JellyPages.com
Photobucket
Sentiasa ingat Allah tika dilanda ujian dan dilimpahkan kegembiraan
Senyum itu sedekah
Tenang itu bahagia
Sabar itu indah
^_^


Hati yang mensyukuri apa yang ada, Itulah hati yang penuh dengan rasa cinta

Takutnyer..........


Assalamualaikum sahabat2 ku yang di kasihi...
Lamanya tak update blog ni.... rindu tu mmg rindu.... Tapi tak berkesempatan lak... dan kini tibalah masanye untuk bermesra ngan blog ku yang tercinta ni... hihihihihihi... (jgn jelez)

Kiriman silah kali ni (cewah... formalnye ayat silah ni...hihihihihihi) tak pe kan kawan2.. bila lagi nak tunjuk lagak kita... hahahahahha... (berlagak la pulak.. :P ) .....maaf ye kawan2,macam tak betul lak silah ni... Iklan je ni.... ok,sekarang kita masuk cerita serius silah... :)
Silah baru je selesai membaca buku "Aurat Mahkota Wanita" .... Alhamdulillah... menarik juga isinya. Tambahan pula cover buku berwarna merah...huhuhuhuhuhu... lagi la suka silah (ceh,kongsi warna kegemaran lak...hihihihihi)

Aurat Mahkota Wanita

Silah nak share kat kawan2 ape yang silah baca... Harap dengan perkongsian ini dapat memberi kesan yang positive pada diri silah dan teman-teman seperjuangan :)

:: Azab Wanita Yang Mendedahkan Aurat ::

Ali r.a. meriwayatkan sebagai berikut : "Saya bersama Fatimah berkunjung ke rumah Rasulullah S.A.W. dan kami temui baginda sedang menangis. Kami bertanya kepada beliau,"mengapa tuan menangis wahai Rasulullah?"
Beliau mnjawab,"pada malam aku di israkkan ke langit, aku melihat orang sedang mengalami pelbagai penyeksaan... maka bila teringatkan mereka aku menangis."
Saya bertanya lagi, "wahai Rasulullah apakah yang tuan lihat?"

Beliau bersabda :-

1. Wanita yang digantung dengan rambutnya dan otak kepalanya mendidih.

2. Wanita yang digantung dengan lidahnya serta tangannya dipaut dari punggungnya sedangkan cairan yang mendidih dari neraka dituangkan ke kerongkongnya.

3. Wanita yang digantung dengan buah dadanya dari balik punggungnya sedangkan air getah kayu zakum (buah yang berduri) dituang ke kerongkongnya.

4. Wanita yang digantung, diikat kedua kaki dan tangannya ke arah ubun-ubun kepalanya serta dibelit di bawah kekuasaan ular dan kala jengking.

5. Wanita yang memakan badannya sendiri serta di bawahnya kelihatan api yang menyala-nyala dengan marak.

6. Wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka.

7. Wanita yang bermuka hitam dan memakan ususnya sendiri.

8. Wanita yang tuli, buta & bisu dalam api neraka sedang darahnya mengalir dari rongga hidung, telinga dan mulut serta badannya membusuk akibat penyakit kulit.

9. Wanita yang berkepala babi dan keldai yang mendapat pelbagai jenis seksaan.

10. Wanita yang berbentuk seperti anjing dan api masuk ia ke dalam mulutnya dan keluar ia dari duburnya.

Maka berdirilah Fatimah seraya berkata : "Wahai ayahku, ceritakanlah kepada ku apakah amal perbuatan wanita-wanita itu." Rasulullah S.A.W. bersabda, "Wahai Fatimah,ada pun tentang :-

* Wanita yang digantung dengan rambutnya dan otak kepalanya mendidih kerana tidak menjaga rambutnya (di tutup) di hadapan lelaki ajnabi.

* Wanita yang digantung dengan lidahnya serta tangannya dipaut dari punggungnya sedangkan cairan yang mendidih dari neraka dituangkan ke kerongkongnya kerana dia menyakiti hati suaminya dengan kata-kata yang kesat dan kasar.

Kemudian Nabi bersabda :"Tidak seorg wanita yang menyakiti hati suaminya melalui kata-katanya kecuali Allah akan membuatnya mulutnya kelak di hari kiamat, selebar 70 hasta kemudian akan mengikatnya di belakang leher."

* Adapun wanita yang digantung dengan buah dadanya dari balik punggungnya sedangkan air getah kayu zakum (buah yang berduri) dituang ke kerongkongnya kerana dia menyusui anak orang lain tanpa izin suaminya.

* Adapun wanita yang digantung, diikat kedua kaki dan tangannya itu kerana dia keluar rumah tanpa izin suaminya , tidak mandi wajib dari haidh dan nifas.

* Adapun wanita yang memakan badannya sendiri serta di bawahnya kelihatan api yang menyala-nyala dengan marak kerana suka bersolek untuk dilihat lelaki lain serta suka membicarakan keaiban orang.

* Wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka kerana dia suka menonjolkan diri (ingin terkenal) di kalangan orang yang banyak dengan maksud supaya orang melihat perhiasannya dan setiap orang jatuh cinta padanya kerana melihat perhiasannya.

* Adapun wanita yang diikat kedua kaki dan tangannya ke arah ubun-ubun kepalanya serta dibelit di bawah kekuasaan ular dan kala jengking kerana dia mampu mengerjakan solat dan puasa. tetapi tidak mahu berwudhuk & tidak solat serta tidak mahu mandi wajib.

* Adapun wanita yang berkepala babi dan keldai kerana dia suka mengadu domba (batu api) serta berbohong.

* Adapun wanita yang berbentuk seperti anjing kerana dia ahli fitnah serta suka marah-marah pada suaminya.

* Adapun wanita yang berbentuk seperti anjing dan api masuk ia ke dalam mulutnya dan keluar ia dari duburnya, maka bahawa sesungguhnya ia adalah suka mengungkit-ungkit pemberiannya di kalangan dan suka dengki mendengki.

Sesungguhnya Rasulullah pernah bersabda : "Bahawasanya, perempuan yang sengaja mendedahkan auratnya di khalayak ramai tanpa segan silu, tak kira sama ada dia anak dara, janda atau isteri orang, tua ataupun muda, dia akan dilaknati Allah S.W.T. ,malaikat-malaikat dan segala makhluk di muka bumi ini sehinggalah perempuan itu diturunkan bala oleh Allah S.W.T
Jika perempuan itu anak dara atau janda maka bapanya akan dipertanggungjawabkan untuk menanggung dosanya. Manakala bagi perempuan yang sudah berkahwin, maka suaminyalah yang akan dipertanggungjawabkan."

Alhamdulillah.. selesai sudah perkongsian saya :)
terima kasih kepada teman2 yang sabar membaca.. di harapkan ini menjadi satu pegangan untuk kita mengelakkan dari melakukan perkara yang terlarang..
Peringatan ini juga untuk diri silah yang masih dalam kekurangan ilmu.. Sama2 kita tegur menegur.. maaf andai terkasar bahasa...
Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Allah... yang buruk itu dari diri silah sendiri...
Salaam perjuangan untuk para sahabat ^_^

2 comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers ::Moga Allah Redha Asilah Dan Wazir:: Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers