih-sedih tau. Kalau sue rindukan sarah, sue bacakan surah al-Fatihah untuk sarah tau. Assalamualaikum sue, salam sayang untuk mu.


Tulus ikhlas dari sahabat mu
Sarah

No comments:

Post a Comment

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers ::Moga Allah Redha Asilah Dan Wazir:: Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers