Saya
suka jalan-jalan. Saya suka jalan dengan kawan baik saya. Nama kawan baik saya
syirah. Dia seorang yang baik. Dia suka tolong saya. Kami berkawan sejak kecil
lagi. Semua masalah dia, dia beritahu saya. Begitu juga saya. Saya rasa saya
manja sangat dengan dia. Syirah ramai kawan, dia selalu ajak saya jumpa kawan
dia. Saya tak kisah. Kalau boleh,semua kawan dia, saya kene tahu dan kenal.
Kadang-kadang pening jugak la. Tapi saya tak kisah. Bila ramai kawan ni best.
Cuma saya minta maaf la, saya ni seorang pelupa sikit. Kalau jumpa saya di
mana-mana tegur la ye. Kemudian kenalkan diri. Saya ok je. Saya tak kisah ^_^
Pada
suatu petang, saya pergi jalan-jalan dengan syirah. Saya nampak awak. Tapi,
awak tak nampak saya. saya tengok awak keluar dengan perempuan lain. Ermm...
saya terdiam jugak, tapi tak pe. Saya tak kisah. Lagipun awak bukan siapa-siapa
pada saya. dan saya tak de hak pun nak sibuk hal peribadi awak. Saya cuma
terkejut tambah sedih je. Saya bagitahu syirah. Syirah terkejut. Dia nak pergi
jumpa awak, tapi saya tak bagi. Saya cakap, biarlah mereka. Lagipun kawan je
tu. Saya tak kisah.
Kehidupan
mesti diteruskan. Saya ok je. Masih riang dan gembira macam dulu, sampai syirah
terlupa yang saya sedang sedih. Saya tak kisah. Kami bekerja berbeza tempat. Selepas
kerja mesti syirah jumpa saya. sebab kami menyewa satu rumah yang sama.
Seronokkan kawan dari kecil sampai ke besar. Malam ni, saya sengaja ajak syirah
makan luar, sebab saya malas nak masak. Syirah pun nampak macam lapar sangat.
Kami keluar makan char kueh tiaw. Tiba-tiba saya dapat message daripada awak.
Awak wish selamat malam. Saya biar dulu message awak tu, saya harap awak tak
kisah, sebab kami kan tengah makan.
Tiba
di rumah, syirah ucap nite. Mahu tidur dulu katanya. Mungkin penat sangat. Saya
basahkan diri sebentar untuk dapatkan tidur yang nyenyak. Setelah selesai, saya
letakkan badan di atas katil sambil mencapai telefon bimbit. Saya menaip balas
message awak tadi. Saya Cuma taip “nite”. Awak tak tidur lagi. Awak balas
message saya dengan panjang sekali “lama awak menghilang, awak pergi mana. Saya
cuba kol awak,tapi tak dijawab. Sejak akhir-akhir ni message pun lambat balas.”
Saya tersenyum membaca message awak tu, tapi hati saya sedih. Saya tak kisah,
dan saya mengabaikan message awak. Saya tidur dengan lena sekali. Harap awak
tak kisah =)
Esok
pagi syirah kejutkan saya. Terkejut juga melihat sarapan yang telah siap
terhidang di atas meja. Kami sarapan sama, syirah pun nampak riang je.
Kebetulan kami cuti hari tu. Jadi boleh la borak lama. Saya tanya Syirah, apa
yang membuatkan dia happy dan semangat hari ni? Syirah terus tersenyum.
Senyumannya kali ini agak berbeza berbanding hari sebelum-sebelum ni. Saya pun
happy sangat bila syirah gembira, tapi teringin nak tahu punca syirah gembira. Sedang
asyik fikirkan syirah, tiba-tiba Syirah bersuara “ikut saya balik kampung hari
ni ye.” Saya dengan senang hati tanpa keberatan terus mengangguk tanda setuju
untuk mengikut syirah ke kampung.
Sudah
lama saya tidak menjejakkan kaki di kampung syirah. Teringat waktu budak-budak
dulu,ada la sekali saya ke kampungnya. Zaman kanak-kanak, kami aktif dengan
permainan masak-masak dan cikgu-cikgu. Biasalah perempuan, takkan main
tembak-tembak pula. Saya tak kisah pun waktu tu. Apa yang syirah main, saya
main. Syirah tidur, saya pun tidur. Rasa kelakar lak bila teringat cerita lama.
Saya berjumpa dengan nani (nenek) syirah, naninya masih kuat macam dulu,
walaupun umur nani dah masuk 68 tahun. Masih muda dan kuat tau. Syirah pergi ke
dapur membuatkan air untuk nani, saya pula duduk besembang dengan nani. Nani
tanya saya, “dah siap baju untuk pertunangan syirah?.” Saya terkejut dan
terdiam. Rupanya inilah perkara yang membuatkan Syirah tersenyum riang pagi
tadi. Saya senyum dan bertanya “nani, bila Syirah tunang?.” “Lagi 2 hari cu”
jawab nani. Selepas itu, saya meminta izin nani untuk berjumpa syirah di dapur.
Saya terus peluk Syirah. “Nape Syirah tak bagitahu yang Syirah nak tunang?.”
Saje nak buat kejutan untuk saya katanya. Saya pun terus memeluk erat Syirah.
Kami membawa air untuk nani bersama-sama.
Hari
pertunangan Syirah adalah hari yang membahagiakan untuk syirah. Saya juga
seronok. Setelah 6 tahun syirah berkawan dengan Syazwan, akhirnya sampai juga
seru pertunangan mereka. Alhamdulillah, pelihara tali pertunangan ni hingga ke
jinjang pelamin ye syirah. Syirah tersenyum dan Cuma mengucapkan terima kasih
dan insyaAllah =)
Sebaik-baik
perhiasan adalah wanita solehah. Cantiknya ayat ni, saya jumpa ayat ni dalam
buku awak. Buku tu awak hadiahkan pada saya waktu sempena ulang tahun hari
lahir saya. Saya suka baca buku awak tu, buku awak banyak mendidik saya.
Walaupun saya dah baca tamat buku tu, tapi saya tetap ulang membaca. Tanpa rasa
bosan dan jemu. Ketika saya sedang berkhayal dengan ayat tu, Syirah menyapa
saya “Bila nak naik pelamin ni? Saya dah tak sabar nak makan nasi minyak kamu
dengan Humaidi.” Korang kan dah kawan lama.” Saya tersentak dan teringat
kata-kata saya pada awak, “saya tak kisah bila awak nak datang jemput saya,
asalkan awak dah bersedia untuk menanggung dosa saya.” Saya senyum dan menjawab
pada syirah “saya tunggu syirah naik pelamin dulu.” =) Kemudian telefon saya berdering.
“Mama saya kol dan meminta saya pulang ke rumah.” Beritahu saya pada Syirah.
Saya
ajak syirah datang ke rumah, tapi syirah tak boleh. Katanya mahu balik kampung
siapkan untuk pernikahannya dengan Syazwan lagi 2 bulan. Saya tak kisah,saya
boleh balik sorang diri. Tiba di rumah, adik sambut saya dengan penuh gembira.
Mama dan papa juga, seolah-olah sudah setahun tak berjumpa, sedangkan kami baru
berjumpa ketika pertunangan Syirah seminggu yang lepas. Selepas dinner sama,
papa bersuara “semalam ada yang datang merisik kamu” saya terkejut. Saya tak
rasa awak, sebab awak tak cakap apa-apa pun. Dan awak tak de bagi hint or
isyarat pun nak datang merisik. Saya tak tahu nak cakap apa pada mama dan papa.
Mama dan papa juga tahu yang selama ni saya berkawan dengan Humaidi. “Papa
jawab apa?.” Tanya saya. “Mama yang setuju, katanya dia sesuai untuk kamu.”
Jawab papa. Saya tengok mama, mama lontarkan senyuman yang manis sekali, tapi
saya hampa. Saya tak mahu, saya tak nak. Saya tunggu awak,tapi awak belum
bersedia. Saya tak kisah.
Saya
terus masuk ke bilik, dengan harapan yang datang merisik tu adalah awak. Saya cuma
mampu berharap, saya tak mahu kecewakan papa dan mama. Saya tak kisah. Lagipun
awak pernah cakap dengan saya, jika keluarga saya dah tentukan jodoh untuk
saya, saya kene terima. Sebab awak kata pilihan keluarga adalah terbaik untuk
saya. Saya tak kisah. Saya ikhlas sayangkan awak. Saya redha dan saya pasrah
dengan ketentuan-Nya. Esok pagi mama datang bilik saya, saya pula sedang asyik
berkepik dengan buku awak. Saya tersenyum melihat mama masuk. Mama cakap lusa
saya tunang. Saya terkejut, cepatnya. Macam mana saya nak beritahu awak. Saya
takut saya tak ikhlas dengan mama dan papa. Saya buntu. Saya Cuma senyum dan
anggukkan kepala dengan kata-kata mama. Persiapan semua telah disiapkan oleh
mama,papa dan adik.
Sehari
sebelum bertunang, saya menangis pada syirah. Saya mengadu apa yang telah
berlaku. Syirah terkejut dan tak tahu nak buat apa. Sebab saya tak mahu
bertindak. Jika saya menegakkan cinta saya dengan Humaidi pasti benda ni takkan
berlaku. Syirah memujuk saya dan mohon agar saya kuatkan diri. Setelah talian
diputuskan, saya solat 2 rakaat, mohon ketenangan jiwa. Alhamdulillah..jiwa
saya tenang selepas solat, seolah-olah esok adalah hari yang paling saya
tunggu-tunggu. Tika saya hampir melelapkan mata, Syirah kol. Saya menjawab
salam syirah dengan penuh tenang. Syirah kol cuma nak sampaikan respon Humaidi
mendengar berita pertunangan saya. “Yeke.. baguslah kalau dia dah nak
bertunang, aku tumpang gembira atas pertunangan dia. Esok tolong sampaikan
salam aku pada dia ye.” Begitulah kata-kata Humaidi. Amat memedihkan. Tapi saya
tak kisah. Saya ucapkan terima kasih pada syirah kerana dia sentiasa bagi
semangat pada saya. =)
Keesokan
paginya, Syirah muncul di dalam kamar saya dengan melemparkan senyuman manis.
Dia sengaja datang awal, sebab nak teman saya dan memberi semangat pada saya.
Saya kenal Syirah. Thanks ye syirah. Melihat saya yang keayuan dengan baju ungu
saya. “kamu nampak cantik sangat.” Kata Syirah. Saya tersenyum mendengar
kata-kata syirah. Syirah sentiasa disisi saya. Mama singgah di bilik
mengkhabarkan pihak lelaki sudah sampai dan sedia untuk menyarungkan cincin.
Saya menelan air liur ketakutan dan agak gugup. Saya cuma menunduk. Apabila
bakal mak mertua saya duduk di depan saya, saya mengangkat kepala dan saya
terkejut. Saya rasa seperti mahu pitam dan tidak tahu nak cakap apa, kerana
orang yang berada di hadapan saya itu ialah emaknya Humaidi. Allah Akbar. Allah
Akbar. Hanya perkataan tu je yang saya dapat ungkapkan dalam hati. Saya
tersenyum melihat syirah. Ternyata syirah juga tidak tahu, dan syirah juga
terkejut. Mama dan papa hanya tersenyum melihat muka terkejut saya.
Berakhirnya
pertunangan saya dengan menjamu selera bersama bakal mertua saya. Saya tahu
Humaidi tidak hadir ke majlis pertunangan saya. Saya tak kisah. Awak pernah cakap
dengan saya, yang awak tak nak tengok kecantikan saya ketika tunang, awak cuma
nak cium dahi saya selepas akad. Saya ingat lagi, waktu tu saya tersenyum baca
message awak..
= TAMAT =
Entry kali ini tiada kaitan dengan
sesiapa
Hanya tulisan semata
-Enjoy yourself-
Wassalam
wonderful story to be read.. :)
ReplyDeleteTq =)
Deletewalaupun tiada kaitan dgn sesiapa, mesejnya mcm jelas jer..wakaka.. :P
ReplyDeleteUish.. mesej ape pulak ni.. adeh..
Delete