JellyPages.com
Photobucket
Sentiasa ingat Allah tika dilanda ujian dan dilimpahkan kegembiraan
Senyum itu sedekah
Tenang itu bahagia
Sabar itu indah
^_^


Hati yang mensyukuri apa yang ada, Itulah hati yang penuh dengan rasa cinta

Hana Faizah Ismail

alhamdulillah..bersyukur kehadrat illahi,kerana saya berjaya update blog ni lagi..hihi..
kali ni sy nak cerita kisah HANA FAIZAH..


Beliau yang berusia tujuh bulan dan menghidap penyakit jantung berlubang serta ketumbuhan di punggung memerlukan bantuan daripada pelbagai pihak untuk mencukupkan dana bagi kos pembedahan yang diperlukan sebanyak RM28,000.

Bapanya, Ismail Shakrani, 44, berkata, selain kos yang belum mencukupi itu, pembedahan pula akan berlangsung mengikut keputusan doktor yang akan memberitahu tarikhnya nanti.

Ismail yang bekerja sebagai nelayan juga terpaksa menanggung dua lagi anaknya yang bersekolah di tingkatan 3 dan Tahun Enam sementara ibunya seorang suri rumah.

Menurutnya, anaknya itu mengalami dua jenis penyakit sekali gus iaitu jantung berlubang dan ketumbuhan sejak lahir serta memerlukan RM28,000 untuk menampung kos pembedahan.

“Setiap bulan saya berulang alik ke Hospital Pulau Pinang (HPP) dan Hospital Taiping (HT) untuk melakukan pemeriksaan serta rawatan Hana Faizah bagi memastikan perkembangannya.

Katanya, Hospital Gleneagles Medikal Centre pula telah mencadangkan tabung hospital itu mengutip derma orang ramai, tetapi belum mencukupi.

“Saya minta semua pihak membantu mencukupkan dana berjumlah RM28,000 bagi membolehkan pembedahan Hana Faizah dilakukan dan dia menjalani kehidupan sempurna seperti kanak-kanak lain,” katanya.

Orang ramai yang hendak MENYALURKAN BANTUAN : boleh menghubunginya di talian 017-443 8201 atau datang ke rumahnya di No 9, Batu 11 Jalan Pantai, Tanjung Piandang, 34250 Perak atau memasukkannya dalam akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) 08235-29-000036057.

SAYA BEGITU SIMPATI DENGAN ADIK HANA..MARILAH KITA SAMA-SAMA MEMBANTU,MEMBERI SUMBANGAN PADA ADIK HANA..

No comments:

Post a Comment

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers ::Moga Allah Redha Asilah Dan Wazir:: Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers