JellyPages.com
Photobucket
Sentiasa ingat Allah tika dilanda ujian dan dilimpahkan kegembiraan
Senyum itu sedekah
Tenang itu bahagia
Sabar itu indah
^_^


Hati yang mensyukuri apa yang ada, Itulah hati yang penuh dengan rasa cinta

hati "BESAR" vs "kecil"








MALAM itu aku seolah-olah kembara dalam satu perjalanan yang sunyi. Terlalu sunyi,sehingga degup hati pun dapat dirasakan. Nafas dihela perlahan-lahan. Mencari makna pencapaian dan kejayaan. Apakah aku telah berjaya??

Kata bijak pandai,soalan itu tidak relevan. Menurut mereka,orang yang berjaya tidak sempat bertanya apakah dia telah berjaya seperti mana orang yang bahagia tidak akan bertanya apakah dia bahagia???
Pedulikan pada pandangan orang. Kendalikan hidup tanpa terikat dengan tesis dan hipotesis. Aku bebas menjadi raja pada selagi tunduk sebagai hamba ILAHI. Di mana ukuran kejayaanku?
Erti kata kejayaan itu adalah apabila mencapai sesuatu tujuan dalam hidupmu. Apakah tujuan hidup itu? ini soalan yang biasa sejak azali lagi.. dan telah diberitahu bahawa tujuan hidup adalah menjadi hamba kepada ALLAh.

Begitu mudah untuk diungkapkan.. tetapi tidak semudah itu untuk dilaksanakan . Seringkali tujuan dibayangi keperluan, hingga alat bertukar menjadi matlamat apabila usaha memburu nikmat melupakan kita kepada Pemberi nikmat..
Tujuan itu adalah pertama dan utama. "Utamakan apa yang lebih utama dalam mengutamakan yang utama".. Tujuan utama adalah mengabdikan diri pada Allah. Rasa kehambaan - takut, cinta, harap, taat - seorang hamba kepada Allah. Manakala Keperluan adalah perkara yang kedua seperti makanan, pakaian, kediaman, kenderaan, dan segala yang wajib dijadikan jalan untuk mencapai tujuan.

Sayang seribu kali sayang,apabila aku merasakan keperluan sebagai punca kejayaan. sedangkan diri masih jauh dengan Allah manakala hati kotor dan busuk. Jiwa masih liar. Nafsu makin buas. Cinta Allah tersisih, takutkan Allah terpinggir, hanya kerana keperluan semata-mata.
Andai benar harta yang dimiliki itu kerana Allah,bagaimanakah rasa hatimu ketika menguruskannya? Adakah segalanya diurus dengan rasa takut, cinta dan mengharap keampunanNYA? Bagaimana pula dengan rukun islam mu yang lain?
apakah solatmu,khusyuk? puasamu soheh? hajimu mabrur?
Sedarlah wahai diri...
Hati besarmu pandai menipu.... tetapi hati kecilmu tidak mampu menipu diri sendiri. Hati kecilmu sentiasa tidak tega dan tidak sanggup menipu diri sendiri! Dialah yang paling terseksa apabila mengukur kejayaan berdasarkan keperluan, tetapi bukan tujuan!

Orang yang paling kuat adalah orang yang always berdoa, memohan pada Allah. Orang yang kurang meminta dan berdoa,adalah orang yang sombong..... Seolah-olah mampu menghadapi pancaroba hidup tanpa bantuan Allah..

Sedangkan orang yang kuat adalah orang mengatur hidup berlandaskan takdir-NYA. Petanda kelemahan manusia ialah dengan tangisan. Ianya bermula dengan tangisan, dicelahi dengan tangisan dan diakhiri dengan tangisan.. Apa yang disangka tidak berlaku, tetapi itulah yang berlaku. terselit kekuasaan-NYA di situ. Betapa berkuasanya Allah!
Hari berganti hari, masa berlalu dengan pantas. Apakah hala tujuku saat ini?
Apakah tujuan dan keperluan? Hati besar dan hati kecil terus berebut mengendali kemudi diri!
Sampai bila ingin berdegil? menyerahlah!! ia tidak bermakna kau kalah dan tidak berusaha.
Laksanakan semurni tadbir dan tunggulah sesuci takdir.. itulah tugas kita di dunia..
Hati adalah raja dalam kerajaan diri
berhati-hatilah menjaga hati
berilah hati kepada Pencipta hati






No comments:

Post a Comment

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers ::Moga Allah Redha Asilah Dan Wazir:: Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers