JellyPages.com
Photobucket
Sentiasa ingat Allah tika dilanda ujian dan dilimpahkan kegembiraan
Senyum itu sedekah
Tenang itu bahagia
Sabar itu indah
^_^


Hati yang mensyukuri apa yang ada, Itulah hati yang penuh dengan rasa cinta

Nilai cinta

Cinta itu cahaya sanubari
Kurniaan tuhan fitrah insani
Dan di mana terciptanya cinta
Di situ rindu bermula
Cinta itu tidak pernah meminta
Tetapi memberi sepenuh rela
Rasa bahagia biarpun sengsara
Berkorban segala-gala
Semua kerana cinta
Yang pahit manis di rasa
Menghibur nestapa merawat duka
Damai di jiwa
Terpadam api benci permusuhan
Terjalin kasih sayang
Begitu cinta yang diidamkan
Tanpa nafsu yang mencemarkan
Dan jangan pula kerana bercinta
Kita pun leka entah ke mana
Tergadai sebuah maruah agama
Cinta yang sejati hanya cintakan illahi
Cinta ayah bonda tulus suci selamanya

Lagu ni silah tuju kepada kenalan blog silah
Tajuk lagu ni “kerana cinta” nyanyian inteam

Martabat cinta itu sangat tinggi. Kurniaan Allah kepada manusia. Cinta ini fitrah manusia, tapi jangan sampai cinta yang kita miliki itu menjadi fitnah. Cinta itu bersih dan suci. Tinggal manusia yang mencorakkannya. Seperti anak kecil yang baru dilahirkan. Mereka bersih seperti kain putih yang suci. Ibu bapalah yang mencorak anak-anak itu. Jika ajaran yang diberikan penuh didikan agama, maka terpeliharalah anak-anak itu. Jika sebaliknya, maka terjatuhlah mereka.

“Allah did not promise that life would be easy, but he did promise to go with you. Every step of your life, with him by your side”
Terciptanya manusia di muka bumi ini dengan satu tanggungjawab yang sama. Setiap kejadian pasti mempunyai maksud yang tersirat dan tersurat. Allah tidak menjanjikan kehidupan di dunia ini mudah dan senang, tetapi apa yang dijanjikan-Nya adalah Dia sentiasa bersama manusia, dengan syarat kita (manusia) yang meletakkan Dia di sisi kita. Untungnya manusia kerana tidak pernah keseorangan.

Cinta yang diredhai Allah akan terus ke syurga, tidak perlu melalui jambatan untuk ke syurga. Cinta ini memerlukan pengorbanan. Bukan pengorbanan kerana manusia, tetapi pengorbanan kerana Allah. Bukan mudah untuk lakukan pengorbanan. Jika anda berjaya melakukannya, andalah juara dalam percintaan. Semua manusia mampu memiliki cinta, tapi hanya segelintir yang boleh membawa cintanya seiring dengan cinta kepada Allah.

Hadirnya kebahagiaan dalam hidup kerana cinta. Hubung kait kebahagiaan dan cinta adalah sesuatu yang sangat rapat. Ianya tidak boleh dipisahkan. Apabila cinta berputik, pasti bahagia bertandang. Seolah-olah seperti irama dan lagu, yang sentiasa seiring. Jika dipisahkan, pasti lain bunyinya. Dalam mencari titik bahagia, kita perlu yakin dengan Allah. Satu perkara yang harus diingati “Jika Allah mahu memberi, Dia pasti akan beri.” Allah itu tidak bakhil (kedekut), tetapi Allah itu Maha kaya, Maha memiliki dan Maha memberi. Ikatan perhubungan dengan Allah amat penting bagi mendapat keizinan-Nya untuk mencapai atau memilliki sesuatu perkara.

Dunia adalah landasan untuk meraih taman di akhirat. Kehidupan di atas muka bumi ini amat penting dalam mencapai kemenangan di akhirat kelak. Mengapa penting? Kerana dunia adalah terowong ke akhirat, tetapi sepanjang terowong itu pelbagai rintangan yang bakal kita hadapi untuk sampai ke penghujungnya. Cabaran dunia tidak mudah dan tidak susah. Cuma memerlukan kekuatan dan keyakinan untuk melaluinya. Cara terbaik ialah mendekatkan diri pada Allah, apabila kita kenal dan rapat dengan Allah, Allah juga akan kenal kita. Jom kita usaha untuk mencapai nilai cinta yang sekuat besi, sekeras kayu, selembut salju dan semanis kurma disertai keberkatan dan keredhaan Illahi ~~ ^__^

Ya Allah, Jauhkanlah kelekaan dan kealpaan
Sehingga terlupa menyebut nama-Mu

Doa Rasullullah dihadapan Dhimad Al-Azdiy yang bermaksud :
“Sesungguhnya segala puji hanya bagi Allah, kami memohon pertolongan kepada-Nya dan kami memohon keampunan kepada-Nya
Dan kami memohon perlindungan kepada-Nya daripada kejahatan diri kami dan keburukan amal kami.
Sesiapa yang diberi hidayah maka tiada siapa dapat menyesatkannya
Dan sesiapa yang disesatkan maka tiada siapa yang dapat memberi hidayah kepada-Nya.
Aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah Yang Esa yang tiada syirik bagi-Nya
Dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu hamba-Nya dan pesuruhnya.”

Moga perkongsian yang tak seberapa ini dapat menambahkan
Kekuatan cinta dalam diri silah dan kawan-kawan
Bagi meraih cinta sejati
Cinta kepada “Pemberi Cinta”

_Wassalam_

No comments:

Post a Comment

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers ::Moga Allah Redha Asilah Dan Wazir:: Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers