JellyPages.com
Photobucket
Sentiasa ingat Allah tika dilanda ujian dan dilimpahkan kegembiraan
Senyum itu sedekah
Tenang itu bahagia
Sabar itu indah
^_^


Hati yang mensyukuri apa yang ada, Itulah hati yang penuh dengan rasa cinta

!marah "Masj!d"


Dari Anas bin Malik r.a. bahawasanya Rasulullah saw. bersabda: "Tidak berlaku (terjadi) hari qiamat sehingga umat ku bermegah-megah (dengan binaan) masjid".

Salam Ramadhan kawan2
Moga kehadiran bulan yang mulia ini dapat meningkatkan "Iman" kita
untuk lebih dekat dengan Pencipta alam ini
dan bertindak secara rasional sehingga dapat melahirkan "Taqwa"
dalam diri anda sebagai umat islam.. InsyaAllah..

Alhamdulillah, hari ini adalah hari kedua kita berpuasa..
cepat sungguh masa berlalu kan??
Teruskan semangat juang anda dalam bulan Ramadhan kareem
perbanyakkan zikir, perdengarkan kalam2 Allah serta lakukan amalan2 sunat =)

kawan-kawan tengok tak Muqaddimah Tv9 arini???
seronok tau....
Hari ni silah nak share apa yang Ustaz Badli Shah Alauddin
berceloteh dalam siaran Raudah pagi tadi =)

Beliau berkata :
"Masjid adalah tempat yang sangat rapat dengan orang islam
Ianya adalah institusi tertinggi dan paling mulia dalam islam tidak hanya kepada urusan ibadat semata-mata, malah sebagai pusat menjana ekonomi dan kecermelangan umat islam.
termasuk hal ehwal kemasyarakatan dan keilmuan"

satu perumpamaan yang beliau berikan
"munafiq dengan masjid sama dengan burung dalam sangkar"

kenapa dikatakan begitu kerana munafiq (mereka yang mengaku islam tetapi amat membencinya) orang yang hadir ke masjid tetapi dalam keadaan gelisah dan tidak tenang.. sama sperti burung dalam sangkar..
contoh yang boleh dilihat ketika solat tarawikh..
kita datang ke masjid untuk solat tarawikh (bagus niat tu) tapi dalam masa yang sama kita berkata-kata dalam hati kecil "bila nak habis ni?"
"panjangnye imam ni baca surah" dan macam2 lagi...
(macam penah buat je silah.. hahahahha) betul tak??
Takpe kawan2, dulu tak penting tpi kali ini harus diperbaiki
jangan dibiarkan sikap itu menghantui diri anda!!

Seorang sahabat pernah bertanya pada Rasulullah s.a.w : Rumahku jauh dari masjid, bolehkah aku membeli rumah yang lebih dekat dengan masjid??
Baginda melarang dan menjawab : "untuk setiap langkah yang kamu lakukan kamu akan mendapat imbalan satu darjat"

Hadis di atas menegaskan bahawa setiap langkah kita ke masjid kita akan mendapat ganjaran dari Allah, tambahan pula jika kita selitkan perjalanan kita dengan zikir2 atau kalam Allah.. InsyaAllah pasti lebih BANYAK yang kita dapat..

Ustaz juga ada menceritakan Golongan yang memakmurkan / mengimarahkan masjid :

* Memberikan salam ketika masuk ke dalam masjid
jika tiada orang atau orang di dalam masjid sedang sibuk membuat kerja,
lafazkan "Assalamu a'laina wa a'la ibadillah"

* Lakukan solat sunat 2 rakaat (tahiyatul masjid) atau apa2 solat aslkan 2 rakaat

* Tidak jual beli dalam masjid

* Tidak meninggikan suara ketika berada di dalam masjid kecuali zikir

* Berkata perkara yang sentiasa berkaitan dengan akhirat

* Dilarang melangkah orang untuk duduk di bahagian hadapan

* Tidak mematahkan jari ketika dalam masjid

* Banyakkan zikir dan dilarang mengumpat dalam masjid

Sampai sini dulu kawan2..
kepada rakan2 yang menonton rancangan muqaddimah juga
tolong tambah apa yang terkurang ye..
maaf la andai ayat tunggang terbalik
Al-maklum la, menyalin ketika sedang melihat, mendengar dan lipat kain..hahahahha..

Zaman teknologi kini sudah maju dengan pelbagai "e"
contohnya 'e-dagang' , 'e-pemasaran' , 'e-mail' , 'e-book' , 'e-learning'
dan macam2 lagi la...
tapi satu lagi "e" jangan lupa ye
jom, kita sama-sama "e-marahkan" masjid di kawasan kita..

InsyaAllah.. moga kita semua dirahmati-Nya
Selamat menjalani ibadah puasa

::wassalam::

No comments:

Post a Comment

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers ::Moga Allah Redha Asilah Dan Wazir:: Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers