JellyPages.com
Photobucket
Sentiasa ingat Allah tika dilanda ujian dan dilimpahkan kegembiraan
Senyum itu sedekah
Tenang itu bahagia
Sabar itu indah
^_^


Hati yang mensyukuri apa yang ada, Itulah hati yang penuh dengan rasa cinta

20 - 02 -2012


Subhanallah
Cantik sungguh tarikh hari ini
Alhamdulillah
Silah masih diberi peluang untuk menghirup udara segar
Dan berpijak di muka bumi dengan keizinan-Nya
Terima Kasih Ya Allah

Umur semakin meningkat memanjat mendaki mencari kehidupan yang sebenar
Setiap hari yang berlalu meninggalkan secubit kenangan
Yang pasti tidak akan kembali atau berulang

Tepat 10 pagi lahir la seorang bayi yang cute.. hihhihi..
Yang diberi nama NUR ASILAH
Itu pun setelah berfikir 2 3 kali
Kalau tidak nama yang akan diberi afiqah
Nak ikut nama abang kononnya
Tapi silah pun tak tahu kenapa tak jadi

Hahaha.. udah-udah la tu cite pasal diri..
Terima kasih kepada adik-beradik, saudara mara, dan kawan-kawan
Yang wish dan mendoakan silah sempena ulang tahun silah yang ke - ??
Harap maaf.. silah muda lagi.. hihihihi
Moga kalian sentiasa dalam rahmat dan redha Allah... ameen...

Silah suka sangat la dengan nombor 2 ni
Ada sesiapa geng silah tak?
Silah suka niombor 2 ni pun mungkin pengaruh dari adik beradik dan tarikh kelahiran kut
Tapi kebiasaannya memang camtu kan
Cuba Tanya orang yang lahir bulan 5
Mesti dia suka nombor 5.. hahaha..
Tekaan silah je la.. kalau tak sama pun takpe..
Jangan gaduh2 k.. >__<

Kadang-kadang kan apa yang silah buat atau pilih
Mesti ada berkenaan dengan nombor 2
Benda tu berlaku secara tak dirancang pun
Tiba-tiba dah 2 (dua) ..hihihihi

Tapi ada satu perkara yang silah tak suka berkenaan 2
Silah tak suka dan tak nak (kalau boleh laa)
Ianya adalah 2 dalam istilah lain “MADU”

Kalian tahu tak apa yang dimaksudkan dengan madu??
Manis sangat... huhuhu... senyap2 k...
Silah bukan tak suka, Cuma kalau boleh dielakkan lagi bagus..hihihi
Lain la kalau suami silah kaya sangat2 dan mampu
Kemudian dia pasang niat nak tambah isteri pulak.. huhuhu
Tu memang tak boleh buat apa la..
Dan silah rasa semua perempuan yang baca entry silah
part madu ni sokong
Al-maklum la wanita mana yang suka dimadukan.. =P

Jangan nakal-nakal
...Hihihihi...

Ok, kita tutup kes!!
Seronokkan bila ulang tahun
Dapat hadiah, dapat kek
Ada sesiapa yang nak buatkan kek untuk silah tak?
Ermmm... dapnyeerrrr... huhuhuhuh

Tapi kita selalu lupa
Setiap kali kita sambut ulang tahun
kita hampir dengan tua
Setiap kali kita rai kelahiran
kita hampir dengan kematian
Ya Allah takutnyer...

“Ya Allah ya Tuhanku, engkau Maha Mendengar dan Maha Mengetahui
Alhamdulillah, aku bersyukur kerana engkau masih memberi kesempatan pada aku untuk
menghirup udara Mu di hari kelahiran ku ini, aku mohon Ya Allah...
aku mohon umur baru ini membawa diriku hampir dengan Mu
dan sentiasa mengingati Mu ketika aku dalam keadaan senang dan susah”

Ameen ...


2 comments:

  1. lagi satu, smkin bertambah umur kita smkin dekatlah kiter dgn alam rumah & tangga...(andai jodoh ada)...wink...wink...:P

    ReplyDelete

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers ::Moga Allah Redha Asilah Dan Wazir:: Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers