JellyPages.com
Photobucket
Sentiasa ingat Allah tika dilanda ujian dan dilimpahkan kegembiraan
Senyum itu sedekah
Tenang itu bahagia
Sabar itu indah
^_^


Hati yang mensyukuri apa yang ada, Itulah hati yang penuh dengan rasa cinta

!marah "Masj!d"


Dari Anas bin Malik r.a. bahawasanya Rasulullah saw. bersabda: "Tidak berlaku (terjadi) hari qiamat sehingga umat ku bermegah-megah (dengan binaan) masjid".

Salam Ramadhan kawan2
Moga kehadiran bulan yang mulia ini dapat meningkatkan "Iman" kita
untuk lebih dekat dengan Pencipta alam ini
dan bertindak secara rasional sehingga dapat melahirkan "Taqwa"
dalam diri anda sebagai umat islam.. InsyaAllah..

Alhamdulillah, hari ini adalah hari kedua kita berpuasa..
cepat sungguh masa berlalu kan??
Teruskan semangat juang anda dalam bulan Ramadhan kareem
perbanyakkan zikir, perdengarkan kalam2 Allah serta lakukan amalan2 sunat =)

kawan-kawan tengok tak Muqaddimah Tv9 arini???
seronok tau....
Hari ni silah nak share apa yang Ustaz Badli Shah Alauddin
berceloteh dalam siaran Raudah pagi tadi =)

Beliau berkata :
"Masjid adalah tempat yang sangat rapat dengan orang islam
Ianya adalah institusi tertinggi dan paling mulia dalam islam tidak hanya kepada urusan ibadat semata-mata, malah sebagai pusat menjana ekonomi dan kecermelangan umat islam.
termasuk hal ehwal kemasyarakatan dan keilmuan"

satu perumpamaan yang beliau berikan
"munafiq dengan masjid sama dengan burung dalam sangkar"

kenapa dikatakan begitu kerana munafiq (mereka yang mengaku islam tetapi amat membencinya) orang yang hadir ke masjid tetapi dalam keadaan gelisah dan tidak tenang.. sama sperti burung dalam sangkar..
contoh yang boleh dilihat ketika solat tarawikh..
kita datang ke masjid untuk solat tarawikh (bagus niat tu) tapi dalam masa yang sama kita berkata-kata dalam hati kecil "bila nak habis ni?"
"panjangnye imam ni baca surah" dan macam2 lagi...
(macam penah buat je silah.. hahahahha) betul tak??
Takpe kawan2, dulu tak penting tpi kali ini harus diperbaiki
jangan dibiarkan sikap itu menghantui diri anda!!

Seorang sahabat pernah bertanya pada Rasulullah s.a.w : Rumahku jauh dari masjid, bolehkah aku membeli rumah yang lebih dekat dengan masjid??
Baginda melarang dan menjawab : "untuk setiap langkah yang kamu lakukan kamu akan mendapat imbalan satu darjat"

Hadis di atas menegaskan bahawa setiap langkah kita ke masjid kita akan mendapat ganjaran dari Allah, tambahan pula jika kita selitkan perjalanan kita dengan zikir2 atau kalam Allah.. InsyaAllah pasti lebih BANYAK yang kita dapat..

Ustaz juga ada menceritakan Golongan yang memakmurkan / mengimarahkan masjid :

* Memberikan salam ketika masuk ke dalam masjid
jika tiada orang atau orang di dalam masjid sedang sibuk membuat kerja,
lafazkan "Assalamu a'laina wa a'la ibadillah"

* Lakukan solat sunat 2 rakaat (tahiyatul masjid) atau apa2 solat aslkan 2 rakaat

* Tidak jual beli dalam masjid

* Tidak meninggikan suara ketika berada di dalam masjid kecuali zikir

* Berkata perkara yang sentiasa berkaitan dengan akhirat

* Dilarang melangkah orang untuk duduk di bahagian hadapan

* Tidak mematahkan jari ketika dalam masjid

* Banyakkan zikir dan dilarang mengumpat dalam masjid

Sampai sini dulu kawan2..
kepada rakan2 yang menonton rancangan muqaddimah juga
tolong tambah apa yang terkurang ye..
maaf la andai ayat tunggang terbalik
Al-maklum la, menyalin ketika sedang melihat, mendengar dan lipat kain..hahahahha..

Zaman teknologi kini sudah maju dengan pelbagai "e"
contohnya 'e-dagang' , 'e-pemasaran' , 'e-mail' , 'e-book' , 'e-learning'
dan macam2 lagi la...
tapi satu lagi "e" jangan lupa ye
jom, kita sama-sama "e-marahkan" masjid di kawasan kita..

InsyaAllah.. moga kita semua dirahmati-Nya
Selamat menjalani ibadah puasa

::wassalam::

Berpisah dan bertemu dengan SENYUMAN~


Siapa yang boleh bertemu dan berpisah dengan SENYUMAN???
angkat tangan!!!

As salam sahabat2 ku yang tercinta
harap korang sihat belaka
dan moga diberkati-Nya sepanjang hidup ini =)

Haa... awal2 tadi silah ada bagi soalan
ade sape2 yang angkat tangan tak??
maaf la teman, kalu korang angkat tangan pon silah tak nampak..hihihihihih

Bila bertemu dengan SENYUMAN tu boleh la.. nak dipercayakan
tapi ada ke orang yang berpisah dengan senyuman??
tak payah cari jauh2 la, silah tengok diri silah sudah
secara jujurnya silah pon tak boleh nak senyum kalu da berpisah..
mahu tarik muka je, berkurung dalam bilik..
( huhuhuhu... silah tak de la sampai buat camtu.. statemnt silah yang atas je =) )

Betul tak kawan2??
tak mo ngaku sudah (hahahaha)
sambung balik cerita silah..

"Menurut kajian, apabila seseorang senyum,
17 otot di mukanya bekerja,
berbanding 43 otot yang bekerja ketika sedang marah"

Haa... dengar tu kawan2...
ish3.. buat apa nak keje berat2..
ambil yang paling senang je tau
(amboi.. pandai lak silah cakap orang ye.. tak sedor diri lak... hahahha... maaf ye kawan2..
peringatan tu untuk silah jugak)

Biasa la kawan-kawan,
itu semua lumrah kehidupan
emosi ni memang agak sukar untuk dikawal..
tapi kita masih boleh cuba untuk memperbaikinya
kita masih berpeluang untuk menjadi lebih baik.

Cuma terima segala nasihat dengan hati terbuka
insyaAllah,dari teguran itu, kita akan jadi lebih baik
"kritikan adalah baik untuk kita. Mereka yang tidak dikritik
adalah mereka yang tidak membuat sebarang tindakan langsung"

Senyuman selalunya akan berbalas senyuman.
Jarang sekali senyuman di balas dengan masam muka.
Senyuman yang dihadiahkan akan
dibalas dengan senyuman juga..
Seronokkan bila "senyum"

kenapa ye silah cakap begitu??
sebabnye pernah satu ketika dulu
silah ada masalah,
dan silah rasa bagi kawan2 juga amat berat
tapi tak perlu cerita kut =)
waktu tu silah tak tahu nak buat apa
sedih je, tapi tak de la tunjuk kat orang (malu laa)

dan untuk pertama kalinya silah ambil keputusan untuk jadi "Profesional"
hahahaha... tak leh go kan ayat tu
erm... tapi itu realitinye
silah senyum je
tak layan pon perasaan tu
dan akhirnya...........
Allah beri silah kegembiraan tanpa perlu berpura2
terasa nikmatnya senyum
kalau kawan2 tak percaya, cuba la!
Hope tak de yang kata korang gila...
hihihihi... guro je...
silah cuma nak share apa yang silah rasa

"Allah takkan uji hambanya
jika hambanya tidak mampu"

"Adakalanya yang pahit itu adalah yang terbaik untuk kita"

Terima dengan Redha dan Tabah k ^^


InsyaAllah ^_^

Eh, panjang pula bercelotehnye..
ok la teman seperjuangan
sampai sini dulu ye kisahnya..
InsyaAllah, jika panjang umur kita jumpa lagi

:: Wassalam ::


Apabila iman berkurang....


As salam sahabat ku...
Moga kehidupan anda hari ini lebih ceria daripada semalam ^^
Alhamdulillah.. syukur..
Jari ini masih sihat dan amat bergaya tariannya di atas keyboard ni..huhuhuhu..

Teman,
iman seseorang muslim adakala kuat dan adakala lemah
Ianya bergantung pada cabaran dan dugaan yang ditimpakan pada seseorang
apabila musibah hadir ketika ini iman menjadi lemah
kerana timbul rasa gelisah dan gusar..
Rasulullah S.A.W bersabda maksudnya : "iman itu naik dan turun, maka sentiasa perbaharui iman kamu."

Hadis ini seolah2 membenarkan dan memahami fitrah manusia yang sebenar..
tapi ianya bukan sekadar untuk dibaca..
Itu adalah pesanan Rasulullah kepada kita
cuma tinggal baiki diri je ^^

Apabila iman berkurang...
Ianya sangat merbahaya pada diri kita
kenapa silah say like that???
coz macam2 boleh berlaku.. sama ada dalam keadaan sedar atau tidak..
Bila dalam keadaan sedar tu,
mula2 kita rasa serba salah
mulut tu always istghfar (memohon maaf dari Allah)
"Apa yang aku telah buat ni?? "
"kenapa aku wat camni? "
Tapi still buat juga.. Bila tengah happy,tak ingat apa dah
rasa macam dunia ni ana yang punya..
huhuhuhuhuhhu...

Bawalah dua bekalan asas : Iaitu ibadat wajib dan sunnah
Iman diukur menurut amalan wajib dan sunat
yang boleh melahirkan jiwa hamba dekat kepada Allah

Allah berfirman : "Tidaklah seorang hamba-Ku mendekatkan diri kepada-Ku dengan sesuatu yang paling Aku cintai selain daripada kewajipan yang Aku fardhukan kepadanya. Dan hamba-Ku sentiasa mendekatkan diri kepada-Ku dengan ibadat sunnah sehingga Aku mencintainya."
(Hadis Riwayat Al-Bukhari)

Sesungguhnya Allah itu selalu hampir dengan kita
tetapi kita selalu abaikan-Nya
kita tak pernah pedulikan Dia waktu senang
kita tak bersyukur dengan apa yang telah diberikan-Nya pada kita

استغفرالله العظيم
Maafkan diri ini Ya Allah...

Betapa baiknye Allah pada kita
pelbagai nikmat yang Dia telah berikan pada kita
Subhanallah..
Dia tak pernah membenci kita

Benarlah firman Allah taala yang bermaksud : "Hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang"



Takutnyer..........


Assalamualaikum sahabat2 ku yang di kasihi...
Lamanya tak update blog ni.... rindu tu mmg rindu.... Tapi tak berkesempatan lak... dan kini tibalah masanye untuk bermesra ngan blog ku yang tercinta ni... hihihihihihi... (jgn jelez)

Kiriman silah kali ni (cewah... formalnye ayat silah ni...hihihihihihi) tak pe kan kawan2.. bila lagi nak tunjuk lagak kita... hahahahahha... (berlagak la pulak.. :P ) .....maaf ye kawan2,macam tak betul lak silah ni... Iklan je ni.... ok,sekarang kita masuk cerita serius silah... :)
Silah baru je selesai membaca buku "Aurat Mahkota Wanita" .... Alhamdulillah... menarik juga isinya. Tambahan pula cover buku berwarna merah...huhuhuhuhuhu... lagi la suka silah (ceh,kongsi warna kegemaran lak...hihihihihi)

Aurat Mahkota Wanita

Silah nak share kat kawan2 ape yang silah baca... Harap dengan perkongsian ini dapat memberi kesan yang positive pada diri silah dan teman-teman seperjuangan :)

:: Azab Wanita Yang Mendedahkan Aurat ::

Ali r.a. meriwayatkan sebagai berikut : "Saya bersama Fatimah berkunjung ke rumah Rasulullah S.A.W. dan kami temui baginda sedang menangis. Kami bertanya kepada beliau,"mengapa tuan menangis wahai Rasulullah?"
Beliau mnjawab,"pada malam aku di israkkan ke langit, aku melihat orang sedang mengalami pelbagai penyeksaan... maka bila teringatkan mereka aku menangis."
Saya bertanya lagi, "wahai Rasulullah apakah yang tuan lihat?"

Beliau bersabda :-

1. Wanita yang digantung dengan rambutnya dan otak kepalanya mendidih.

2. Wanita yang digantung dengan lidahnya serta tangannya dipaut dari punggungnya sedangkan cairan yang mendidih dari neraka dituangkan ke kerongkongnya.

3. Wanita yang digantung dengan buah dadanya dari balik punggungnya sedangkan air getah kayu zakum (buah yang berduri) dituang ke kerongkongnya.

4. Wanita yang digantung, diikat kedua kaki dan tangannya ke arah ubun-ubun kepalanya serta dibelit di bawah kekuasaan ular dan kala jengking.

5. Wanita yang memakan badannya sendiri serta di bawahnya kelihatan api yang menyala-nyala dengan marak.

6. Wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka.

7. Wanita yang bermuka hitam dan memakan ususnya sendiri.

8. Wanita yang tuli, buta & bisu dalam api neraka sedang darahnya mengalir dari rongga hidung, telinga dan mulut serta badannya membusuk akibat penyakit kulit.

9. Wanita yang berkepala babi dan keldai yang mendapat pelbagai jenis seksaan.

10. Wanita yang berbentuk seperti anjing dan api masuk ia ke dalam mulutnya dan keluar ia dari duburnya.

Maka berdirilah Fatimah seraya berkata : "Wahai ayahku, ceritakanlah kepada ku apakah amal perbuatan wanita-wanita itu." Rasulullah S.A.W. bersabda, "Wahai Fatimah,ada pun tentang :-

* Wanita yang digantung dengan rambutnya dan otak kepalanya mendidih kerana tidak menjaga rambutnya (di tutup) di hadapan lelaki ajnabi.

* Wanita yang digantung dengan lidahnya serta tangannya dipaut dari punggungnya sedangkan cairan yang mendidih dari neraka dituangkan ke kerongkongnya kerana dia menyakiti hati suaminya dengan kata-kata yang kesat dan kasar.

Kemudian Nabi bersabda :"Tidak seorg wanita yang menyakiti hati suaminya melalui kata-katanya kecuali Allah akan membuatnya mulutnya kelak di hari kiamat, selebar 70 hasta kemudian akan mengikatnya di belakang leher."

* Adapun wanita yang digantung dengan buah dadanya dari balik punggungnya sedangkan air getah kayu zakum (buah yang berduri) dituang ke kerongkongnya kerana dia menyusui anak orang lain tanpa izin suaminya.

* Adapun wanita yang digantung, diikat kedua kaki dan tangannya itu kerana dia keluar rumah tanpa izin suaminya , tidak mandi wajib dari haidh dan nifas.

* Adapun wanita yang memakan badannya sendiri serta di bawahnya kelihatan api yang menyala-nyala dengan marak kerana suka bersolek untuk dilihat lelaki lain serta suka membicarakan keaiban orang.

* Wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka kerana dia suka menonjolkan diri (ingin terkenal) di kalangan orang yang banyak dengan maksud supaya orang melihat perhiasannya dan setiap orang jatuh cinta padanya kerana melihat perhiasannya.

* Adapun wanita yang diikat kedua kaki dan tangannya ke arah ubun-ubun kepalanya serta dibelit di bawah kekuasaan ular dan kala jengking kerana dia mampu mengerjakan solat dan puasa. tetapi tidak mahu berwudhuk & tidak solat serta tidak mahu mandi wajib.

* Adapun wanita yang berkepala babi dan keldai kerana dia suka mengadu domba (batu api) serta berbohong.

* Adapun wanita yang berbentuk seperti anjing kerana dia ahli fitnah serta suka marah-marah pada suaminya.

* Adapun wanita yang berbentuk seperti anjing dan api masuk ia ke dalam mulutnya dan keluar ia dari duburnya, maka bahawa sesungguhnya ia adalah suka mengungkit-ungkit pemberiannya di kalangan dan suka dengki mendengki.

Sesungguhnya Rasulullah pernah bersabda : "Bahawasanya, perempuan yang sengaja mendedahkan auratnya di khalayak ramai tanpa segan silu, tak kira sama ada dia anak dara, janda atau isteri orang, tua ataupun muda, dia akan dilaknati Allah S.W.T. ,malaikat-malaikat dan segala makhluk di muka bumi ini sehinggalah perempuan itu diturunkan bala oleh Allah S.W.T
Jika perempuan itu anak dara atau janda maka bapanya akan dipertanggungjawabkan untuk menanggung dosanya. Manakala bagi perempuan yang sudah berkahwin, maka suaminyalah yang akan dipertanggungjawabkan."

Alhamdulillah.. selesai sudah perkongsian saya :)
terima kasih kepada teman2 yang sabar membaca.. di harapkan ini menjadi satu pegangan untuk kita mengelakkan dari melakukan perkara yang terlarang..
Peringatan ini juga untuk diri silah yang masih dalam kekurangan ilmu.. Sama2 kita tegur menegur.. maaf andai terkasar bahasa...
Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Allah... yang buruk itu dari diri silah sendiri...
Salaam perjuangan untuk para sahabat ^_^

Balik ipoh ^_^

12 jun 2011

Tarikh keramat ke ipoh, tak de la keramat sangat pon..huhuhuhuhuhu... bangun solat subuh, kemudian rehatkan mata ja (penat sangat kot.. al-maklum la,semalam tido lewat =P )
tapi tak lama tau silah tidur, kejap je.. ^^ Tak caye sudah..hihihihih..

Siapkan sarapan untuk pengantin dan sedara mara (rajin la sangat..huhuhuhu...) siapkan sarapan sekali dengan ibu dan makcik2.. tugas silah goreng karipap :)
Sedap tau.. maaf la, da abis dah.. tak sempat nak bagi rasa.. Selesai menggoreng, dengar satu suara "kakngah dah,pergi siapkan barang sume.. kita nak balik dah" oh,baru kenai suara tu,, ibu rupanyer.. ye ibu.. sekarang juga kakngah siap.. Benornya silah tak sabo2 nak balik IPOH.. Nak tau kenapa? sebab esoknya keja.. Rasa macam penat je.. tu yang nak cepat je..

Tepat jam 9 pagi,kami gerak ke stesen Bas Shah Alam (rasa macam dah sampai awai, tapi...........) "Maay ye kak, tiket abis.. tinggal tiket pukul 3.30 ptg je" Erm.... nak jadikan cerita lebih panjang, kami semua tolak tiket tu... (Berlagak btul) silah suggest kan dekat abg nabil, pergi kat BUKIT JALIL la.. amek bas kat situ.. abg nabil pon cakap "ok gak tu, lagipon kat situ banyak sikit basnya". Kami pon menuju ke sana dengan riang :)
Tiba di BUKIT JALIL.. Eh, tak de pon basnye.. bisik hati ku.. huhuhuhuhu... "rasanya dah tuko kat pudu balik la.." Adoi,silah tak tahu lak da tukor... abg nabil da minta maaf awai2 sebabnya dia tak tahu jalan ke Pudu.. hihihihihi... tak pe la abg nabil, kami gerak ke KL sentral je la.. naik LRT... "tak pe ke ni??" Tak pe.. kami pon gerak stesen LRT bukit jalil..

"abg, bagi tiket ke masjid jamek 6" uish... ramainye.. sampai 6..hahahaha... tentera ramai :)
ibu nagn adik 4 orang.. tambah silah 6 la... Time to enjoy kat masjid jamek... hahahahah... shopping macam2 kot :) jagn jelez...

Alamak ade prob sikit la... siaran tergendala... hihhihihihi...

:: Wassalam ::

Perjalanan ke Klang =)

6 Jun 20011

"Akak saya nak tiket gi KL sentral 3, pukul 1.45 pm ye... semua dewasa" kata silah. Begitula permintaan silah (uish.. skema je kan..hahahaahha).. bila da dapat tiket tu




Baru perasan waktunye... adoi pukul 1.45pm tu... (waktu minta tak sedor..main cakap je) nak tau nape silah risau?? sebabnye silah tak tahu jalan nak ke Klang..hahahahaha.. (Lain kali kalu da tak tahu.. amik la awai sikit.. silah..silah =P ) "Sabo je la" ibu kata.. kuang3....huhuhuhuhu.. rileks ajer =)
Nasib silah ada kawan y duk Klang tu... tp duk kejap je... sekarang ni kat ipoh sudah.. Dia belajor kat
Klang tu..hihihihihi.. ting tong ting tong..................................................................................
okey.. da tau dah nak g Klang cmne.. senang je.. ceh..berlagak pula..huhuhuhuhu..

11 jun 2011

Jauhnye lompat..hahaha... 6 - 10 kerja seperti biasa... Jadi tiada apa y berlaku,cuma silah minta cuti 11 jun (sabtu) nak gi kenduri abg sedara =) Dan hari ini lah bermula segalanya.. ^_^
Di pagi hari bangun awal (tapi jangan slh faham lak,selama ni mmg silah bgun awai..hihihihi) bukan apa.. cuma nak wat persediaan je.. baju tak kemas lagi, hadiah pengantin tak balut lagi.. tu y awai sikit tu... dah selesai semua tu, duduk lipat kain sementara nak tunggu pukul 10.. kenapa?? nak masak ayam masak kurma untuk tengah hari.. Awainye?? hahahaha... mmg awai. mane tak nye, bertolak ke KL sentral pon pukul 1.45pm.. tu yang semuanya awai..

Jam sudah menunjukkan tepat jam 1, ayah pon berkata "dah pukul 1 ni, jom2.. kang terlepas" Pon awai gak ye..hahahah... kita yang kene tunggu tren tu, tren tak tunggu kita.. :)
sampai Ipoh sentral kul 1.30.. kami tiga beradik terus masuk tren.. Ayah tunggu kat luo,sampai
tren berjalan.. perkataan terakhir untuk ayah pada hari tu "Bye2 ayah, sambil tersenyum ^_^"

Perjalanan kami 3 jam (lame tuh) tak tahu nak buat ape.. Nasib la ada sahabat silah yang baik hati
menemani silah, sampai ke KL.. Baik kan kawan silah tu.. terima kasih sahabat =)
Adik silah pon bosan gak.. tau meke wat ape?? posing la.. posing dalam tren ni haaaa
tengok la tu.. bergaya dan comey kan adik silah..huhuhuhu..
(puji adik sendiri lak).. Jangan marah =P Silah mana?? mesti la tak de dalam gambar ni.. huhuhuhu... kalu tak,sape y nak tangkap?? hihihi..
suka deme.. ini pengalaman pertama adik2 silah naik tren..
Kasihan adik ku.. dah besar cmni baru merasa naik tren.. Takpe ye adik2, nanti kalu ade rezeki kita jalan2 lagi ye, kita pusing je satu dunia ni..
huhuhuhu.. demand lak.. Alhamdulillah... syukur,deme dah rasa pon naik tren.. Syukur =)


Tamat sudah kisah dalam tren ke KL sentral.. setibanya kami di KL.. Kami pergi menyahut seruan Allah.. "ALLAHUAKHBAR"
Alhamdulillah.. hala tuju kami selepas solat ialah -beli tiket komuter- kawan2 nak tahu, nak beli tiket pon payah.. hahahha... kenai tak mesin ni??


::mesin ni la yang wat lawak::


Tahu tak apa yang lawaknye ngan mesin ni?? kami da masuk duit, dia tok seh kuar tiketnyer.. hampir 5 kali kami mencuba.. adoi.. lawak sungguh la.. masuk duit syiling, nk duit kertas je.. masuk duit kertas, nak duit syiling lak.. penat silah layan mesin ni.. sampai adik cakap "kakngah mai la amin tuko duit syiling" hahahaha... dah kembong da wallet silah ngan syiling.. Last2 nyer kami tinggalkan mesin tu sendirian (Nak bagi orang belakang lak rasa apa yang kami rasa..huhuhuh)
memang mesin tu bagi semua orang rasa pon.. Sampai silah terdengar dialog ni "uish.. dah la weh, kita da malu la.. tiketnye tak nak kuar" hihihihihihi... sme la kak, nasib kita ^_^

Kami bertiga dah dapat tiket.. Jam lak tepat pukul 5.30pm, rasa macam awai ag.. pergi mc'd jap..
hihihihihihi... tak makan pon.. minum je.. selesai minum g beratur kat bawah (platform 5)
tunggu.. punya tunggu.. punya tunggu.. tiba2 dengar satu suara " Tren ke pelabuhan Klang akan tiba di Platform".. hahahaha.. pernah dengar tak suara tu??? ;)
mesti pernahkan.. kami naik komuter tepat pukul 6.. Tiba2 lak rasa da lewat.. huhuhuhuhu...
Ramainyer orang dalam komuter, diri la kami.. bpe lama kami diri?? tak lama pon sampai stesen yang ke sepuluh je..hahahaha... nak tercabut kaki dibuatnya.. tapi tak pe la... ape boleh buat.. Dalam komuter, ibu tepon "k.ngah berhenti kat seksyn 19, Shah Alam ye".. "ye ibu, k.ngah turun kat Shah Alam" jawab silah.. Tak lama pastu Kakak sedara ku talipon "silah turun kat mana?" kat Shah Alam la, ibu suh turun kat sana.. kakak jawab "eh,jangan... turun kat Batu 3 ye"
Adoh,poning suda.. mana satu ni?? huhuhuhuhu... silah pon ikut la cakap kakak sedara, sebab dia yang nak jemput silah ngan adk2 ti..

Tiba di batu 3 pukul 6.51pm, terkedek2 kami turun.. terasa macam penat sangat..huhhuhuhu.. Tadi diri saje, sampai batu 3 lak, duduk saje..hahahaha... ok la tu.. dah BALANCE.. akaun lak =P
Setengah jam gak kami tunggu akak.. Jalan jem.. 7.38pm kami dah ada dalam kereta.. (tak de terkejut sangat kan..) hihihihihihihi....

Rumah pengantin =)
Kami sampai rumah pengantin pukul 8 malam. waktu ni pengantin tak sampai lagi.. jangan terkejut tau, majlisnya buat malam lepas isyak.. hohohohohoho... penatnyer.. sampai2 trus cari makcik pakcik, salam sedara mara.. pastu bersandor sat, sementara tunggu pengantin..

haa.. pengantin dah sampai

Maaf ye kawan2.. gambar tak seberapa. Al-maklum la, nset murah.. ;P
Erm.. inilah abang sedara ku dan isterinya.. Untuk pengetahuan kawan2, mereka ni sebaya.. baru 22 tahun.. Bila tanya, Kenapa kahwin muda?? Jawabnya "nak ajak semua kahwin muda" Dengan yakin jawapanya.. Alhamdulillah.. jodoh mereka telah sampai.. Moga berbahagia hingga akhirat.. Jadilah suami yang soleh dan isteri yang solehah.. ameen.. Seronok tengok mereka ni ^_^.. mereka ni masih pelajar.. sambung degree.. Abg Nabil lagi 3 tahun, k.ema lak lagi 2 tahun.. huhuhuhuhu... lama tu.. sekarang ni tengah cuti sem.. k.ema belajar kat sabah.. (jauhnyer terpisah..huhuhuhu) Tak pe k.ema.. kejap je... Ada gak silah dengar cite, abg nabil tak nak lambat2 sebab k.ema ni comel orangnye.. takut di ambil orang..huhuhuhuh... takut terlepas.. Alhamdulillah.. Ni adalah cara terbaik.. sebaik2 couple adalah NIKAH..

Nampaknya sampai sini dulu perjalanan di Klang ye.. Nantikan cerita perjalanan pulang pula ye.. cewahh... macam ape je kan..hahahah... teruk btul silah ni.. Benornye mata da nantuk sangat ni... ini pon semangat blog tau.. balik2 dari Klang td, trus menaip...hihihihih...

::Wassalam::

Senyum.. Tak perlu kata apa-apa..




:: Harapkanlah kebahagian dan jangan harapkan kesengsaraan ::

* Tersenyum untuk hidup! *

" Jadikanlah gubuk istana,
Rancanglah kediaman dari rumahmu yang dari tanah
bukan dari istanamu yang dari gading"

Senyum tak perlu kata apa-apa

senyumlah sampai ke telinga

mula nak taip pon silah dah tersenyum tau...hahahaha
tambah2 tengok gigi kat atas ni
rasa nak tergelak je.. :D

< kebahagiaan tidak bergantung pada orang lain,
tetapi berada ditangan anda sendiri >

Ketika awak tersenyum sedangkan hati itu penuh dengan duka dan nestapa,
sedarlah sahabat sesungguhnya awak sedang meringankan
beban dan membuka satu pintu untuk kebahagiaan
Jangan ragu2 untuk tersenyum
kerana di dalam dirimu ada kekuatan besar yang meluap dengan senyuman.

Jangan menekan kekuatan itu,
kerana dengan menekannya engkau sedang memaksa jiwamu masuk ke dalam botol penderitaan.
Tersenyum tidak membahayakan dirimu.

senyum baik untuk kesihatan


Bicaralah dengan orang sekelilingmu dengan bahasa qalbu (hati) .
Alangkah indahnya bibir kita ketika berbicara dengan bahasa senyum.
Stephen Gazzel mengatakan : "senyuman adalah sesuatu keharusan dalam bermasyarakat."
Ada benarnya apa yang telah dikatakannya itu
kerana bila awak bergaul dengan orang lain,
awak harus bersikap baik dengan mereka.
Kehidupan bersosial menuntut awak untuk membawa diri dan
menyesuaikannya dengan keadaan
golongan bijak pandai bestari ialah murah dengan senyuman
kerana semua orang akan berasa senang dengan kita (bila tersenyum je la..) ^_^


Bila awak tersenyum dihadapan orang lain
awak akan terasa yang awak sedang memberikan mereka
kehidupan yang indah, optimis dan khabar gembira yang diharapkan
Tetapi bila awak bertemu dengan wajah yang garang dan kusut
sedarlah awak sedang mengeruhkan suasana indah dan jernih
dari kehidupan mereka
( perak mali ^_^ )

kucing pon pandai cenyum

Bagus betul kucing ni
bijak.. bijak.. bijak..

Senyum tak pernah rugi
malah kita memberi sedekah pada orang
Sedekah yang macam mana??
sedekah yang menggembirakan la..
bagi orang senyum pon dapat pahala tau
senangnyer nak dapat pahalakan..
jom sama-sama rebut pahala =)

~kemuliaan hanya akan diberikan kepada mereka
yang selalu mendambakannya dengan penuh kesabaran~

;; Wassalam ;;

saya dan hari kelmarin..


Hari semalam adalah satu pengalaman
Hari ini adalah satu realiti,
Hari esok adalah suatu yang tidak pasti

Hari semalam hanya mampu pasrah dan redha,
Hari ini memohon yang terbaik untuk akan datang,
Hari esok adalah penantian yang penuh dengan misteri

Salam sahabat..
harap anda semua dalam keadaan sihat2 belaka
rasa macam dah lama tak update blog ni...
memang pon..hihihihihihih
sejak akhir2 ni rasa macam sibuk lak
hahahahaha...
bukan sibuk apa pun
sibuk berjalan je ^_^
jangan jeles

tapi kan, jalan2 pon silah wat keje tau
hihihihihihihihi


yela.. 1 jun ari tu wat reunion
erm... rindunya..
macam2 ada
kita terjah lu kat blog
meke ni rajin update
itulah kisah reunion kami ^_^


Nak tahu tak
cian kat kawan silah sorang tu
sebab silah, dia kene balik awal
yela silah nk keje..
hahaha.. kelam gak la pagi tu sebabnye masuk kerja awai
ape pun, terima kasih ye Sahabat

pastu rehat la sehari dua
3 jun :: "pengembaraan bermula lagi"
fly ke KL lak..hahahhaha
ade kenduri kahwin abg Farahin
Seronok gak tu
pengalaman yang sangat menarik
tolong masak, potong2, wat ABC
uish... gembira rasanya
Gotong-royong sesama kawan2 dan family Farahin

~So sweet~

::iklan::
Berhentilah merasa gelisah,
bersabarlah hadapi kenyataan hidup dengan tabah,
lakukanlah sesuatu untuk kehidupanmu..


Wassalam

Gembira + Sedih = ??

~Salam alaik~

Tajuk je dah memberi soalankan??
jawapannya ape?
sape nak jawab?
angkat mata.. hihihihi

Pernah tak korang rasa kehilangan?
Rasa macam sorang-sorang?
Atau
Seperti "DIA" akan jauh daripada kita?
Atau
Di culik, di ambil orang??
pernah tak??

sekarang ni
itulah yang silah rasa~

orang yang pernah rapat dengan kita
selalu bersama tika senang dan susah
walaupun perkenalan kami tak lama
dalam 6 bulan
tapi ukhwah yang utuh tu
telah membuahkan rasa sayang dan cinta yang kukuh
(wah..jiwang karat lak silah ni ye.. hihihihihi)

Jangan salah faham ye kawan-kawan
insan yang silah maksudkan adalah
Seorang "KAKAK" yang silah kagumi

( Inilah kakakku.. so sweet kan.. )

Alhamdulillah
Selamat diijab kabul dengan 1 lafaz sahaja pada
27 MEI 2011
9.47 pm

Silah rasa gembira sangat
yang tidak boleh di ungkap dengan kata-kata
tapi ianya bercampur dengan perasaan sedih
bukan apa
cuma rasa seperti kehilangan je

Gamaknya
inilah yang mak, ibu, mama, ummi rasakan
apabila anak gadis yang
dijaga, dibelai dan di tatang bagai minyak yang penuh
pergi bersama suami
dan merasakan seperti anaknya jauh sekali

huhuhuhuuhu
silah pun tak tahulah
mengapa diizinkan Allah untuk merasa
perasaan kehilangan ini..
Alhamdulillah, syukur
silah adalah insan terpillih..

tak sangka lak silah luahkan dalam blog ni
hahahaha.. malu lak..
takpe la
bila lagi nak meluah :)

okey abis sudah kisahnya
ini gambar kakak dan abang


Moga bahagia hingga ke akhirnya
..ameen..

::wassalam::



*Jadilah WANITA yang paling BAHAGIA*


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum Sahabat...
di harap semua sihat2 belaka..
::Ameen::

Hari ni silah nak share satu buku ni
Tajuknye
"JANGAN BERSEDIH
JADILAH WANITA YANG PALING BAHAGIA"


Cover depan


Cover belakang


Seronok tau buku ni...
hihihihihi... (silah cakap ni macam da abis bace je kan)
padahal tak bace abis lagi..
tapi bagi silah rugi la,
kalu orang tak dapatkan buku ni..
silah pon pinjam kat kawan je (tak beli pon...hahahahah)
kira ok gak la kalu pinjam kawan kan??
At least kita baca gak.. :)


"betul3x" kata upin ipin
iklan je.. :)



Kepada sesiapa yang tak tahu nak bagi hadiah
apa kat kawan2 perempuan,
silah syorkan
bagi je buku ni..
BERFAEDAH tau

Kalau kaum Adam nak baca pon boleh
tak salah pon
nanti boleh beri nasihat kat kawan2..

Kepada sesiapa yang dah baca
jangan lupa share kat sahabat yang laen ye..

::WASSALAM::

Cinta halal dan hikmah Istikhrah


Rasa cinta pasti ada, Pada makhluk yang bernyawa
Sejak lama sampai kini, Tetap suci dan abadi
Takkan hilang selamanya, Sampai datang akhir masa.
Perasaan insan sama, Ingin mencinta dan dicinta

Bukan ciptaan manusia, Tapi takdir yang kuasa
Janganlah engkau mungkiri, Segala yang Tuhan beri
*RENUNGKANLAH "ALBUM PELITA HIDUP III: ARTIS HIJJAZ"*

"Cinta ada kekuatan yang mampu..
mengubah duri jadi mawar, mengubah cuka jadi anggur
mengubah malang jadi untung, mengubah sedih jadi riang
mengubah setan jadi manusia, mengubah iblis jadi malaikat
mengubah sakit jadi sihat, mengubah bakhil jadi dermawan
mengubah kandang jadi taman, mengubah penjara jadi istana
mengubah amarah jadi ramah, mengubah musibah jadi mahabbah

Itulah dia Cinta.."

"Sekalipun cinta telah kuuraikan, dan kujelaskan panjang lebar, namun jika cinta kudatangi, aku jadi malu pada keteranganku sendiri..

Meskipun lidahku telah mampu menguraikan dengan terang, namun tanpa lidah, cinta ternyata lebih terang, sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya, kata-kata pecah berkeping-keping begitu sampai kepada cinta, dalam menguraikan cinta, akal terbaring tak berdaya bagaikan keledai terbaring dalam lumpur..

Cinta sendirilah yang menerangkan cinta dan percintaan.."

**DIPETIK DARI FILEM "KETIKA CINTA BERTASBIH (1)"**

Lanjutan seterusnya : http://www.iluvislam.com/keluarga/perkahwinan/1425-cinta-halal-dan-hikmah-istikharah.html

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers ::Moga Allah Redha Asilah Dan Wazir:: Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers