Sedikit Ilmu Nafkah
Assalamualaikum..
Ini penulisan yang pertama untuk tahun baru silah.
Alhamdulilah, masih diberi kesempatan untuk merepek merapu dalam blog ni.
Memang rindu nak menaip dalam blog ni,
tapi masa yang tidak mengizinkan silah berceloteh kat sini.
jadi silah la yang kene pandai curi2 masa.
cuti.. cuti.. cuti..
cuti sekolah.. hihihihihihi..
ni la masa yang sesuai untuk menepek depan blog ni.
Cuti dengan sengaja dipohon menanti nikmat kebahagiaan, inshaAllah..
Beberapa hari je lagi.
Silah nak share sikit pasal nafkah.
Nafkah ni adalah satu tanggungjawab yang diwajibkan untuk Encik suami kepada seorang isteri, kalau isterinya empat maka semua isteri tu haruslah diberi nafkah ^_^
Nafkah juga hendaklah diberi dengan lapang dada mengikut kemampuan si Encik suami kepada isterinya.
Isteri pula tidak berhak menentukan jumlah nafkah, selama suaminya melaksanakan tanggungjawabnya
Nafkah yang wajib disediakan oleh Encik suami adalah seperti
Makan , Minum , Pakaian , Tempat tinggal dan Kasih sayang
Wah banyakkan nafkahnya.
ye, memang berat tangungjawab Encik suami ni.
Tapi semua tu mengikut kepada kemampuan Encik suami.
Sampai sini dulu la ye kawan-kawan
Selamat bertemu kembali
Buah Fikiran
Assalam kengkawan blogger..
Semoga semua dalam keadaan sihat sejahtera..
Update blog yang dah bersawang ni..
Silah ngah mencari sesuatu untuk di isi masa lapang..
Cuti sekolah dah makin dekat ni..
Ada sesiapa boleh bagi idea??
Dah serabut pikior
Ada yang ajak menjahit,
meniaga,
tapi tula.. jahit tak pandai..
niaga tu boleh, tapi modal nya enggak ada.. Hahaha..
Bye kengkawan..
:: Coretan boring ::
Wassalam
Senyumlah dari Hati!
Assalamualaikum..
semoga sentiasa dalam rahmat dan berkat Allah..
sihatnya diri hari ini, dengan izin Dia.. Alhamdulillah.. Tenaga melebihi kadar luar biasa walau jiwa terusik, tapi masih ditiupkan kekuatan untuk lebih bersemangat.. Alhamdulillah..
Bersarang sudah blog silahnordza ni.. tapi masih ceria dengan jam Tik Tok tu.. hihihi..
senyuman hari ini perlu ditambah gula atau madu agar lebih membahagiakan insan sekeliling.. hari silah nak share pasai 'S.E.N.Y.U.M.A.N' .. bahasa ongputeh nye 'S.M.I.L.E'
Senyuman dan Smile sama je maksudnya, ia tetap boleh menghiburkan dan menceriakan orang. Di saat kita melihat orang gembira bersama kita, kesyukuran dipanjatkan dengan senyuman yang dilemparkan cukup membahagiakan.. Alhamdulillah..
Suatu senyum yang ikhlas dan menceriakan adalah satu ibadah. Senyum terjadi hanya sekejap, tetapi kenangan yang tercipta berlangsung selamanya. Dan hanya memerlukan tujuh saat mempertahankan sebuah senyuman untuk sebagai ungkapan ketulusan hati.
Senyum tidak boleh dibeli, kerana ia akan menjadi tidak berguna kepada seseorang selagi mana dia tidak mendapat senyuman dari insan lain. Sebuah senyuman akan selalu diterima, kerana senyuman akan membuka pintu hati seperti anak kunci.
Berikan senyuman walau di mana kepada siapa sahaja.. salam senyum dari silah
Wassalam
Comel dan Cute
Maaf la dah bersawang dah blog silah ni..
Tapi masih tidak dilupakan.. Berceloteh dalam ni adalah hobi, cuma tak berkesempatan nak update sokmo.. Harap blogger n tetamu silah sihat sokmo..
Silah nak share gambar molek ni..
Wassalam
Baju Couple untuk Suami Isteri
Assalamualaikum
Alhamdulillah, kepada pengikut silahnordza.blogspot.com
moga kalian semua sihat sentiasa.
Hari ni, silah nak tunjuk sepasang baju yang sweet muwet
untuk para suami isteri atau kawan2 yang ingin hadiakan kepada teman y sudah berkahwin.
cuma RM70 untuk sepasang (suami isteri)
Free postage untuk semenanjung.
![]() |
| Size baju lelaki dan perempuan |
Jika berminat boleh pm or whatsapp saya di 0134124053 or wechat id silahnordza
Pre-order hanya buka hingga 1 mei 2014 sahaja.
Cepat dapatkan sebelum tutup tempahan ^_^
Pencarian Sebelah Hati Terhenti
Bismillahirrahmanirahim
Alhamdulillah.. Dengan Izin Dia Cik Silah dapat menconteng lagi, blog yang setelah sebulan bersarang sejak diijab qabul.. ^_^ Oppss... Terperasan sesuatu.. Bukan Cik Silah.. Hihihi.. Dah jadi Puan Silah.. Tapi panjang sangat nak taip, ikut dan je la ye.. ^_^
![]() |
| Selepas Nikah |
![]() |
| Batal wudhu' |
Alhamdulillah
Assalamualaikum..
Alhamdulillah, cik silah dah jadi Puan Silah..
Moga segalanya dipermudahkan-Nya.. Ameen..
Ermmmm... Manis
#1 Cinta Kepada Allah dan Rasul-Nya lebih daripada
cinta kepada orang lain
#2 Mengasihi sahabatnya semata-mata kerana Allah
#3 Membenti untuk kembali kepada kekufuran
#4 Sabar menghadapi ujian dan cabaran
#5 Istiqomah dalam mengerjakan ibadah
#6 emperbanyakkan amalan-amalan sunat
Penawar Mandi Wajib
Assalamualaikum
Bismillahirahmananirrahim
Alhamdulillah
Salam Jumaat, Penghulu hari
< Serangkap pantun disajikan >
Cantik diri pada pandangan,
Biar cantik luar dan dalam,
Mencari ilmu sejauh perjalanan,
Agar mengetahui dengan mendalam.
Wah, cik silah buat pantun. Macam kelaka je, tapi takpe la. Cik silah nak belajar buat pantun. Kalau tak betul sila komen ye. Supaya cik silah boleh baiki diri kepada yang lebih baik untuk mereka cipta pantun. Alhamdulillah, cik Silah baru lepas tengok "Tanyalah Ustazah" dan cik silah nak kongsi sedikit, dan pengharapan dari perkongsian ini, agar cik silah lebih mengingati dan boleh tampal kuat sikit dalam ingatan agar lebih ingat untuk praktikalnye ^_^
Tapi yang ini cuma perkongsian, jangan tanya cik silah pula ye.. Hihihi.. Sebab cik silah tak terbitkan lagi rancangan Tanyalah Cik Silah =P
Mandi adalah satu cara bagi menyucikan badan kita yang wangi ni, supaya lebih wangi dan selesa. Alhamdulillah, Allah dah bagi kita nikmat yang banyak, tinggal kita untuk menjaga dengan sebaik mungkin. Jangan lupa bersyukur ye!
Terdapat 6 perkara yang mengharuskan kita untuk mandi wajib. Tiga darinya untuk Encik Lelaki dan Cik/Puan Wanita dan selebihnya (tiga lagi) adalah khas untuk wanita, yang sentiasa di lebihkan oleh-Nya tanda kasih dan sayang DIA. Alhmadulillah..
1) Air mani
2) Bersetubuh (janabah @ junub)
3) Mati - Iaitu orang yang meninggal dunia wajib dimandikan orang yang hidup
4) Keluar darah haid
5) Nifas - Darah yang keluar selepas bersalin
6) Wiladah - Seseorang yang wajib mandi wajib semasa melahirkan anak, sama ada kering atau basah, hidup ataupun mati
Tiga yang terawal tu termasuk untuk kaum adam dan hawa, manakala selebihnya khas untuk Cik/Puan Wanita sahaja. ^_^
jOm kita terjah cara-cara mandi wajib pula
** N!at - Sahaja aku mandi wajib kerana .............. Lillahi Taala.
Ruangan kosong tu, khususkan untuk apa korang mandi wajib contohnya [Haid]
Sahaja aku mandi wajib kerana Haid Lillahi Taala.
Wajib niat ketika mencurah air yang pertama di atas kepala.
** Meratakan air keseluruh anggota badan (yang mempunyai rambut, kulit <di setiap pelipat badan>, serta cuci kuku <jika panjang>)
Sebelum tu jangan lupa, mula dengan basmallah kemudian curahkan air dari belah kanan ke kiri
Sebelum tu jangan lupa, mula dengan basmallah kemudian curahkan air dari belah kanan ke kiri
** Dalkun (gosok) - Agar air rata dan lebih bersih
Mazhab Shafie, gosok adalah sunat
manakala Mazhab Maliki gosok adalah wajib
Sampai sini dulu ye untuk perkongsian cik silah, nak siap pergi solat jumaat ^_^
Selamat menunaikan solat jumaat Kaum Adam - Khas untuk ayah, abang dan adik2 lelaki cik silah =)
| Jangan lupa Tergur saya !! ^_^ |
:: Wassalam ::
Pemakanan Rasulullah S.A.W
Assalamualaikum dan salam sejahtera teman-teman blogger..
Moga kalian sentiasa dalam keadaan sihat sejahtera ye. Hari ni cik silah nak share something, untuk panduan kalian dan cik silah. Dalam 2 minggu lepas tak silap, cik silah sedang duduk bersembang dengan mom tersyg kat dapur, tiba-tiba ayah datang dan cakap, "bawang putih dan bawang merah tak boleh campur sekali, dalam masakan". Yang kami ni pelik la. Selama ni, tak pernah dengar pulok pasai bawang. Kalau ayam ngan ikan tu ada la jugak dengar.
Cik silah pon wat tak tahu la mulanye, tapi sepanjang buat tak tahu tu, macam tak puas hati pulok. huhuhu. Cik silah mencari la punca dan sebab2 yang dikatakan ayah tu. Rupanya dah lama info tu, cuma cik silah tak tahu pon. (Tula.. kurang membaca lagi cik silah ni >_<' )..
Alhamdulillah, entry kali ini cik silah akan share untuk bacaan para blogger n orang awam yang rajin mencari info untuk pengetahuan kalian. Teruskan membaca!
Moga kalian sentiasa dalam keadaan sihat sejahtera ye. Hari ni cik silah nak share something, untuk panduan kalian dan cik silah. Dalam 2 minggu lepas tak silap, cik silah sedang duduk bersembang dengan mom tersyg kat dapur, tiba-tiba ayah datang dan cakap, "bawang putih dan bawang merah tak boleh campur sekali, dalam masakan". Yang kami ni pelik la. Selama ni, tak pernah dengar pulok pasai bawang. Kalau ayam ngan ikan tu ada la jugak dengar.
Cik silah pon wat tak tahu la mulanye, tapi sepanjang buat tak tahu tu, macam tak puas hati pulok. huhuhu. Cik silah mencari la punca dan sebab2 yang dikatakan ayah tu. Rupanya dah lama info tu, cuma cik silah tak tahu pon. (Tula.. kurang membaca lagi cik silah ni >_<' )..
Alhamdulillah, entry kali ini cik silah akan share untuk bacaan para blogger n orang awam yang rajin mencari info untuk pengetahuan kalian. Teruskan membaca!
Sabda Rasulullah S.A.W
"Orang yang berpegang pada sunnahku pada saat umatku dilanda kerosakan, maka pahalanya seperti seorang yang gugur syahid".
Makanan yang tidak boleh di campur dalam satu hidangan :
1) Susu dan ikan
2) Cuka dan susu
3) Buah-buahan dan susu
4) Daun salad dan ikan
5) Bawang putih dan bawang merah
(Jika di campur boleh menyebabkan lumpuh, bawang besar jika dimakan
selama 40 hari berturut-turut, boleh menyebabkan bintik hitam di muka)
6) Daging segar dan daging kering
7) Cuka dan nasi
8) Benda masam dengan benda berasid seperti cuka
| Suka pulok baby ni!! |
Perkara yang perlu dielakkan untuk menjaga kesihatan tubuh badan :
** Jangan mandi air suam selepas kenyang
** senaman sebelum makan
** jangan bersenam atau berjalan selepas makan tengahari
** jangan makan buah selepas makan (makan buah selepas makan, akan mengambil masa 8 jam untuk hadam makanan dalam perut)
** makan buah sebelum makan (1/2 jam sebelum makan nasi)
** jangan tinggal makan malam (Rasulullah makan malam sebelum waktu maghrib)
Hal ini kerana, otak akan berfungsi menyerap ilmu dengan aktif 2 jam selepas makan.
** selepas makan malam, bergerak atau berjalan sekurang2nya 100 langkah
** jangan tidur selepas makan, ianya akan menyebabkan sembelit
** meninggalkan makan malam akan menyebabkan tua sebelum tua
Rasulullah memberi amaran : Bahawa "perut adalah punca penyakit"
Rasulullah tak pernah sakit perut, sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari ...
Ok, sampai sini dulu perkongsian cik silah ye. Kongsi mudah, tapi nak laksanakan agak sukar sedikit. Sama-sama kita mencuba ye. Cik silah tinggal blog kali ini dengan satu pepatah yang pastinya copy pasta.. hihihi..
"If you have an apple and I have an apple and we exchange these apples then you and I will still each have one apples. But if you have an idea and I have an idea and we exchange these ideas, then each of us will have two ideas."
George Bernard Shaw
... Makan untuk Hidup,
... bukan Hidup untuk Makan ...
Penerimaan
Assalamualaikum
Di harap teman blogger cik silah sentiasa dalam keadaan sihat sejahtera.
Bersyukur ke atas ke hadrat-Nya kerana masih berpeluang untuk menulis entry baru, di samping bermanja-manja dengan notebook cik silah yang cumel ni.
Setelah sekian lama menyepi dan membiarkan blog ini bersawang, cik silah cuba mencuri masa yang ada untuk menghias entry kali ini dengan penulisan yang tak seberapa.
Bukan niat nak menghilang, cuma memberi masa pada diri untuk meng'explore kehidupan dengan lebih matang dan berdikari.
InshaAllah,
Mampu mengharungi dengan izin Allah.
"Apabila kita jatuh kerana manusia, Bangunlah kerana Allah.
Allah adalah segala-galanya bagi kita.
Dia sebaik-baik pelindung. Dan Dialah sebaik-baik pemelihara"
Sepanjang cik silah senyap, macam2 menimpa diri ini.
Senang cerita, ujian menguji kekentalan hati dan kecekalan fizikal.
Tak susah pon, tapi tak mudah untuk menghadapinya.
Cuma yang cik silah mampu buat adalah senyap, doa dan tabah menghadapi corak hidup setiap langkah cik silah.
Seperti yang kita semua sedia maklum,
Allah tidak menguji hamba-Nya melebihi had penerimaan hamba Dia.
Begitu juga cik silah
Apa-apa pun senyum dengan ikhlas k ^_^
Kekuatan
*Assalamualaikum*
Alhamdulillah, diberi kelapangan masa untuk menconteng blog ni. Setelah sekian lama kemalasan melanda untuk aktiviti tari-menari oleh jari jemari cik silah ni. Hahaha.. Ini pon ada inspirasi yang membendung untuk coretan seterusnya. Perkhabaran yang kurang menarik dan harus dihadapi dengan cara yang menarik.
Cik silah pon baru nak belajar cara dan teknik baru. Kih3.. Apa-apa pun sama2 kita saling nasihat-menasihati ye. Cik silah baru dapat panggilan daripada adik cik Silah yang jauh di mata tapi sentiasa dekat di hati. Banyak juga yang dikongsikan pada cik Silah, macam pemberita tu. Al-maklum la, berita dari Seberang Perai. Hihihi. (gurau je adik ku..) =P
Pemberita di alam maya, mesti la cik Silah sendiri. Eh, macam menarikkan. Cik Silah nak jadi pengacara. hihihi. Lain pulok citer kita ni. Seronok pulok melalut. Cik silah nak citer bab kekuatan sikit. Walaupun cik Silah tak berapa nak kuat angkat sampah yang berat tu bawak keluar, tapi cik Silah ada kekuatan lain. hihi. =P (melalut lagi...) Pelbagai cerita dalam kamus hidup kita ni. Sama ada yang pernah kita lalui ataupun yang bakal kita tempuhi. Syok sebenarnya kalau kita telliti betul2 dengan hidup ni.
"Tak syok langsung!!.... Saya tak suka dengan apa yang berlaku, perasaan saya ni memnyakitkan" Kata hati cik Silah tau. Bukan cik Silah ngata korang. hihi. Kalau nak tahu, air mata tu la yang menceriakan hayat kita. Sebab setiap dari titisan air mata tu, akan lahirnya satu nur yang bakal membahagiakan. Cik Silah tertarik dengan post abg cik Silah. Jom hayati "Sekiranya kita mengenali diri kita yang sebenar kita tidak akan mempersoalkan apa yang berlaku terhadap diri kita" Fahami dalam2 ye cik Silah. Eh, bukan untuk cik Silah je tau. Sesiapa yang nak take note pon boleh juga. Cik Silah cuma ingatkan diri cik Silah je ^_^
Perancangan Allah itu yang terbaik untuk hamba-Nya,
Jadi bersangka baiklah dengan Allah.
Banyaklah berzikir dan mengamalkan perkara yang baik.
InshaAllah segala dipermudahkan Allah.
Aturan Dia da cukup sempurna untuk kita. Tinggal kita yang harus membiasakan diri dengan setiap aturan Dia. Menarikkan! Bukan kita kene biasakan diri kat tempat baru je. Malah, kita harus bersedia di setiap saat yang kita bakal lalui. SAAT ye, bukan day or week. Sesaat yang bakal tiba pon kita tak tahu apa yang akan berlaku. Cik Silah nak mengingatkan diri cik Silah je =)
Kekuatan tidak dapat dikumpul dalam masa satu jam atau sehari. Mungkin 2 bulan, 2 tahun. Lamakan.. Tapi tak mustahil untuk dapatkan Kekuatan dalam sesaat. Semua tu atas diri kita sendiri. Tiada yang mustahil dengan Allah. Dia mampu menuruti segala permintaan kita. Tapi dengan syarat, berdoa! Bangkit dan jangan putus asa dalam berdoa. Walaupun belum dituruti, tapi doa jangan putus. Allah sentiasa rindukan rintihan hamba-hamba-Nya.
^_^
Tanggungjawab
Alhamdulillah, syukur atas nikmat yang telah Allah kurniakan pada kita. Sungguh banyak dan tidak terhitung. Pandai menasihat, tapi tak pandai nak diguna pakai. Hihihi.. Cik silah tulis dan membebel ni untuk cik silah k.. Harap maklum. Sekian..
Sebelum cik silah nak berceloteh lebih panjang. Cik silah nak ucapkn terima kasih kepada sesiapa yang telah menasihati cik silah ke arah yang lebih baik. Biasa la, cik silah ni hati batu. So, susah sikit la.. Thanks ye sahabat2 sebab sudi memberi nasihat. Alhamdulillah.. Perkembangan hidup yang menarik dan banyak benda yang harus diperbaiki. Cik silah da matang ke? Belum lagi la bro.. Budak-budak lagi ni.. Huhuhu..
"Orang yang kuat adalah orang yang berjaya menahan kemarahannya"
Pepatah di atas tiada sangkut paut dengan apa yang cik silah nak membebel kat bawah ni ye. Cik silah saje nak tambah bagi banyak sikit pointnya, hahaha. Jahatkan. Sebenarnya cik silah nak share yang cik silah gembira hari ni. Alhamdulillah, seorang lagi teman cik silah telah selamat bina masjid. Cantik dia tadi. Sama cocok dan sama padan dengan pasangannya. Tanggungjawab telah dipukul sendiri. Ouh, takutnya.
Cakap pasal tanggungjawab, semua manusia ada tanggungjawab kan? Tak kisah la di mana berada, tanggungjawab yang sama kita pikul adalah tanggungjawab sebagai seorang khalifah. Cakap tak semudah melaksanakan. Alhamdulillah. Sedor! hihihi.. Bila pengantin lelaki melafazkan "Aku Terima Nikahnya ..." Wow... Tahniah.. Gembira semuanya. Dah sah kan.. Tumpang gembira ^_^"
"Bersabarlah ketika ditimpa musibah kerana disebaliknya pasti ada hikmah"
Tapi.... disebalik perkahwinan itu macam2 harus ditempuh dan pelbagai cabaran bakal melanda. Sabar...
Tu tak kisah la. Da hidup bersama boleh mengayuh sampan bersama.. So sweet.. Tapi pada yang belum tu, settle kan la dulu apa yang patut diselesaikan. Anak sulung ada tugas beratnya, anak bongsu ada cita-citanya. Biasa la tu. Cik silah faham. Apa yang penting banyakkan berdoa pada Allah k =)
Cinta itu mahal. Tidak boleh dibeli sesuka hati. Tidak mudah untuk dimiliki. Tidak terjangka indahnya Cinta. Wah.. berfalsafah pulok cik silah ni. Tak niat pon nak berfalsafah, cuma cik silah nak menggambarkan betapa sukarnya untuk mendapatkan cinta. Jika di sangka Beliau adalah jodoh kita, ianya belum pasti tepat. Tapi Allah suruh kita berusaha dan pasrah. Redha dengan ketentuan Dia. So, itu je la yang mesti dilakukan. Dengan syarat, tak salah cara dan langgar undang2. Cik silah rasa pasti kalian tahu apa syarat dan undang-undang dalam "Mencari Cinta" ^_-
Jom berusaha menjadi yang lebih baik dalam kalangan yang terbaik !!
"Couple bukan jaminan,
Tunang bukan menghalalkan segalanya,
Nikah itu lebih baik"
Dah dapat tangkapkan? (=
Your Blog is Sahabat
Assalamualaikum wbt ...
Dengan nama Allah wa syukurillah ...
sihat sejahtera dengan setiap langkah menuju-Nya ^_^
Cik silah baru selesai buat kerja. Hari ni cik silah cuti ofis, tapi full time kerja rumah! huahuahua.. syok2..
hari berganti tanpa jemu, minggu berjalan tanpa henti, tahun sentiasa berubah mengikut putaran bumi. Subhanallah, tanpa penat taat dan mengikuti flow Illah. Daripada Ibn Umar r.a, Nabi SAW bersabda yang bermaksud "Jadikanlah kamu di dunia ini seperti seorang pengembara atau perantau di jalanan." (Riwayat Al-Bukhari)
Awak sendirian tanpa peneman? Tidak sahabat, Dirimu tidak pernah keseorangan. Dirimu sentiasa ditemani, dan dibelai manja. Cuma ianya tidak terasa dan dapat dirasa. Kerana awak tak pernah berusaha untuk merasa cinta dari-Nya. Hanya cinta dari Dia yang dapat mengisi ruang hati yang kosong. T__T
Allah, sebak hati ini. Cik silah menyampaikan sesuatu yang cik silah ingin rasa. Astaghfirullah.
Blog adalah diari? Betul ye? Cik silah tak pernah anggap blog ni diari. Tapi blog adalah satu laman sosial yang menarik dan mudah untuk seseorang share story dia. Tapi setelah Cik silah terjah sahabat Cik silah punya blog. Tak tau mengapa Cik silah merasakan blog dia adalah diari dan peneman dia dikala hati dia senang, tika hatinya berduka. Cik silah mengikuti setiap apa yang beliau pos. Kata2 beliau menyentuh hati kecil Cik silah dan air mata Cik silah mengalir dengan tidak sengaja.
Dear sahabat, blog mu menggambarkan diri mu tabah dan kuat menempuh dugaan yang bertandang. Tak sempat bersarang, kau halau dengan penuh kekuatan. Alhamdulillah. Blog bukan hanya tempat untuk berkongsi cerita, tapi blog adalah diari untuk meluahkan perasaan sukaduka serta inspirasi kekuatan untuk terus kuat dengan memberi semangat pada diri dan orang lain. Nabi SAW bersabda : "Perbuatan baik melindungi serangan jahat." Benda2 baik yang dipublish kan dari blog, pasti menghasilkan positive thinking untuk sang pemikir ^_^Y.
You're My Frenzz!
Dengan nama Allah wa syukurillah ...
sihat sejahtera dengan setiap langkah menuju-Nya ^_^
hari berganti tanpa jemu, minggu berjalan tanpa henti, tahun sentiasa berubah mengikut putaran bumi. Subhanallah, tanpa penat taat dan mengikuti flow Illah. Daripada Ibn Umar r.a, Nabi SAW bersabda yang bermaksud "Jadikanlah kamu di dunia ini seperti seorang pengembara atau perantau di jalanan." (Riwayat Al-Bukhari)
"Bantu kami dalam meniti jalan hidup yang telah ditetapkan MU"
..Ameen..
Awak sendirian tanpa peneman? Tidak sahabat, Dirimu tidak pernah keseorangan. Dirimu sentiasa ditemani, dan dibelai manja. Cuma ianya tidak terasa dan dapat dirasa. Kerana awak tak pernah berusaha untuk merasa cinta dari-Nya. Hanya cinta dari Dia yang dapat mengisi ruang hati yang kosong. T__T
Allah, sebak hati ini. Cik silah menyampaikan sesuatu yang cik silah ingin rasa. Astaghfirullah.
Blog adalah diari? Betul ye? Cik silah tak pernah anggap blog ni diari. Tapi blog adalah satu laman sosial yang menarik dan mudah untuk seseorang share story dia. Tapi setelah Cik silah terjah sahabat Cik silah punya blog. Tak tau mengapa Cik silah merasakan blog dia adalah diari dan peneman dia dikala hati dia senang, tika hatinya berduka. Cik silah mengikuti setiap apa yang beliau pos. Kata2 beliau menyentuh hati kecil Cik silah dan air mata Cik silah mengalir dengan tidak sengaja.
Dear sahabat, blog mu menggambarkan diri mu tabah dan kuat menempuh dugaan yang bertandang. Tak sempat bersarang, kau halau dengan penuh kekuatan. Alhamdulillah. Blog bukan hanya tempat untuk berkongsi cerita, tapi blog adalah diari untuk meluahkan perasaan sukaduka serta inspirasi kekuatan untuk terus kuat dengan memberi semangat pada diri dan orang lain. Nabi SAW bersabda : "Perbuatan baik melindungi serangan jahat." Benda2 baik yang dipublish kan dari blog, pasti menghasilkan positive thinking untuk sang pemikir ^_^Y.
"Seseorang itu tidak dikurniakan suatu pemberian yang lebih baik dan lebih luas daripada sabar"
Riwayat Al-Bukhari
DIA anugerahkan sesuatu yang besar!!
tinggal kita untuk mensyukurinya SAHAJA ...
-------------------------------------------------------------------------------------------
---------------------------------------------------------------------------------------------
... Alhamdulillah ...
Awan yang mendung ibarat memahami hati cik silah yang agak suram hari ini. Alhamdulillah, ujian Allah masih menerjah dalam lubuk kecil ini. Dibelai, dipujuk dan dipupuk agar sentiasa redha dalam menjalani kehidupan yang penuh onak dan duri. Gembira dalam tangisan! Alhamdulillah.
Entah kenai toh tidak. Hahaha. iklan je Dai Hadhari tu. Mohon maaf ye Hadhari. Alhamdulillah, cik silah gembira dengan kehidupan cik silah. Walaupun agak kekeliruan jiwa, tapi ianya menarik untuk dijelajahi. kekosongan jiwa adalah satu permainan yang menarik dalam kehidupan. Tapi ianya bukan untuk dibiarkan begitu sahaja, tapi ianya adalah permainan yang mencabar. Mengapa cik silah cakap begitu ye? Cik silah pon tak pasti, tapi apa yang cik silah rasa, jika jiwa dibiarkan kosong. Ia akan layu dan tidak bernyawa. Kejamnya cik silah kalau biarkan jiwa cik silah tak bernyawa. Sebabnya ia adalah satu anugerah yang Allah beri kepada Khalifah di atas muka bumi ini. Malah "Hati manusia adalah ibarat raja, sedangkan seluruh anggota badan ibarat bala tenteranya. Mereka semua taat kepada sang raja dan tidak berani menyelisihi perintahnya. Maka jika sang raja baik bererti semua bala tenteranya akan baik dan kalau dia buruk bererti semua bala tenteranya akan buruk."
Alhamdulillah, jom bersihkan hati. Semoga diri ini menjadi Dai juga macam Dai Adibah. Wow.. cita-cita tinggi. InshaAllah.. Sejahteralah wahai hati-hati sang Khalifah di muka bumi!! =)
Serbuan kepenatan
Assalamualaikum geng blogger dan pengikut yang sentiasa menyokong cik silah dalam diam. Cik silah tak kisah pon. Asalkan cik silah rasa puas bila berceloteh dalam blog ni. Hihihi. Terasa lama jari-jemari ini tidak menari menyusun abjad yang tak berapa nak teratur. Hahaha. Selama ni dance gak jari ni, tapi menyiapkan lambakan kerja yang terlantar. Agak free time petang-petang ni, apa lagi. Terus search "keredhaanillahi.blogspot.com". Gunakan masa sebaiknya. Hew....hew.....
Sejak akhir-akhir ni cik silah sibuk sikit, al-maklum la berhempas-pulas mencari duit untuk anak2. Ada 4 ekor semuanya. Semua kuat makan. Tak lalu jugok cik silah nak menjaganya. Tapi amanahkan. Harus dijaga sebaiknya. Orang kata biaq p kerja tapi ada life, jangan sampai korje nak kejor duit yang banyak tapi takdo kehidupan. Bese la orang pompuan kan suko shopping. Ni shooping pon tak sempat!!
Sekali cik silah n kawan-kawan p terjah Jusco, Tesco, Giant, Ipoh Prade dll .... mmg rambang mata la dibuatnya. Macam-macam nak. Cari duit punyelah susoh, duit keluor macam ayor. Hahahahaha.. Boros gak cik silah ni, tapi apa boleh buat, PEREMPUAN kan. At least cik silah jujur. hihihi.

Aish, cik silah rasa maca nak conteng banyak lagi. Tapi masa ni cemburu pulok dengan cik silah. Ish. geram lak. Apa pun cik silah dah hilang sikit rasa rindu cik silah pada blog ni. Huhuhu. syok2. Nanti cik silah cuba cari masa lagi la ye. Selamat ye kawan-kawan. Wassalam!
Sejak akhir-akhir ni cik silah sibuk sikit, al-maklum la berhempas-pulas mencari duit untuk anak2. Ada 4 ekor semuanya. Semua kuat makan. Tak lalu jugok cik silah nak menjaganya. Tapi amanahkan. Harus dijaga sebaiknya. Orang kata biaq p kerja tapi ada life, jangan sampai korje nak kejor duit yang banyak tapi takdo kehidupan. Bese la orang pompuan kan suko shopping. Ni shooping pon tak sempat!!
Sekali cik silah n kawan-kawan p terjah Jusco, Tesco, Giant, Ipoh Prade dll .... mmg rambang mata la dibuatnya. Macam-macam nak. Cari duit punyelah susoh, duit keluor macam ayor. Hahahahaha.. Boros gak cik silah ni, tapi apa boleh buat, PEREMPUAN kan. At least cik silah jujur. hihihi.
Aish, cik silah rasa maca nak conteng banyak lagi. Tapi masa ni cemburu pulok dengan cik silah. Ish. geram lak. Apa pun cik silah dah hilang sikit rasa rindu cik silah pada blog ni. Huhuhu. syok2. Nanti cik silah cuba cari masa lagi la ye. Selamat ye kawan-kawan. Wassalam!
Cantik akhlak
Bila seseorang ingin melihat kecantikan ...
Lihat dari segi akhlaknya ...
Akhlak cantik, pasti diminati ...
Jangan banggakannya ...
Kerana Ianya milik penuh Illah ...
Lihat dari segi akhlaknya ...
Akhlak cantik, pasti diminati ...
Jangan banggakannya ...
Kerana Ianya milik penuh Illah ...
Kesopanan dipelihara ...
kecantikan pasti terserlah ...
Wanita Muslimah pilihan lelaki sejati ...
Moga insan bernama wanita dikekalkan dengan nur Muslimah ^_^
Subscribe to:
Posts (Atom)
Sentiasa ingat Allah tika dilanda ujian dan dilimpahkan kegembiraan






3.jpg)
.jpg)














