JellyPages.com
Photobucket
Sentiasa ingat Allah tika dilanda ujian dan dilimpahkan kegembiraan
Senyum itu sedekah
Tenang itu bahagia
Sabar itu indah
^_^


Hati yang mensyukuri apa yang ada, Itulah hati yang penuh dengan rasa cinta

Saya tak kisah




Saya suka jalan-jalan. Saya suka jalan dengan kawan baik saya. Nama kawan baik saya syirah. Dia seorang yang baik. Dia suka tolong saya. Kami berkawan sejak kecil lagi. Semua masalah dia, dia beritahu saya. Begitu juga saya. Saya rasa saya manja sangat dengan dia. Syirah ramai kawan, dia selalu ajak saya jumpa kawan dia. Saya tak kisah. Kalau boleh,semua kawan dia, saya kene tahu dan kenal. Kadang-kadang pening jugak la. Tapi saya tak kisah. Bila ramai kawan ni best. Cuma saya minta maaf la, saya ni seorang pelupa sikit. Kalau jumpa saya di mana-mana tegur la ye. Kemudian kenalkan diri. Saya ok je. Saya tak kisah ^_^

Pada suatu petang, saya pergi jalan-jalan dengan syirah. Saya nampak awak. Tapi, awak tak nampak saya. saya tengok awak keluar dengan perempuan lain. Ermm... saya terdiam jugak, tapi tak pe. Saya tak kisah. Lagipun awak bukan siapa-siapa pada saya. dan saya tak de hak pun nak sibuk hal peribadi awak. Saya cuma terkejut tambah sedih je. Saya bagitahu syirah. Syirah terkejut. Dia nak pergi jumpa awak, tapi saya tak bagi. Saya cakap, biarlah mereka. Lagipun kawan je tu. Saya tak kisah.

Kehidupan mesti diteruskan. Saya ok je. Masih riang dan gembira macam dulu, sampai syirah terlupa yang saya sedang sedih. Saya tak kisah. Kami bekerja berbeza tempat. Selepas kerja mesti syirah jumpa saya. sebab kami menyewa satu rumah yang sama. Seronokkan kawan dari kecil sampai ke besar. Malam ni, saya sengaja ajak syirah makan luar, sebab saya malas nak masak. Syirah pun nampak macam lapar sangat. Kami keluar makan char kueh tiaw. Tiba-tiba saya dapat message daripada awak. Awak wish selamat malam. Saya biar dulu message awak tu, saya harap awak tak kisah, sebab kami kan tengah makan.

Tiba di rumah, syirah ucap nite. Mahu tidur dulu katanya. Mungkin penat sangat. Saya basahkan diri sebentar untuk dapatkan tidur yang nyenyak. Setelah selesai, saya letakkan badan di atas katil sambil mencapai telefon bimbit. Saya menaip balas message awak tadi. Saya Cuma taip “nite”. Awak tak tidur lagi. Awak balas message saya dengan panjang sekali “lama awak menghilang, awak pergi mana. Saya cuba kol awak,tapi tak dijawab. Sejak akhir-akhir ni message pun lambat balas.” Saya tersenyum membaca message awak tu, tapi hati saya sedih. Saya tak kisah, dan saya mengabaikan message awak. Saya tidur dengan lena sekali. Harap awak tak kisah =)

Esok pagi syirah kejutkan saya. Terkejut juga melihat sarapan yang telah siap terhidang di atas meja. Kami sarapan sama, syirah pun nampak riang je. Kebetulan kami cuti hari tu. Jadi boleh la borak lama. Saya tanya Syirah, apa yang membuatkan dia happy dan semangat hari ni? Syirah terus tersenyum. Senyumannya kali ini agak berbeza berbanding hari sebelum-sebelum ni. Saya pun happy sangat bila syirah gembira, tapi teringin nak tahu punca syirah gembira. Sedang asyik fikirkan syirah, tiba-tiba Syirah bersuara “ikut saya balik kampung hari ni ye.” Saya dengan senang hati tanpa keberatan terus mengangguk tanda setuju untuk mengikut syirah ke kampung.

Sudah lama saya tidak menjejakkan kaki di kampung syirah. Teringat waktu budak-budak dulu,ada la sekali saya ke kampungnya. Zaman kanak-kanak, kami aktif dengan permainan masak-masak dan cikgu-cikgu. Biasalah perempuan, takkan main tembak-tembak pula. Saya tak kisah pun waktu tu. Apa yang syirah main, saya main. Syirah tidur, saya pun tidur. Rasa kelakar lak bila teringat cerita lama. Saya berjumpa dengan nani (nenek) syirah, naninya masih kuat macam dulu, walaupun umur nani dah masuk 68 tahun. Masih muda dan kuat tau. Syirah pergi ke dapur membuatkan air untuk nani, saya pula duduk besembang dengan nani. Nani tanya saya, “dah siap baju untuk pertunangan syirah?.” Saya terkejut dan terdiam. Rupanya inilah perkara yang membuatkan Syirah tersenyum riang pagi tadi. Saya senyum dan bertanya “nani, bila Syirah tunang?.” “Lagi 2 hari cu” jawab nani. Selepas itu, saya meminta izin nani untuk berjumpa syirah di dapur. Saya terus peluk Syirah. “Nape Syirah tak bagitahu yang Syirah nak tunang?.” Saje nak buat kejutan untuk saya katanya. Saya pun terus memeluk erat Syirah. Kami membawa air untuk nani bersama-sama.

Hari pertunangan Syirah adalah hari yang membahagiakan untuk syirah. Saya juga seronok. Setelah 6 tahun syirah berkawan dengan Syazwan, akhirnya sampai juga seru pertunangan mereka. Alhamdulillah, pelihara tali pertunangan ni hingga ke jinjang pelamin ye syirah. Syirah tersenyum dan Cuma mengucapkan terima kasih dan insyaAllah =)

Sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah. Cantiknya ayat ni, saya jumpa ayat ni dalam buku awak. Buku tu awak hadiahkan pada saya waktu sempena ulang tahun hari lahir saya. Saya suka baca buku awak tu, buku awak banyak mendidik saya. Walaupun saya dah baca tamat buku tu, tapi saya tetap ulang membaca. Tanpa rasa bosan dan jemu. Ketika saya sedang berkhayal dengan ayat tu, Syirah menyapa saya “Bila nak naik pelamin ni? Saya dah tak sabar nak makan nasi minyak kamu dengan Humaidi.” Korang kan dah kawan lama.” Saya tersentak dan teringat kata-kata saya pada awak, “saya tak kisah bila awak nak datang jemput saya, asalkan awak dah bersedia untuk menanggung dosa saya.” Saya senyum dan menjawab pada syirah “saya tunggu syirah naik pelamin dulu.” =) Kemudian telefon saya berdering. “Mama saya kol dan meminta saya pulang ke rumah.” Beritahu saya pada Syirah.

Saya ajak syirah datang ke rumah, tapi syirah tak boleh. Katanya mahu balik kampung siapkan untuk pernikahannya dengan Syazwan lagi 2 bulan. Saya tak kisah,saya boleh balik sorang diri. Tiba di rumah, adik sambut saya dengan penuh gembira. Mama dan papa juga, seolah-olah sudah setahun tak berjumpa, sedangkan kami baru berjumpa ketika pertunangan Syirah seminggu yang lepas. Selepas dinner sama, papa bersuara “semalam ada yang datang merisik kamu” saya terkejut. Saya tak rasa awak, sebab awak tak cakap apa-apa pun. Dan awak tak de bagi hint or isyarat pun nak datang merisik. Saya tak tahu nak cakap apa pada mama dan papa. Mama dan papa juga tahu yang selama ni saya berkawan dengan Humaidi. “Papa jawab apa?.” Tanya saya. “Mama yang setuju, katanya dia sesuai untuk kamu.” Jawab papa. Saya tengok mama, mama lontarkan senyuman yang manis sekali, tapi saya hampa. Saya tak mahu, saya tak nak. Saya tunggu awak,tapi awak belum bersedia. Saya tak kisah.

