JellyPages.com
Photobucket
Sentiasa ingat Allah tika dilanda ujian dan dilimpahkan kegembiraan
Senyum itu sedekah
Tenang itu bahagia
Sabar itu indah
^_^


Hati yang mensyukuri apa yang ada, Itulah hati yang penuh dengan rasa cinta

Maksiat ~



Salam Alaik...

Bagaimana keadaan anda pagi ni??? sihat??
Alhamdulillah.. harap anda semua dalam keadaan sihat sejahtera..

Hari ini saya nak share tentang "Maksiat"..
Bukan apa, kadang-kadang saya kurang pasti dengan maksud Maksiat itu sendiri..
Adakah anda juga seperti saya?? hihihihihi...

Perasan tak, kita selalu sinonimkan Maksiat dengan perbuatan apa?? Kebiasaannya fahaman kita semua, perkataan maksiat itu digunakan apabila wanita dan lelaki
berdua-duaan.. Agak-agak anda,betul tak penggunaan
tu?? hihihihihihihi....

Maksud maksiat ialah Penderhakaan...
Kalau kamus melayu, derhaka itu bermaksud tidak taat, menentang dan melawan. Jadi, apa sahaja perbuatan yang menentang, melawan atau berbau tidak taat pada Allah; maka itu adalah maksiat. Faham tak??

Okey.. jom kita ulang balik : Maksiat adalah penderhakaan atau perbuatan tidak taat, melawan dan menentang.. Tidak taat pada siapa?? Melawan pada siapa?? Menentang siapa?? Tentulah pada Pencipta sekalian alam...

Uish.. Terasa berat lak, bila dah tahu maksud maksiat ni..
Kadang-kadang kita bese je guro2... "Alamak aku terbuat maksiat lak"
"Aku nak buat Maksiat jap"
Sebab kita tak tahu maksudnya...

Cuba kalau bergurau "aku nak jadi anak derhaka la".... Anda mesti tak sanggup kan.. Nak sebut pon tak berani.. betul tak??
Now,kita semua dah jelas dengan maksud maksiat..

Semoga celik dunia, celik juga akhirat.. Sebab hidup di dunia ini adalah untuk kebahagiaan Akhirat.



4 comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers ::Moga Allah Redha Asilah Dan Wazir:: Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers