Awan yang mendung ibarat memahami hati cik silah yang agak suram hari ini. Alhamdulillah, ujian Allah masih menerjah dalam lubuk kecil ini. Dibelai, dipujuk dan dipupuk agar sentiasa redha dalam menjalani kehidupan yang penuh onak dan duri. Gembira dalam tangisan! Alhamdulillah.
Entah kenai toh tidak. Hahaha. iklan je Dai Hadhari tu. Mohon maaf ye Hadhari. Alhamdulillah, cik silah gembira dengan kehidupan cik silah. Walaupun agak kekeliruan jiwa, tapi ianya menarik untuk dijelajahi. kekosongan jiwa adalah satu permainan yang menarik dalam kehidupan. Tapi ianya bukan untuk dibiarkan begitu sahaja, tapi ianya adalah permainan yang mencabar. Mengapa cik silah cakap begitu ye? Cik silah pon tak pasti, tapi apa yang cik silah rasa, jika jiwa dibiarkan kosong. Ia akan layu dan tidak bernyawa. Kejamnya cik silah kalau biarkan jiwa cik silah tak bernyawa. Sebabnya ia adalah satu anugerah yang Allah beri kepada Khalifah di atas muka bumi ini. Malah "Hati manusia adalah ibarat raja, sedangkan seluruh anggota badan ibarat bala tenteranya. Mereka semua taat kepada sang raja dan tidak berani menyelisihi perintahnya. Maka jika sang raja baik bererti semua bala tenteranya akan baik dan kalau dia buruk bererti semua bala tenteranya akan buruk."
Alhamdulillah, jom bersihkan hati. Semoga diri ini menjadi Dai juga macam Dai Adibah. Wow.. cita-cita tinggi. InshaAllah.. Sejahteralah wahai hati-hati sang Khalifah di muka bumi!! =)
No comments:
Post a Comment