Saya terus masuk ke bilik, dengan harapan yang datang merisik tu adalah awak. Saya cuma mampu berharap, saya tak mahu kecewakan papa dan mama. Saya tak kisah. Lagipun awak pernah cakap dengan saya, jika keluarga saya dah tentukan jodoh untuk saya, saya kene terima. Sebab awak kata pilihan keluarga adalah terbaik untuk saya. Saya tak kisah. Saya ikhlas sayangkan awak. Saya redha dan saya pasrah dengan ketentuan-Nya. Esok pagi mama datang bilik saya, saya pula sedang asyik berkepik dengan buku awak. Saya tersenyum melihat mama masuk. Mama cakap lusa saya tunang. Saya terkejut, cepatnya. Macam mana saya nak beritahu awak. Saya takut saya tak ikhlas dengan mama dan papa. Saya buntu. Saya Cuma senyum dan anggukkan kepala dengan kata-kata mama. Persiapan semua telah disiapkan oleh mama,papa dan adik.

Sehari sebelum bertunang, saya menangis pada syirah. Saya mengadu apa yang telah berlaku. Syirah terkejut dan tak tahu nak buat apa. Sebab saya tak mahu bertindak. Jika saya menegakkan cinta saya dengan Humaidi pasti benda ni takkan berlaku. Syirah memujuk saya dan mohon agar saya kuatkan diri. Setelah talian diputuskan, saya solat 2 rakaat, mohon ketenangan jiwa. Alhamdulillah..jiwa saya tenang selepas solat, seolah-olah esok adalah hari yang paling saya tunggu-tunggu. Tika saya hampir melelapkan mata, Syirah kol. Saya menjawab salam syirah dengan penuh tenang. Syirah kol cuma nak sampaikan respon Humaidi mendengar berita pertunangan saya. “Yeke.. baguslah kalau dia dah nak bertunang, aku tumpang gembira atas pertunangan dia. Esok tolong sampaikan salam aku pada dia ye.” Begitulah kata-kata Humaidi. Amat memedihkan. Tapi saya tak kisah. Saya ucapkan terima kasih pada syirah kerana dia sentiasa bagi semangat pada saya. =)

Keesokan paginya, Syirah muncul di dalam kamar saya dengan melemparkan senyuman manis. Dia sengaja datang awal, sebab nak teman saya dan memberi semangat pada saya. Saya kenal Syirah. Thanks ye syirah. Melihat saya yang keayuan dengan baju ungu saya. “kamu nampak cantik sangat.” Kata Syirah. Saya tersenyum mendengar kata-kata syirah. Syirah sentiasa disisi saya. Mama singgah di bilik mengkhabarkan pihak lelaki sudah sampai dan sedia untuk menyarungkan cincin. Saya menelan air liur ketakutan dan agak gugup. Saya cuma menunduk. Apabila bakal mak mertua saya duduk di depan saya, saya mengangkat kepala dan saya terkejut. Saya rasa seperti mahu pitam dan tidak tahu nak cakap apa, kerana orang yang berada di hadapan saya itu ialah emaknya Humaidi. Allah Akbar. Allah Akbar. Hanya perkataan tu je yang saya dapat ungkapkan dalam hati. Saya tersenyum melihat syirah. Ternyata syirah juga tidak tahu, dan syirah juga terkejut. Mama dan papa hanya tersenyum melihat muka terkejut saya.

Berakhirnya pertunangan saya dengan menjamu selera bersama bakal mertua saya. Saya tahu Humaidi tidak hadir ke majlis pertunangan saya. Saya tak kisah. Awak pernah cakap dengan saya, yang awak tak nak tengok kecantikan saya ketika tunang, awak cuma nak cium dahi saya selepas akad. Saya ingat lagi, waktu tu saya tersenyum baca message awak..



= TAMAT =

Entry kali ini tiada kaitan dengan sesiapa
Hanya tulisan semata
-Enjoy yourself-
Wassalam

4 comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers ::Moga Allah Redha Asilah Dan Wazir:: Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers